Vitamin Kecantikan

Assalamualaikum. Hai!


Secara realitinye, perempuan mana yang taknak kulit cantik kan? Ade ke yang suke kulitnye hodoh, berkerak dan berkedut? Mana ada! Perempuan normal takde yang cenggitu. Semua kalau boleh memang mengimpikan kulit yang halus mulus. Tambah-tambah kulit muka la. Itu aset utama kot sebab kecantikan wajah memang menjadi titik fokus kebanyakan orang terutamanya lelaki. Kan kan kan?


Kalau bulan seploh tahun lepas aku tulis tentang 4 kategori obses kecantikan, bulan seploh tahun ni aku nak tulis pulak pasal produk yang ramai orang ambil untuk cantik. Terdetik nak menulis pasal ni sebab tengok keghairahan ramai dealer yang menjual vitamin cantik ni kat fesbuk. Ekeke. Aku kan, sampai fenin-fenin sebab tengok punya la bermacam jenis vitamin yang dijual. Sama jenis iaitu vitamin C. Tapi produk lain-lain. Sama tapi tak serupa. Kebanyakan nya takde jenama. Cuma dipanggil vitamin C je.


Bila tengok testimoni yang dorang share, macam teruja la jugak. Gila kau! Sapa tak teruja tengok muka sebelum punya la kurang santek, bila ambil vitamin tu dalam masa 2 minggu dah boleh transform jadi sedikit santek. Kulit terus 'glowing in the dark' putih melepak halus mulus. Mahu tak terkagum aku kan? 


Kalau ikut kan kegedikan untuk kelihatan cantik macam tu, mesti la aku ni tergoda juga untuk membeli vitamin-vitamin itu. Tapi memandangkan aku ni ada tahap kecurigaan dan paranoid yang agak tinggi jugak, maka tak berani la aku nak ambil risiko dengan membeli produk yang tidak diketahui dari mana datangnya itu. Err..mungkin la dorang dapat dari supplier yang pakar pasal ubat-ubatan ni. Pakar kulit mungkin. Tapi aku still takot. Uhuhu.


Takpe la. Mungkin itu cara dorang mencari rezeki. Takde maksud pun nak jatuhkan perniagaan dorang. Aku pun bukannya menceburkan diri dalam perniagaan tu. Mudah-mudahan perniagaan dorang maju dan berjaya. Harapnya tiada la kes penipuan dan sebagainya yang berlaku. Tambah-tambah meniaga melalui maya ni. Kalau jadi apa-apa kat customer, takot penjual tu lari cenggitu je la. Itu yang aku maksud kan risiko tadi. Ye..aku memang paranoid. Harap maap. Huk3.


Bila cakap pasal vitamin kecantikan ni, vitamin C memang bagus untuk kulit sebenarnya. Aku pun ada jugak ambil vitamin C. Cumanya aku dapatkan dari farmasi. Sebab lebih murah. Dan aku yakin sebab ada jenama. Yang aku ambil ni sekotak ada 3 balang. 1 balang ada 10 biji. Maknanya sekotak ada 30 biji. Lepas tu die tak payah telan. Aku beli hari tu 2 kotak dan ada promosi harga baru RM40.50. Murah kan? Nak tahu ke aku ambil vitamin C jenama apa? Inilah dia..Flavettes Vitamin C Effervescent. 




Sebab apa aku ambil vitamin C jenis ni? Entah. Sebenarnya dah lama jugak aku beli. Tapi tak termakan-makan. Kebelakangan ni je rajin sikit. Kalau korang nak tahu, aku ni manusia yang paling liat nak telan ubat. Huishhh..fobia habes. Memang tak suka telan ubat.


Tapi kelebihan vitamin C ni yang telah buat aku jatuh hati dulu adalah sebabnya ia larut dalam air. Macam panadol soluble tu. Rendam je dalam air terus *bling* jadi macam oren juice. Dah le sedap pulak tu. Takde la seksa macam nak telan biji-biji ubat. Wakaka.


Vitamin C ni kandungan nye ada 1000mg Vit C, 250mg Calcium dan 300iu Vit D. Vitamin C ni aku rasa bukan setakat untuk kecantikan je kot macam yang orang sedang hangat jual sekarang ni tu rasanya. Yang ini lebih untuk membekalkan vitamin C kepada tubuh badan. A dietry suppliment.


Setakat aku ambil ni takde la kulit aku jadi licin halus mulus 'glowing in the dark' semua tu. Tapi kulit much better la. Nampak sihat. Sebab macam yang kita tahu vitamin C memang bagus untuk kulit. Lagipun aku selalu skip minum die. Maklum la. Pemalas. Hoho. Tapi aku memang suka vitamin ni. Serius sedap gile.


Hmm..apa pun aku nak berpesan la kepada pembaca-pambaca belog busuk aku ni. Dalam keghairahan nak dapatkan kulit cantik tu, berhati-hati jugak bila ambil sesuatu produk @ ubat. Jangan sebarangan tau. Mungkin kesan jangka pendek dapat kulit yang cantik. Takut masa jangka panjang nanti ada kesan yang memudaratkan pulak. Berhati-hati ye. Seeloknya, kalau ada masalah kulit ke apa ke, pergi dapatkan rawatan dan nasihat doktor kulit terlebih dahulu. Itu je aku nak ingatkan.


Buat yang berniaga menjual produk ubat-ubatan ni, sebelum jual sesuatu produk, kalau boleh dapatkan juga nasihat dari doktor atau pakar kulit. Jangan cuma bertanya pada supplier je. Kekadang supplier ni die nak kejar keuntungan je. Jangan disebabkan keghairahan nak untung jugak, korang tak peduli kesan jangka masa panjang kalau in case berlaku something kat customer korang. Berhati-hati tau. Nanti korang yang dipersalahkan pulak. Apa-apa pun aku doakan rezeki korang sentiasa diberkati Allah.


Itu je la pesanan dari aku. Bukan la dengki tengok kulit korang cantik atau dengki tengok perniagaan korang laris. Cuma hendak mengingatkan je. Jangan salah faham pulak ye.



Bisik-bisik :: Teringin jugak nak kulit cantik. Siapa taknak wei. Tapi bersyukur je la dengan apa yang ada ni asalkan takde penyakit kulit yang teruk-teruk. Huk3.

16 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. hai riesha :)
    entry awak ni mengingat kan sy pd vitamin c itteww. sy penah makan n the results were awesome. eh, jangan salah sangka, sy bukan penjual vitamin c. huhu. now,disebabkan entry awak sy nak cari balik vitamin c ni. thanks riesha ;)

    BalasPadam
  2. @Farah Farhana :: uik? awak pun pernah makan vitamin ni ke? ehehe..sedap kan?

    BalasPadam
  3. @Shahada Fauzi sedap n berbaloi. boleh beli satu kotak je x? esok jugak saya nak beli..heeeee

    BalasPadam
  4. @Farah Farhana :: boleh je beli satu kotak..hari tu saya beli die buat promosi..tu yg beli 2 kotak..hehe..

    BalasPadam
  5. vit c sangat penting untuk ketahanan kulit. namee kalau tak makan, mesti tumbuh gatal2. :/ berapa gram tu vit c riesha tu ? :)

    BalasPadam
  6. @tulip tepi bandar :: hahaha..boleh geng la ni..geng pemalas makan ubat..hahaha..

    makan vitamin ni bagus sebenarnye..tapi ikut atas orang jugak la kan..kalau pesyen pemalas mcm kite ni, nak cakap apa pun tak boleh..haha..

    BalasPadam
  7. @ParkAir :: maksud ko kalau balik kampung ada org dtg approach ko dan promote kat rumah ko? hahaha..gila la semangat nak menjual..;p

    tu la..aku pun ada jugak terfikir macam tu..mungkin kilang sama tapi packaging lain-lain..

    BalasPadam
  8. @Namee Roslan :: dulu saya rajin makan vitamin..vitamin c la e la..tapi bile dah tua pemalas nak mampus..bile kulit dah tak berapa nak santek dan salu gatal2 baru terhegeh nak makan balik..kui3..

    vitamin c saya ambil tu 1000mg..sedap..rasa jus oren..hehe..

    BalasPadam
  9. Tak yakin sgt dgn apa2 produk yg jual online.selesa beli kt frmasi jer.. Skrg ni memg x ambil apa2 vitamin sbb lala still bf lg wlau x fully pn.xnk effect kt bby.elok2 sihat kang antibodi x kuat asyik sakit2 lak.jd mumy rela brkorban.

    BalasPadam
  10. @Zura :: akak pun makan vit c jenama flavettes eh? ok tak kak?

    BalasPadam
  11. @THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la kan mummy..saya pun tak yakin yg juai kt online ni..takuit..mmg la tgk testimoni depa bg macam wow..tapi still tak berani..

    BalasPadam
  12. @Irsya Healthy House :: produk2 yg ade jenama ni saya tak berapa kesah sangat kalau well known..macam shaklee, herbalife sume tu..cuma mmg tak mampu la nak consume..mahai nak mampuih..saya tak mampu..hehe..

    yang takut nye yg jual tanpa jenama yg di repack tu..huishhh..takut efek jangka panjang jadi ape pun tak tau..

    BalasPadam
  13. salam ukhuwah..done follow..yuyu pun skrg tgh mencari vits utuk acne management..karang nak pi ronda2..

    BalasPadam
  14. Kt mna nk bli vit ni(.. Puan n0r)

    BalasPadam
  15. sedap vitamin ni n mengembalikan kecergasan badan yg lesu

    BalasPadam
  16. Ada yg latest..siap ada glutathione..utk glowing..����

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan