Wednesday, 7 August 2013

Cerah Berseri Raya Giveaway Bersama Fair&Lovely dan Belog Riesha Ariesha



Assalamualaikum. Hai!

Sedar tak sedar dah nak Raya dah esok kita eh. Korang puasa cukup ke tidak? Kih3. Kemain tanya soalan kat orang. Diri sendiri camna pulak? Err..dah memang confirm le tak cukup woi. Nama pun pompuan. Dapat cuti spesel sikit. Tapi nanti kena ganti le balik. Hehe.


Ehem. Berdebar pulak nak taip entri ni. Sepanjang aku menulis blog ni kan, tak pernah-pernah la lagi aku buat giveaway untuk pembaca blog aku ni kan? Aku tahu sebenarnya ramai pembaca tegar, pembaca senyap, pembaca tersinggah sekejap yang bertandang kat blog aku ni. Aiseh! Confirm ke ramai cik Shahada oi. Perasan betol! Hik3.


Jadi, di hari baik bulan baik ni kan, tetiba aku rasa bermurah hati pulak nak buat giveaway untuk pembaca blog aku ni. Korang jangan la ingat aku tipu pulak. Aku ni takde la kedekut sangat. Hehe. Ini serius tau. Bukan main-main. Giveaway aku buat ni hadiahnya akan ditaja sepenuhnya oleh Fair& Lovely. Best kan? 


Disebabkan esok dah nak Raya (hooray!) dan sempena hari ulangtahun kelahiran aku pada 7 Ogos ni (saja mention sebab nak mintak hadiah..hehe..), maka aku nak kongsi kegembiraan la dengan korang semua. Hanya 10 pembaca yang bertuah je yang akan terpilih tau.


Nak tahu ke hadiah giveaway nya apa? Ahaaa..Pembaca yang terpilih nanti akan dapat satu set hamper produk Fair & Lovely yang bernilai RM50. Huiyooo! Best tu wei. Yang aku pasti, dalam set hamper ni mesti terdapat sekali set Advanced Multi Vitamin (pembersih dan krim pencerah muka). Set ni best. Aku pun pakai. Tapi kakak aku dah cilok yang aku punya. Grrr..


Kalau korang nak tahu, set Advanced Multi Vitamin ni mengandungi Vitamin B3, C dan E yang dah diperbaharui dengan 5 ciri rawatan unik untuk pencerahan kulit. Boleh la kurangkan bintik hitam, kulit sunburn dan suram serta mencerahkan dark circle dan tona kulit. Ala...macam yang dia tunjuk dalam iklan kat tv nun. Rasa terinspirasi gitu nak kulit cantik, kan? Fair & Lovely ni memang sangat memahami hati para gadis yang mengimpikan kulit yang cerah berseri dan putih mulus tapi bajet tak besar macam aku. Maklum la, produk Fair & Lovely kan mampu milik. Memang terbaik lah. (^_^)


Set Advanced Multi Vitamin Fair & Lovely yang aku pernah dapat masa pergi event SIMBS. (^_^)

Jadi, walaupun produk Fair & Lovely ni murah dan mampu milik, tapi kalau dapat PERCUMA takkan la korang nak tolak ‘tuah’ pulak kan? Tak nak ke? Rugi nya la hai. Bukan senang aku nak buat giveaway camni tau. Dah la sempena Hari Raya, lepas tu aku yang bithday girl ni yang bagi hadiah kat korang sebab nak kongsi kegembiraan aku yang akan sambut birthday dan Raya last sebagai gadis bujang. Ihik!


Lagipun cara nak join giveaway ni senang je habaq hang! Tetiba ter’speaking’ Penang pulak. Hehe. Caranya adalah dengan menjawab soalan mudah dan lengkapkan slogan je.

SOALAN : Kenapa anda mengimpikan kulit yang cerah berseri di pagi Raya?

LENGKAPKAN SLOGAN : 
Produk Fair & Lovely sangat bagus untuk kulit kerana ___________________________________________.


Korang hanya perlu buat satu entri di blog masing-masing dengan tajuk entri 'Cerah Berseri Raya Giveaway Bersama Fair&Lovely dan Belog Riesha Ariesha'. Kemudian tinggalkan link kat komen entri ni saja. Jangan lupa sertakan nama penuh dan alamat emel sekali ye! Jawapan yang paling best dan slogan yang paling gempak akan dipilih sebagai pemenang. Tulis entri simple je pun takpe. Janji jawapan dengan slogan mantap. Nanti aku pilih 10 orang yang bertuah tu. Hadiah giveaway akan dihantar sendiri oleh pihak Fair & Lovely bagi pihak aku.  Maklum la saya kan birthday girl. Chewahh. Mengada pulak. Kih3.

Oh ya! Kalau penyertaan ramai lebih dari 10 orang, aku akan bagi hadiah spesel bagi yang tak terpilih tu. Sedekah sikit sempena nak kahwin tak lama lagi. Apa hadiah nya? Rahsia la. Hehe. Jadi tunggu apa lagi? Jom la join!




Bisik-bisik : Selamat Hari Raya semua! (^_^).



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Post a Comment

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

0 LOVE NOTES



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com