Wednesday, 27 January 2010

~Lelaki yang paling aku sayang...~





Gambar kat atas ni gambar aku dengan abah aku yang aku dah edit. Sebab aku takde simpan gambar dengan abah. Maklum la dulu2 ambik gambar mana ade macam sekarang. Dulu kena pakai kamera cap ayam yang pakai negatif tu je. Bukan macam skang ni ha. Dah pakai kamera digital. Gambar abah tu pun aku snap pakai henpon cap ayam aku je. Tu le tak clear sangat. Huhuhu. Takpe la kan. Janji ade gak gambar abah yang aku leh simpan wat kenangan. Time rindu2 leh godek2 laptop belek2 gmbar abah. Kan2?




Hensem tak abah aku? Abah mix cina+org asli. Kirenye aku ni memang takdo la darah melayu nye kot. Mak pun mix jawa+bugis. Eh? Tapi jawa dengan bugis tu Melayu jugak kan? Ada la keturunan Melayu jugak aku ni cuma tak pure. Consider je la aku ni Melayu campuran. Kui3.



Entri ni aku tulis sebab aku rindu sangat2 kat abah aku. Nak luah kat sape tak tahu. Selalunye encik CH la yang jadi mangsa aku. Ni nak luah kat beliau tapi dah membuta lak mamat tu. Jadi aku luah je la kat blog ni ha. Share dengan kawan2 bloggers pun takpe kot. Sharing is caring, right? Hehehe. Meh nak cerita dengan korang tentang lelaki yang paling aku sayang dalam hidup aku selain encik CH aku tu. (^_^)




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Mule2 kite imbas dulu sejarah. Lebih kurang 30 tahun yang dulu, mak dengan abah selamat diijabkabul dan sah menjadi suami isteri walaupun tok (nenek-org utara pgl tok) sebelah mak tak berapa nak setuju pada awalnya. Sebab abah seorang mualaf. Keturunan orang asli pulak. Tapi mungkin tu dah jodoh mak dengan abah kan? Jadi, hasil perkongsian hidup abah dengan mak, lahir lah 3 orang puteri yang comel2 dan bijak2 belaka. *simptom perasan* Itu lah kami..kakak, aku dan adik.




Dulu masa masih bernyawa, abah kerja sebagai Pasukan Gerakan Am(PGA) a.k.a Polis Hutan. Tiap 3 bulan mesti die akan masuk hutan pergi jaga sempadan. Selalu kat Bukit Kayu Hitam la. Kadang-kadang kena jaga sempadan kat tepi laut. Nak tangkap pendatang haram yang masuk Malaysia sembunyi-sembunyi. Jadi tinggal lah aku, adik dengan mak kat rumah. Huhu. Kakak aku dari kecik tok+tokwan aku ambik bela. Jadi dia tak pernah merasa la kena tinggal dengan arwah abah macam tu.




Masa aku bebudak dulu aku sangat-sangat la nakal. Selalu la jugak kena marah dengan arwah abah. Walaupun aku kuat nanges tapi aku kuat membuli adik aku, anak kesayangan abah. Mungkin sebab kat sekolah aku yang selalu kena buli. Jadi kat rumah aku tunjuk kuasa kat adik aku. Tambah-tambah die selalu eksyen abah lebihkan die. Ish3. Jahat beno la ai aku ni rupanye. Sian adik aku jadi mangsa. Huahuahua. Abah selalu back-up adik dan marah aku kalau aku buli adik. Rindu lak nak kena marah dengan abah.





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



Tapi..Allah lebih sayangkan abah. Tanggal 25 September 1999, takkan aku lupekan sampai bile2. Abah pergi buat selama-lamanya tinggalkan kami semua. Abah pergi secara mengejut. Masa tu abah bertugas kat luar. Jauh dari kami semua. Kami pun tak tahu abah dah sakit teruk masa tu sebenarnye. Abah pandai sembunyikan sakit die. Mungkin tak nak kami semua risau keadaan dia. 





Tapi bile keadaan dah teruk, baru pegawai abah suruh abah balik. Sayangnya dah terlambat. Balik-balik je abah dah teruk sangat-sangat. Tak sampai pun sehari balik kat rumah abah dah pergi. Aku sedih yang amat. Masa tu aku tak tahu ape yang berlegar dalam fikiran aku. Ntah la. Serabut sangat. Mungkin sebab masa tu aku lagi berapa minggu je nak hadapi exam PMR. Hmmm. Ape2 pun aku redha dengan pemergian abah. Ada hikmah di sebalik yang terjadi. Semua itu sudah ketentuan Allah. Aku redha.





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



Abah. Dulu kakak nakal kan? Selalu buat abah susah hati. Bukan kakak tak tahu, dulu kite hidup susah. Gaji abah tak banyak mana. Tapi kakak degil sangat. Pernah kakak tak nak pergi sekolah sebab merajuk abah tak belikan pas bas sekolah walaupun kakak tahu masa tu abah takde duit. Kakak mengada nak naik jugak bas skolah yang kaler kuning tu. Berlagak macam anak pegawai atasan. Padahal kakak boleh je kalo nak naik trak polis yang khas untuk hantar anak-anak polis pergi sekolah. Free2 je. Tapi kakak taknak. Eksyen lebih. Konon2 malu dengan kawan2 kat skolah nanti. Huhu. Tapi abah tak pernah merungut. Abah cuba jugak cari duit untuk tunaikan permintaan anak2 abah walaupun degil. Maafkan kakak abah.



Abah. Kakak rindu sangat kat abah. Rindu masakan abah. Rindu abah manjakan kakak. Rindu abah tunggu kakak belajar malam-malam. Rindu dengkuran abah time tengok tv. Rindu nak cabut uban abah. Rindu nak bodek kacang cap tangan nganyin dari abah 5-10 bijik. Rindu nak mintak 20sen kat abah buat beli cikedis. Rindu nak ikut abah cari anak ikan kat parit nak bagi ikan dalam akuarium makan. Rindu nak tanggalkan stokin abah bile abah balik kerja. Segala-galanye tentang abah kakak rindu. Huuuu...




Abah. Nak tahu tak? Kadang-kadang hati kakak busuk sangat. Kakak jeles tengok orang lain ade ayah. Jeles tengok dorang bermanja dengan ayah dorang. Jeles tengok ayah dorang layan dorang. Jeles bile tengok dorang boleh salam tangan ayah dorang. Beruntungnye dorang. Tapi kakak tak dapat semua tu. Kakak jadi cemburu. Busuk betul hati kakak kan abah? Dari kecik sampai dah besar ni, perasaan tu tetap ade dalam diri kakak.




Abah. Sekarang anak-anak abah semua dah dewasa. Adik dengan kak pija dah kawen dah abah. Abah dah ada 2 menantu lelaki. Nanti abah bakal dapat cucu pulak. Abah jangan risau. Adik dengan kak pija dah ade orang yang jaga. Kakak je masih lagi dengan mak. Mungkin jodoh kakak belum sampai lagi nak kawen. Tapi kakak ada dah calon menantu abah yang ketiga. InsyaAllah sampai masa nanti kami nikah eh. Abah restu kakak tau.




Abah nak tahu tak? Walaupun dah 11 tahun abah pergi tinggalkan kami semua, tapi mak masih tetap setia dengan cinta die kat abah. Dia besarkan kami dengan baik. Kakak kagum dengan mak. Walaupun kadang-kadang die ade jugak ungkit-ungkit kata perangai abah yang 'gatal' dulu. Tu maknanya mak rindu kat abah la tu. 
Kuikuikui. Kakak harap kakak pun akan mewarisi kesetiaan mak.


Abah. Kakak doakan abah sentiasa dalam keadaan sejahtera kat sana. Setiap kali solat kakak tak pernah lupe doakan abah. Semoga abah sentiasa dalam lindungan Allah SWT.






KAKAK SAYANG ABAH.... 




Bisik2:: Mood rindu-rinduan kat arwah abah. Al-Fatihah buat arwah abah.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

8 LOVE NOTES

  1. dik....adik ada ayah dah kenangan yg manis yang wajib di kenang..kadang kala kenakalan yg adik nyatakan mcm kenakalan anak akak yg sulong tu..rasa nak penyepak jek..wakakakaka

    mcm akak ..nama jek ada ayah tp sudah bercerai dan takde kenangan manis yg ingin di kenang. dia bahagis dgn kluarga di sana..biorlah kan

    alfatihah utuk ayah....moga2 doa adik termakbul ya..amin

    ReplyDelete
  2. mekaseh akak ku..
    huik??jgn la p penyepak anak akak tuh..sian die...hahaha...die ngade2 je tu..nnt dh beso mesti die tringat balik prangai x snonoh yg degil tu mcm sha ni kak...kekeke..

    ReplyDelete
  3. As'salam.. kenalan..

    Rindu pada abah yer!!..
    Selalu la hadiahkan Al-Fatihah & Yassin buat arwah!
    tu la jasa & pengobanan seorang ayah x terbanding dengan aper sekalipun.. tetap di kenang sampai bile2..
    hu3x..sebak pun ader bile dah abis bace.. tp bangga pon ader ngan sha nie..

    ReplyDelete
  4. atuk sy pun dah takda. sy sedih gak. tp kata ayah,satu je yang blh membantu dan membahagiakan org yang dh takda, doa dan fatihah. jd awk rajin2 la doakan utk abah awk.insyallah dia akan sentiasa dirahmati Allah dan bercahaya di sana.. =)

    ReplyDelete
  5. emh :)

    semoga rohnya dicucuri rahmat.

    be strong gurl.

    ReplyDelete
  6. al-fatihah buat arwah abah kamu.. moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

    ReplyDelete
  7. ena::wslm..slm kenalan juge..ye..sentiasa rindu kat arwah abah..insyaAllah..al-fatihah & yassin x prnh lupe nak adiahkn tuk arwah abah..

    amanda::trima kaseh atas peringatan tu..insyaAllah xkn prnh lupe buat..

    miss lolly::tenkiu darl..i'll b strong..

    faarihin::trima kasih..amin...

    ReplyDelete
  8. Al fatihah wat ayah cik sha.. Cik sha pasti kuat.. Kene kuat.. Hmmmmmm.. Thanx by the way untuk wish gud luck tu yek.. :)

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!






 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com