Thursday, 1 October 2020

Nikmati Keindahan Suasana Kampung Sebenar di Kampung Agong, Penaga Pulau Pinang



Assalamualaikum. Hai!
 
 
Selalu bila balik Penang, CikSha memang ada plan nak bawak famili pi berjalan jelajah tempat menarik yang ada kat Penang tu. Tapi selalunya memang tak sempat. Kengkonon jadual tu padat sangat la kan. Padahal seronok lepak kat rumah merap mak masak itu ini dan malas nak bersiap. 
 
 
Tapi balik raya haji hari tu, entah la punya teringin nak pergi satu tempat yang viral sangat kat medsos. Dekat la jugak dengan rumah. Lagi satu, tempat tu dekat betul dengan kampung CikSha dedulu sebelum arwah tokwan jual tanah dan rumah dia kat kampung tu. Saja la nak pergi mengimbas memori lalu kat kampung lama.
 
 
Jadinya, dah alang-alang pergi beraya dalam kepala otak ni dah plan nak ajak encik CH pergi situ lepas settle aktiviti beraya. Lepas je pergi bertandang rumah kazen kesayangan kat Balik Pulau, masa nak balik tu apa lagi. Sesi membodek encik CH la. Suruh dia lajak ke Kampung Agong kat Penaga yang viral tu.

 
Saja nak tengok sikit tempat depa kata lawa gila tu sebelum gerak balik Ganu esoknya. Kalau tak pergi nanti duk terbayang-bayang pulak kan. Nak balik Penang pulak taktau bila lagi. Hihi. Makanya, sampai la kami sekeluarga kat sana.



Bila minta tolong suami ambikkan gambar. Cemni la jadinya ye. CikSha duk menari cakpong tu. Sebab happy dapat pergi sini. Hahaha.


Kat bahagian pintu masuk lepas bayar tiket


Gila punya ramai oiii orang pergi kat situ. Sesak! Macam bukan musim PKPP dah. Mungkin sebab cuti sama kot. Beratur kat pintu masuk pun berjela. Masuk dalam lagi laa ramai sangat.
 
 
Nak bergambar kat props yang ada kat situ macam sarang burung gergasi jenuh beratur. Semua sarang-sarang yang ada pulak tu pakat kerumun ramai-ramai. Memang tak kuasa le nak berjemaah panjangkan barisan. Kita snap je view dan kat mana-mana yang nampak lawo untuk bergambar. Jadi la tu buat kenangan pernah sampai kat situ.
 


Our small happy family. Abang Adan 'missing'. Hihi.

Oh, masa ni Abang Adan takde sebab dia pi follow naik kereta kakak. Ada geng kan, abang Iqbal dengan abang Ilyas dia tu. Biaq pi kat dia. Ummi abah dengan adik-adik pi berjimba tanpa dia. Takpa la. Lain kali balik Penang boleh pergi lagi kalau ada kesempatan. Encik CH pun kata nak repeat lagi pergi situ. Sebab kami pergi tu dah lewat petang sangat. Tak sempat nak jelajah habis lagi.
 
 
Kebetulan masa kami pergi tu pun padi dah masak dan kena tuai. Jadi ada kawasan padi yang dah macam padang jarak padang terkukur, ada yang menguning je. Kalau padi duk menghijau lagi, kompom gambar lagi lawa. CikSha dah le suka ambik gambar pemandangan yang cantik selain bergambar diri sendiri yang perasan cantik. Hihi.
 

Jom layan gambar yang sempat kami ambil masa tu. Gambar yang segak semua CikSha ambik. Gambar encik CH ambik yang boleh la tahan tu. Hahahah. Enjoy the pictures!

 


Encik CH duk menerai semua peralatan untuk proses padi

 

Tak dapat bergambar kat sarang burung gergasi. Kat buaian dengan gelung apa entah ni je la sempat kami bergambar. Itu pun jenuh tunggu giliran. Ada dua anak dara duk bergilir ambik gambar berkali-kali punya la lama tak kisah orang duk tunggu turn. Ku peratiiiiii je!
  

 

Menarik pondok dia. Tu yang kami bergambar kat sini jugak tu.



Cantik kat sini. Banyak pokok kelapa.






Jalan nak ke homestay. Sebelah kawasan 'pagar kayu' tercacak tu sebenarnya kawasan private untuk orang yang menyewa kot. Ada signboard warning dia. Tapi masa kami pergi tu macam dia buka untuk semua orang boleh masuk. Mungkin sebab ramai kot.






Inilah sebahagian pemandangan sawah padi yang dah menguning. Cantik sangat view masa ni sebab dah pukul 6 petang.


Pendapat CikSha Tentang Kampung Agong

 
Menarik konsep yang pihak pengurusan tempat ni buat. Buat mereka yang nak merasai keindahan suasana kampung elok sangat kalau pergi kat sini tau. Sebenarnya, ada homestay yang disediakan untuk orang yang datang kat situ kalau nak menyewa dan bermalam. Dapat la menikmati suasana malam di kampung yang aman dan sejuk. Serius yang duduk kat bandar wajib pergi sini tau.
 
 
Kampung Agong ni memang cantik sangat. Tambah kalau masa tu time padi baru nak jadi. Hijau je pemandangan. Memang cantik la. 

 
Oh. Lupa nak habaq. Nak masuk sini kena bayar ye. CikSha pun pergi sini kena bayar sendiri la. Bukan sponsor. Haha. Entri ni bukan entri sponsor ok. Entri ikhlas dari CikSha yang saja nak kongsi pengalaman berjalan ke tempat menarik kat kampung sendiri, Pulau Pinang. Kalau satu hari nanti pihak pengurusan Kampung Agong nak sponsor CikSha bermalam kat homestay depa, opkoz la CikSha sudi sangat nak terima. Eceh!


Ini senarai harga tiket masuk ke Kampung Agong Penaga Pulau Pinang
  • Dewasa & remaja 12 tahun ke atas = RM8
  • Kanak-kanak bawah 11 tahun = RM5
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun = percuma
Parking kereta ada disediakan kat luar pintu masuk Kampung Agung. Cas cuma RM2. 
Waktu operasi : 9.00 pagi - 6.00 petang.
 
 
Ok. Itu je yang CikSha nak kongsikan dengan semua pembaca blog CikSha. Kalau korang pergi makan angin ke Penang, cuba la jejak kaki kat sini tau. Kat sebelah tanah besar je. Bukan kat area Pulau sana. Sesambil jalan-jalan cari makan, pergi tempat-tempat menarik macam ni tak rugi tau.
 
 
Bisik-bisik :: Panjang lagi senarai tempat menarik kat Penang yang CikSha plan nak pergi.



2 LOVE NOTES

  1. di desa kasihku tertumpah. mcm umah ayah di kg la..dikelilingi sawah padi.

    ReplyDelete
  2. Boleh la pi Nanti.Kami ni malas nak pi belah pulau nun. Depa kat sana bawak kereta macam pelesit sampai dengan kita2 sekali kena tebai muka jadi pelesit sama.

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com