Ibu Mengandung Boleh Tak Pakai WD?

Assalamualaikum. Hai!


Bila ompompuan ni mengandung, memang takut nak pakai sebarangan produk komestik kan? Tak kira la yang makan punya ke, yang pakai luaran je ke. Risau sangat boleh efek kat baby semata-mata nak nampak cantik. Nak tak nak kena jugak berkorban tak tempek skincare kat muka, tak mekap-mekap, untuk jaga kandungan. Biar la mak tak cantik pun asalkan baby sihat je kat dalam. Betul tak?


CikSha pun macam tu jugak. Masa pregnant anak pertama dengan kedua, memang langsung tak tempek sebarang bedak kat muka kalau keluar pi jenjalan. Lagi la duk kat rumah. Muka togel ja. Dah la spesis tak mekap just tempek bedak baby je kat muka selama ni. Bila pregnant pulak tak pakai apa-apa kat muka dah. Memang lagi bertambah 'sendu'  la muka yang tak berapa nak gojes ni. Hakhakhak. Dah la masa tu belum berkenalan dengan si gojes WD lagi.


Bila ter'pregnant' anak yang ketiga tahun lepas, tetiba muka yang dah sedikit gojes bila cecalit WD sebelum tahu pregnant jadi kusam yang amat. Sadis jugak rasa masa tu. Tapi teruskan jugak dengan gigih mencalit si gojes WD macam biasa sebab dah jadi rutin kan. Kot kulit kembali 'bercahaya dalam keimanan' kembali. Hihi.




Ramai yang tanya, selamat ke pakai si gojes WD tu masa pregnant? Haaaa..ni CikSha nak cerita pengalaman duk cecalit WD masa duk pregnant yang ketiga la ni. Sepanjang pregnant memang CikSha teruskan je cecalit WD. Sebab dah tahu bahan-bahan yang ada dalam WD tu semuanya dijamin selamat untuk ibu mengandung. Herba-herba terpilih dan takde bahan kimia terlarang dan berbahaya. Lagipun calit luaran je. Bukan produk makan-makan.


Lepas episod kulit yang glowing tetiba jadi kusam bila ter'pregnant' tu, lelama kulit nampak makin cerah sikit kesan cecalit WD tanpa jemu. Alhamdulillah. Dah tak dayang senandung lagi. Masalah kulit pun takde sangat masa pregnant. Sebelum ni masa pregnant si abang-abang tu, kulit kemain sensitif amat. Dah la tak lawo, makin tak lawo. Syahdunya. Pregnant yang ketiga ni, dapat la pakej nampak awet muda plus lawo la sikit penangan cecalit WD. Perasantan! Hihi.


Ni la muka CikSha hangpa yang sendu. Hihi. Ni gambar masa pregnancy yang ketiga.

Disember 2016 tu dah bulan ke5 CikSha bercinta dengan WD. Kulit cerah sekata dah cuma masih ada jeragat. Bila dapat tau pregnant bulan Julai 2017 tu dah 4 bulan kandungan, memang perasan kulit jadi kusam amat. Tapi masih je teruskan mencalit. Masuk kandungan 7 bulan kulit dah tak kusam lagi cuma tak cerah macam yang sebelum pregnant tu la. Hormon mengandung kan.


By the way, CikSha memang ada jeragat tau. Lepas beranakkan si sulong tu jeragat menjadi-jadi. Efek ambik perancang sama kot. Jeragat kan memang susah nak hilang. Alhamdulillah dengan WD makin pudar dah. Parut jerawat pun menghilang dah. Nampak kan perbezaan?



Semua gambar ni CikSha memang tak mekap tau. No edit. Pencahayaan je yang berbeza. Dalam bilik, kat luar dan kat ruang tamu. Lepas tu zooming nak bagi nampak kulit muka dan cover perot.

1st pregnancy dengan 2nd pregnancy tu belum kenal dengan WD lagi. Kulit memang kusam le. Masa 3rd pregnancy tu memang duk bercinta dengan WD. Tu gambar masa overdue dah. Tunggu  baby bagi hint nak keluar je. Masa tu memang kulit tetibe nampak glowing. Petanda nak beranak dah kot gamaknya. Lepas je beranak 'horror' terus. Hormon tengah pening kan. Hihi. Tapi masa pantang CikSha cecalit jugak WD. Nanti CikSha kongsi pengalaman masa berpantang pulak.


Tapi kan, sepanjang pregnant kali ketiga tu emosi CikSha comeiiii sangat tau. Takde pun episod emo-emo macam peknen sebelum-sebelum tu. Mungkin penangan bau lavender WD yang menenangkan agaknya. Memang hari-hari duk hidu bau WD. Nyamannnn. Tu la istimewa nya si gojes WD ni. Best tau!


Alhamdulillah. Baby pun lahir sihat. Kulit bersih ja. Keluar putih kemerah-merahan pulak nye. Sampai bagi nama pun Khayla Humaira la. Sebab kulit dia yang cantik dan putih merah tu. Hihi. Tu maksudnya takda kesan negatif la cecalit WD masa pregnant. Tak kacau pun baby duk hoora hoorey kat dalam perot maknye. Baby pun maybe boleh dapat khasiat WD jugak tau. Dengan izin Allah.


So,  kalau ada yang pregnant tapi teringin dan mengidam sangat nak cecalit WD, jangan risau eh. Boleh je. Takda masalah pun. InsyaAllah boleh bantu atasi masalah kulit masa pregnant. Kulit pun nampak sihat. Muka kita ofkoz nampak ceria dan gojes sentiasa bila kulit sihat kan?


Tapi jangan la letak expactation tinggi melangit sangat tau. Lain badan lain penerimaan lain kesannya. Lagipun tengah pregnant hormon memang kacau bilau. CikSha pun tak janji bulan bintang kalau calit je WD masa pregnant kompom kulit cantik. Tapi yang pasti nak calit WD boleh je masa pregnant. Tak banyak, sikit pun ada kesan positif pada kulit. No harmful. 


Bisik-bisik :: Haaaa..ingat senang ke mengandung tapi tetap nak nampak cantik? Dengan si gojes WD InsyaAllah boleh la nampak cantik berseri sikit walau tak mekap.

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan