Sunday, 4 October 2020

Oktober 💞 Bulan Kesedaran Sindrom Down



Assalamualaikum. Hai!

 
Buat yang memang follow CikSha di blog atau di sosial media yang lain macam FB dan IG, mesti dah tahu yang CikSha mempunyai seorang anak istimewa Sindrom Down. Tahun 2020 ni umur nya dah 4 tahun. Alhamdulillah, Allah masih beri kami peluang untuk terus menyantuni si encem Iman kesayangan ramai tu.
 
 
 
 
Kalau nak tahu, bulan Oktober ni sebenarnya hari special untuk si encem Iman dan kawan-kawan sekasut dia. Down Syndrome Awareness Month atau dalam bahasa Melayu nya Bulan Kesedaran Sindrom Down. Setiap tahun, akan ada 2 sambutan istimewa untuk mereka yang sangat teristimewa ni tau. Bulan March pada setiap 21hb dan sepanjang bulan Oktober.


Bulan March tu simbolik kepada kelebihan kromosom yang dimiliki pada kromosom 21. Kalau normal hanya ada 2 salinan saja tapi pada Sindrom Down akan ada 3 salinan. Bulan Oktober pula untuk memberikan awareness atau kesedaran kepada umum tentang Sindrom Down. Sekadar untuk lebih ramai cakna dan ambil tahu apakah keistimewaan insan Sindrom Down ni.
 
 
Jadi sempena Bulan Kesedaran Sindrom Down ni, CikSha nak kongsi la sikit info tentang Sindrom Down. Untuk pengetahuan kawan-kawan CikSha yang masih tak cakna tentang Sindrom Down dan kenapa insan ni sangat extra special dan patut disantuni dengan baik.
 
 

My Trisomy 21 Sindrom Down Boy


 Sindrom Down Bukan Penyakit


Sindrom Down bukan penyakit tau. Takde risiko jangkitan ye kalau tersentuh golongan ni. Mereka cuma extra special sebab terlebih satu kromosom je. Macam yang CikSha jelaskan sikit kat atas tadi. Itu je yang membezakan mereka dengan insan normal yang lain. 
 
 
Nak tahu satu fakta tak? Bila ada yang kata Sindrom Down ini adalah penyakit, perkataan tu sangat melukakan hati mereka yang dikurniakan dengan anak Sindrom Down ni tau. Sebab memang bukan penyakit pun. So, please use the right words.


 

Tiada Istilah 'Terkenan' Bila Dikurniakan Anak Sindrom Down

 
Sindrom Down juga takkan jadi sebab 'terkenan'. Semuanya kuasa Allah. Faktor yang mungkin ada ialah sebab keturunan atau Allah memang nak anugerahkan pada ibu bapa yang 'terpilih'. Ada la tu sebab dia. Tak perlu nak pertikaikan sangat.
 
 
Untuk pengetahuan pembaca blog CikSha, Sindrom Down hanya akan terjadi disebabkan 2 perkara ini saja tau. Samada keturunan (salasilah keluarga pernah ada sejarah kelahiran) atau kuasa Allah yang menyebabkan kromosom pada sel ke 21 terbentuk menjadi 3 salinan secara tak sengaja. Hanya Allah saja yang tahu.
 
 
3 jenis Sindrom Down yang perlu semua ambil tahu.
🔸Trisomy 21 (nondisjunction)
🔸Translocation
🔸Mosaic

Semua 3 jenis sindrom Down adalah keadaan genetik (yang berkaitan dengan gen). Tapi hanya 1% daripada semua kes sindrom Down mempunyai komponen keturunan iaitu Translocation. Keturunan bukanlah faktor dalam Trisomy 21 (nondisjunction) dan Mosaic.
 
 
 
Si encem Iman dengan abang dan adik nya

 

Masalah Kesihatan Insan Sindrom Down

 
Mereka yang Sindrom Down ni ada je yang sihat takda masalah kesihatan yang memudaratkan. Kurang sikit-sikit tu biasa la. Dah nama pun istimewa kan. Ada masalah penglihatan samada rabun atau juling, ada yang pendengaran nya tak berapa nak jelas, ada yang tumbesaran terganggu sikit sebab masalah hormon tiroid. Selagi tak memudaratkan ibu bapa patut bersyukur.
 
 
Tapi ada juga dikalangan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan kronik. Contohnya seperti kanser darah (leukimia), penyakit jantung berlubang, penyakit berkaitan usus dan perut, berlebihan berat badan (obesiti). Tapi walaupun diberi ujian begini, kena juga bersyukur kerana diberi keistimewaan dari Allah memiliki mereka. Mungkin Allah nak beri pahala berganda untuk keluarga yang menyantuni mereka dengan baik. InsyaAllah.
 
 
 

Ciri-ciri Sindrom Down


Kalau diperhatikan sekali imbas, mereka memang nampak macam kembar. Mungkin sebab bentuk mata, hidung, muka yang seakan seiras. Tapi hakikatnya, mereka tetap ikut 'air muka' mak ayah masing-masing. Dah gen nye datang dari mak ayah. Cuma sebab persamaan pada kromosom ke 21 tu yang buatkan mereka kelihatan sama.


Ciri-ciri lain yang mungkin buat orang geram tengok anak Sindrom Down ni ialah kulit gebu mulus, jari gebu kontot, rambut halus lembut, manja dan tentulah sebab mereka extra comel. Hihi. Ini realiti tau. Gerammm je tengok mereka ni. Tambah-tambah kalau buat keletah comel-comel. Kalau nak tahu, mereka ni suka sangat dengan muzik.

 
 
Budak suka menyanyi. Hihi.
 
 

Hentikan Stigma Buruk Tentang Sindrom Down

 
Ibu bapa yang dikurniakan anak dengan Sindrom Down janganlah menyalahkan sesama sendiri atau takdir. Takda benda yang jadi kat dunia ni tanpa ada sebab musabab nya. Mula-mula tak dinafikan pelbagai rasa yang akan hadir. Tapi jangan dibiarkan rasa yang negatif tu terus menerus ada. Ambil masa sebentar untuk bertenang. Kemudian terima dengan penuh rasa kesyukuran dan redha. Mereka sebenarnya adalah anugerah terindah buat kalian.

 
Masyarakat pun kena buang stigma tentang Sindrom Down yang kalian duk pegang selama ni jauh-jauh. Sindrom Down bukan cacat cuma kecelaruan pada gen dalam sistem badan. Anak Sindrom Down juga bukan pembawa penyakit. Mereka adalah yang teristimewa yang kalian patut santuni dengan sebaiknya.


 
Itu je la kot secara umum untuk semua ambil maklum. Terima kasih buat yang sayang dan terima mereka seadanya tanpa syarat. Jangan pernah lelah nak menyantuni mereka tau. Cuma kena sabar banyak je la sebab mereka ni memang kuat merajuk dan juga mengamuk. Itu tak lain tak bukan si encem Iman la tu. Hihi. 😝


Bisik-bisik :: Anak Sindrom Down adalah bunga-bunga syurga yang Allah pinjamkan buat semua. ❤️



Saturday, 3 October 2020

Resipi Kek Batik Almond Yang Cair di Mulut dan Yummylicious



Assalamualaikum. Hai! 

 
Hari ni nak kongsi dengan hangpa cara CikSha buat kek batik. Ini la satu-satunya kek yang paling CikSha terer buat. Ramai cakap kek batik CikSha sedap. Lain dari yang lain. Tapi entah la, takde pulak teringin nak buat bisnes jual kek batik ni. Buat untuk makan sendiri atau ada apa-apa sambutan/jamuan je la.

 
CikSha kalau buat kek batik memang tak pakai serbuk koko. Pakai milo je semata-mata. Bahan yang selalu guna : Biskut marie, susu pekat manis, butter, milo. 4 bahan ni je CikSha duk guna tau. Kekadang je CikSha tambah satu bahan lagi, #AlmondChocolate jadikan topping. Macam menggiurkan pulak tengok badam duk bertaburan kat atas dia. 

 

Ni cara CikSha la ye buat kek batik yang special edition ni. Aiseh. Special edition sebab topping guna Almond Choc Bar by Chocotainer tu ha. Alaaaa, ceklat sedap yang CikSha dagangkan tu la. Kalau nak boleh roger tepi. Hihi. Ok. Jom cekidaut! 
 
 

 
Antara bahan yang CikSha guna. Gambar milo lupa nak snap.


 
KEK BATIK ALMOND by CikSha
 
BAHAN-BAHAN :
1 buku butter
3/4 tin susu manis
8 sudu milo
Biskut marie secukupnya (CikSha guna 2 row)
2 pcs #AlmondChocolateBar Chocotainer
 
 
CARA BUAT :
 
1. Cairkan butter.
 
2. Tuang susu manis bila butter dah cair. Kacau-kacau sikit lepas tu biar bagi dia menggelegak sikit.
 
3. Dah gelegak tu masukkan milo dan kacau-kacau bagi sebati jangan bagi dia berketul.
 
4. Perlahankan api lepas tu masukkan biskut marie yang dah dipatahkan. Gaul depa bagi mesra.
 
5. Bila biskut dah tersalut tu, cepat-cepat kaut letak dalam bekas. Ikut suka hangpa la nak letak dalam bekas apa. Macam CikSha suka guna bekas aiskrim terpakai. Apa? Ingat bekas tu untuk bubuh ikan je ke? Hihi.
 
6. Tekan adunan tadi tu bagi depa padat. Letak tepi sat.
 
7. Amoh kita buat topping pulak. Cairkan coklat bar Almond Chocotainer secara double boil. Dah cair cepat-cepat tuang atas kek batik dan ratakan. Kalau nak guna coklat lain pun boleh je. Ikut suka la. Takmau buat topping pun takda masalah jugak. Selera masing-masing. 😉
 
8. SIAP! Sejukkan dulu. Nanti baru makan.
 
 
Asyik oii bila gigit tu rasa lemak-lemak manis coklat dan milo lepas tu krap tergigit almond. Aduiiii. Nikmat tak terkata! Nanti hangpa cuba tau. Resipi CikSha seperti biasa semua memang bahan tak menyusahkan. Senang nak buat. 


Bisik-bisik :: Hantu kek coklat dan juga biskut digabungkan jadilah kek batik. Hihi.



Thursday, 1 October 2020

Nikmati Keindahan Suasana Kampung Sebenar di Kampung Agong, Penaga Pulau Pinang



Assalamualaikum. Hai!
 
 
Selalu bila balik Penang, CikSha memang ada plan nak bawak famili pi berjalan jelajah tempat menarik yang ada kat Penang tu. Tapi selalunya memang tak sempat. Kengkonon jadual tu padat sangat la kan. Padahal seronok lepak kat rumah merap mak masak itu ini dan malas nak bersiap. 
 
 
Tapi balik raya haji hari tu, entah la punya teringin nak pergi satu tempat yang viral sangat kat medsos. Dekat la jugak dengan rumah. Lagi satu, tempat tu dekat betul dengan kampung CikSha dedulu sebelum arwah tokwan jual tanah dan rumah dia kat kampung tu. Saja la nak pergi mengimbas memori lalu kat kampung lama.
 
 
Jadinya, dah alang-alang pergi beraya dalam kepala otak ni dah plan nak ajak encik CH pergi situ lepas settle aktiviti beraya. Lepas je pergi bertandang rumah kazen kesayangan kat Balik Pulau, masa nak balik tu apa lagi. Sesi membodek encik CH la. Suruh dia lajak ke Kampung Agong kat Penaga yang viral tu.

 
Saja nak tengok sikit tempat depa kata lawa gila tu sebelum gerak balik Ganu esoknya. Kalau tak pergi nanti duk terbayang-bayang pulak kan. Nak balik Penang pulak taktau bila lagi. Hihi. Makanya, sampai la kami sekeluarga kat sana.



Bila minta tolong suami ambikkan gambar. Cemni la jadinya ye. CikSha duk menari cakpong tu. Sebab happy dapat pergi sini. Hahaha.


Kat bahagian pintu masuk lepas bayar tiket


Gila punya ramai oiii orang pergi kat situ. Sesak! Macam bukan musim PKPP dah. Mungkin sebab cuti sama kot. Beratur kat pintu masuk pun berjela. Masuk dalam lagi laa ramai sangat.
 
 
Nak bergambar kat props yang ada kat situ macam sarang burung gergasi jenuh beratur. Semua sarang-sarang yang ada pulak tu pakat kerumun ramai-ramai. Memang tak kuasa le nak berjemaah panjangkan barisan. Kita snap je view dan kat mana-mana yang nampak lawo untuk bergambar. Jadi la tu buat kenangan pernah sampai kat situ.
 


Our small happy family. Abang Adan 'missing'. Hihi.

Oh, masa ni Abang Adan takde sebab dia pi follow naik kereta kakak. Ada geng kan, abang Iqbal dengan abang Ilyas dia tu. Biaq pi kat dia. Ummi abah dengan adik-adik pi berjimba tanpa dia. Takpa la. Lain kali balik Penang boleh pergi lagi kalau ada kesempatan. Encik CH pun kata nak repeat lagi pergi situ. Sebab kami pergi tu dah lewat petang sangat. Tak sempat nak jelajah habis lagi.
 
 
Kebetulan masa kami pergi tu pun padi dah masak dan kena tuai. Jadi ada kawasan padi yang dah macam padang jarak padang terkukur, ada yang menguning je. Kalau padi duk menghijau lagi, kompom gambar lagi lawa. CikSha dah le suka ambik gambar pemandangan yang cantik selain bergambar diri sendiri yang perasan cantik. Hihi.
 

Jom layan gambar yang sempat kami ambil masa tu. Gambar yang segak semua CikSha ambik. Gambar encik CH ambik yang boleh la tahan tu. Hahahah. Enjoy the pictures!

 


Encik CH duk menerai semua peralatan untuk proses padi

 

Tak dapat bergambar kat sarang burung gergasi. Kat buaian dengan gelung apa entah ni je la sempat kami bergambar. Itu pun jenuh tunggu giliran. Ada dua anak dara duk bergilir ambik gambar berkali-kali punya la lama tak kisah orang duk tunggu turn. Ku peratiiiiii je!
  

 

Menarik pondok dia. Tu yang kami bergambar kat sini jugak tu.



Cantik kat sini. Banyak pokok kelapa.






Jalan nak ke homestay. Sebelah kawasan 'pagar kayu' tercacak tu sebenarnya kawasan private untuk orang yang menyewa kot. Ada signboard warning dia. Tapi masa kami pergi tu macam dia buka untuk semua orang boleh masuk. Mungkin sebab ramai kot.






Inilah sebahagian pemandangan sawah padi yang dah menguning. Cantik sangat view masa ni sebab dah pukul 6 petang.


Pendapat CikSha Tentang Kampung Agong

 
Menarik konsep yang pihak pengurusan tempat ni buat. Buat mereka yang nak merasai keindahan suasana kampung elok sangat kalau pergi kat sini tau. Sebenarnya, ada homestay yang disediakan untuk orang yang datang kat situ kalau nak menyewa dan bermalam. Dapat la menikmati suasana malam di kampung yang aman dan sejuk. Serius yang duduk kat bandar wajib pergi sini tau.
 
 
Kampung Agong ni memang cantik sangat. Tambah kalau masa tu time padi baru nak jadi. Hijau je pemandangan. Memang cantik la. 

 
Oh. Lupa nak habaq. Nak masuk sini kena bayar ye. CikSha pun pergi sini kena bayar sendiri la. Bukan sponsor. Haha. Entri ni bukan entri sponsor ok. Entri ikhlas dari CikSha yang saja nak kongsi pengalaman berjalan ke tempat menarik kat kampung sendiri, Pulau Pinang. Kalau satu hari nanti pihak pengurusan Kampung Agong nak sponsor CikSha bermalam kat homestay depa, opkoz la CikSha sudi sangat nak terima. Eceh!


Ini senarai harga tiket masuk ke Kampung Agong Penaga Pulau Pinang
  • Dewasa & remaja 12 tahun ke atas = RM8
  • Kanak-kanak bawah 11 tahun = RM5
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun = percuma
Parking kereta ada disediakan kat luar pintu masuk Kampung Agung. Cas cuma RM2. 
Waktu operasi : 9.00 pagi - 6.00 petang.
 
 
Ok. Itu je yang CikSha nak kongsikan dengan semua pembaca blog CikSha. Kalau korang pergi makan angin ke Penang, cuba la jejak kaki kat sini tau. Kat sebelah tanah besar je. Bukan kat area Pulau sana. Sesambil jalan-jalan cari makan, pergi tempat-tempat menarik macam ni tak rugi tau.
 
 
Bisik-bisik :: Panjang lagi senarai tempat menarik kat Penang yang CikSha plan nak pergi.




DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com