Analisis Sistem Ujrah 1% PTPTN

Assalamualaikum. Hai!


*AMARAN : Entri ini sangat panjang sebab nak explain bagi korang paham. Kalau taknak paham tak payah baca. Mekaseh! 
**p/s :: Ada sedikit update aku dah buat kat part 3% kos pentadbiran dan ujrah sebab komen dari besfren aku AceDUltraman dan kawan blogger encik KJ. (^_^)
***Peringatan :: Analisis ini adalah untuk KES AKU SAHAJA. Bukan semua orang sama dengan aku. Harap maklum!


Aku tengok, entri aku tentang Ujrah PTPTN yang ditulis pada 25 Februari 2011 lalu mendapat statistik yang sangat banyak. Maknanye ramai orang cari maklumat pasal Ujrah dan baca entri aku tu. Jadi kali ini aku nak berbicara lagi isu Ujrah ini dengan pembaca-pembaca aku supaya korang lebih faham. Buat pengetahuan semua, sebenarnya aku ada isi permohonan ujrah dan dah terima pun tawaran. Tapi aku telah menolak mentah-mentah tawaran yang diberikan setelah membuat sedikit research. Nanti aku share dengan korang eh research aku tu. 


Disebabkan aku tolak tawaran Ujrah PTPTN yang hanya 1% upah dikenakan tu, jadi aku telah membayar hutang PTPTN aku setiap bulan seperti biasa mengikut ansuran bulanan yang ditetapkan dalam jadual pembayaran yang aku terima pada 11 Jun 2010. Untuk kaedah pembayaran ini, 3% kos pentadbiran dikenakan ke atas aku berdasarkan baki semasa bulanan hutang aku.


Setiap bulan aku tak pernah miss bayar. Cuma bila aku betul-betul sesak, baru 2 bulan sekali aku bayar. Tapi selalunya setiap bulan memang aku akan peruntukkan sejumlah wang dari gaji aku untuk melunaskan hutang PTPTN aku. Aku tak buat melalui potongan gaji memandangkan aku bekerja dengan NGO dan gaji aku seciput saje. Jadi aku bayar secara persendirian. Jalan kaki pergi sendiri kat bank dan bayar di kaunter. Selalu aku bayar dekat BSN sebab dorang cuma cas RM1 untuk komisen. Bank lain cas mahal. Tapi selepas ini aku nak bayar secara online kat e-FES sebab cas lagi murah, hanya 50sen.


~Aku meroyan! Bhahaha..~


Pada 15 Julai yang lalu, aku telah menyemak penyata baki pinjaman PTPTN aku di laman e-FES PTPTN. Untuk update berapa baki pinjaman aku yang masih ade. Lepas je semak aku terus meroyan sebab rasa tertipu bila tengok baki masih banyak macam tak susut-susut. Bila kira-kira, setelah lebih RM1000++ yang aku bayar selama tetiap bulan rupanya aku hanya membayar kos pentadbiran. Jumlah sebenar pinjaman yang RM21000 masih belum lagi terlunas. 


Maka disebabkan amarah yang sangat, aku telah berleter di wall fesbuk seperti rajah diatas tadi. Muahaha. Lepas tu, dengan terkocoh-kocoh aku pun telah membuat pertanyaan di Laman Aduan PTPTN untuk mendapatkan maklum balas dari pihak PTPTN. Orang cakap malu bertanya sesat jalan kan? Jadi untuk kepastian aku pun buat la pertanyaan untuk dapatkan penjelasan. Berikut adalah pertanyaan dari pihak aku dan maklumbalas yang diberikan oleh pihak PTPTN. Silalah baca ye. Aku tanya berjela, dorang explain pun berjela jugak. Haha. Ambik hang!


~Pertanyaan yang jujur dari aku. Kuikuikui.~



~Maklumbalas dari pihak PTPTN.~


Setelah meneliti penjelasan dari pihak PTPTN dan aku pergi ushar balik surat perjanjian pinjaman dan surat tawaran ujrah, maka aku pun mula faham dan membuat semula pengiraan. Aku semak balik penyata baki pinjaman yang aku print-out dari laman e-FES PTPTN. Memang betul la aku kena jelaskan kos pentadbiran tu sebab kan ke aku ade buat penangguhan selama setahun. Masa tempoh penanguhan tu memang dikenakan kos pentadbiran. Sebab tu jumlah pinjaman bertambah. Ish ish ish..Boleh pulak aku terlupa. Lepas tu meroyan tak tentu pasal. (-_-")


Takpe la. Belajar dari kesilapan. Jangan cepat menggelabah tak tentu hala. Ok. Kat bawah ni adalah pengiraan yang telah aku buat untuk sistem Ujrah dan sistem 3% kos pentadbiran. Harap korang jelas. Kalau tak faham boleh la tanya aku semula. Nanti aku cuba explain lagi sampai korang faham. Oke!


Memula kita tengok sistem Ujrah dulu. Mengikut sistem Ujrah yang ditawarkan kepada aku, tempoh bayaran balik aku adalah selama 180 bulan = 15 tahun. Berdasarkan baki terakhir pinjaman yang aku terima pada 1/1/2009, jumlah pinjaman aku ialah RM21,000. Memang jumlah sebenar pinjaman aku la tanpa cas kos pentadbiran 3% yang dikenakan sepanjang tempoh aku buat penangguhan. Bila dikira dengan upah pengurusan pembiayaan (ujrah 1%), jumlah sebenar aku perlu bayar ialah RM24,150 di mana upahnya ialah RM3150. Jadi ansuran bulanan aku selama tempoh 15 tahun ialah RM134.17. Kat bawah ada rajah ringkas pengiraan bagi korang senang faham.


Tapi bagi yang ditawarkan tempoh pembayaran selama 120 bulan = 10 tahun, korang akan sangat untung kalau terima tawaran sistem ujrah. Dan akan ada banyak perbezaan. Cumanya bayaran ansuran bulanan akan tinggi sedikit dalam RM200 dan melalui potongan gaji. Sebab kalau untuk 10 tahun, upah yang dikenakan cuma RM2,100 dari jumlah pinjaman RM21,000. Jadi total bayaran adalah RM23,100. Kat situ korang akan untung dalam RM1050 jugak la kan? Jadi ikut korang la kalau nak terima atau tidak tawaran bayaran secara ujrah ni. Terpulang. 





Sekarang kita tengok pulak yang kos pentadbiran 3% tu. Kalau mengikut jenis pembayaran ini, tempoh bayaran balik aku adalah selama 120 bulan = 10 tahun dan jumlah yang perlu aku bayar untuk tempoh 10 tahun berdasarkan ansuran adalah lebih kurang jumlah tawaran sistem Ujrah. Berdasarkan baki terakhir pinjaman yang aku terima pada 1/1/2009, jumlah pinjaman aku ialah RM21,000 yang mana sama macam sistem ujrah di atas iaitu jumlah sebenar pinjaman aku. 


Tapi aku telah memohon penangguhan bayaran balik dan telah diluluskan selama 15 bulan dan tertangguh lagi sebulan sehingga 17/4/2010. Maka jadilah 16 bulan kos pentadbiran aku kena bayar. Sepanjang tempoh penangguhan, kos pentadbiran 3% dikenakan ke atas aku berdasarkan baki semasa pinjaman setiap bulan iaitu sebanyak RM48.75 sebulan. Jadi, kos pentadbiran yang telah aku kumpul sepanjang tempoh penangguhan ialah RM780. Menjadikan jumlah hutang aku sehingga bulan April 2010 sebanyak RM21,780.


Bermula bulan April 2010, aku dah mula bayar sebab aku dapat kerja pada bulan tu. Aku bayar mengikut jadual ansuran yang diberikan. Sehingga bulan Ogos 2011, baki terakhir pinjaman aku adalah RM21,114. Maknanya yang aku dah bayar hanya kos pentadbiran sepanjang tempoh penangguhan aku dulu. Jumlah sebenar pinjaman aku belum mula bayar lagi. Untuk korang lebih faham, tengok pengiraan simple kat bawah ni.





Walaupun masih membayar kos pentadbiran dan belum membayar jumlah sebenar pinjaman, tapi takpe sebab tinggal sikit je lagi kos pentadbiran masa penangguhan tu aku nak kena langsaikan. Bile langsai je aku nak mula bayar tetiap bulan lebih sikit dari ansuran yang dicadangkan. Jadi boleh cepat habes. Mungkin kurang dari tempoh sebenar 10 tahun aku boleh habeskan bayar pinjaman PTPTN aku. InsyaAllah. Aku rimas jugak la bile berhutang ni. Rasa tak tenang hati. Tetiap bulan asyik mikir pasal hutang nak kena bayar je.


Kalau ikut yang sistem 3% kos pentadbiran tu, aku memang boleh jimat dari jumlah sebenar mengikut sistem ujrah 1%. Tambah-tambah kalau tetiap bulan aku tak pernah miss dan BAYAR LEBIH dari jumlah ansuran yang sebenar. Jimat banyak jugak kot. Masa pun jimat jugak tahu tak? Memang kos pentadbiran akan dicas sebanyak RM48.75 setiap bulan. Maknanya setiap bulan akan ditambah sebanyak RM48.75 dari baki berkurangan pinjaman aku.


Tapi, kalau aku BAYAR LEBIH dari ansuran yang dicadangkan, jumlah pinjaman aku akan berkurangan cepat. Tempoh bayaran pun boleh disingkatkan. Sebab aku tidak terikat dengan tempoh sebenar bayaran balik dan bukan melalui potongan gaji. Kalau dikira semula ikut kadar ansuran yang dicadangkan pun, jumlah bayaran penuh pinjaman beserta kos pentadbiran setiap bulan dalam tempoh 10 tahun yang aku kena bayar, adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran penuh ikut sistem ujrah. Mungkin lebih sikit. Takde la beza banyak mana sangat pun. Aku dah kira semua tu.




Lagipun kalau sistem ujrah, aku akan terikat dengan tempoh bayaran balik selama 15 tahun yang telah ditetapkan tu. Jumlah bayaran pun fixed. Sebab tu dia buat sistem ujrah tu. Bagi nampak mudah dan kirannya macam korang bayar tak banyak sangat. Tapi sebenarnye sama je dengan yang kos pentadbiran tu jumlah bayaran penuh nye. Yang beza part tempoh bayaran tu. 10 tahun dengan 15 tahun. Kalau tak percaya korang amik surat tawaran ujrah dan jadual pembayaran ansuran 3% kos pentadbiran, bandingkan sendiri. Ok!


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Kesimpulannya, aku rasa tak rugi sebab aku tolak tawaran sistem Ujrah tu. Tak sia-sia aku buat research dan pengiraan dulu sebelum terima membabibuta tawaran Ujrah. Korang pun lain kali jangan malas nak buat analisis sendiri terlebih dahulu. Ini tidak, main rodong je accept. Kononnya 1% nampak lagi sikit dari 3%. Kaji dulu. Kalau rasa ada untung, baru accept. Kalau lebih kurang sama fikir dulu banyak kali kalau rasa taknak terikat. Ok?


Jangan jadi pemalas sangat nak kaji. Kalau tak, tanggung sendiri la nak kena bayar hutang dalam tempoh yang lama. Kalau korang memang kaya dan berduit dan gaji pun besar beribu-riban, nak bayar sekaligus, lain cerita la. Tapi masalahnye korang mampu ke? Dah la gaji seciput. Nak bayar kereta (korang kan eksen), sewa rumah, makan minum, belanja harian. Kalau dah kawen belanja isi rumah untuk anak-anak lagi. Ke memang duit gaji korang untuk bayar PTPTN je. Amboi..bagus betul kalau macam tu.


Jadi, nampak tak perbezaan Ujrah 1% dengan 3% kos pentadbiran? Jelas kan ape yang aku explain kat korang ni? Memang ini adalah analisis aku semata-mata berdasarkan tawaran yang aku terima. Tapi aku rasa, keputusan aku tu betul la dengan tolak sistem Ujrah. Tak kesah la kalau ade yang kata aku rugi sebab boleh bayar upah 1% tapi nak bayar kos pentadbiran 3%. Janji aku tak pernah miss bayar. Lagipun aku suka bersedekah kat PTPTN. Kui kui kui.


Haa..kalau korang tak faham, belek lagi sekali entri aku ni sampai korang faham ye. Kalau tak faham jugak, baru tanya aku. Ini aku dah cuba sedaya upaya explain detail bagi korang nampak jelas perbezaannya. Sampai berjela-jela entri. Kalau tak nampak taktau la aku nak kata apa. Memang 'buta kayu' sungguh la maknanye tu. Huehuehue.


Apa-apa pun, kalau dah berhutang tu silalah bayar ye. Aku ni walaupun banyak membebel tak puas hati dengan PTPTN, tapi aku tetap bayar hutang aku kat dorang. Sebab HUTANG WAJIB DIBAYAR. Korang pun jangan banyak berdalih sangat. Masa dapat PTPTN bukan main lagi korang berjoli sakan. Beli henpon la, laptop la, shopping la, melancong la. Lupa diri! 


Orang dapat duit PTPTN guna untuk tampung kos pengajian. Korang guna untuk tampung kos enjoy diri. Bila dah habes belajar, kena bayar balik kemaen lagi liat. Pastu mula la cakap PTPTN tu pitipitipu. Memberontak takmau bayar. Melampau betul. Silalah sedar diri oke! Kalau tak kerana PTPTN takde la Diploma/Ijazah korang tu ha. Huahuahua. Sekian mekaseh!



Bisik2 :: Hutang tetap hutang dan WAJIB dilangsaikan!

28 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. aku rasa hang dah silap kira bab 3% tu....

    BalasPadam
  2. Nota :

    * Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan ‘Ujrah’ atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance).

    [ hang dah terguna kaedah ujrah utk kira sistem 3% tu,.. tak kena... untuk fixed rate (ujrah) ya.. cara kiraan hang betul.. tapi sistem sedia ada 3% bukan flat rate, tapi berdasarkan reducing balance..

    jadi, kos pentadbiran 3% tetap akan dikenakan kat hang utk setiap kali hang buat bayaran, elok hang semak semula.. ]

    BalasPadam
  3. OO ye ke.. tak tau plak.. nak kata tolak tak.. tapi tak anto dokumen2 .. terus bayar cam biasa je la

    BalasPadam
  4. tq tuk info PTPTN ni, sgt bguna.. thanks (:

    BalasPadam
  5. hahaha...part dpt PTPTN dok bershopping semua tu sokong sgt2!!!hehe cik mar pun mmg tak apply sistem ujrah, sbb byk dah org ckp lg byk dia tarik duit kte. so guna je r 3% tu kan~~huhu

    BalasPadam
  6. @Ace D Ultraman::

    aku tahu memang tetiap bulan kos pentadbiran akan dicas sebanyak RM48.75..sehingga aku habes bayar PTPTN aku..

    macam mana pun, still 3% tu lebih menjimatkan aku..kalau aku bayar lebih dan hutang aku cepat habes..

    ujrah akan buat aku terikat selama 15 tahun..aku takmau..

    nanti aku update..mungkin ayat aku kurang jelas tang situ..

    BalasPadam
  7. aku pun rasa 3 percent tu mcm best sbb tak terikat bape tahun nk bayar..tp baik ko semak lagi skali..dulu kos pentadbiran aku lebih kurang 60 lebih tapi pas aku pakai ujrah 1 percent..kos pentadbiran aku dh kurang jadi RM23.33 tiap2 bulan...jadi skang bila aku byaq tiap2 bulan terasa sikit baki bulanan baki aku kurang banyak kalau compare ngn 3 percent dulu..tapi aku bayaq lebih skang tiap2 bulan nk bg cepat abis gak...

    BalasPadam
  8. setuju ng pendapat acedultraman..pengiraan 3 percent kt atas ni aku rasa mcm salah..patutnya ko kena guna cara pengiraan yang lama sebelum ujrah..guna formula RIBA yang panjang berjela ptptn bg tu hehehe...cuma kelemahan ujrah ni bayaq ikut gaji je..even kata pakar ekonomi islam mcm ustaz zaharuddin pun ujrah ni lebih menjimatkan kita..lebih jimat sikit kos pentadbiran kita bayaq..takde sebenarnya penipuan..baik kaji lagi..aku cuma nasihat je..jgn marah ye hehehe

    BalasPadam
  9. huaahuaahab lolly setadi dulu mmg awal2 dah x amek ptptn ni huhuhu!

    BalasPadam
  10. @ KUmbang JIngga ::

    Aku dah perbetul ayat kat bab 3 % tu..harap korang jelas..

    pengiraan aku tu adalah berdasarkan rekod terkini aku dalam sistem PTPTN..

    Untuk pengetahuan korang, dalam kes aku, jumlah total bayaran aku untuk sistem ujrah dan 3% kos pentadbiran tu adalah sama..takde beza..

    That's why aku tak terima ujrah..bayaran takde beza..yg beza tempoh je..

    p/s :: aku tak marah pun..thanks menegur..mungkin ayat aku buat korang konpius..^_^

    BalasPadam
  11. interest tinggi. tapi dah system ujrah pun mahal juga ke?

    BalasPadam
  12. salam..try test yg ni..pastu bezakan ujrah 1% dan yg kos pentadbiran 3%.


    yg bawah ni calculator riba 3%.

    http://www.ptptn.gov.my/web/guest/pembiayaan/calculator

    BalasPadam
  13. untuk ujrah, masa penangguhan x include erk n lau sy byr lg byk, thn dia ttap 15 thn ke? xkan x leh jd krg. sy konfius ni nak gna kaedah yg ne, yg ne lg bek. mmandngkn tggal lg brp ari masa untk p'mohonan ujrah tamat. x tau nak trma twrn 2 ke x.

    BalasPadam
  14. sebenarnye kalo pakai ujrah lagi jimat...kena charge 1% ngan charge 3%, 1% lagi skit...dan x semestinya dlm perjanjian bayar rm134, kita x bole bayar lebih..kalo kita bayar lebih, sparuh potongan gaji, top up lagi bayar kaunter, bole abis cepat...dan ptptn akan kira balik kos 1% ikut brp tahun kita settlekan utang kita...

    BalasPadam
  15. anonymous 1 ::

    saye dah kire guna calculator tu..memang same jugak..beza tak banyak..mekaseh sebab bagi link tu..jasamu dikenang..^_^


    anonymous 2 ::

    yg itu saye tak pasti..tapi berdasarkan masalah saye yg saye dah rujuk sendiri kat PTPTN, tempoh yg ditawarkan dalam surat tawaran adalah fix macam yg dinyatakan..die tawarkan ujrah sebab tahu kite ni bukannye mampu nak bayar sekali gus banyak2..kalau nak lebih kepastian, sila hubungi pihak ptptn sendiri..itu pun kalau die jawab kol kite dan layan kite baik2..ade yg layan kite macam hampeh..T_T



    anonymous 3 ::

    buat pengetahuan sedara/sedari, saye punye kes ni sebab saye dah bayar sikit..then baru apply ujrah..

    lagi satu saye ade tempoh penangguhan selama setahun yg telah menyebabkan jumlah pinjaman bertambah sebab kos pentadbiran berjalan selama setahun..tapi dorang tak kire yg tu..masalahnye kata dorang mereka akan kire semula berapa yg patut kite bayar bile kite dah terima ujrah..dalam surat tawaran tu tak kire betul2 lagi..

    pastu, saye ni bukannye kerja kerajaan..saye kerja dengan NGO je..swasta la maknanye tu..kalau buat potongan gaji sangat leceh sebab saye akan ada kemungkinan untuk bertukar kerja..nama pun kerja swasta..uhuhu..

    sebab tu saye tak terima ujrah..bile saye kire sendiri guna calculator kat web ptptn tu, takde beza banyak mane sangat pun antara bayar pakai ujrah @ 3%..that's why saye decide nak bayar ikut sistem yg lama..kaedah die tetap same..kalau kite bayar banyak still berkurang dan cepat habes..

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama27/9/11 9:37 PG

    just nak tambah sikit..

    ok la untuk yang hutang sikit dalam 20k-30k...

    tapi yang hutang sampai 60-70k dan tak berkemampuan untuk bayar banyak tiap bulan..ujrah boleh dijadikan alternativ..

    faedah ajer dekat 170 sebulan..
    huhuhu

    kalau bayar 200-250 sebulan untuk fresh grad.. prinsipal cuma luak dalam 30-80 je..

    unless family berada sikit boleh la mampu.. tapi bagi yang hidup looner.. datang dari jauh dan kerja kat KL.. nak sewa umah lagi.. nak guna duit bantu family..

    at least ujrah dapat kurang kan bayaran bulanan..

    BTW ujrah ni macam buat personal loan untuk bayar hutang PTPTN

    BalasPadam
  17. aku rasa ko salah kira la cik sha... kes aku sama cam kes ko tp yg aku kira, ujrah lagi untung. ko punye formula calculation tu ada mistake skit...klu stakat nk settle utang dlm masa 10 tahun, aku suggest better amik ujrah. klu ko cakap ujrah lebih kurang ngn sistem sedia ada (3%), itu akan same if ko bayar loan within 3 tahun lebih baru la same....ko sanggup ke nk bayar dlm tempoh 3 tahun lebih....ko kira balik btul x aku cakap...tu klu nk berkira dgn kos pentadbiran la......

    nk bagi contoh boleh:

    3%:

    21000 X 3% X 3.3 tahun = RM2,079

    1%:

    21000 X 1% X 10 tahun = RM2,100

    so, keputusan terletak kat masing2 utk manage kewangan. pesanan aku, jgn buat personal loan untuk langsaikan utang PTPTN ni. rugi tau. percent bank lagi tinggi.... klu ade duit poket sdiri, go on.....hehehe

    BalasPadam
  18. pergh saya yang masih belajar ni pun dah cuak baca..
    huhu

    BalasPadam
  19. Berpinar mata baca, huhu

    Suatu penulisan yang kreatif.

    Ini suatu perkongsian

    http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html

    Silalah jenguk.

    Terima kasih

    BalasPadam
  20. UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,

    1. BUNGA "UJRAH" YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.

    2. JUMLAH BUNGA "UJRAH" YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR.....ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.



    MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.

    BalasPadam
  21. maaf ya, bukankah sistem ujrah ini lebih patuh syariah...untung atau tidak, kita sebagai umah islam seharusnya mengambil inisiatif untuk mengelakkan riba....biarlah susah sikit di dunia ini, asalkan kurang azab di sana... wallahu'alam

    sila baca disini mengenai sistem ujrah http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

    BalasPadam
  22. @Anonymous :: salam..ye..saya dah baca artikel tu lama dah..sebelum saya tulis sendiri artikel ni, saya dah baca semua artikel dari ustaz dan sesiapa saja yang tulis tentang ptptn..

    memang ujrah tu terms ikut islamnya mengikut syariah..tapi dalam kes saya ni tiada beza samada saya bayar ikut ujrah atau tidak..amaun pembayaran tak berbeza..yang berbeza hanya tempoh pembayaran..

    itu saja..saya pun islam..orang islam mana taknak ikut syariah islam..jangan le tempelak saya macam tak tahu agama..huhuhu..

    BalasPadam
  23. sy da memiloh sistem ujrah tp klu sy x ttp byr ansuran cemana plak ye..cth bln ni byr 100 bln dpn 150. 1% tu dkira atas kaedah ap?

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama9/1/15 7:30 PTG

    Sy pilih ujrah dah.. alhamdulillah hutang ptptn tggl 3thn lg nak settle.. xkira keje swasta ke krjan sbb mlalui sistem ujrah blh pilih nk ptong gaji or bayar sndr.. ksimpulannya 3% ke 1% ke ikut pilihn sndr.. yg pnting hutang wajib d bayar.. bayar la lg smampu.. kalu kete mahal..hp mahal.. baju n kasut mahal.. mampu d beli majlis kawen mmpu upah katering..knp hutang xmampu d bayar.. hehe. Maaf andai terasa..

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya samada pembayaran ujrah wajib dengan potongan gaji?

    BalasPadam
  26. nak tanya kat pengUJRAH... kos pentadbiran makin kurang tak selepas bayar tiap2 bulan??..ke same je tiap bulan??..coz sy x mohon ujrah..saya still guna 3% tu..sbb mls nk isi borang n nak kesana ke mari..hehehe...

    BalasPadam
  27. Kaedah ujrah lebih disepakati 'kehalalan'nya oleh majlis fatwa kebangsaan berbanding caj perkhidmatan 3% sebelum ini. Itu satu alasan yang cukup KUAT untuk kita memilih kaedah ujrah.
    *Hands-up-mouth-closed*
    Peace..:)

    BalasPadam
  28. Gaji dah sedikit, lepas potong pinjaman PTPTN lagi, tidak byk tinggal. Mcm mana dapat hidup...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan