Hari ni dah 9 Syawal. Sedar tak sedar, seminggu dah Ramadan berlalu pergi. Ramai dah pulang ke kediaman masing-masing dan mula bekerja. Dah kembali ke kehidupan rutin seperti biasa. Anak-anak dah nak mula bersekolah. Aku pun minggu ni kuliah mengaji dah mula balik macam biasa. Sebulan dapat cuti semester, pihak kolej bagi sempena Ramadan.
Sementara ada masa lapang ni, aku nak coretkan sikit la kenangan raya tahun 2026. Taknak dah terlepas lagi update moment kehidupan. Kalau ikutkan 'sibuk', memang hilang macam tu je kenangan ni nanti.
Tambah pulak aku ni kekadang macam mudah lupa apa yang pernah jadi dalam hidup sendiri. Bukan nyanyuk, tapi itulah otak ni macam dah terbiasa 'format' bila perlu. Sebab tu aku suka menulis sejak remaja. Inilah salah satu puncanya.
Giliran Raya Sebelah Mana?
Memandangkan tahun ni tahun genap, jadi kali ni raya pertama turn aku. Seperti kebiasaan bila turn Penang, kami akan balik awal. Selalunya 2 hari sebelum raya sebab nak ada moment bersahur dan berbuka dengan keluarga di Penang.
Teringat masa on the way balik Penang hari tu. Dalam radio ada drama raya. Laki bini bergaduh nak balik kampung mana dulu tahun pertama lepas kahwin. Laki buat keputusan kena raya belah dia dulu. Tapi bininya tak setuju. Gaduh punya gaduh, akhirnya depa kemalangan. Tragis betul dramanya. 😌
Lepas tu tetiba abang Adan menyampuk,
'Kitaorang senang je. Takde gaduh². Sebab dah duduk dengan ki & wan. Raya boleh balik kampung ummi.'
Aku pun cepat-cepat betulkan apa yang dia duk assume tu.
'Tak la. Walaupun duduk dengan aki & wan, ummi abah amalkan konsep raya pertama bergilir jugak. Benda boleh bincang. Tahun lepas raya Ganu dulu. Tahun ni kita raya kat Penang dulu pulak.Kalau Adan nak tahu, tahun pertama kahwin ummi raya Ganu. Sebab abah kerja dan ummi baru habis pantang lahirkan kamu.'
Begitulah. Aku nak anak-anak tahu yang semua perkara boleh je dibincang secara baik dengan pasangan tanpa bergaduh. Yang penting kena ada toleransi. Hidup sebagai suami isteri ni seumur hidup andai diizinkan Allah. 'Tempat' nak kumpul pahala bersama demi syurga. 'Jauh' sangat perjalanannya.
![]() |
| Berhenti di Tanah Merah untuk buka puasa masa on the way balik Penang. |
Kalau bab beraya yang setahun sekali tu pun sampai nak bergaduh dan tak boleh nak toleransi, maknanya masing-masing ego dan pentingkan diri. Tak nak cuba memahami pasangan sendiri. Padahal hakikatnya dua-dua ada 'keluarga induk' masing-masing yang perlu disantuni. Jika dua-dua bersepakat dan setuju dengan sistem giliran, pasti takde episod bergaduh hingga ada yang terluka dan makan hati.
Tapi itulah, bukan semua pasangan 'terbuka' dan sudi merendahkan ego. Maka, terjadilah drama macam dalam siaran radio yang aku ceritakan tadi. Hmmm...
Sama-sama kita ambil pengajaran, ya. Aku dan Encik CH pun masih bertatih lagi dalam kehidupan rumah tangga kami. Jadi, segala penulisan aku sebenarnya untuk tujuan muhasabah diri sendiri juga.
Okay lah. Jom, baca road tour beraya aku pula. Panjang kali ni penulisan aku. Maklum le beraya sakan. Hihi. Terima kasih kalau sudi membaca coretan aku ni.
Kisah Raya Pertama | Raya Dengan Keluarga
Mestilah raya kat rumah mak dulu. Tahun ni anak-anak mak 3 ketul semua ada. Alhamdulillah. Allah izinkan dapat berkumpul, adik-beradik. 🥰
Aku 3 beradik je. Semua perempuan. Cucu² mak pun ada 8 ketul (7 lelaki, 1 perempuan). Tapi tu la. Riuh kemain. Nak² pulak aku dengan adik memang pantang temu muka. Ada je nak 'gaduh'. Ahahahaha. Malam raya pun sempat gaduh tau. Gaduh manja je. Biasher la tu. Bila beza tak sampai setahun umurnya, memang selalu berlaga 'angin'. Tapi hakikatnya sayang tu takde penghujung.
![]() |
| Sebahagian gambar di pagi raya |
Pagi tu kami bersalam sesama sendiri dan bergambar seadanya. Lepas tu makan juadah yang dah disediakan. Kakak order nasi minyak dari catering sebab katanya ada kawan-kawan abang ipar nak datang beraya nanti. Jadi itulah juadah raya kami juga.
Petang sikit lepas zohor kami konvoi pergi beraya dengan maksu sekeluarga kat Balik Pulau. Maksu 'berkampung' kat rumah anak sulung dia (adik sepupu kami). Lepak kat situ sampai pukul 6 petang. Makan, bersembang, bergambar.
Malam pulak (lepas maghrib) kami 7 beranak singgah ziarah raya rumah makcik kat Kampung Pelet Penanti. Dari pagi dia ajak datang ke rumah. Tapi sebab kami dah ada plan siang tu nak lepak raya di rumah adik sepupu, tu yang malam baru dapat pergi ke rumah makcik.
Kami sekeluarga jadi wakil sebab katanya kawan-kawan abang ipar nak datang. Jadi, kakak, adik dan mak nak prepare lah apa yang patut. Rupanya depa tak jadi datang. Hahaha. Sabor je la.
Tapi takpe la. Selalunya memang kami 7 beranak akan pergi beraya dengan adik-adik mak pun. Alhamdulillah, raya pertama berpeluang ziarah raya 2 adik perempuan mak seperti kebiasaan bila balik raya kat Penang.
Menu raya pertama yang dah masuk perut aku : Nasi Hujan Panas (rumah mak), Nasi Impit Kuah Lodeh (rumah kazen) dan Bihun Soto (rumah makcik).
Birthday Encik CH
Oh ya. 21/3/26 tahun ni special sikit. Birthday kekasih hati, Encik CH serentak dengan Raya Aidilfitri. Untung eh dia. Ramai celebrate birthday dia tahun ni walaupun tak dapat hadiah. Dah la kena bagi duit raya pulak tu kat aku dengan anak-anak.😆
Alhamdulillah dah meniti usia DOUBLE 20 a.k.a 40 tahun, pakwe tercinta seketul Sakdah. Bila aku imbas balik, macam tak percaya aku kenal Encik CH masa dia berumur 19 tahun. Adik-adik gitu sebab kami kan beza 2 tahun. Camne tah dia boleh berkenan kat 'kakak' ni. Hahaha.
21 tahun dah kita berkenalan ye. Hidup bersama je baru 13 tahun. Apapun, semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu. Me love you 4ever and always. Sayang abang sampai syurga! ❤️
Kisah Raya Kedua | Raya Dengan Stranger
Pagi tu santai-santai lepak di rumah sebab asalnya kawan-kawan abang ipar yang kata nak datang beraya malam raya pertama tak jadi tu nak datang pulak. Tapi tetiba postponed lagi. Jadi kami semua wat lek wat pis je la. Dah orang tak jadi datang, nak buat camna.
Tengah hari baru gerak ikut family kakak pergi beraya ke rumah kenalan depa kat Kuala Muda, Penaga. Kakak kata tu 'mak mentua' anak sulung dia, si Iqbal. Aku sebagai mak yang pernah mengasuh Iqbal masa kecik, macam 'restu' lah jugak. Segak kemain budak girl tu. 😆
Dah siap beraya, kami pi ronda kat area Penaga dengan Teluk Air Tawar. Dah alang-alang kat sana, singgah pi tengok Pasar Bisik Kuala Muda. Lawa tempat dia. Tapi tu la. Hangat nak mampoih. Tak jadi nak turun kereta pi bergambaq. Semua spesis 'puteri lilin'. Hahaha. Jenguk ikut tingkap je lah tengok suasana. Aku snap gambar signboard je sebagai tanda pernah sampai.
Lepas tu saja pi tengok 'kampung' lama tempat pernah bermain kat Teluk Air Tawar bila balik beraya atau masa cuti sekolah. Takda dah tapak rumah arwah tokwan. Kawasan pun dah berubah banyak. 'Hilang' dah kenangan zaman kecik. Begitulah kehidupan. Tak semuanya kekal. 🥺
Malam pulak bagi anak-anak main bunga api kat luar rumah dengan pantauan abah depa. Aku layan drama sambil 'bergosip' dengan mak, kakak dan adik.
Menu raya kedua yang aku melantak: Keuy teow Sup (rumah kenalan kakak)
Kisah Raya Ketiga | Raya Dengan Abah & BFF
Pagi raya ketiga, Encik CH ajak pergi ziarah 'rumah' abah. Alhamdulillah. Sepanjang 13 tahun kahwin, dia tak pernah lupa untuk ajak aku 'jumpa' abah tiap kali balik ke Penang. Tak kisah la walaupun bukan hari raya sekalipun. Terima kasih, imamku.
Raya kali ni aku ada 'hias' sikit rumah abah yang dah usang tu. Entah hidup ke tidak pokok tu musim-musim panas ni. Harapnya 'panjang umur'. Dapatlah dia berzikir untuk abah setiap masa.
Lepas dah 'beraya' dengan abah, kami pi ronda kat kawasan kampung berdekatan. Uishhh..ada port menarik untuk healing dan OOTD rupanya dalam kawasan kampung tu.
Lawo pulak pemandangan kat situ. Sempatlah aku snap 'mercu tanda' tu tanda pernah sampai. Gambaq sendiri je la takde snap. Maleh aku nak posing. Dah tua ni kurang sikit dah nak selfie selpot. 🤭
Dalam pukul 10 lebih camtu aku usung segerombolan kesayangan pergi beraya rumah mak bespren. Aku kalau balik Penang, memang usahakan luang masa nak ziarah mak bespren aku ni. Dia kata je 'Shada, mai la rumah acik', memang aku bodek pakwe pergi, zupp berdesup sampai. Hihi.
Tak expect pun rupanya bespren aku (Amir) ada balik beraya. Sebab aku memang niat nak ziarah raya mak dia je. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi jumpa dia juga yang dah 5 tahun tak jumpa. Kemain dia mengata aku, 'wehhh..Shada! Hang dah tua la!'. Tak sedaq gamaknye dia pun dah tua jugak. Hahahaha.
Selesai beraya dengan family bespren aku, kami gi beraya rumah besties 4ever aku pulak. Rumah dia dalam taman perumahan yang sama dengan mak. Saja sangat kalau tak perginya. Dekat kottt. Sebelum balik rumah mak, singgah dulu rumah dia.
Rumah cik puan Wani ni memang tiap tahun wajib pergi. Lepas rindu dendam gitu sebab dah jauh kan memasing. Macam² benda nak heart to heart secara bersemuka sebab feeling tu lainnnn sangat. Rumah besties lagi sorang je tak pergi tahun ni. Dia tak balik raya. Tak sihat dan turn suami rasanya.
Alhamdulillah. Aku happy sangat raya ketiga ni sebab dapat jumpa dengan 2 bespren sekaligus. Allah yang izinkan hubungan persahabatan kami masih utuh terjalin walaupun hari² biasa kami takde pun contact². Sekadar skodeng perkembangan masing² di sosmed je dendiam.
Petang pulak, kami pergi studio photoshoot. Abang ipaq belanja. Mekaseh abang ipaq! Moga rezeki sentiasa diberkati dan melimpah ruah tak putus-putus sebab suka belanja family bergambar kenangan raya kat studio.
![]() |
| Sebahagian gambar photoshoot. |
Lepas selesai sesi photoshoot, kami sekeluarga bawa mak jenjalan kat Aeon Big. Mak request nak pergi sebab nak cari barang katanya. Ikutkan je la kehendak dia. Bukan selalu kan kami dapat balik Penang nak bawa dia ke mana je dia nak pergi.
Nak dekat Maghrib, tetiba segerombolan kawan-kawan abang ipaq yang 2 kali tak jadi datang tu sampai pulak. Hahaha. Kelam-kabut kami kat rumah. Kakak la yang huru-haranya. Nak sediakan makanan. Kami pulak baru sampai rumah, tengah santai-santai rileks masa tu.
Jadi masak express je la untuk juadah raya. Adik masakkan bihun goreng. Jadi le tu kan? Hihi.
Menu raya ketiga yang menambahkan lelemak aku : Bihun Goreng (rumah mak), Spagethi Bolognese + Mushroom Soup (rumah mak BFF), Nasi Minyak (rumah BFF)
Kisah Raya Keempat | Raya Dengan Kenalan MedSos
Kisah masa raya keempat ni paling tak sangka. Macam tiba-tiba. Last-minute plan.
Masa raya pertama, aku dapat komen kat posting gambar raya di FB dari dia.
'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, comel semuanya🌹💗mai jln perlis sha.. dekat dah ni.'
Aku pun habaq la kat Encik CH kata ada kawan ajak pi raya rumah dia. Tapi kat Perlis la. Encik CH angguk-anguk je tak kata apa pun.
Tetiba pagi raya keempat tu ...
Encik CH : Jauh tak nak pi Perlis tu sayang?Aku : Dalam 2 jam lebih gitu je kalau dari sini.Encik CH : Kita pi nak? Abang tak pernah lagi sampai Perlis.
Aku pun apa lagi, menyengih laaa. Nasib tak melompat je. Hahahaha. Terus mesej akak ni di Messenger FB nak bagitau kat dia plan kami. Kejut anak² bangun tidur untuk bersiap.
Waktu aku check balik Messenger masa nak roger akak ni bagitau kami nak pi sana, aku terbaca mesej kami yang lama. Dia pernah approach aku tahun 2017 rupanya. Masa tu aku baru 4 tahun kahwin. Tapi dia cakap dah lama follow aku, masa aku masih bujang lagi. Masya Allah. Tak sangka ada follower tegar tau. Hihi.
Sejak tu, kami cuma berbalas² komen je kat FB ni. Tak pernah jumpa tapi mesra macam dah kenal secara realiti padahal berkawan kat alam maya je.
Masa berlalu. Dan akhirnya Allah izin dan pertemukan kami di hari raya tahun 2026 ni. Pakwe jadi asbab pertemuan pertama kami sebab dia teringin nak pergi Perlis. Tenkiu abang!🥰
Alhamdulillah. Sebenarnya Allah yang izinkan semuanya ni terjadi. Macam tak percaya pun ada. Terharu sangat dengan layanan mesra daripada dia kepada kami sekeluarga semasa kami pergi ke sana. Rasa macam family sendiri dah. InsyaAllah, andai umur panjang dan ada rezeki, kami akan sampai lagi kat sana. Moga silaturahim yang terjalin ni Allah 'jaga' sentiasa.
On the way balik Penang, kami singgah Sungai Petani ziarah PakNgah sekeluarga. Kebetulan adik sepupu yang baru habis berpantang pun ada juga kat rumah PakNgah. Dapatlah aku tengok anak sepupu baru. Geyammm sangat tengok baby. Omei betoi.
Aku picit² manja pipi dia je masa tu. Tengah ralit perati baby masa kena tukar lampin, tetiba MakNgah kata aku boleh tambah sorang gegirl lagi . Erk? Tanjat gegirl tau. Takpe la. Aku dah 'pencen'. Hahahaha.
Menu raya keempat yang dah aku telan : Nasi Berlauk + Laksa (rumah kenalan), mee bandung (rumah PakNgah)
Kisah Raya Kelima | Raya Atas Jalan
Hari raya ke-5, takde plan beraya ke mana-mana dah. Kenalan lain yang aku mesej tanya dulu boleh nak pergi beraya ke tak rumah depa masa wish raya tapi tak reply, aku abaikan je. Mungkin depa busy, jadi malas nak kacau. So, takpe la tak dapat jumpa beraya pun. Bukan rezeki la tu. Aku pun tak ambil hati. Faham je musim raya ni camne.
So, pagi tu aku mengemas beg pakaian kami je la. Bagi Encik CH rehat sebab nanti kena drive mungkin berbelas jam kalau jammed. Kesian kat dia. Tengah hari aku masak biasa-biasa je. Kakak dah kerja. Adik dah balik Putrajaya.
Petang tu lepas Asar kami slowly gerak balik Ganu. Berhenti solat dan makan malam kat area Bukit Bunga dalam jam 10.30 malam camtu.
9 jam perjalanan seperti yang dijangkakan. Tak hadap jammed. Smooth je sepanjang jalan. Ada la bertembung dengan gajah kat 2 tempat berlainan. Pemandangan biasa la tu kalau lalu LRTB (lebuhraya timur barat).
Alhamdulillah, selamat sampai ke teratak mentua tempat kami sekeluarga menumpang teduh jam 2.30 pagi.
Tamatlah sudah al-kisah raya sakan tahun 2026 di belah utara. Dari Penang sampai ke Perlis kona mai ke Kedah. Alhamdulillah, Allah izin dapat beraya dengan yang sudi jemput kami ke rumah. Terima kasih sebab ajak kami beraya. Yang tak dapat jumpa beraya tu, mungkin lain kali Allah temukan kita andai panjang umur.
Bergaduh Adik-Beradik Masa Raya?
Raya tahun ni syok sebab kami 3 beradik dapat berkumpul. Alhamdulillah. 🥰
Walaupun memasing dah 40an, 'perangai' tu masih buat mak pening kepala ye. Tetambah aku dengan adik. 'Angin' tu bila bertemu boleh jadi 'tornado'. Kakak as always jadi 'wakil PBB'. Wakaka.
Selalu 'berperang' pun tapi bonding tu kuat. Mesra dan manja jugak. Time angin kus² menyerang je yang lintang pukang sikit. Gitu la adik beradik. ☺️
Macam kami 3 beradik, aku selalunya 'gaduh' dengan adik je. Dengan kakak tak pernah. Tapi itulah, gaduh macam mana pun, 'panas' sekejap je. Tak sampai beberapa minit dah 'sejuk' semula. Anak tengah dengan anak bongsu memang camgitu kot eh?
Teringat masa raya baru ni, pasal masak nasi ayam pun gaduh. Wakaka. Adik la punca. Geram aku. Aku pulak 'darah pahlawan'. Tiber. Hahahaha.
Gitulah bila dah jarang jumpa agaknya. Benda kecik pun nak jadi punca bergaduh. Tapi lepas tu, berdamai balik. Gurau-gurau kasar sikit jerrr. Buat raso-raso orang kata.
Lagipun kami ada sesama kami je andai mak dah kembali ke 'sana' nanti. Huhu. Memasing pun duduk jauh. Kakak kat Utara, aku kat Pantai Timur, adik kat Selatan. Alhamdulillah raya kali ni dapat berkumpul, dapat la bergambar bertiga dengan mak untuk kenangan.
Harapnya nanti kami 3 beradik dah tua kalau umur panjang, dapat bergambar camni lagi. Paksa anak² bawa pi studio walaupun memasing dah terketar-ketar nak berjalan. 😆
Raya Yang Penuh Makna
Walaupun tak dapat beraya dengan adik-beradik encik CH yang lagi 8 orang tu tahun ni, tapi alhamdulillah masih rasa raya tahun ni bermakna buat kami sekeluarga terutamanya anak-anak. Dapat balik Penang sambut penghujung puasa dan raya dengan family aku yang sikit tu. Berjalan raya merata dan anak-anak seronok sebab dapat kumpul duit raya banyak. Rezeki depa.
Terima kasih buat kengkawan dan sedara mara yang sudi jemput kami ke rumah. Sambut ziarah kami dengan makanan sedap² dan layanan yang mesra. Alhamdulillah. Moga Allah balas dengan rezeki yang berlipat kali ganda dan melimpah ruah.
Maaf buat kengkawan yang kami tak berkesempatan nak ziarah. Dah mesej tapi takde balasan jadi kami assume hangpa ada urusan dan masih beraya dengan keluarga. Kami taknak ganggu. Masih hormat privasi dan keutamaan hangpa. Jenis kami bukan main terjah je. Jadi maaf ye tak dapat jumpa hangpa untuk beraya. Moga ada rezeki dan kesempatan di lain masa andai umur masih panjang. InsyaAllah. ☺️
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kengkawan di dunia realiti dan juga alam maya, terutamanya pembaca setia blog aku ni.
Maaf Zahir dan Batin andai ada bebelan dan penulisan seketul Sakdah di ruangan maya ni pernah menghiris hati hangpa semua. Maklum le bila dah menulis tu tetiba macam naik syeikh pulak. Hahaha. Ambil yang baik-baik je tau. ☺️
Bisik-bisik :: Raya di umur dah kertu ni sekadar nak eratkan silaturahim dan bagi anak-anak seronok dengan vibes menziarah je.








