Sunday, 31 May 2020

Wajah Seiras Jodoh Kuat



Assalamualaikum. Hai!

Ini entri tahun 2011 yang dikemaskini dan dipublish semula tau. Hihi. Selamat membaca!

Sebenarnye dah lama persoalan ni bermain-main di fikiran aku. Nak bincang kat belog, tapi pemalas yang amat la nak mengerah otak untuk ulas perkara ni dengan sangat bernas. Ececeh. Macam la selama ni penulisan aku bernas sangat kan. Berjela-jela je sampai orang meluat nak baca ada la. (-_-")


Jadinya, tetibe pulak sekarang ni aku jadi rajin. Pergi la menggoogle terlebih dahulu tentang topik ni. Saja nak tengok pendapat orang lain. Macam-macam versi entri ada. Kebanyakannya tempek gambar sendiri dengan couple dan tanya ade iras ke tak. Ada la jugak yang tulis bagi pendapat dari perspektif mereka sendiri. Tapi paling banyak entri kopipes la. Sama je ayat kat entri dorang. Jadi, inilah penulisan tentang ini dari prespektif aku pula.


Dari mana bermulanya teori Wajah Seiras Jodoh Kuat?


Aku pun tak tahu dari mana dan siapa yang memulakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Err..dengarnye dari orang tua-tua zaman dulu. Macam mana tercetusnye teori ni ye? Kriteria apa yang membuatkan tok nenek kita terfikirkan tentangnye? Entah la. Aku sendiri tak pasti. Ada yang cakap mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, kelakuan, gaya dan entah apa-apa lagi. Kalau ada iras tu maknanya berjodoh dan jodoh sangat kuat serta berpanjangan. 






Pasangan yang sedang hangat bercinta selalunya akan menjadi sangat teruja bila ada orang menyatakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Terasa bagai diawan-awangan. Menjadi terlalu yakin yang pasangan itulah jodoh buat diri dan bakal dinikahi. Mula la nak membelek setiap inci wajah pasangan memasing nak cari 'spot' yang dikatakan seiras tu. Eksaited gila. Betul tak?


Ada jugak pasangan yang bercinta ni jadi was-was bila dorang rasa langsung tak seiras bila disogokkan dengan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' tersebut. Mula la risau dengan hubungan cinta yang terjalin takut-takut terputus. Maklum la, tak seiras maknanya jodoh tak kuat. Sia-sia je bercinta bagai nak rak tapi hubungan kasih tak berpanjangan. Risau kemain hati.


Jodoh Itu Rahsia Allah


Perasan tak orang selalu cakap ayat-ayat klise seperti di bawah ini bila dorang tengok couple yang macam sweet-sweet je. Kononnya nak menegaskan yang couple tu memang berjodoh. 

"Eh..eh..muka korang ada iras-iras la. Jodoh kuat ni!"

"Sweetnya! Nampak macam adik beradik je. Muka memang sebijik sangat. Mesti jodoh korang panjang."

"Perasan tak muke korang sama? Ada jodoh la korang ni tau. Bestnya!"

Ramai kot di antara kita ni yang pernah terjebak dengan situasi ni. Betul tak? Baik korang mengaku. Bohong berdosa tau. Hehe. Memang la kadang-kadang kita rasa bila tengok pasangan tu macam seiras betoi wajah dorang. Kebanyakannya kita tengok memang seiras. Sampai jadi macam obses tengok orang muka seiras.


Tapi itulah kita ni ha. Selalu terlepas laku. Dah macam kita ni pulak yang menentukan jodoh orang. Padahal soal jodoh ini rahsia Allah. Astaghfirullah. *Menginsafi diri yang selalu buat khilaf.* Hakikatnya, seiras atau tidak wajah bukan penentu jodoh seseorang tu bertahan atau tidak. Semuanya rahsia Allah.



Wajah Seiras Bukan Penentu Jodoh Kuat


Secara logik akalnya, mungkin teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni semua kebetulan sahaja. Ye la. Dah kebetulan wajah pasangan tu ada iras dan jodoh berpanjangan pulak. Ada jugak yang pasangan tu takde iras langsung wajah dorang, tapi tetap berkekalan jodohnya. Ada yang dikatakan seiras wajah, tapi jodoh dorang tak berpanjangan pun. 


Haa. Perkara ni boleh dikatakan subjektif jugak la kiranya. Sebab kan pandangan mata manusia ni berbeza. Kita tengok pasangan tu seiras sangat. Tapi pada pandangan mata orang lain, pasangan tu langsung takde iras pun. Jadi, tidak mustahil teori ini ada kebenarannya. Dan mungkin jugak tidak.


Yang penting, jangan terlalu taksub sangat sehingga mempercayai teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ini sepenuh hati. Lari akidah nanti. Apa-apa pun, yakinlah kita pada Allah. Jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya apa yang terbaik untuk kita.


'Wajah Seiras Jodoh Kuat' bukanlah jaminan yang kita perlu cari pasangan seiras untuk hidup bahagia dan jodoh berkekalan. Sentiasalah berdoa kepada Allah untuk memberikan kita pasangan yang baik. Kalau dapat pasangan yang seiras wajah tu kira bonus la tu buat diri. Kemudian berusahalah untuk mencorakkan hubungan suami isteri supaya sentiasa bahagia. Yang penting sentiasa memohon keberkatan dari Allah. Itulah usaha yang sebaik-baiknya. 


Bisik-bisik :: Hah! Mesti ramai yang tengah belek muka memasing ada iras ke tak dengan pasangan la tu. Kuikuikui. ;p




Wednesday, 27 May 2020

Tips jadi anak yang soleh dan solehah



Assalamualaikukm. Hai!



Ekceli nak share something sebenar nye. Emel yang aku dapat dari my lovely kazen. Emel tu tentang satu ceramah agama. Tajuk die Dahsyat nya Doa Seorang Ibu. Orang yang forward emel ni nak kongsi point penting yang die dapat dari ceramah tu. Sangat bagus point yang disampaikan. Sebab tu aku nak share dengan korang pulak point yang aku rasa memang perlu sangat aku hi-lite kan. Semoga kita sama-sama dapat memuhasabah diri kita. Meh kita sama-sama hayati isi ceramah tersebut.



Tips menjadi anak yang soleh & solehah


** Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Keberkatan hidup tentulah kita dapat dari doa dan restu ibu. Andai kata kita ada masa nak buat benda tak elok dan takda masa nak buat benda baik, maksudnya kita ni disiksa Allah sebab takda keberkatan hidup. Macam tu jugak kalau kita tak pernah nak cukup duit. Itu tanda tiada keberkatan dalam hidup kita dan kita sedang disiksa oleh Allah.



** Jangan buat sesuatu angkara yang boleh menyebabkan ibu mengalirkan air mata sedih dan kecewa. Setitik air mata itu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang. Kalau ibu menangis sebab kejayaan anak-anak itu dikecualikan.



** Ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka :
+ Melihat kaabah sehingga menitis air mata
+ Membaca al-quran sehingga menitis air mata
+ Memandang wajah ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata



** Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis teruk di hari kematian ibunya. Bukan tak nangis langsung. Nangis tapi tak la sampai meraung raung.



** Kita berdosa jika menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.



** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat yang terbaik dengan syarat kita letakkan ibu kita di tempat yang terbaik. Maksudnya selalu mendoakan yang terbaik untuk ibu.



** Berbuat baiklah dengan ibu. InsyaAllah setiap doa kita akan dimakbulkan Allah dan mustajab.



** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas solat buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun semasa ibunya masih hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya, doakanlah ibu kita samada masih hidup atau telah tiada setiap kali lepas solat.



** Jika ibu kita dah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukan wang simpanan untuk dia, teruskan memberi peruntukan itu sebagai sedekah dan jangan kurangkannya setelah hayatnya telah tiada. Niatkan kita bersedekah bagi pihak ibu. "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku." Itu yang akan buat ibu kita BAHAGIA kat sana.



** Allah panjangkan usia ibu dan bapa kita supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan baik, insyaAllah syurga adalah balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa kita sakit, berebutlah untuk menjaga mereka. Pahalanya besar sangat. Tak dapat kat dunia, kat akhirat kita dapat. Jadi, jangan abaikan pulak pastu campak kat rumah orang tua. Berdosa tau buat macam tu.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




Haa. Itulah antara isi-isi dari ceramah tersebut yang aku rasa perlu aku share dengan korang. Renung-renungkan la. Setengah dari point ni kita boleh juga praktikkan untuk bapa kita. Apa-apa pun berbuat baik dan berbakti la sentiasa kepada kedua ibu bapa kita. Itulah yang terbaik untuk kita lakukan sebagai anak. Kenang pengorbanan yang telah mereka buat untuk kita.



Kena ingat, sejahat-jahat dan seburuk-buruk mana pun ibu bapa kita, tanpa mereka kita takkan wujud dan dapat menikmati segala kurniaan Allah di muka bumi ini. Jadi, meh sama-sama kita muhasabah diri kita. Semoga kita tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.





Bisik-bisik :: Aku selalu ingatkan diri aku, apa yang kita buat pada ibu bapa kita sekarang, perbuatan itu akan berbalik pada kita semula bila kita dah tua. Jadi wajib berbuat baik pada ibu dan bapa serta orang-orang tua yang lain. InsyaAllah anak kita akan mewarisi nya pulak nanti dan mereka takkan mensia-siakan kita bila dah tua.



Saturday, 23 May 2020

Ujian Hidup dan Rezeki Kita Berbeza



Assalamualaikum. Hai!


Sedar atau tidak, kita selalu merungut dengan setiap ujian hidup yang dihadapi dan rezeki yang diberikan pada kita. Ada je yang kita berasa tidak puas hati. Merungut tanpa henti. Seolah-olah kita sahaja yang 'bernasib malang'. Mula nak membandingkan diri dengan insan lain. Kemudian cemburu dengan 'nasib baik' mereka. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari berhadapan dengan ujian hidup dan rezeki. Cuma ujian yang dihadapi berbeza keadaannya. Itu lumrah kehidupan yang nyata.


Ujian Hidup

Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia, kita akan melalui 2 fasa ujian hidup yang pasti menguji kekuatan iman. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Mampu atau tidak untuk kita berhadapan dengan kedua-duanya? Allah takkan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Setiap ujian yang diberikan pasti bertepatan dengan kemampuan kita. Itu janji Allah.


Ujian kesenangan. Hidup mewah, bijak belajar, tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya, rumahtangga bahagia, bekerjaya hebat, berpangkat dan dikenali ramai. Itulah antara ujian-ujian kesenangan kurniaan Allah kepada hambaNya. Allah selalu memberikan ujian kesenangan ini kepada insan yang terpilih untuk menguji seteguh mana iman mereka. Selalunya iman pasti akan goyah kerana menjadi terlalu leka dan lupa diri. Sehingga semakin jauh tersasar dan lupa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah itu. Lalai dengan kesenangan hidup yang diberikan. 


Ujian kesusahan. Hidup merempat tidak berharta, tidak bijak belajar, menghidap pelbagai penyakit kronik, rumahtangga berantakan, tidak bekerjaya, tidak berpangkat dan selalu dicemuh orang. Inilah antara ujian-ujian kesusahan yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan menyedarkan mereka tentang hakikat kehidupan di dunia. Yang mana tidak semua akan mendapat kesenangan semasa kehidupan mereka di dunia. Bagaimanapun, mereka yang menerima ujian kesusahan ini seharusnya menjadi semakin 'tunduk' dan menyedari akan kelemahan diri sebagai hambaNya yang kerdil.


Samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan yang dialami, kita wajib bermuhasabah diri setiap masa. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Jadi janganlah selalu merungut. Sebaiknya kita mohon petunjuk dari Allah supaya sentiasa membimbing kita dengan jalan yang betul untuk kuat mengharungi setiap ujian yang menimpa.


Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah dilupakan, bila 'susah' Allah yang dicari.


~Credit : image taken from here.~



Ujian Rezeki

Setiap dari kita ada rezeki yang tersendiri. Namun dalam urusan rezeki ini juga ada ujian yang Allah turunkan. Murah rezeki dan berat rezeki. Itu perumpamaan yang dicanangkan oleh orang-orang lama. Seperti 'Ujian Hidup' inilah 2 fasa dalam Ujian Rezeki. Harta, kerjaya, jodoh dan anak adalah antara contoh rezeki yang paling dekat dengan kita. 


Bagi yang diuji dengan 'murah rezeki', maka segala yang diinginkan pasti mudah untuk dikecapi dan dipermudahkan Allah. Rezeki harta - sudah kaya bertambah kaya. Rezeki kerjaya - senang dinaikkan pangkat dan gaji. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup berjalan lancar. Rezeki anak - dikurniakan zuriat yang ramai. Tapi berapa ramaikah yang bersyukur dengan nikmat ujian 'murah rezeki' ini? Realitinya, ramai yang terlupa untuk bersyukur.


Bagi yang diuji dengan 'berat rezeki' pula, terpaksa menerima hakikat dan redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan oleh Allah. Rezeki harta - tetap hidup miskin. Rezeki kerjaya - sukar mendapatkan pekerjaan. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup menjadi sangat sukar. Rezeki anak - tidak dikurniakan zuriat. Namun, ujian-ujian ini sepatutnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha memperbaiki diri. Terus berdoa kepada Allah, bertawakal dan cari jalan terbaik untuk cuba merungkai ujian 'berat rezeki' tersebut. Bukannya hanya berteleku mengharapkan keajaiban berlaku.


Sesungguhnya Allah akan 'membuka jalan' yang lebih luas untuk mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha. Rezeki adalah rahsia dan kurniaan dari Allah. Dengan kehendakNya tidak mustahil mereka yang 'murah rezeki' akan diuji dengan 'berat rezeki' dan begitulah sebaliknya. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Pendek kata, ujian hidup dan rezeki kita adalah ketentuan dari Allah. Ujian Allah kepada semua adalah tanda Allah sayang. Walau bagaimanapun, jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. Yang penting kita tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dariNya dan mensyukuri setiap kurniaan ujian yang diturunkan. 


Jadi, janganlah selalu sangat merungut jika ditimpa ujian hidup dan rezeki kerana itu adalah peringatan Allah buat kita. Dan jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak betul tu. Membandingkan hanya akan membuatkan kita jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian dari Allah. Lagipun ujian hidup dan rezeki kita adalah berbeza. Sentiasalah bermuhasabah diri. Itulah yang terbaik. 



Bisik2 :: Peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang selalu 'termerungut'. Huhu. T_T



Friday, 8 May 2020

Aib Tersebar. Siapa Yang Bersalah?



Assalamualaikum. Hai!


Aku dah lama perhatikan fenomena 'aib-mengaib' ni. Semakin hari semakin berleluasa. Tambah-tambah kat dunia maya ni. Bukan bermaksud kat dunia realiti takde menda ni berlaku. Memang ada cuma tak berapa terkesan mungkin sebab tersebar pun dalam lingkungan kecil saje. Maksudnya hanya yang ade berdekatan saje yang tahu. Ye la penyampaian cuma dari mulut ke mulut. 

Contoh - Perbualan Senah dengan Jenab.
Senah : Ko nak tahu Jenab, Si Melah tu nampak je cantik kat luar. Tapi...
Jenab : Tapi apa Senah?! Cepat la kabo ke aku.
Senah : Kalau ko nak tahu Si Melah tu pengotor nak mampus. Bilik die Ya Rabbi bersepah-sepah. Baju berterabur sana-sini. Kadang-kadang berminggu-minggu tak basuh. Dia main pakai je. Pastu sembur perfume banyak-banyak.
Jenab : Ye ke Senah. Mana ko tahu? Jangan buat cerita. Kang jadi fitnah la pulak. Aku taknak tanggung dosa memfitnah.
Senah : Betul la Jenab. Ko ni lupe ke aku ni duduk serumah dengan dia.
Jenab : Ye tak ye jugak. Lupa pulak aku aku ko serumah dengan die. Patut la aku sebatu pun dah boleh bau perfume dia. Rupanya pakai baju tak basuh. Ntah-ntah yang dalam-dalam pun macam tu eh? Ee..pengotor nye Melah ni. Ni nak kena bagitau kawan-kawan lain ni.

Maka, aib Si Melah yang pengotor pun tersebar. Pengotor tu boleh dikategorikan aib ke eh? Lantak le. Aku tak reti bab nak bagi contoh aibkan orang ni. Sori. Hentam je la eh. Ehehe. Apa yang aku cuba sampaikan ni cuma nak tegaskan yang aib pun boleh tersebar dari mulut ke mulut. Bermula dari orang yang terdekat yang tahu pasal kite. Sebab dah menyampah sangat, terus disebarkan kat orang lain.


Kalau di dunia maya ni pulak, aib boleh tersebar seantero dunia. Mana taknye, dari segi penulisan, gambar atau video yang tersebar, tak mustahil satu dunia boleh tahu bukan? Bagi seorang yang dikenali, mungkin dalam masa sesaat je boleh menjadi 'hit'. Bagi yang kurang dikenali pula, mungkin ambil sedikit masa untuk menjadi 'hit'. Melainkan sesuatu yang dia buat tu terlalu mendatangkan kebencian orang. Maka semua orang pakat 'bekerjasama' menyebarkan aib dia bagi menyatakan rasa meluat mereka.


Tapi apa yang dimaksudkan dengan 'aib yang tersebar' ni? Aib tu apa sebenarnya? Macam mana aib boleh tersebar? Siapa yang mulakan dan siapa yang bersalah dalam hal ni? Banyak sangat persoalan yang boleh dikemukakan tentang hal ni. Sampai kadang-kadang tak tahu berpunca dari mana. Pening kan?



Maksud Aib

Aib membawa maksud sesuatu perbuatan yang memalukan dilakukan oleh seseorang tanpa disengajakan atau dengan niat oleh orang itu sendiri. Aib boleh tersebar melalui 2 cara saja. Diri sendiri yang mendedahkan aib dia atau orang yang terdekat yang menyebarkan aib dia. Kemudian tanpa disedari, aib tersebut semakin tersebar dengan meluas sebab ramai yang 'berkongsi'. Semuanya bermula disebabkan diri sendiri atau orang terdekat yang mendedahkan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan?


Aku pernah dengar hadis tentang aib ni yang lebih kurang begini bunyinye, "Tutuplah aibmu kerana Allah telah menutupnya" dan "Jangan disebarkan aib orang kelak aibmu pula akan tersebar". Maaf kalau kurang tepat sebab aku tulis dengan bahasa aku sendiri yang aku faham maksudnya dari penyampaian hadis tersebut. Tapi begitulah lebih kurang maksud hadis tersebut. 


Alasan Menyebarkan Aib

Kadang-kadang ada ramai yang suka menjawab tanpa berfikir bila aib tersebar. Diri sendiri yang menyebarkan menegaskan, "Gambar aku. Aku punya suka la nak share pun. Aku telanjang ke, tak pakai tudung ke, seksi ke, kau pedulik ape. Kubur masing-masing la weh!" atau "Video peribadi aku. Aku upload untuk tatapan aku dan kekasih aku. Lantak le gedik ke, lucah ke. Sape suruh kau tengok. Kau tu yang dengki. Busuk hati!".


Dia terlupa yang dunia maya ni luas. Sekali dah upload walaupun untuk tatapan sendiri, semua orang boleh tengok. Walaupun itu salah diri dia sebab menyebarkan aib sendiri, dia tetap berkeras mempertahankan perbuatan dia yang kononnya itu hak dia.


Yang menyebarkan cakap, "Dia sendiri yang dedahkan aib dia, aku cuma nak berkongsi untuk bagi pengajaran pada orang lain. Bukan salah aku sebab sebarkan. Memang padan la muka dia. Sape suruh gedik sangat. Perangai macam @%&#*. Padan muka!" atau "Aku benci gila kat dia ni. Biar dia tahu sikit rasa malu tu macam mana. Siapa suruh share kat aku rahsia dia. Bodoh!".


Mereka terlupa yang perbuatan mereka itu boleh mengundang banyak dosa dari orang lain yang turut serta untuk caci maki.


Sembunyikan Aib

Entahlah. Kadang-kadang aku rasa benda ni terlalu kompleks untuk dihuraikan. Bagi pendapat aku, jika kita tahu kita pernah melakukan sesuatu yang mengaibkan, eloklah simpan sahaja pada diri sendiri. Kemudian menginsafi diri dan memohon kemaafan pada Allah minta dilindungi. Tidak perlu didedahkan atau diceritakan pada orang lain. Sebab kemungkinan untuk disebarkan pula pada orang lain memang tinggi. 


Pada yang mengetahui aib orang pula, eloklah dinasihatkan orang itu secara peribadi. Tak perlu disebarkan pada orang lain dengan niat mahu memalukan dia. Semua tentang dia disebut-sebut. Nama, gambar, video, disebarkan. Tak perlu buat begitu. Perbuatan tu namanya khianat. Cukuplah dengan menasihat secara peribadi. Kalau dia taknak dengar lantak le kat die. Yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita sesama muslim.


Sebenarnya, dunia penulisan belog ni kadang-kadang menjadikan ramai manusia seperti 'lupa diri' dan 'terlepas laku'. Menulis sesedap rasa. Terlupa yang tanpa sengaja telah menyebarkan aib orang. Nak menjadi keyboard warior kononnya. Aku pun kadang-kadang terfikir, sepanjang aku menulis ni pernah ke aku buat salah dengan mengaibkan orang? Takut terlepas laku tanpa disedari. Jika ada, aku mohon maaf pada mereka yang terlibat.


Kita semua pernah buat silap. Kadang-kadang kita tak sedar kita juga pernah buat sesuatu yang memalukan. Tapi kerana Allah sayangkan kita, aib kita tersebut dilindungi olehNya. Jadi seeloknya, kita menginsafi kekhilafan kita tersebut dan jangan terus mengulanginya.



Bisik-bisik :: Selalu muhasabah diri sendiri dan menginsafi jika pernah berbuat khilaf.




DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com