Bergambar Kenangan, Perlu Atau Tidak?

Hari tu aku terbaca kat Threads seseorang yang tulis tentang studio photoshoot. Dia kata, 
Aku ingat orang datang studio raya sebab nak gambar lawa.
Rupanya ramai datang sebab takut, itu kali terakhir semua lengkap.

Bila aku baca kat ruangan komen, ramai yang kongsi gambar studio masing-masing yang 'lengkap' kali terakhir. Tiba-tiba hati aku rasa sayu. Sebab kami adik-beradik takda langsung gambar keluarga yang lengkap. Maksud aku gambar yang ada mak, abah, kakak, aku dan adik. Tak pernah ada. Secara santai atau masa hari raya, memang tak ada.


Bergambar Raya di Studio

Kakak dan abang ipaq memang tiap kali raya akan pergi ke studio untuk bergambar. Vibes orang Sabah kot. Abang ipaq aku asal Sabah. Teringat masa aku study sana dulu. Tahun 2006 (2nd year) tak dapat balik raya, lepas tu menyibuk ikut member beraya di rumah family angkat dia. Sekali dengan aku, depa angkut pergi ke studio untuk bergambar. Hahaha. Aku ada simpan lagi gambar tu sampai sekarang walaupun tak pernah dah contact.

Macam family kami sendiri, benda tu bukan kebiasaan dari dulu. Macam jarang bergambar raya. Aku rasa macam takde gambar kenangan masa raya zaman kecik-kecik dulu. Memang takde weh. Lagipun mak paling susah nak ajak bergambar sebenarnya. Bila pergi studio photoshoot, mak terpaksa rela bergambar. Hihi.

Tahun ni, kali kedua aku sekeluarga join studio photoshoot masa raya. Sebab kami 3 beradik ada semua balik beraya. Jadi kakak dan abang ipaq belanja untuk studio photoshoot sekali dengan depa. Seronok sangat masa sesi photoshoot hari tu. Camerawomen yang ambik gambar tu function betul. Gambar pun cantik je semuanya yang dia snap. Aku sampai rambang mata tengok semua gambar. Nanti ingat nak print buat photobook la. Sekali dengan gambar first time tahun 2023 tu. Boleh buat tatapan kenangan.

Studio Photoshoot, Berbaloi Ke?


Bila fikir balik, sebenarnya bagus juga ambil slot studio photoshoot masa raya ni. Pada aku amat berbaloi dengan masa dan duit yang dilaburkan. At least, ada gambar yang proper dan cantik untuk simpanan kenangan sekeluarga. Andai masa berlalu dan ada yang dah kembali ke negeri abadi, kita ada gambar bersama yang cantik untuk ditatap.

Aku terfikir macam ni sebab teringat pernah dapat job edit gambar satu Indian family ni. Dia minta aku manipulate gambar, selitkan mendiang bapa dorang dalam gambar sebab tak pernah ada gambar keluarga yang lengkap. Sama macam aku masa kecik dulu weh. Kami takde gambar kenangan dengan abah. Huhu.

Keluarga kecil Mak Ani (mak aku lerrr 😆)

Bergambar Dengan Keluarga Besar


Macam side Encik CH, setiap kali raya atau ada event apa-apa pun depa memang suka bergambar ramai-ramai dengan keluarga besar. Tak pergi pun studio. Sendiri set up je. Mungkin sebab keluarga besar dan ramai perempuan yang memang suka bergambar. So, benda tu dah kebiasaan bagi depa. Aku sejak masuk keluarga ni juga la yang jadi terbiasa dah ambil gambar kenangan keluarga ramai-ramai. Masa belum kahwin pun ada terselit jugak tau. Mujur jodoh kuat dengan Encik CH. Hahaha.

Okay ke bergambar ramai-ramai dengan semua keluarga sebenarnya? Macam mana kalau jodoh tak panjang? Mesti ada yang terfikir macam ni jugak, kan?

Aku pun terfikir pasal ni sebab teringat kes viral pasal artis hari tu yang ada penampakan gambar keluarga side ex dia, tapi muka dia kena tutup dalam gambar tu. Ramai gila netizen yang 'amukan' dan sentap. 😌

Entah la eh. Aku pun tak reti nak komen pasal ni sebenarnya. Huhu. Korang rasa macam mana? It's too complicated to discuss. Kan? 

Pada aku, dah masa tu masih 'satu keluarga', memanglah akan ada gambar bersama. Tapi bila Allah dah 'pisahkan' di dunia nyata, dalam gambar yang lama tu opkoz orangnya masih tetap kekal ada di situ. Nak buat macam mana dah namanya gambar, digital print.

Kalau dah tak berkenan, sepatutnya boleh je gambar tu 'dihapuskan' terus. Tak payah simpan dah. Lepas tu ambil je gambar sekeluarga yang baru tanpa sosok yang dah tak dianggap keluarga tu. Cipta moment bergambar yang baru. Moment gambar yang lama tu tak valid dah. Kan senang gitu? Tapi itulah, memang ada je spesis manusia yang suka sakitkan hati sendiri dan hati orang lain. Begitulahhhh. 


Keluarga sebelah encik CH. 7 anak dan keluarga beraya dengan mentua. Encik CH dan kakak sulung punya keluarga je takde.


Cipta Kenangan Dengan Bergambar


Apapun, cipta je la kenangan dengan bergambar ramai-ramai bersama keluarga kecil @ besar selagi masih Allah izinkan bersatu. Nak bergambar di studio (berbayar) atau sendiri set up (percuma), atas pilihan masing-masing juga. Asalkan ada gambar kenangan ramai-ramai bersama.

Andai satu hari nanti Allah 'pisahkan' atas sebab-sebab tertentu macam perpisahan hidup atau kematian, atas diri kita sendiri sama ada nak simpan atau hapuskan gambar yang pernah ada tu. Hidup kat dunia ni tak lama mana pun sebenarnya. Cipta kenangan selagi mampu. Hapuskan kenangan bila perlu.


Bisik-bisik :: Aku dengan Encik CH sendiri tak banyak kenangan gambar berdua walaupun dah 13 tahun kahwin. Sadis betul! 😌


Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan