Oktober 💞 Bulan Kesedaran Sindrom Down

Assalamualaikum. Hai!

 
Buat yang memang follow CikSha di blog atau di sosial media yang lain macam FB dan IG, mesti dah tahu yang CikSha mempunyai seorang anak istimewa Sindrom Down. Tahun 2020 ni umur nya dah 4 tahun. Alhamdulillah, Allah masih beri kami peluang untuk terus menyantuni si encem Iman kesayangan ramai tu.
 
 
 
 
Kalau nak tahu, bulan Oktober ni sebenarnya hari special untuk si encem Iman dan kawan-kawan sekasut dia. Down Syndrome Awareness Month atau dalam bahasa Melayu nya Bulan Kesedaran Sindrom Down. Setiap tahun, akan ada 2 sambutan istimewa untuk mereka yang sangat teristimewa ni tau. Bulan March pada setiap 21hb dan sepanjang bulan Oktober.


Bulan March tu simbolik kepada kelebihan kromosom yang dimiliki pada kromosom 21. Kalau normal hanya ada 2 salinan saja tapi pada Sindrom Down akan ada 3 salinan. Bulan Oktober pula untuk memberikan awareness atau kesedaran kepada umum tentang Sindrom Down. Sekadar untuk lebih ramai cakna dan ambil tahu apakah keistimewaan insan Sindrom Down ni.
 
 
Jadi sempena Bulan Kesedaran Sindrom Down ni, CikSha nak kongsi la sikit info tentang Sindrom Down. Untuk pengetahuan kawan-kawan CikSha yang masih tak cakna tentang Sindrom Down dan kenapa insan ni sangat extra special dan patut disantuni dengan baik.
 
 

My Trisomy 21 Sindrom Down Boy


 Sindrom Down Bukan Penyakit


Sindrom Down bukan penyakit tau. Takde risiko jangkitan ye kalau tersentuh golongan ni. Mereka cuma extra special sebab terlebih satu kromosom je. Macam yang CikSha jelaskan sikit kat atas tadi. Itu je yang membezakan mereka dengan insan normal yang lain. 
 
 
Nak tahu satu fakta tak? Bila ada yang kata Sindrom Down ini adalah penyakit, perkataan tu sangat melukakan hati mereka yang dikurniakan dengan anak Sindrom Down ni tau. Sebab memang bukan penyakit pun. So, please use the right words.


 

Tiada Istilah 'Terkenan' Bila Dikurniakan Anak Sindrom Down

 
Sindrom Down juga takkan jadi sebab 'terkenan'. Semuanya kuasa Allah. Faktor yang mungkin ada ialah sebab keturunan atau Allah memang nak anugerahkan pada ibu bapa yang 'terpilih'. Ada la tu sebab dia. Tak perlu nak pertikaikan sangat.
 
 
Untuk pengetahuan pembaca blog CikSha, Sindrom Down hanya akan terjadi disebabkan 2 perkara ini saja tau. Samada keturunan (salasilah keluarga pernah ada sejarah kelahiran) atau kuasa Allah yang menyebabkan kromosom pada sel ke 21 terbentuk menjadi 3 salinan secara tak sengaja. Hanya Allah saja yang tahu.
 
 
3 jenis Sindrom Down yang perlu semua ambil tahu.
🔸Trisomy 21 (nondisjunction)
🔸Translocation
🔸Mosaic

Semua 3 jenis sindrom Down adalah keadaan genetik (yang berkaitan dengan gen). Tapi hanya 1% daripada semua kes sindrom Down mempunyai komponen keturunan iaitu Translocation. Keturunan bukanlah faktor dalam Trisomy 21 (nondisjunction) dan Mosaic.
 
 
 
Si encem Iman dengan abang dan adik nya

 

Masalah Kesihatan Insan Sindrom Down

 
Mereka yang Sindrom Down ni ada je yang sihat takda masalah kesihatan yang memudaratkan. Kurang sikit-sikit tu biasa la. Dah nama pun istimewa kan. Ada masalah penglihatan samada rabun atau juling, ada yang pendengaran nya tak berapa nak jelas, ada yang tumbesaran terganggu sikit sebab masalah hormon tiroid. Selagi tak memudaratkan ibu bapa patut bersyukur.
 
 
Tapi ada juga dikalangan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan kronik. Contohnya seperti kanser darah (leukimia), penyakit jantung berlubang, penyakit berkaitan usus dan perut, berlebihan berat badan (obesiti). Tapi walaupun diberi ujian begini, kena juga bersyukur kerana diberi keistimewaan dari Allah memiliki mereka. Mungkin Allah nak beri pahala berganda untuk keluarga yang menyantuni mereka dengan baik. InsyaAllah.
 
 
 

Ciri-ciri Sindrom Down


Kalau diperhatikan sekali imbas, mereka memang nampak macam kembar. Mungkin sebab bentuk mata, hidung, muka yang seakan seiras. Tapi hakikatnya, mereka tetap ikut 'air muka' mak ayah masing-masing. Dah gen nye datang dari mak ayah. Cuma sebab persamaan pada kromosom ke 21 tu yang buatkan mereka kelihatan sama.


Ciri-ciri lain yang mungkin buat orang geram tengok anak Sindrom Down ni ialah kulit gebu mulus, jari gebu kontot, rambut halus lembut, manja dan tentulah sebab mereka extra comel. Hihi. Ini realiti tau. Gerammm je tengok mereka ni. Tambah-tambah kalau buat keletah comel-comel. Kalau nak tahu, mereka ni suka sangat dengan muzik.

 
 
Budak suka menyanyi. Hihi.
 
 

Hentikan Stigma Buruk Tentang Sindrom Down

 
Ibu bapa yang dikurniakan anak dengan Sindrom Down janganlah menyalahkan sesama sendiri atau takdir. Takda benda yang jadi kat dunia ni tanpa ada sebab musabab nya. Mula-mula tak dinafikan pelbagai rasa yang akan hadir. Tapi jangan dibiarkan rasa yang negatif tu terus menerus ada. Ambil masa sebentar untuk bertenang. Kemudian terima dengan penuh rasa kesyukuran dan redha. Mereka sebenarnya adalah anugerah terindah buat kalian.

 
Masyarakat pun kena buang stigma tentang Sindrom Down yang kalian duk pegang selama ni jauh-jauh. Sindrom Down bukan cacat cuma kecelaruan pada gen dalam sistem badan. Anak Sindrom Down juga bukan pembawa penyakit. Mereka adalah yang teristimewa yang kalian patut santuni dengan sebaiknya.


 
Itu je la kot secara umum untuk semua ambil maklum. Terima kasih buat yang sayang dan terima mereka seadanya tanpa syarat. Jangan pernah lelah nak menyantuni mereka tau. Cuma kena sabar banyak je la sebab mereka ni memang kuat merajuk dan juga mengamuk. Itu tak lain tak bukan si encem Iman la tu. Hihi. 😝


Bisik-bisik :: Anak Sindrom Down adalah bunga-bunga syurga yang Allah pinjamkan buat semua. ❤️

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. comelnya iman.. ank syurga ni.. =)

    BalasPadam
  2. @ezy.xixii alhamdulillah.. Terima kasih ezy.. Budak banyak akai jugak ni.. Hihi..

    BalasPadam
  3. Kalau dibaca ni mereka sama je macam anak lain kan. adayang sakit ada yang sihat, yang jenis tantrum , yang kuat merajuk. Tak de beza kan..

    Tapi memang diaorang comel dan manja. Yang ni tak di nafikan sebab akak ada kawan masa bujang dulu anak dia macam Iman juga. Bila datang rumah semua dia nak peluk. padahal baru jumpa. Mudah mesra dengan orang.

    Pandai bodek kita pun ye..Hahahha

    BalasPadam
  4. adik kedua bongsu ciktom pun sindrome down..alhamdulillah membesar dgn sihat..mmg dr umur 2 tahun lagi mak ayah hantar pergi sekolah..masa tu ramai tipikal ckp kalau hntr pergi sek buang duit..bukan boleh sembuh..bukan blh jd bijak.. tp dorg silap sek tu bukan nak suh msk exam..tp nak dorg belajar kemahiran sosial dan juga uruskan diri..

    iman anak yg baik dan encem boy

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan