Resipi Viral | Telur Dadar Masak Lemak Kuning

Katanya resipi Telur Dadar Masak Lemak ni viral dari tahun lepas lagi. Tapi yang versi pedas punya. Aku pun baru tau yang resipi ni viral bila terlintas nak buat baru-baru ni. Hahaha. Lambat betoi la si Sakdah ni. 

Lantak situ viral ke tak. Cumanya bila dah jadi mak-mak ni memang otak akan running fikir nak masak lauk apa yang sesuai dimakan anak-anak terutamanya masakan takde unsur pedas. Ini kenyataannya. 

Sebab tu la aku terfikir nak buat telur dadar masak lemak kuning ni. Cemuih buat telur dadar kosong je. Lepas tu, kat rumah ni wajib la masakan lauk tu kena ada yang berkuah. Jadi nak mudah, sekalikan je la kuah masak lemak dengan telur dadar. Tak payah dah aku masak lauk lain yang kena berkuah jugak. Haaa..begitu la kisahnya. 

Kebetulan dah hujung-hujung cuti sekolah ni, ramai anak-anak sedara balik sini tengok wan depa. Riuh rendah la rumah sekejap. Itu yang aku ni duk mikir nak masak apa la untuk bebudak ni makan. Memandangkan depa semua 'hantu telur' dan tak makan pedas, aku pun decide la nak masak lauk ni hari tu. 

Jadi, inilah resipi Telur Dadar Masak Lemak Kuning versi aku yang asal boleh je. Hahaha. Aku guna bahan yang ada je kat dapur tu. Lantak la orang cakap tak cukup syarat masak lemak pun. Dah jadi lauk, makan, kenyang jugak perut tu. As usual trademark aku masak la kan, simple and campak-campak je. 




Telur dadar masak lemak versi CikSha

Bahan-bahan :
8 biji telur
3 biji kentang
4 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 kotak kecil santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Air, garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara masak :

1. Bahagikan 2 bahagian telur untuk buat telur dadar (4 biji setiap bahagian). Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Goreng le macam biasa. Dapat 2 biji telur dadar. Dah sejuk kerat la ikut suka. Kalau nak kerat masa duk goreng tu pun takde masalah. Lagi senang guna sudip terus. Jangan bagi hancur sudah le. Kang jadi scramble egg pulak. 

2. Kentang tu kerat la suka hati nak macam mana pun bentuknya. Serong ke, carca marba ke, bulat-bulat nipis ke. Masuk perut sama je rasa dia. 😆

3. Tumbuk manjah-manjah bawang merah dan bawang putih. Nak dapatkan tekstur kasar je.

4. Panaskan kuali dan letak minyak masak dalam sesenduk. Tumis bawang yang ditumbuk tadi sampai kekuningan.

5. Masukkan air secukupnya. Letak kentang dan biarkan sekejap sampai empuk. Dah empuk kentang, masukkan santan dan tabur serbuk kunyit.

6. Kacau-kacau bagi mesra okay. Nak pastikan santan tu comei je kejadiannya. Baru la kuah nampak cun.

7. Masukkan telur dadar, garam, dan serbuk perasa. Kacau sekejap. Rasa dulu sikit kuahnya dah ngam ke tak. Kalau dah okay, boleh la tutup api dapur tu. Siap!

Kalau suka makan pedas, korang letak la cili padi na. Tumbuk sekali dengan bawang sebelum nak tumis tu. Baru nama dia Telur Dadar Masak Lemak Cili Api macam yang viral tu. 

Ikutkan resipi masak lemak kebanyakan orang, kena letak serai dengan asam keping. Aku tak pasti la keberadaan dua bahan tu untuk apa. Mungkin untuk ada rasa masam dari asam keping dan rasa estatik dari serai? Entah. Tapi aku tak letak serai dan asam keping pun. Okay je rasa kuah lemaknya. Sodap jugak. Ye ke? Hahaha. Puji pi la masakan sendiri. Yang penting memang licin ye lauknya. Bukti kukuh la tu ianya adalah sedap. Ekeke. 


Bisik-bisik :: Korang try la buat. Memang sedap tau. Budak-budak memang suka. 

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. masak lemak telur dadar ammi tak pernah buat, tapi kari telur dadar, sambal telur dadar biasalah buat

    BalasPadam
  2. oo viral ke resipi ni..tak tau pun..ketinggalan..mcm menarik nak try tapi husben sis tu kalau masak lemak macam ni kureng sikit...

    BalasPadam
  3. Baru semalam makan kat rumah mak tapi lauk telur itik. Tak pernah makan lagi letak telur dadar ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan