Sunday, 14 February 2010

bila dah hilang rasa hormat dan kasih sayang..




bila dah hilang rasa hormat dan kasih sayang..
ibu bapa yang tua uzur diabaikan..
langsung tidak dipedulikan..
perhatian pun tidak diberikan..
malah pelbagai alasan cuba diwujudkan..

bila dah hilang rasa hormat dan kasih sayang..
murid-murid mula jadi lupa diri..
guru-guru langsung tidak disanjungi..
malah boleh diperlekehkan lagi..
ilmu yang diberi juga tidak dihargai..

bila dah hilang rasa hormat dan kasih sayang..
hidup berjiran pun dah mula tak aman..
dengki khianat hasut-menghasut dah jadi amalan..
selisih bahu pun nak tegur dah tak heran..
sebab ego yang menjadi pegangan..

bila dah hilang rasa hormat dan kasih sayang..
hubungan suami isteri pun boleh terbarai..
sebelum kahwin..i love u, u love i..
lepas kahwin bergaduh sampai terlafaz cerai..
last-last, anak-anak jadi mangsa hingga terabai..

bila dah hilang rasa hormat dan kasih sayang..
sensitiviti kaum mula dibangkitkan..
pelbagai isu cuba diperbesar-besarkan..
macam mana nak jadikan negara maju di masa hadapan..
kalau pemikiran langsung tak berwawasan..


bisik2::
semua ni luahan rasa dan pendapat cik sha je..jangan ada yang terasa hati ok!..
cuma dari sudut pandangan cik sha atas pemerhatian di sekeliling saje..

malas nak membebel panjang2..tetiba rasa nak berpujangga..
inilah hasilnye..pandai gak eh cik sha reka puisi..hak3..

JANGAN sambut Valentine's Day ok!!

marilah kita berkasih sayang sepanjang masa..
supaya tak jadi macam yang cik sha bebel dalam puisi kat atas tu..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

7 LOVE NOTES

  1. bler smuanye terjadi~
    mkne dh ade 'tnda2' tuh~
    huhuhu~

    ReplyDelete
  2. ika setuju dengan pendapat kamu..entahla..huh

    ReplyDelete
  3. hoho...sangat tepat la entry nih. kalau la semua orang ada kasih sayang dalam diri diorang, konfem xde peperangan dalam dunia nih

    ReplyDelete
  4. huhuhu..namo...namo ilang akan rasa itu.....
    mari pupuk..perasaan kasih sayang dan hormat menghormati...
    mari2 semua

    ReplyDelete
  5. puyooooooooooooo.

    ahaks ;-))

    pandai karang sajak ihiks

    ReplyDelete
  6. nice poem. :)
    i love the last part.
    "marilah kita berkasih sayang sepanjang masa.."

    :)

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!






 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com