Saturday, 23 March 2019

Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik



Assalamalaikum. Hai!


Tempoh hari, CikSha berpeluang bawa anak-anak dan suami cuti-cuti Malaysia dengan 2 lagi keluarga blogger Team BPT ke Pantai Penarik, Setiu Terengganu. Bercuti sambil bekerja gitu. Yang best tu boleh bawak famili. Biasa la tu. Spesis family type ni, memang kalau boleh nak usung anak dengan laki ke mana-mana je. Hihi.


Jadinya, bila dah 'kerja' bawak famili ni kena la ada tempat nak stay kan? Alhamdulillah, kami dapat stay kat satu homestay yang cantik dan strategik kat Kampung Mangkuk. ALUR GALLEY SUITES.



Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu


Memang berbaloi amat la stay kat homestay ni. Dekat dengan jalan besar tapi jauh dari bunyi bising. Sangat privasi, rasa macam duduk 'hotel mewah' padahal homestay. Hiasan dalaman pun cozy. Best. Memang selesa amat!


Kemudahan yang ada di homestay Alur Galley Suites ni pun sangat lengkap. Siap boleh masak-masak tu yang syok. Jimat belanja. Dapur nya lengkap dengan peralatan memasak. Malam pertama kami stay situ, sempat lagi masak untuk makan malam sebelum gerak pi aktiviti pertama naik cruise tengok kelip-kelip sepanjang Sungai Penarik.




Yang paling menarik kat homestay ni, ada private pool. Anak-anak dengan bapaknye la paling seronok. Tak menyempat-nyempat nak terjun kolam. Kalau boleh memalam buta pun nak berendam dalam tu. Sabo je la. Hihi.


Alur Galley Suites ni ada 2 unit homestay berkembar tau sebenarnya. Jadi kalau mai holiday dengan segerombolan anak beranak, boleh la sewa dua-dua sekali. Macam kami hari tu, 3 keluarga stay satu homestay. Setiap keluarga dapat stay satu bilik sebab ada 3 bilik. Jangan risau, muat punya sebab bilik kat homestay ni besar dan luas. Bilik mandi pun dah macam bilik bujang bak kata encik CH, boipren CikSha tu. Tapi kalau rasa tak muat, nak tidur kat ruang tamu pun boleh.


Ruang parking pun luas. Boleh masuk 10 biji kereta tau. Kat luar tu siap ada tempat untuk buat barbeque lagi. Haaaa, best kan?


Pakej Sewaan Yang Menarik dan Berbaloi di Alur Galley Suites


Kalau nak tahu, Alur Galley Suites ada menawarkan penginapan tanpa pakej dan penginapan beserta pakej dengan harga yang sangat berpatutan. Serius cakap, memang berbaloi sangat.


Penginapan tanpa pakej ni sesuai untuk yang nak spend masa di sekitar kawasan Kampung Mangkuk macam nak lepak-lepak tepi Pantai Penarik atau nak buat aktiviti family day je ke berkumpul ramai-ramai makan barbeque sambil buat aktiviti lain kat laman luar homestay tu. Boleh sewa 2 hari 1 malam.


Harga sewaan penginapan tanpa pakej di Alur Galley Suites :
  • Weekday : RM420
  • Weekend : RM450
  • Peak Season : RM480



Penginapan beserta pakej pula, ada 2 pakej menarik yang Alur Galley Suites tawarkan. Dalam pakej ni termasuk dengan aktiviti Day Trip ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Menarik kan? Boleh pilih nak pakej 3 hari 2 malam @ 2 hari 1 malam.


Pakej 3 hari 2 malam
  • RM260/seorang dewasa , RM220/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
  • Minimum 10 orang
  • Aktiviti dalam pakej :
Hari pertama :
  • Lepas check in boleh pergi lunch di Mr. Celup Tepung Station yang menawarkan 10% diskaun untuk yang menginap di Alur Galley Suites.
  • Naik bot/cruise menelusuri Sungai Penarik untuk 'melawat' habitat kelip-kelip pada jam 8 malam.
 Hari kedua :
  • Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian. Berkumpul di Jeti pada jam 9 pagi. Pakej ni termasuk aktiviti snorkling di 5 checkpoint dan makan tengahari. Peralatan snorkling dan jaket keselamatan turut disediakan.
  • Malam nya, boleh buat aktiviti barbeque.
Hari ketiga :
  • Mandi kat private pool puas-puas sebelum checkout. Rugi ooo kalau tak mandi. Hihi.

Trip naik cruise pi tengok kelip-kelip


Pakej 2 hari 1 malam
  • RM165/seorang dewasa , RM125/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
  • Minimum 10 orang
  • Aktiviti dalam pakej :
Hari pertama :
  • Sebelum check in, pergi Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian. Berkumpul di Jeti pada jam 9 pagi. Pakej ni termasuk aktiviti snorkling di 5 checkpoint dan makan tengahari. Peralatan snorkling dan jaket keselamatan turut disediakan.
  • Malam nya, pergi dinner di Mr. Celup Tepung Station yang menawarkan 10% diskaun untuk yang menginap di Alur Galley Suites @ boleh naik bot/cruise menelusuri Sungai Penarik untuk 'melawat' habitat kelip-kelip pada jam 8 malam dengan bayaran tambahan RM35/dewasa , RM25/kanak-kanak (tak termasuk dalam harga pakej penginapan) @ boleh buat aktiviti barbeque.
 Hari kedua :
  • Mandi kat private pool puas-puas sebelum checkout la apa lagi. Hihi.

* NOTA TAMBAHAN : 
- Untuk aktiviti barbeque, nak sediakan sendiri bahan boleh, nak pihak Alur Galley Suites sediakan pun boleh dengan cas yang berpatutan. Harga tempahan ialah RM20/pax (ayam,ikan,sosej) atau RM40/pax (ayam,ikan,sosej,udang,sotong). Kelengkapan memanggang dah disediakan percuma kat tepi rumah.

- Untuk pakej makan di Mr. Celup Tepung Station, jangan lupa bawa kad yang ada pada kunci homestay tu tau untuk dapatkan diskaun 10% masa pergi makan.

Tempat Menarik Berdekatan Alur Galley Suites Untuk Kaki Pancing



Haaaa, yang kaki pancing mesti suka gila. Dekat dengan homestay ni, jalan kaki sikit je kat depan boleh sampai kat port memancing. Boleh sewa bot nak pi memancing kat sepanjang Sungai Penarik tu. Ambik sewa penginapan di Alur Galley Suites tanpa pakej. Kawtim la 10-15 orang boleh bahagi harga sewa sorang sikit. Satu bilik boleh kongsi 5 orang gitu. Best ke tak best? Opkoz la best.



Cara Buat Tempahan


Menarik kan kalau menginap kat Alur Galley Suites ni? Mahu nye tak menarik. Boleh sewa tanpa pakej untuk rancangan aktiviti sendiri. Boleh juga sewa dengan ambil pakej Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian dengan harga yang super jimat. Mana nak dapat?


Jadi kalau nak alami percutian yang seronok gila dengan penginapan kat homestay ala hotel 5 star, boleh contact owner Alur Galley Suites seperti dalam gambar kat bawah ni ok!


Owner Alur Galley Suites : PN. NORLEY 019-398 7875



CikSha pun enjoy gila masa cuti-cuti Malaysia stay kat Alur Galley Suites ni. Happy dapat tengok wajah anak-anak dan suami yang enjoy 'percutian' kami ni. Seronok jugak sebab dapat spend masa dan eratkan hubungan silaturahim dengan 2 lagi blogger dari team BPT, Kak Awa dan Rini.


Yang paling best tu, dapat layanan first class dari pergi Pulau Redang, makan kat Mr. Celup Tepung Station, trip pi tengok kelip-kelip. Memang percutian yang takkan dilupakan la. InsyaAllah, ada rezeki nanti nak repeat lagi. Nanti next entry CikSha kongsi cerita pasal makan kat Mr. Celup Tepung Station dan trip ke Pulau Redang. Stay tune!


Bisik-bisik :: Next kita aim Day Trip ke Pulau Perhentian pulak.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 14 March 2019

Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April



Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hadir pada sidang media Karnival Kewangan Terengganu 2019

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.


Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

PAHANG   
Gambang : Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang [18 Mac]
Jengka : Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11 [19 Mac]

TERENGGANU
Dungun : Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya [20 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak [24 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu [24 Mac]   
Setiu : Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom [25 Mac]
Besut : Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung [26 Mac]
Hulu Terenganu : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu [27 Mac]
Marang : Dewan Majlis Daerah Marang [28 Mac]

KELANTAN
Kota Bharu : Kompleks Balai Islam, Lundang [21 Mac]
Pengkalan Chepa : Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota [31 Mac]


"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 1 March 2019

SIGN ON | Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019



Assalamualaikum. Hai!


Dah masuk bulan Mac dah kita kan? Cepatnyaaaa masa berlalu. CikSha ni banyak lagi kerja yang asyik duk pospon. Dalam plan tu macam-macam nak buat. Tapi tak terbuat-buat. Huhu. Start bulan ni nak set rules baru la. Terlambat sikit sedar diri. Tapi sekurangnya CikSha nak ubah kan? Semoga Allah permudahkan dan diri ni sendiri pun kuat nak istiqamah.


By the way, pernah ingat tak tahun lepas CikSha pernah tulis pasal usaha sahabat CikSha sorang ni yang berjuang nak sebarkan penggunaan bahasa isyarat pada masyarakat secara percuma? Kat entri ni ha --> Belajar Bahasa Isyarat Percuma - SignOn




Alhamdulillah. Nampaknya usaha beliau dapat sambutan ramai walaupun ada kekangan dari kalangan yang macam beliau sendiri. Biarkan je depa yang hati tak berapa nak jernih tu. Yang penting usaha sahabat CikSha ni Allah nampak dan dipermudahkan semua yang beliau rancang. Dah masuk TV pun pasal usaha beliau ni. Beliau banyak dapat jemputan untuk rancangan talk pepagi macam Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi O dan macam-macam lagi. Tu maknanya usaha beliau ni orang nampak. Syukurrr.


Jadinya kelas bahasa isyarat percuma setiap hujung bulan pada hari Sabtu yang beliau jadualkan tu masih lagi diteruskan untuk tahun 2019 ni pulak. Entri ni CikSha nak kongsikan JADUAL KELAS untuk tahun 2019 ni la sebenarnya. Hangpa kalau tinggal berdekatan dan ada masa terluang jangan la lepaskan peluang ni tau. PERCUMA je weh nak belajar bahasa isyarat basic. Keluar belanja sikit nak pergi ke tempat belajar je. Rugi kalau tak manfaatkan peluang yang ada.




Kali ni kelas bahasa isyarat ni dah dapat tempat yang tetap. Di PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) BANGI. Alhamdulillah. Nampak kan usaha sahabat CikSha ni dipermudahkan Allah. Syukur sangat. Jadi kalau hangpa berkesempatan join la ok. Tu ada dah tarikh nya. Boleh simpan dalam planner takpun set dalam reminder kat henpon hangpa tu sesiap.


Oh ya, kalau rasa taknak terlepas apa-apa info, boleh la follow rapat semua laman sosial Sign On ni macam yang tertera di bawah.

FB Page : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE - BAHASA ISYARAT MALAYSIA
Laman Web : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE BAHASA ISYARAT MALAYSIA


Bisik-bisik :: Semoga kelas bahasa isyarat ni dapat memberi manfaat yang baik untuk semua golongan.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com