Tulis blog untuk kongsi cerita personal atau review?

Assalamualaikum. Hai!


Kalau korang dah lama follow CikSha kat blog, mesti dah terbiasa membaca celoteh CikSha yang lebih selesa menulis secara santai. Ala-ala macam bersembang gitu. Sebab tu bila menulis satu-satu entri tu memang tak sah kalau tak panjang berjela-jela. Bajet macam orang suka sangat baca apa yang ditulis. Hahaha.


By the way, CikSha masih mengekalkan identiti yang dibawa sejak menulis di blog dari tahun 2009 iaitu sebagai personal & lifestyle blogger. Tak berubah pun. Memang lebih kena dengan jiwa untuk tulis kisah personal. Tentang diri sendiri dan kesayangan di sekeliling CikSha. Kadang-kadang tulis pendapat tentang isu semasa pun kaitkan dengan kisah hidup sendiri juga. Lebih selesa begitu. 


Kalau nak cari gosip tentang artis atau orang lain yang takda kaitan dengan hidup CikSha memang korang takkan jumpa la kat sini. CikSha tak minat nak sibukkan hidup orang lain. Hidup CikSha lebih menarik okay. Maklum la obses dengan diri sendiri. Hahaha. Cuma kekadang suka la tulis pendapat tentang isu semasa atau isu kehidupan secara umum. 




Relevan Lagi Ke Tulis Blog Tentang Kisah Hidup Sendiri?


Bagi CikSha, masih relevan. Lagipun atas diri sendiri juga. Apa yang kita 'kejar' dalam dunia blog ni? Nak rating dan glamor? Nak blog dapat view tinggi? Nak berkongsi benda positif tentang hidup kita pada pembaca? Semuanya pilihan. 


Macam CikSha sendiri, memang suka berkongsi apa saja yang berlaku dalam hidup CikSha yang mungkin dapat bagi input positif pada yang sudi baca coretan CikSha di blog ni. Sebab tu CikSha tak kisah sangat pun view blog ni tak mencanak-canak macam blogger lain. Bukan fokus utama CikSha. Dia nak naik pelan-pelan pun i okay je. Tu sebab dah hampir 13 tahun umur blog ni pageview baru sejuta lebih. Hahaha.


Lagipun, sebelum ni CikSha 'sembunyi'. Tak kepohkan pun pasal blog ni. Kira kalau ada yang tersinggah baca sebab jumpa dari carian Google tu memang nasib je la. Hihi. Sekarang je yang CikSha cuba keluar dari zon memalu. Kepohkan kat kenalan pasal blog ni. Kongsi link entri yang ditulis untuk dibaca kalau dorang sudi. 


Dulu mostly pembaca blog ni memang stranger dan blogger lain je. CikSha tak kenal dorang in person sebab tu tak malu. Dengan kenalan je yang macam segan sikit. Dulu la. Sekarang lantakkan je dorang nak baca apa aku duk merepek kat blog. Hihi.


Tujuan Tulis Entri Review Di Blog


Kalau betul CikSha fokus tulis kisah personal, kenapa sekarang asal update blog semua entri review je? Erk. Menusuk betul. Hihi. Sorry korang. Sebenarnya entri review tu ada dateline kena follow dari client. Jadi nak tak nak kena pulun update. Tu pun kekadang CikSha tak ikut dateline. Update je bila sempat. Hahaha.


Tapi kalau korang baca entri review tu pun CikSha tulis santai-santai jugak macam entri personal CikSha yang lain. Perkongsian jujur dari CikSha sendiri. Bukan rekaan semata-mata. Pengalaman peribadi gitu. Kira macam personal entri jugak la tu. Kan?


Lagipun, itu salah satu punca pendapatan CikSha dari minat menulis. CikSha manfaatkan je dengan platform blog ni. Dapat la income sampingan sesambil jadi surirumah anak 4 ni ha. Ai tak goyang kaki kikis duit suami je tau. Pandai je cari duit sendiri. Gittewww. Hahaha.


Jadi harapnya korang seronok je baca tulisan dari hati CikSha kat blog ni. Tak kisah la entri personal atau entri review. Tujuan utama CikSha menulis kat sini adalah untuk berkongsi dengan korang. Itu je. Terima kasih tau sebab sudi support minat CikSha ni. Sayang korang!


Bisik-bisik :: Menulis memang terapi terbaik untuk diri CikSha.

3 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Betul tu, bila kita tulis sebab minat dan ikhlas, orang baca entri blog pun seronok je

    ReplyDelete
  2. Blog kita hampir sebaya..kak yaya start Jan 2010. Gitu lah..tulis hal sendiri je..sesekali ada review..

    ReplyDelete
  3. betul tu.. kita mula dari 2012 lagi. start join giveaway je dulu. pastu dah sambung study slow sikit. skrg bry aktif balik. btw, kita singgah ye

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال