Bahaya Ke Bila Anak Tergigit Ulat Gonggok?

Assalamualaikum. Hai!

Sebenarnya video ni dah lama. Bulan 5 dulu saja rakam perangai si Budak Ali ni sebelum nak tidur. Petang tu dia pi kekah seekor ulat gonggok. Hahaha. Sabor je la. Lepas tu saja la kongsi kat tiktok. 

Tetiba baru-baru ni dapat komen dari seseorang tanya keadaan budak Ali lepas dia pi gigit gonggok tu. Sebab katanya anak dia baru lepas gigit gonggok jugak. Dia cari info kat Google, semua artikel kata bahaya. Jadi dia risau la. Mungkin dalam duk mencari info tu terjumpa sekali video tiktok aku ni ha.

Aku pun try la search jugak. Betul la apa dia bagitau kat aku tu. Mostly artikel memang tulis macam tu. Highlite perkataan BAHAYA tu ha. Aduhai. Pasaipa la pi tulis artikel yang menakutkan orang pulak. Cuba tulis info yang bermanfaat dan bagi penerangan yang jelas sikit. Bukan buat fear mongering. Herghhh. Kalau aku pun cuak bila baca artikel yang camtu. Hati mak-mak ni memang la risau kalau yang berkaitan dengan anak. 

Mujur la masa budak Ali pi gigit tu encik CH ada. Orang laki kan. Dah biasa pulak dengan menatang tu, jadi dia pun rileks je. Mujur dia rileks, aku pun takde la gelabah. Hahaha. Meh aku kongsi la kat hangpa pulak eh hal yang sebenarnya apa yang akan jadi bila anak pi gigit menatang pemalu tu. Ni perkongsian dari encik CH, budak kampung yang biasa dengan menatang ni. Aku ni budak tak berapa nak kampung sangat. Tu kadang boleh jadi gelabah tak ketahuan hala tu. 😝





@shada_fauzi Kerja nak menggigit je budak bertuah sorang ni. Ulat gonggok pun dia pi gigit. 😌 #BudakAli #BoiprenUmmiBesprenAbah ♬ original sound - Shada Fauzi

Ulat Gonggok Menggigit Ke? 

Kalau nak tahu, ulat gonggok TAK MENGGIGIT ye. Kebiasaannya kalau kita usik dia pun, terus dia gulungkan diri kan? Pemalu gittew. Dia hanya akan mengeluarkan cecair kuning dari badan BILA RASA TERANCAM je. Kira macam nak protect diri dia la.

Cecair tu tak beracun pun. Cumanya dia toksin dan boleh menyebabkan alahan pada anggota badan yang terkena. Alahan tu macam gatal-gatal atau bengkak. Macam bibir si budak Ali yang bengkak dalam video ni. Nampak tak bibir dia kekuningan dan bengkak sikit tu? 

Bengkak tu pun sekejap je. Dia akan surut dan tak memudaratkan pun. Tak sampai sehari pun masa budak Ali kena. Esoknya bengkak tu surut dah. Aku tak buat apa-apa pun. Cuma lepas dia pi gigit tu, aku cepung pi basuh mulut dia je la hilangkan cecair gonggok yang dah terkena pada dia. 


Bahaya Ke Bila Anak Tergigit Ulat Gonggok? 


The truth is takde kesan yang teruk melampau pun pada kesihatan anak kalau tergigit si ulat gonggok. Mungkin dia rasa mulut dia pahit sikit akibat cecair tu dan tak selesa bibir jadi gatal/bengkak. Itu je la. Kalau badan tak tahan dengan gatal dan bengkak je mungkin boleh demam. Dan andai kata alahan tu tak surut kena la pi jumpa doktor ambik ubat alergi untuk redakan.  

In case anak tertelan si gonggok yang dah digigit tu, pantau tengok dia ada muntah ke tidak. Bimbang usus dan perut bagi reaksi alahan juga dari cecair badan gonggok tu. Boleh la bawa ke klinik/hospital untuk rawatan dapatkan ubat alergi juga ye. InsyaAllah takde worst case. 

Tapi selalunya anak-anak kalau tergigit gonggok, depa tak telan pun sebab rasa 'tak sedap' yang dia rasa masa awal-awal dia gigit tu. Confirm dia akan campak buang si gonggok yang dah selamat kena kekah tu. Kesian mati sia-sia je si gonggok itu. 😅

Duduk rumah kampung atau rumah ada tanaman, memang selalunya ada je si ulat gonggok ni. Tapi dia takde la membahayakan pun kalau sekor dua je tersesat masuk rumah. Lagipun dia pemalu kot. Bagi yang geli je la mungkin rasa terancam dengan dia agaknya. Hihi.

Tabiat Semulajadi Anak Kecil

Anak 'besar' ni memang tabiat dia mengutip semua benda masuk mulut. Kena pantau je la. Cuma kadang masa kita sibuk buat kerja rumah, tak terperasan. Tetiba dengar dia duk pueh pueh sembur air liur. Sabar je la. Huhu. 

Cuma kena pastikan sekeliling anak-anak takde barang/mainan yang kecil-kecil masa kita biarkan dia main tanpa pantauan waktu kita masak atau buat kerja rumah lain. Letak dia duduk berdekatan dengan kita juga supaya mudah nak perhatikan sesambil buat kerja tu. 

Ini la salah satu cabaran ibu-ibu yang jadi suri jaga anak sepenuhnya. Nak pantau anak semedang pun nanti kerja rumah lain tak jalan pulak. Terpaksa la pepandai manage. Haaaa...siapa cakap senang jadi suri rumah boleh goyang kaki je? 


Bisik-bisik :: Sementara anak nak besar memang banyak pancaroba nak kena hadap dengan penuh kesabaran.

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. terima kasih atas perkongsian, geli dengan ulat gonggok ni, dan mujurlah ianya tak menggigit, memang tak pernah digigit juga sebelum ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan