Wednesday, 3 January 2018

Welcome Back Shahada!



Assalamualaikum. Hai!


Lama menyepi dari menulis kat belog busuk kesayangan CikSha ni ha. Duk la tanam azam konon nak konsisten balik menulis. Tapi harommmmm. Ke laut azamnye ha. Berapa ribu kali dah duk pumpang pumpang nak aktifkan blog balik. Camtu jugaknye la. Sunyi sepi. Dasar tin kosong betol. Hihi.


Sebenarnya kan, kalau diikutkan hati dan jari memang banyakkkkk sangat kisah yang nak dikongsikan dalam blog ni. Nanti-nanti boleh menelaah balik. Maklum la kan CikSha ni spesis suka baca blog sendiri. Hihi. Banyak dah moment yang dah terlepas nak dicoretkan. Tapi takpe la. Slow slow CikSha tulis mana yang ingat. Mana la tahu kan, pengalaman hidup sendiri boleh jadi panduan kat orang lain. Who knows? Aiseh. Speaking gitu.


Dah masuk tahun 2018 dah kite kan. Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Semoga diizinkan Allah untuk terus istiqamah memperbaiki diri dan iman yang banyak lagi lobang sana sini sebelum dijemput pergi. Biasa la kan. Kita ni manusia yang lemah imannya. Ada naik turun. Huhu. Harapnya masa diseru nanti dalam keadaan yang baik-baik la hendaknya.




Tahun ni, ahli keluarga CikSha dah bertambah tau. Bulan doblas tahun 2017 yang lalu, CikSha selamat lahirkan seorang puteri cinonet penyeri keluarga kecil kami. Ada geng dah CikSha ni ha. Takhta 'only me the princess'  kat hero-hero dah terpadam. Sekarang dah ada dua princess hero-hero kena tatang bagai minyak yang penuh. Ekeke. Nanti CikSha kongsikan eh pasal si puteri cinonet ni.


Harapnya lepas ni makin rajin la diri ni menulis. Blog cari makan ni kot dari dulu. Duk ingat nak start balik buat servis review sesambil buat kerja design dan bisnes online jual produk Women Desiree pujaan hati tu. Cari income lebih sikit. Maklum la anak dah bertambah. Yang sulung tak lama lagi dah nak sekolah. 


Hai la..ni le cabaran hidup di dunia sementara. Kan? Hadap je la dulu sebelum Allah 'panggil'. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sementara masih bernyawa ni.


Bisik-bisik :: Selamat Tahun Baru 2018 uols!



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

6 LOVE NOTES

  1. semoga terus aktif menulis blog

    ReplyDelete
  2. memang kekadang bila busy sukar nak hadap blog....semoga terus istikomah ye

    ReplyDelete
  3. kalau nak seribu daya..hahah..dah niat tu mesti boleh buat nya..sehari 2 entry pun ok... Bukan susah nak dapat idea sekarang ni..Dari status2 facebook pun dah boleh dapat idea menulis..good luck..

    ReplyDelete
  4. @Diana Rashid tu la kak.. Nak dengan taknak je.. Ekeke..

    ReplyDelete
  5. @nianbetul..kekadang rasa macam tak terkejar masa.. Huhu.. Harapnya istiqamah la hendaknya.. Jangan ke laut dalam perginyeee dah la..

    ReplyDelete
  6. @seri InsyaAllah seri.. Harapnye macam tu la jugak.. Kembali aktif menulis..

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!






 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com