Sokong Sistem Imun Anak-anak Dengan Chewies Immunolicious

Assalamualaikum. Hai!


Korang sihat ke? Sekarang ni bila online je facebook, mesti ada update dari kawan-kawan yang dorang kena kuarantin disebabkan covid. Rancak betul si covid ni buat kerja kan? Maklum la cuti raya Cina baru ni ramai dari kita pun ikut sama rancak bercuti, balik kampung, pergi majlis kenduri. Dia pun ambik peluang jugak la tu. Hahaha. Tiber je CikSha korang ni kan? Padahal dia pun baru baik dari jangkitan covid. Hihi.


Ada la yang cakap, covid ni macam flu biasa je. Rileks aaa.  Semua ni tipu daya yahudi. Katanyaaaa. Amboii. Tak kena lagi boleh la cakap camtu. Cuba kena simptom yang paling power sampai kena admit kat hospital, mau tak terkata apa kot. Berlagak bukan main kan.


Yang kata, dah vaksin pun kena covid baik tak payah vaksin pun sama jugak. Apa dia ingat vaksin tu buat badan jadi kebal ke apa? Tak tahu gamaknya fungsi vaksin tu macam mana dia bertindak.  Tapi sibuk nak cakap, tunjuk dia la paling tahu segalanya. Haishhh. Sabar je la.


Kalau la dorang tahu memang lain sangat penangan virus covid ni dengan virus selsema yang biasa, mesti depa tak cakap banyak. Kalau dorang dah kehilangan ahli keluarga disebabkan komplikasi covid dan tak sempat divaksin untuk develop antibodi ni pun mesti dorang takkan cakap yang bukan-bukan. Sebenarnya kita sendiri boleh beza 'sakitnya' tu tau. It's different.


Entah la. Berbahas dengan orang camtu memang takkan ada manfaatnya. Kita diam je la. Prepared for the best je untuk diri sendiri dan keluarga supaya tak kena lagi jangkitan. Serik weh. CikSha taknak dah hadap. Penat mental dan emosi. Tambah bila libatkan anak-anak kecik sama. Huhu.




Top up Pengambilan Vitamin Tambahan Untuk Anak-anak

Bila dah terkena jangkitan covid hari tu, tengok pulak anak-anak sendiri semua melepet lain macam memang CikSha marah jugak la diri sendiri sebab hari tu kami ter stop beli bekalan vitamin untuk dorang. Mak pak bizi sampai tak sempat nak belikan dorang punya vitamin tambahan. Salah kami jugak. Huhu. 


Memang serik dan takmau dah jadi macam tu lagi. Seriau pun ada. Susah hati. Serabut kepala semua cukup la. Ye la. Kami ni ada anak terlebih istimewa yang sistem imunnya sensitif. Ada baby yang masih fragile. Mujur Allah bagi kekuatan kat anak-anak juga untuk lawan virus covid tu. Mungkin sebab sebelum-sebelum ni memang dorang pemakan vitamin. Baby pula duk minum susu badan lagi.


Masa sah je positif covid tu terus borong la stok vitamin. Untuk anak-anak dan juga mak bapak nye. Pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi pun kami usahakan juga beri yang termampu dan terbaik. Vitamin tambahan tu sebagai ikhtiar untuk topup keperluan vitamin untuk tubuh badan  dan juga untuk support sistem imun.


Jadi kali ni CikSha nak kongsi la dengan korang pasal satu vitamin tambahan ni. Bagi CikSha vitamin ni best. Bukan budak-budak je suka. Mak dorang ni pun suka jugak. Sebab sedap! Hihi.




Chewies Immunolicious | Vitamin Terbaik Untuk Sokong Sistem Imun

Kalau korang nak tahu, vitamin ni dalam bentuk gummy tau. Anak-anak memang suka sangat. Hari tu terlupa nak simpan kat tempat tinggi, dah dikendurikan dorang macam makan gummies buah-buahan yang kami selalu beli sebagai jajan dorang. Amukan la mak nye ni ha. Sebab dah terlebih dos makan nye. Sabar je la.


Chewies Immunolicious ni vitamin tambahan yang memberikan nutrisi bagi melatih dan kuatkan sistem imun kita supaya dapat recover cepat dari jangkitan virus macam selsema. Dan CikSha memang perasan sangat bila bagi vitamin ni kat anak-anak masa kena covid hari tu, cepat jugak la depa recover dari selsema. Kiranya tak berlarutan. Alhamdulillah.


Selain didatangkan dalam bentuk gummy, Chewies Immunolicious ni juga ada 3 perisa. Mangga, Strawberry dan Oren. Bentuk nya pun ikut rupa buahnya tau. Itu yang anak-anak pulun makan sangat. Menarik. Dah le sedap pulak kan.


Halal tak? InsyaAllah. Tak perlu diragui status kandungannya. Halal dan sangat berkhasiat. Kandungan Chewies Immunolicious ni merupakan bahan penggalak imun semulajadi yang sangat baik.




Bahan Terbaik dalam Chewies Immunolicious Yang Bagus Untuk Sistem Imun

Mesti korang nak tahu apa bahan yang buatkan Chewies Immunolicious ni lain dari vitamin tambahan yang lain kan?


Dalam Chewies Immunolicious ada Wellmune (daripada yis beta glucan Baker) yang dikaji secara klinikal dan terbukti mampu menguatkan kesihatan imun untuk melawan jangkitan dengan lebih cepat dan untuk pemulihan cepat sehingga 67% lebih cepat daripada vitamin yang tidak mengandungi wellmune.


Selain itu, Wellmune juga membantu mengurangkan risiko untuk jatuh sakit sehingga 3 kali ganda lebih rendah. Kalau korang nak tahu, wellmune ni penggalak semulajadi yang lebih baik daripada Vitamin C untuk meningkatkan imun dan diperakui oleh KKM.


Uii..kira power la kan vitamin ni untuk membantu beri pelindungan dari jangkitan virus. InsyaAllah kita ikhtiar. Kalau terkena pun mungkin tak teruk simptomnya dan cepat sembuh. Maklum la dah ada perlindungan sistem imun yang baik.




Sokong Sistem Imun Anak-anak Dengan Chewies Immunolicious

Korang kalau tak pernah beri anak-anak vitamin tambahan mungkin sebab anak-anak cerewet atau takut tengok tablet vitamin macam ubat, CikSha rasa Chewies Immunolicious ni sesuai untuk permulaan. Memang budak-budak suka tau. Nampak macam gula-gula chewy buah-buahan tu. Rasa pun sedap.


Lagipun harga dia sangat berpatutan. Ada dua pilihan. Botol yang ada 30 gummies (RM26.90) dan 60 gummies (RM39.00). Eh..murah la pada pandangan CikSha. Memang berbaloi betul dengan khasiat yang ditawarkan. Dapat la kita bekalkan anak-anak kita dengan khasiat untuk perlindungan sistem imun dorang. 


Nak info lebih banyak, korang boleh layari laman web dan media sosial di bawah okay!

Facebook : https://www.facebook.com/chewiesmy
Website : https://mychewies.ajrph.com/


Bisik-bisik :: Support sistem imun anak-anak dengan vitamin tambahan yang berkhasiat selain beri makanan yang cukup nutrisi

1 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Saya pun dah start beli balik vitamin C untuk budak2 dalam rumah ni. Semoga imun sistem depa kuat no

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال