Monday, 24 May 2010

~hebatnya CINTA itu..~

Kadang2 aku terfikir. Kenapa sesetengah dari kita boleh bertukar menjadi individu yang lain semata mata kerana cinta. Maksud aku cinta dari sang kekasih. Yang belum tentu sah menjadi pasangan hidup sehingga akhir hayat kita. Hebat betul penangan cinta sang kekasih ni kan?



Kalau diperhatikan situasi sekarang ni. Macam-macam dah berlaku akibat daripada panahan cinta sang kekasih ni. Bukan setakat yang sudah dewasa. Yang masih remaja pun sudah pandai bermain cinta. Kadang-kadang yang masih mentah umurnya dan masih di sekolah rendah pun dah kenal erti cinta. Fahamkah mereka apa maksud cinta itu sebenarnye ek? Musykil betul aku dengan situasi seperti itu.


Kerana cinta si kekasih. Sanggup ketepikan ibu bapa. Boleh lupa dengan cinta ibu bapa. Lupa yang sudah berpuluh tahun ibu bapa menyemai cinta mereka untuk kita dari sekecil tapak tangan sehingga dah meningkat dewasa. Menentang ibu bapa bila cinta tidak mendapat restu. Sanggup membelakangkan ibu bapa dengan tidak memaklumkan dan meminta izin untuk menjalin cinta. Semua semata mata kerana cinta pada si kekasih yang baru sehari sebulan setahun dikenali. Hebat kan cinta itu?


Kerana cinta si kekasih. Sanggup bergolok bergadai untuk memenuhi kehendak hati yang di cinta. Biarlah susah macam mana pun sanggup berkorban. Lupa yang dikorbankan itu bukan dari hasil titik peluh sendiri. Tapi mengharapkan pemberian dari ibu bapa juga. Ada pula yang sanggup berhutang keliling pinggang. Asalkan hajat sang kekasih dapat dilaksanakan. Hebatnya penangan cinta kan?


Kerana cinta sang kekasih. Maruah sanggup dipertaruhkan. Biarpun belum pasti si kekasih lah yang akan menjadi pasangan hidup. Yang penting dapat memberi kepuasan kepada si dia yang tercinta. Kengkonon dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dan untuk membuktikan cinta. Tapi sayangnya, bila titik noda itu mula bercambah menjadi benih. Segala rasa kasih, rasa sayang dan rasa cinta terus hilang sekelip mata. Si kekasih melarikan diri tidak mahu bertanggungjawab. Diri malu nak menanggung seorang diri. Kengkonon untuk menjaga air muka dan maruah yang telah tiada itu, benih yang tidak berdosa itu menjadi mangsa pembunuhan. Hebatkah cinta itu?


Lihatlah betapa kuatnya kuasa cinta. Ini bagi mereka yang tidak berfikir secara waras dan terlalu asyik dengan cinta sehingga lupa segala-galanya. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Akhirnya mereka yang akan terjerat. Bagi mereka yang waras pasti tidak terjadi perkara seperti di atas. Sebab mereka masih berpijak di bumi yang nyata. Masih ingat bahawa cinta itu adalah anugerah dari Allah. Pasti mereka akan menjaganya dengan penuh amanah.


Aku berbicara bukan nak menghentam sesiapa. Bicara aku telus. Hanya ingin meluahkan rasa dan buah fikiran. Maaf kepada mereka yang terasa. Aku takde niat sedikit pun untuk berbuat begitu. Bicara aku ini untuk peringatan diri aku sendiri juga. Buat aku memuhasabah diri aku. Supaya aku tidak terus hanyut dengan cinta yang boleh melalaikan aku. Semoga Allah sentiasa melindungi aku dan kamu-kamu semua. Amin..

Cinta aku pada si dia adalah kerana Allah. Semoga Allah merestui hubungan kami. Terima kasih juga pada ibuku yang restu cinta aku dan dia. Semoga dia adalah jodohku yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku berdoa juga semoga hubungan kami terus terjalin dalam ikatan suami isteri yang sah satu hari nanti. InsyaAllah. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.






Bisik2:: Skema lak ayat aku dalam entri ni. Hehe. Bila terasa nak bermadah pujangga. Macam ni la jadinya aku. Ngee..(^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

6 love notes:

bARdbOO said...

hehe...jum kita bermadah pujangga bersama2.. ^_^

bARdbOO said...

hehe..jum sma2 kita bermadah pujangga.. ^_^

sarah shafie said...

semoga kekal ke akhir hayat..amin..

embun d tengah malam said...

entri yg bagus...doakan u bahagia selalu..

insyaallah jika tuhan membimbing kamu..

kamu akan nampak jalannya

BalqisShafiqa said...

salam ziarah.

bila bicara soal cinta ni kadangkala ada yang faham cinta kerana Allah.
ada juga yang menolak lelaki(cinta) kerana rasa diri masih mahu berbakti kepada keluarga.


cuma satu, syaitan memang niat sentiasa mahu merosakkan anak Adam.
Huh! itu cobaan!

eynda said...

Semoga hingga ke jinjang pelamin...amin... :-)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com