Cik Epal Buat Hidung?

Memula aku nak ignore je. Tapi makin melarat pulak isu hidung Cik Epal (CE) ni. Sampai kat posting aku throwback kenangan pernah join event ada CE pun terpalit isu hidung dia. Korang dah kenapa weh? Syok eh tambah dosa yang bertimbun dah tu?

Aku ni bukan la nak backup CE. Bukan diehardfans (walaepal bak kata netijen) dia juga. Aku just adore dia sebab pernah jumpa secara face to face siap berpeluk lagi dan memang dia tak sombong pun tau. Dah la cantik semulajadi. Masa aku jumpa dia tu memang dia mekap light je. Aku memang suka tengok orang cantik even aku ni normal, lurus tak belok-belok.

Posting Tentang Cik Epal Di Threads


Oh. Sebelum tu, ni link entri 11 tahun lalu yang aku pernah face to face dengan CE : Sesi Bersama Cik Epal. Kami berjumpa dalam Event Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti anjuran Fair&Lovely. Best sangat event ni. Event blogger pertama yang aku join. Kenangan indah walaupun sampai sekarang dah 15 tahun jadi blogger tak naik taraf jadi blogger selebriti pun. Hahahaha.


Ni la posting aku tu. Aku cuma mention dia cantik dan friendly



Masa kes tengah hangat hari tu, aku ada la tumpang ombak post gambar kami berdua. Sekadar nak throwback. Tak sentuh langsung pun pasal kes dia. Sebab aku tak koser nak masuk campur hal peribadi orang lain. Sekadar ambil tahu sikit-sikit. Itu pun bila dah kecoh yang bermula dari ex dia sendiri. 

Aku follow CE ni lama amat dah tau. Waktu zaman blog tengah in. Dari tahun 2009. Lepas tu aku friend juga dengan dia di FB dan follow di IG. Memang takde langsung hint dari dia tentang masalah rumahtangga yang dia hadap. Biasa je posting dia pasal kehidupan seharian dia.

Kekecohan tu bermula totally dari ex dia dan dipanjangkan netijen yang follow ex dia. Aku memang tak follow ex dia pun. Follow CE je. Bila dah kecoh tu, memang terkejut gila la. 'Awat takda apa-apa 'bunyi' pun dari CE?' Haaa..gittew hati aku berkata-kata masa memula kekecohan tu viral. Siap pi skodeng IG dia sebab dah lama tak buka IG. Still tak jumpa apa-apa sampai la ex dia buat tindakan yang melampau batas kesabaran baru dia stand up.


Betul Ke Cik Epal Buat Hidung?


Bila kes semakin hangat sebab CE dah tak berdiam diri lagi, ramai la haters CE mula menyerang dia. Lawak pun ada rasa. Dia tak kacau orang pun, tapi netijen bitter teruk eh? Sampai penampilan dia pun dorang sakit hati nak kondem itu ini. Pasal hidung tu paling lawak sekali. Tepuk dahi aku baca. 


Ni komen yang aku dapat pagi tadi kat posting Threads aku yang dah berbulan tu. Gigih ye dia komen pasal hidung CE. Sabor je la.


Aku tahu maksud orang yang duk kecam kata CE buat hidung tu nak tuduh dia ubah ciptaan Allah dengan buat pembedahan plastik atau cucuk filler. Kenapa la nak fitnah dia buat hidung dengan cara tu? Yakin pulak tu tuduh dia cenggitu. Mana korang tau dia pi bedah hidung atau letak filler bagi mancung? Tak baik tau bersangka-sangka buruk macam tu. Fitnah namanya. Berdosa tau!

Tapi itulah. Sebabkan isu hidung CE, terus aku dapat ilham nak tulis artikel ni dengan izin Allah. Nak bagi tazkirah kat yang suka menfitnah tu sekali kongsi ilmu juga. Terima kasih la naaa sebab bagi otak aku rajin bekerja untuk menulis.

Tips Hidung Pesek Jadi Mancung


Korang tahu tak, sebenarnya ada banyak cara nak bagi hidung yang tak berapa nak mancung tu transform jadi tajam tirus. Tak semestinya kena pi buat pembedahan plastik atau cucuk filler.

Buat pengetahuan korang, tulang kat hidung kita ni lembut je tau. Yang kat bahagian hujung tu. Bahagian tu ada tulang rawan yang fleksibel. Cuba la rasa sendiri dengan jari tu. Kalau tak percaya, tengok gambar tengkorak. Haaa, tu bukti paling kukuh yang tulang hidung kita bahagian hujung ni lembut. Yang keras pun kat bahagian atas hidung dekat dengan mata tu.

Sebabkan bahagian situ lembut, ada kemungkinan struktur hidung boleh berubah juga secara semulajadi. Ye ke boleh? Ye sayang. Tapi ada la cara dia yang kita kena buat.

Meh aku kongsi dengan korang macam mana caranya nak hidung pesek transform jadi mancung.

1. Teknik shading dan contour sewaktu mekap

Semua tahu, dengan kuasa mekap wajah seseorang boleh berubah jadi lebih cantik. Yang pipi tembam boleh nampak pipi kurus. Yang banyak noda boleh jadi flawless. Semuanya dengan teknik mekap.

Hidung pun macam tu jugak la. Yang pesek pun boleh transform jadi mancung. Masa mekap tu guna je teknik shading dan contour. Confirm hidung nampak mancung tak beragak. Tapi masa wajah bermekap je la nampak mancungnya. Buang mekap nampak pesek balik la hidung tu. Hihi.


Teknik mekap dan filter pun boleh buat wajah kita nampak lain.



Betul. Teknik mekap memang boleh buat hidung nampak tirus. Ni komen kat posting aku tu jugak.



2. Pakai alat mancungkan hidung (Nose Lifter) sebelum mekap

Kalau korang suka tengok video teknik mekap, mesti tahu pasal satu alat ni. Orang kita jarang guna. Tapi kalau video mekap dari negara luar, dorang selalu guna untuk bagi effect hidung mancung nampak real bukan guna teknik shading dan contour. Tak percaya try tengok make up tutorial dari Thai.

Alatnya yang macam kat bawah ni. Boleh beli kat kedai oren : Alat Mancungkan Hidung

Ada 3 jenis klip ikut keluasan lubang hidung. Hahaha.


Ni cara pakai klip mancungkan hidung ikut lubang hidung.



3. Konsisten pakai alat mancungkan hidung (Nose Up Clip)

Lagi satu alat yang boleh mancungkan hidung ialah Nose Up Clip. Korang cepit la hidung tu guna alat ni konsisten setiap hari. 10-15 minit setiap pagi, petang dan malam. Kena rajin tau. Haaa..nanti lama-lama hidung kat hujung tu jadi tirus. Baru la nampak mancung semulajadi.

Alat ni kat Watson atau Guardian pun ada jual. Kalau malas nak pergi sana, kedai oren pun ado. Nah gi beli :

Nose Up Clip plastik & getah.


Nose Up Clip yang ni macam mesra hidung sikit.


Tak pun kalau kendekut sangat nak membeli nose up clip, cepit je dengan penyepit baju. Kepit hidung tau. Bukan letak kat atas hidung macam dalam gambar AI aku generate ni. Hahaha. Risiko tanggung sendiri.


4. Rajin buat urutan di hidung

Cara paling jimat dan confirm secara alami ialah buat urutan kat hidung. Duduk sesaja tu korang picit-picit je hidung tu dari pangkal ke hujung. Tang hujung hidung tu tarik-tarik sikit. Buat je secara konsisten. Lama-lama nanti akan mancung la hidung tu. Hilang hujung hidung yang bulat tu ha. Terus tajam boleh sodok orang. Hahaha.

Kalau malas guna jari, boleh urut dengan alat khas dia macam kat bawah ni. 

Feeling pulak tengok dia ni guna Pengurut hidung mancung


Berdosa Tak Mancungkan Hidung?


Kalau pi buat pembedahan plastik sebab sesaja nak nampak cantik hidung terletak dan mancung, ya memang BERDOSA. Sengaja ubah ciptaan Allah secara kekal tanpa sebab, itu haram ya.

Tapi andai ada sebab munasabah contohnya ada masalah kesihatan melibatkan hidung (resdung teruk) atau alami kecederaan akibat kemalangan dan terpaksa buat pembedahan di hidung, insyaAllah yang tu takde masalah. Dibolehkan dan tak berdosa. Ada alasan yang kukuh atas faktor kesihatan. Kalau nak tahu, bila ada buat pembedahan di hidung sebab masalah kesihatan, struktur hidung memang akan berubah dan jadi terletak elok serta mancung.

Mancungkan hidung menggunakan teknik mekap berdosa ke tidak? 

Bagi bukan muslim takde masalah. Yang Islam tu faham kot maksud tabaruj, kan? So, nak mekap pakai teknik apa pun dan ditunjuk pada khalayak ramai, tanggung la sendiri dosa bertabaruj. Itu dosa individu. Nak kata perbuatan mekap tu haram, agama kita tak melarang pun nak bercantik-cantik. Cuma ada syaratnya. Boleh je nak mekap buat shading bagi hidung mancung bagai. Tapi..mekap dan bercantik-cantik la HANYA untuk tatapan suami, anak-anak dan keluarga sahaja. Ambik gambar pun simpan untuk tatapan sendiri.

Kalau guna alat-alat atau urutan untuk mancungkan hidung macam mana pulak? Dosa tak? Tidak, sebab tak ubah secara kekal struktur hidung. Alat-alat dan urutan tu cuma bagi kesan sementara saja. Kalau berhenti guna dan tak buat urutan lagi, hidung kita tak kekal mancung pun. 

Hidung Kita Ciptaan Allah Yang Unik


Ketahuilah yang Allah memang cipta hidung kita ni ada keunikannya iaitu tulang hidung kita lembut dan fleksibel. Disebabkan oleh tu, possibility struktur hidung untuk berubah-ubah secara semulajadi memang boleh berlaku. 

Perasan tak? Kalau badan kita terlebih isipadu, wajah kita mengembang dan hidung nampak pesek. Bila dah kurus, muka jadi runcing dan hidung nampak kecil tirus. Bila dah tua, tetiba hidung jadi jatuh senget pulak dan tak terletak elok padahal masa muda kemain mancung lagi.

Ya. Itulah bukti kebesaran Allah yang mencipta setiap inci tubuh kita ni. Tak perlu ubah apa-apa secara kekal yang memang haram dan berdosa. Hidung tu memang akan berubah secara semulajadi seiring perubahan fizikal kita. Tapi itulah eh, memang kena eh hidung mancung? Kalau pesek tak boleh nak bernafas ke? 😌

 
Ni komen di post aku tu juga. Siap crop gambar aku nak bandingkan CE yang 11 tahun dulu dengan CE yang sekarang. See.. Dia memang cantik pun weh. Ciptaan Allah yang elok sangat.


Korang kalau teringin nak hidung mancung jugak walaupun effect sementara, buat je la urutan atau pakai alat bagi hidung mancung tu ha. Boleh la feeling hidung tajam macam orang Arobbb. Begituhhh. 

Sudah-sudah la tu buat spekulasi dengan menuduh CE buat hidung juga ye. Fitnah tu dosa besaq tau! Pi jadi rajin jaga kecantikan macam dia. Korang bukan tau yang dia punya gigih duk urut-urut hidung tetiap hari bagi ada effect mancung, tetiba korang pi tuduh dia buat pembedahan/cucuk filler. Tak baik tau suudzon.


Bisik-bisik :: Betul la ye kalau dah tak suka tu, semua benda nak dijadikan isu. Sampai hidung pun kena kondem. Hahahaha. Lawak tau korang ni!

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Macam macam la ragam org ni kan

    BalasPadam
  2. Memacam ragam netijen ni rajin nau ambik tau hal orang kan. Sampai hidung pun depa belek 😆

    BalasPadam
  3. Perangai netizen ni macam2

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan