Wednesday, 18 November 2020

10 Makanan Yang Sesuai Di Pesan Pada Hari Malas



Assalamualaikum. Hai! 


Pernah tak tiba-tiba terasa malas yang amat sangat! Malas untuk basuh pakaian, malas untuk keluar ke mana-mana, malas untuk memasak dan lain-lain lagi. Pasti pernah kan? 



Sebenarnya hari malas ini memang sering terjadi pada ramai orang dan selalunya ia akan datang beberapa kali dalam sebulan. Jika hari malas begini tiap-tiap hari, itu memang benar-benar seorang yang pemalas namanya. 





Bila sebut hari malas yang sama sekali tidak ada keinginan untuk memasak dan keluar dari rumah, cara terbaik untuk mengisi perut yang lapar adalah servis penghantaran makanan online. Dengan adanya online food delivery begini, dengan senang nak makan apa semuanya boleh. 



Antara menu yang paling best di layan tatkala tiba hari malas begini adalah seperti : 

  • Pizza

  • Burger

  • Sushi

  • Apam Balik 

  • Satay

  • Nasi Lemak 

  • Oden

  • Nasi Kandar 

  • Steak 

  • Chicken Chop 



10 Makanan Yang Sesuai Di Pesan Pada Hari Malas



1. Pizza


Makan pizza di hari malas begini memang sangat best! Lagi-lagi jika makan pizza sambil tonton TV atau movie kegemaran. Banyak pilihan pizza untuk dinikmati di rumah dan untuk lebih mudah boleh pilih pizza yang sememangnya sudah terkenal seperti Pizza Hut dan Domino’s. 



2. Burger



Jika tak suka pizza, boleh makan burger. Beli burger dalam bentuk set bersama kentang goreng dan air juga bagus. Antara pilihan burger yang banyak dan senang untuk di order adalah McDonald’s. Burger di McDonald’s ini sekali makan terus kenyang. Jika nak jimat masa antara makan tengahari dan makan malam, boleh order dua set burger sekaligus. 





3. Sushi



Sesekali ubah selera makan sushi pun okay juga. Apa salahnya. Namapun hari malas jadi nak makan apa tidak siapa boleh larang. Cuma sushi ini kena pilih yang betul-betul kena dengan selera. Takut nanti tersalah order sushi dengan isi ikan mentah, bagi yang suka tak mengapa tapi bagi yang tidak suka, sudah tentu akan jadi satu pembaziran pula. 


4. Apam Balik


Apam Balik merupakan sejenis makanan yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di sekitar Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana-mana sahaja termasuklah pasar malam, pasar pagi dan lain-lain.



Apam Balik juga telah di isytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.


5. Satay 


Satay merupakan salah satu makanan yang popular dan terkenal di Malaysia dan Luar Negara. Satay ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Ia dibuat daripada kepingan daging ayam atau daging lembu yang dicucuk pada lidi atau buluh lalu dibakar menggunakan api arang kayu. Pada kebiasaannya, satay akan di hidangkan bersama kuah kacang serta hirisan timun dan bawang. 



Satay lembu dan ayam yang merupakan salah satu jenis satay yang popular dan terdapat juga beberapa jenis satay lain best, antaranya satay kambing dan juga satay arnab.

 

6. Nasi Lemak





Nasi Lemak merupakan hidangan makanan rakyat Melayu. Nasi Lemak diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. 



Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan ianya boleh di dapati di setiap pelosok negara. Nasi lemak di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. 



Terdapat juga penjual Nasi Lemak menyajikannya nasi lemak dengan lauk tambahan lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya. 




7. Oden 



Oden merupakan makanan yang berasal dari Jepun dimana ianya selalu menggabungkan bahan-bahan seperti kek ikan bersama kuah yang rasanya agak pedas di dalam mangkuk yang kecil. Oden mula terkenal di Malaysia apabila sebuah kedai serbaneka dari Jepun iaitu Family Mart mula beroperasi di Malaysia. 



Sejak hidangan ini di perkenalkan di Malaysia, ia mendapat sambutan yang cukup hangat daripada  masyarakat kita. Tetap tidak menghairankanlah kerana hidangan ini sememangnya lazat.




8. Nasi Kandar



Nasi kandar Penang merupakan makanan yang wajib ada dalam senarai makanan anda apabila berada di Penang. Dan memang tidak dapat disangkal lagi yang ianya merupakan makan ‘nostalgia’ buat penduduk di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai restoran nasi kandar yang dapat anda jumpa apabila tiba di Pulau Pinang.



Akan tetapi, mencari nasi kandar yang betul-betul sedap bukanlah mudah seperti sangkaan anda semua. Apapun janganlah risau dan khuatir kerana masih ada restoran nasi kandar yang terkenal seperti Restoran Deens Maju Nasi Kandar,Restoran Nasi Kandar Line Clear dan Restoran Hameediyah yang boleh dikatakan legend di Pulau Pinang.




9. Steak 



Nak manjakan diri di hari malas dengan menu makanan mewah bagaikan raja? Sesekali hargai diri dengan makan makanan mewah begini tidak salah, asalkan jangan terlebih belanja. Antara menu mewah yang sesuai di makan di rumah atau di mana saja, tak lain dan tak bukan adalah steak. Steak daging yang lembut dan berjus, sedapnya. Sekali makan tentu akan teringat-ingat. 





10. Chicken Chop 



Nak makan steak tak cukup bajet? Tukarlah dari menu steak kepada chicken chop yang lebih murah. Menu chicken chop begini tidak kurang hebatnya. Lagi-lagi ia datang dalam bersama makanan hidang sampingan seperti sayuran dan kentang.  Yang penting kuah sos yang dihidangkan bersama hendaklah sedap supaya kombinasi untuk semua makanan ini menjadi hingga tahap menjilat jari. 



Menu untuk makan di hari malas ini sebenarnya ada banyak lagi (Malaysia kan ada banyak makanan sedap). 



Dan untuk tahu menu lain yang best untuk makan di hari malas begini, bolehlah layari website Foodpanda atau untuk cara yang lebih senang, muat turun aplikasi Foodpanda ke telefon bimbit masing-masing. 



Bisik-bisik :: Senang kan nak order makanan sekarang ni? Foodpanda je!





Post a comment

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

0 LOVE NOTES




DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com