Assalamualaikum. Hai!
Sebenarnya coretan ni dah pernah up kat fesbuk. Tapi nak la jugak simpan kat blog tersayang ni sebab senang nak cari. Coretan tentang kesayangan saya yang terlalu istimewa. My 2nd little hero, Ton Muhammad Iman Rizqin.
Bila Allah anugerahkan si kecik istimewa ni buat kami suami isteri, dan saya berpeluang warded sekali dengan dia dalam tempoh yang lama di hospital, bermacam-macam jenis anak-anak istimewa dengan pelbagai penyakit yang tak terjangkau dek akal fikiran, yang saya dah jumpa dan lihat dengan mata saya sendiri. Allahuakbar. Sesungguhnya Allah maha kuasa di atas segala sesuatu yang Dia berkehendak.
Buat kawan-kawan saya yang bertanya, kenapa anak kena operate? Anak sakit apa? Inilah jawapannya...
Ton Muhammad Iman Rizqin, dilahirkan istimewa dengan tiada lubang dubur. Seawal umur sehari (27/2/2016), dia dah pun dibedah buat stoma di perut untuk memudahkan dia membuang air besar. Pembedahan kali kedua ni (22/11/2016), adalah untuk membuat lubang dubur dia. Dan dia akan dibedah sekali lagi untuk menutup stoma di perot pada tahun depan. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segalanya buat kesayangan ummi ni.
Ton Muhammad Iman Rizqin juga didiagnos penghidap sindrom down hasil ujian kromosom yang telah dibuat. Doktor cakap ini bukan sebab keturunan. Memang both of our side takde history sindrom down. Doktor cakap ini mungkin rezeki kami suami isteri jadi insan yang Allah pilih untuk memiliki anak syurga ini.
Si kecil ini juga pada awal kelahirannya doktor detect ada 2 lubang kecil di jantung. PDA dan PFO. Tapi saya yakin doa ibu tiada hijab. Alhamdulillah. Lubang di jantung dia dah tutup sepenuhnya kini. Syukur. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allah telah kurangkan kesakitan kesayangan kami ni.
Awalnya, saya selalu je menangis mengenangkan dugaan buat si kecil ni. Tipu la kalau cakap tak nangis. Bukan tak redha dan tak boleh terima. Cuma hati seorang ibu yang masih dalam pantang dan emosi tak stabil. Fikiran bercelaru sangat. Tapi suami, keluarga mentua, keluarga sendiri lah sumber kekuatan yang banyak menyokong saya masa tu. Terima kasih semua. Alhamdulillah.
Allah Maha Besar. Hanya Dia Maha Mengetahui kenapa dianugerahkan kami si kecil yang istimewa ini. Memang terlalu istimewa.
Saya tak pernah anggap kehadiran si kecil ini sebagai satu ujian. Tapi, inilah anugerah yang paling 'mahal' Allah kurniakan buat kami suami isteri. 'Ladang pahala' buat kami insan yang lemah dan hina ni. Kami bukanlah insan yang hebat pun. Tanpa izinNya kami pun tak kuat nak terima semua ni. Hanya kepadaNya tempat kami memohon kekuatan.
Syukur kepada Allah kerana telah memilih kami suami isteri menjadi ummi dan abah Ton Muhammad Iman Rizqin. Pengikat kasih sayang semua orang di sekeliling dia.
Ummi abah sayang sangat kat Iman. Abang Adan pun kami sayang jugak. Hihi. Merajuk pulak beliau nanti. Dua-dua kami sayang. Takde beza. Anugerah Allah yang sangat bernilai buat kami. Harta dunia akhirat kami.
* gambar atas : Iman masa umur sehari. Lepas operation buat stoma.
* gambar bawah : Iman dah 8 bulan lebih. Lepas kena operate lubang dubur.
Bisik-bisik :: Nanti Ummi coretkan detik cemas nak lahirkan Iman pulak. InsyaAllah.