Nasi Kebuli Sajian Istimewa Berasal dari Istana Terengganu

Assalamualaikum. Hai!

Asyik bertangguh je nak update blog ni. Padahal idea tu berlambak je. Cuma tu la. Bila nak menulis je, ada la 'kerja' lain duk memangil-manggil. Sudahnya terbiar sepi blog ni. Lepas tu bila tengok pageview blog merudum jatuh, terus rasa nak menangis. Padahal salah sendiri. Huhu.

Hari ni dah nekad nak menulis dengan lebih rajin kat blog. Errr..mampu ke ni? InsyaAllah akan cuba sedaya upaya. Kat pesbuk boleh pulak bebel panjang berjela kekadang. Maybe lepas ni apa yang aku bebelkan kat pesbuk tu copy masuk sini jugak la. Senang sikit nak buat carian bila nak baca balik. Kan?

Sebenarnya ada hutang nak update entri pasal kisah percutian kami sekeluarga kat Dabong awal bulan Jun hari tu. Banyak nak kongsi. Tapi tu la tak sempat lagi nak mengarang. InsyaAllah slowly akan ditulis sikit-sikit draf sebelum publish. So, hari ni nak tulis topik santai je la.

Sejak dah jadi orang Ganu celup 9 tahun yang lalu, banyak dah makanan tradisi kat Terengganu ni yang dah masuk perut. Maklum la spesis pemakan yang tak memilih makan sangat. Semua boleh telan. Tolak batu, kayu, yang haram dan juga durian. Hahaha.


Salah satu sajian tradisi Terengganu yang CikSha hangpa ni suka makan ialah NASI KEBULI. Mesti hangpa tak pernah dengar kan? Kalau orang Ganu pior mesti tahu. Saja sangat la tu kalau tak tahu. Aku yang dah declare warga Ganu celup ni pun tahu. Siap jadi makanan fevret lagi. 

Sabtu lepas rumah jiran seberang jalan ada walimah. Jadi hari tersebut adalah hari cuti memasak. Yeay! Walaupun aku jarang masak tengahari dan yang selalu masak adalah mak mertua, aku tumpang seronok jugak. Haha. Maka tengahari tu berbondong-bondong la aku dengan anak-anak pergi ke majlis walimah tu nak memenuhi jemputan. Anak-anak pun dah bising kata lapar. 

Jadi kita paksa la encik CH temankan. Dia dah makan awal-awal dah masa pergi tolong lapah daging pagi nya kat rumah tu. Makan nasi kebuli pulak tu. Jadi dia takmau dah makan tengahari sebab kenyang lagi. Takmau makan pun takpa la. Janji dia teman kan kami ni. Jenuh jugak kalau aku nak cempung semua sensorang. Lagipun aku bukan kenal sangat dengan orang kampung. Segan pulak kan kalau pergi sendiri. Dah spesis memerap je dalam rumah. Hihi.


Bila dah lama tak makan lauk kenduri ni rasa rindu je kan? Maklum la lauk kenduri ni lain nikmat dia bila makan. Tetambah makan ramai-ramai kat rumah kenduri. Walaupun kadang lauknya sama je dengan masakan harian. Tapi itulah, suasana tu yang buat rasa kenikmatannya tu. Alhamdulillah dapat dah makan lepas teringin anak tekak. Nikmat weh. 

Kalau hangpa nak tau, kat Ganu ni tak tunggu hari cuti sekolah panjang baru ada kenduri. Ikut tuan rumah bila kelapangan nak buat. Cuti Jumaat Sabtu je pun onz. Tapi memang ramai la tetamu yang dijemput akan hadir. Meriah jugak. Yang seronok kalau makan kenduri kawasan kampung ni sebab makanan nya lauk kampung la. Sedap. Kira macam tak sama la kesedapan tu dengan lauk yang tempah katering. Mungkin sebab cara depa sediakan tu kot. Entah.

Kat kampung ni masih lagi mengamalkan masak secara gotong royong. Bekwah bak kata orang Ganu. Nanti sehari sebelum majlis, ramai la orang kampung yang pergi rumah kenduri untuk sediakan bahan-bahan nak masak keesokan hari nya. Contoh macam siang bawang, kupas kentang, blend buat rempah siap-siap, masak air gula dan memacam lagi. Ada juga yang datang bawa beras, gula bagi kat tuan rumah. Seronok tau suasana macam tu.


Macam ni la lebih kurang rupa Nasi Kebuli Terengganu tu


Nasi Kebuli Sajian Istimewa Berasal dari Istana Terengganu. Betul Ke?

Haaa..Ni aku nak cerita pulak pasal nasi kebuli yang aku sebut awal-awal tadi. Pagi-pagi tu masa orang kampung mai tolong untuk memasak, tuan rumah dah sediakan nasi kebuli dengan ikan kering untuk santapan depa. Sedap tau nasi kebuli. Aku suka makan. Makan nasi dia saja pun dah sedap. 

Nasi ni masak dengan rempah khas. Kalau berniat nak buat nasi kebuli, pergi je kat pasar bahagian rempah bagitau nak buat nasi kebuli. Nanti orang yang jual rempah tu akan sediakan rempah nasi kebuli ikut berapa kilo beras yang nak dimasak. Dia dah expert dah. Kita pergi beli je pastu masak dengan rempah tu takyah dah pening-pening nak fikir sukatan semua.

Encik CH cakap, nasi kebuli ni selalunya orang akan buat untuk hari yang istimewa. Contohnya macam untuk majlis walimah. Tapi special untuk orang yang datang tolong bekwah je. Kalau mai makan kenduri tengahari tu makan nasi putih biasa je la. Takde dah nasi kebuli yang sedap tu. Warna nasi dia bukan kuning tau. Dia macam koko pucat ala-ala warna krim beige. Kalau nak makan sila pergi tolong pepagi tu kat rumah kenduri. Hihi.

Kenapa nasi tu disebut nasi kebuli? Katanya asal-usul nasi kebuli ni dari sajian Istana Terengganu. Singkatan dari Ke Bawah Duli. Orang Ganu juga panggil nasi kebuli ni nasi bo'li (sebutan dia macam dengung sikit). Gitulah lebih kurang kisahnya yang aku korek dari suamiku anak jati Ganu tu. Mungkin juga ada kisah lain tentang nasi kebuli ni ikut tempat. Wallahualam. Ni aku cerita tentang nasi kebuli Terengganu.


Sambung kisah kenduri kahwin tadi pulak. Kan aku ada tulis yang kenduri kat kawasan kampung ni best sebab masih mengamalkan adat bergotong-royong memasak. Haaa..jadinya ada macam-macam lauk la yang depa masak untuk kenduri tu. Gulai daging, ayam masak merah, ikan kering goreng, gulai lemak nangka, sayur labu masak air, acar kobis lobak, ehhh.. banyak lagi la. Dengar macam, 'Ehhh biasa la lauk camni'. Tapi kan, sebenarnya nikmat dia lain tau. Mungkin sebab masak sekali banyak dalam kawah besar pakai dapur kayu arang. Sedap dia lain macam tau.

Hari tu, hampir kesemua lauk yang tersenarai kat atas aku letak dalam pinggan. Hahaha. Konon nak kongsi dengan anak dara sorang tu. Sekali dia nak makan ikan kering je. Sabor je la. Air sirap dia paling surrrrrr. Tak tahu la kenapa air sirap kenduri sedap dia lain maciam. Hangpa suka dak air sirap kenduri? Aku memang suka air sirap kenduri. Kalau ada air oren ke apa ke, takkan pandang kalau ada air sirap dah. Gituhh.

Hangpa kalau nak merasa makan nasi kebuli, andai ada kenalan dari Terengganu yang ajak datang walimah dia dan depa buat masak gotong royong, hangpa offer la diri tu nak join sekali tolong apa yang patut. InsyaAllah selalunya memang akan ada nasi kebuli untuk depa yang tolong waktu bekwah. Dapat la nanti cuba rasa nasi kebuli tu. Sedappp! Siyes tak tipu.


Bisik-bisik :: Seronok pulak kongsi pasal apa yang best kat Ganu ni. Nanti aku kongsi lagi okay! 

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kena sebut sabdu siap.. nasi bo'li.. haha..
    sedap.. febret sy ni.. sllu kakak sulong sy buat ms hari raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. a ah kan...ada sabdu..hahaha...sat saya edit sikit..
      memang sedap..saya pun suka makan..

      Padam
  2. 1st time dengar nama nasik kebuli nih....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan