Kenapa Tolak Ujrah PTPTN?
Shahada Fauzi
Friday, September 30, 2011
26 Comments
Assalamualaikum. Hai!
Ini kali ke-3 aku nak sembang pasal PTPTN dalam belog. Dua entri sebelum ni aku bincangkan pasal Ujrah. Bagi yang belum baca, boleh baca entri Analisis Ujrah dan entri PTPTN oh PTPTN. Kali ni pun perkara yang sama aku nak bincangkan lagi. Sebab aku rasa ramai jugak yang agak konpius tentang hal ujrah ni. Ragu-ragu sama ada nak pohon atau tidak. Kemudian bila dah diberikan surat tawaran bertambah curiga sama ada nak terima atau tidak tawaran Ujrah tersebut.
Dalam hal ini, sepatutnya korang buat research dulu. Baca dan teliti surat tawaran dari huruf pertama sampai yang terakhir. Jangan skip satu pun. Tambah-tambah part pengiraan yang die syorkan. *Aku sangat particular bab pengiraan duit ni. Kedekut le katakan. Huahuahua.* Dan yang paling utama 'Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan' yang 6 helai tu dan ade 30 Fasal di dalamnye. Baca dan hadam betul-betul bagi faham. Kemudian baru korang boleh decide nak teruskan atau tidak dengan Ujrah. Janganlah malas sangat eh.
Satu kesilapan kebanyakan dari kita adalah malas nak membelek dan baca menda alah tu. Kononnye sebab panjang sangat dan berjela-jela. Memang la surat agreement berkajang-kajang wei. Sebab depa pun tahu orang kita ni memang pemalas nak membaca. Buat berjela-jela gitu mesti orang skip baca terus je sign. Itulah sebabnye surat agreement panjang-panjang.
Tambah-tambah agreement loan. Tak kesah la loan bank ke, loan kereta ke, loan PTPTN ke. Semua sama. Memang berjela-jela dan banyak sangat point syarat-syaratnye. Jadi nak tak nak kite kena baca dan teliti satu persatu. Wajib! Takde alasan. Memang silap besar la kalau korang ambil tindakan taknak baca. Jangan ambil mudah. Aku nasihatkan korang baca la dulu Agreement tu. Memang panjang. Tapi ada untungnye kalau korang baca dan fahami. Baru tak menyesal dengan tindakan sendiri yang terburu-buru terus 'sign' je.
Sekarang ni meh sini aku nak explain fasal-fasal tertentu yang terdapat dalam agreement yang membuatkan aku menolak ujrah. Tambah-tambah buat korang yang belum buat permohonan dan yang malas nak membaca agreement tu. Tujuan aku nak bagi korang lagi jelas. Ramai jugak yang 'tembak' aku dalam entri-entri aku yang lepas. Mungkin sebab korang keliru dengan penjelasan aku tu kot. Macam bukti tak kukuh je kan. Sekarang ni meh aku bagi bukti-bukti yang kukuh.
Sebab-sebab aku menolak Ujrah PTPTN adalah seperti yang aku akan nyatakan dibawah berserta penjelasannye sekali. Harapnye korang jelas la eh. Pasni jangan tembak aku lagi tau. Hehehe.
- Tak yakin dengan pengiraan yang diberikan oleh PTPTN dalam surat tawaran.
Bukti : Berikut adalah pengiraan yang disyorkan pada aku.
Pembiayaan = RM21000.00 (berasaskan baki pada 01/01/2009)
Tempoh bayar balik = 180 bulan (15 tahun) mulai 01/01/2009
Upah ujrah = pembiayaan yg diluluskan x 1% x tempoh bayar balik
= RM 21000.00 x 0.01 x 15
= RM 3150.00
Jumlah bayaran = RM 21000 + RM 3150 = RM 24150
Ansuran bulanan = RM 24150 / 180 = RM 134.17 (mulai 01/01/2009)
Tempoh bayar balik = 180 bulan (15 tahun) mulai 01/01/2009
Upah ujrah = pembiayaan yg diluluskan x 1% x tempoh bayar balik
= RM 21000.00 x 0.01 x 15
= RM 3150.00
Jumlah bayaran = RM 21000 + RM 3150 = RM 24150
Ansuran bulanan = RM 24150 / 180 = RM 134.17 (mulai 01/01/2009)
- Penjelasan :
- Memang kiraan ni betul dan takde salahnye. Jumlah sebenar pinjaman aku pun memang RM21000. Masalahnye, cuba la korang tengok dia kira dari tahun apa. Tahun 2009 wei berdasarkan baki terakhir aku pada tarikh tu. Dan aku sepatutnya membayar dengan ansuran sebanyak RM134.17 sebulan bermula pada 01/01/2009. Sekarang ni dah tahun 2011.
- Misal kata aku terima ujrah ni dan paling awal pun mungkin bulan 10/2011 aku nak start bayar ikut jadual ansuran. Maknanya dah 34 bulan aku tertunggak dari 01/01/2009-01/10/2011. *Rujuk Fasal 7 dan 8 dalam Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan*. Kalau aku nak pastikan yang tempoh aku tak drag lagi lama, aku kena bayar jumlah yang tertunggak sebanyak RM4561.78 sekaligus la. Kalau tidak mesti la tempoh 180 bulan tu lagi drag. Dari tahun 2024 aku patut habes bayar, drag sampai tahun 2026 baru habes kot. Huhu.
- Kalau aku stick dengan yang 3%, aku akan habes bayar pada Mac 2020 walaupun start bayar pada April 2010 mengikut jadual yang diberikan. Enam tahun beza tu wei. Menanges. Hidup menanggung hutang punya lama. Sadis sungguh.
- Cara Bayaran Balik
- Punya terang lagi bersuluh, dalam surat tawaran ujrah dah nyatakan cara bayaran balik bagi yang dah bekerja adalah melalui potongan gaji.
- Bukti 1 : "Surat Tawaran, Cara Bayaran Balik : Penerima biaya yang bekerja hendaklah membayar ansuran bulanan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri ".
- Bukti 2 : "Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan, Fasal 2 : Penerima Biaya yang bekerja dikehendaki membuat pembayaran balik Keseluruhan Pembiayaan Tersebut melalui kaedah potongan gaji majikan yang diuruskan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebarang kelonggaran kepada Fasal ini adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak Perbadanan."
- Bukti 3 : Surat Kebenaran 2 dan Borang Maklumat Potongan Gaji.
- Penjelasan :
- Kenapa aku taknak buat melalui potongan gaji? Pertama, aku bekerja dalam sektor swasta yang berkemungkinan besar aku akan bertukar tempat kerja dengan kadar kekerapan yang amat tinggi. Dah tu setiap kali tukar tempat kerja kena buat prosedur maklumkan pada PTPTN, LHDN dan majikan. Jenuh kot. Watpe la aku nak nyusahkan diri. Uhuhu. Kalau kerja gomen lain la. Tak payah fikir ape-ape dah. Tahu-tahu dapat gaji je. Tak sedar pun sebenarnye gaji dah dipotong untuk bayar PTPTN. LHDN yang uruskan.
- Kedua, aku taknak terikat. Itulah tujuan sebenar pembayaran dibuat melalui potongan gaji. Supaya korang tak miss bayar tetiap bulan. Itu maknanye korang dah terikat dengan PTPTN la. Korang kan jenis liat nak membayar hutang. Seciput pun payah nak bayar. Baiklah buat melalui potongan gaji. Kalau jenis macam aku yang tak pernah buat-buat lupa nak bayar tetiap bulan takpe tak buat melalui potongan gaji. Lagipun kalau ade duit lebih aku boleh bayar lebih sikit. Huahuahua.
- Curiga dengan ketelusan PTPTN
- Ada seorang pembaca belog aku tentang Analisis Ujrah menghantar email pada aku. Beliau mintak tolong aku kirakan untuk beliau. Setelah aku buat analisis maklumat yang beliau berikan, aku rasa macam ade 'slack' something. Kiraan tawaran Ujrah akak tu bukan berdasarkan jumlah bersih pinjaman yang dibuat. Tapi jumlah terkumpul pada tarikh tertentu dengan kos pentadbiran. Aku dah mula pelik kat situ.
- Bila aku check dengan penyata, jumlah tu melebihi dari jumlah sebenar dalam penyata pada tarikh yang sama. Hoi..curiga sungguh! Lepas tu, tarikh mula bayar macam aku explain kat point pertama tadi. Gila kot. Banyak gila jumlah akak tu tertunggak dari tahun 2008. Sian dia. Jenuh le nak membayor jumlah tunggakan.
- Pada pandangan aku, kalau betul PTPTN telus nak tawarkan Ujrah pada semua peminjam dorang, kenapa kiraan tu tak diambil je dari jumlah pinjaman bersih yang dibuat? Kenapa ada yang dikira dari jumlah pinjaman bersih dan ada yang dikira dari baki pada tarikh tertentu yang telah bertambah disebabkan kos pentadbiran bulanan? Pelik betul la.
Hmm..itu adalah antara sebab-sebab utama aku menolak ujrah. Sebab terpencil macam aku dah cerita kat entri PTPTN oh PTPTN. Terasa hati dengan layanan orang depa yang PR langsung tak best. Ada aku pulak yang disalahkan padahal dorang yang silap. Kes nama arwah abah aku ditulis dalam surat tawaran sebagai penjamin pertama walaupun aku dah mention masa permohonan arwah dah meninggal. Memang la bagi korang macam remeh je kan. Tapi bagi aku tidak. Sensitip la hoi! Takkan la itu pun korang tak paham. Haishh..(-_-")
Apa-apa pun, semua ini bukanlah nak pengaruh korang. Kalau korang rasa ujrah tu lagi menguntungkan korang, accept je la. Mungkin pemikiran aku lain. Jangan la korang terpengaruh dengan aku pulak. Keputusan di tangan korang sendiri. Jadi buatlah keputusan terbaek untuk diri sendiri ye. Yang penting, hutang tetap hutang. Silalah bayar. Wajib tu membayar hutang. Jangan ambil mudah pulak hal hutang-hutang ni. Berdosa tau berhutang tak bayar.
Bisik2 :: Aku setuju dengan pendapat akak yang hantar email kat aku tu. Beliau ada cakap, kenapa la PTPTN tak buka kaunter cawangan di setiap negeri bagi memudahkan proses pembayaran dan urusan pertanyaan untuk mendapatkan maklumat. Betul jugak tu. Hmmm.