Pejabat Besar Tapi Takde Tempat Solat

Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye aku nak kongsikan dengan korang satu situasi yang agak janggal bagi aku. Mungkin bagi korang situasi ni sesuatu yang biase-biase je. Tapi bagi aku agak pelik la. Macam tak boleh nak terima. Entah lah kenapa. Situasi ni berlaku masa aku pergi attend meeting, wakilkan ofis aku kat satu syarikat di KL Isnin yang lalu. Area mana tu tak perlu la kot aku mention secara detail. Cukup la korang tahu dekat KL je ok. Tapi tempat tu memang nampak agak eksklusif la. Macam area orang-orang kaya gitu.


Hmm..disebabkan aku tengok kawasan tu agak eksklusif, maka aku agak risau tentang solat aku. Kenapa aku risau? Sebab aku takut kat situ takde disediakan tempat solat a.k.a surau or at least bilik solat kecik. Bukan aku nak buruk sangka. Tapi melihatkan keadaan sekeliling yang begitu, membuatkan aku terfikir seperti itu. Tapi aku pendamkan dulu. Mungkin kat ofis yang aku nak pergi meeting tu ade la sediakan. Oh! Lupe nak kabo. Aku pergi meeting tu bukan berseorangan. Pergi dengan ofismate aku la.


Memandangkan kami sampai awal 2 jam sebelum meeting yang dijadualkan bermula pukul 2 petang, maka terpaksa la kami ni tercongok dulu. Nak buat camne dah sampai awal kan? Gerak pagi tu dari Penang terus la pergi tempat yang nak dituju bila dah sampai KL. Takkan nak merayap pulak. Bukan ade transport pun. Datang dengan flight dan naik pengangkutan awam untuk pergi kat situ. Jadi haruslah budget masa supaya tak terlewat kan?


Tunggu punya tunggu masuklah waktu Solat Zohor. Aku pun dah gelabah biawak. Takut Zohor dan Asar aku terbabas sebab meeting tu dari pukul 2-6 petang. Memang la boleh jamak. Tapi lebih afdal aku jamak awal kan masa Zohor tu. Mana la tahu meeting tu terlajak sampai lebih dari pukul 6. Tak ke naya? Aku pun bisik kat ofismate. "Agak-agaknye kat ofis ni ade tak sediakan tempat solat? Boleh tak nak tanye kat that girl? Takut nak tanya kot die terasa hati pulak sebab takut die bukan jenis jaga solat." Err..maaf sebab aku buruk sangka kat girl tu hanya melihatkan perwatakan die. (-_-")




Memandangkan waktu masih ade sebelum meeting bermula, aku pun beranikan diri bertanya pada girl tu bila dia datang offer diri nak serve kami berdua air. Masa tu agak cuak jugak la. Berdebar-debar rase takut terlukakan hati die tanye soalan sensitif macam tu. Huhu. Tapi aku terpaksa sebab aku nak jaga waktu solat aku. Itu lagi penting kan? Aku sedaya upaya ajukan soalan sehabes sopan. Bawah ni perbualan kami berdua. Die banyak speaking le. Tapi aku balas dengan Bahasa Melayu. Maklum le tak reti speaking. Jadi die pun terpaksa cakap melayu le. Kuikuikui. 


Dia : Can i get both of u something to drink? Coffee or tea?
Aku : Err..never mind. Nak tumpang tanya sikit boleh tak? Kalau nak solat, dekat mane ye?
Dia : *muka sedikit cuak dan mula menjawab dengan tergagap-gagap* Dekat ofis ni takde tempat solat. Kalau saye nak solat pun, saye drive keluar pergi kat masjid atas bukit belakang sana.
Aku : Oh..tapi kat area sini takde ke mane-mane surau yang berdekatan sebab masjid tu jauh rasanye. Kami takde transport.
Dia : Takde. Kat sini tak boleh la nak provide tempat solat sebab banyak cina dengan omputih. Kalau nak solat dalam bilik ni pun, saye tak tahu arah mane.
Aku : Err..takpe takpe. Just nak tanye je. It's ok. *kesian tengok die gelabah*


Aku pun macam.."What? Takde tempat solat kat opis ni?". Tapi dalam hati je la ayat tu terkeluar. Rasa macam tak percaya je. Sebabnye owner company tu orang sebangsa dan seagama dengan aku. Melayu Islam. How come tak boleh provide satu bilik kecil untuk tempat solat? Aku tengok ramai je pekerja yang muslim. Ada la dalam 5-6 orang. Setiap kali waktu solat takkan pekerja nak lari pergi masjid kot? Jauh jugak tu. Secara logiknye lebih eloklah kalau ade bilik solat kat opis. Kemudahan untuk staf Muslim bersolat. Takkan la tak boleh kan? Untuk omputih dan cina yang bekerja kat situ yang berjawatan tinggi boleh pulak sediakan bilik opis yang besar dan selesa. Pelik betul la. 


Dan sangkaan aku yang that girl tak jaga solat rasa macam betul je. Bukan nak buruk sangka pada dia. Tapi cara dia jawab soalan aku dengan muka gelabah tu dan jawapan die yang sangat tak kukuh, membuatkan aku terfikir begitu. Lagipun macam tak logik je tak tahu arah kiblat sedangkan kata pergi solat kat masjid. Memang masjid tu sedikit jauh la dari situ. Kat belakang dan di atas bukit. Tapi kalau betul you solat kat masjid mesti la tahu arah kiblat menghadap kat mana. Tipu la kalau tak tahu. 


~Gambar hiasan : Carian Google.~


Hmm..entah la. Disebabkan situasi ni aku dah buruk sangka pada orang. Pada awalnya memang dah berbaik sangka dah. Taknak la sesuka hati je kan assume orang tu begitu begini. Tapi bile dah jadi macam ni, terus berubah persepsi aku dan mulalah nak berburuk sangka. Aku kan manusia biasa jugak. Tak terlepas dari  sifat huduh tu ha. Uhuhu. Maaf sedari! Bukan niat saya nak anggap sedari begitu. Uhuk! Istighfar banyak-banyak cik sha.


Seriously memang aku tak boleh terima langsung. Aku rasa macam tak wajar je sebuah company yang owner nye Muslim tak boleh sediakan ruang solat dalam ofis untuk pekerja-pekerja yang Muslim. Kalau owner bukan muslim tu aku boleh la consider lagi. Takpun pekerja-pekerja yang Muslim tu tak boleh ke ambil inisiatif buat ruang solat kat satu sudut. Kecil pun takpe sekurang-kurangnye ada. Misal kata ade outsider yang datang meeting kat situ, boleh la tumpang solat. Kan?


Tak tahu la nak kata apa dah. Cuma mampu berdoa je la Allah bukakan pintu hati owner company tu terfikir untuk sediakan tempat solat kat opis die. Sepanjang meeting aku tak dapat berikan tumpuan. Risau sebab tak solat lagi. Hari tu memang Zohor dan Asar aku terbabas. Sebab meeting drag sampai nak hampir jam 7 petang. Menanges. Terpaksa aku qadha lepas jamakkan solat Maghrib dan Isyak. Mujur habes meeting tu kawan aku sudi ambil dan hantar ke KL Sentral. Aku solat kat sana je la. Sebab nak kejar bas ke LCCT pulak. Flight balik Penang malam tu jugak.


Dan aku rasa macam sangat tak best sebab kemungkinan aku akan banyak kali ke sana untuk hadir meeting lagi dan lagi selagi projek yang termeterai antara opis aku dan company ni tak selesai. Habes tu takkan setiap kali pergi meeting aku kena tinggal solat? Huwaaaa. Rasa berdosa. T_T Hmm. Boleh tak kalau aku nak buat muka tak malu lain kali, aku solat je kat mane-mane sudut dalam opis tu? Nak beli kompas yang tunjuk arah kiblat tu la!



Bisik-bisik :: Bisnes tu bisnes la jugak. Tapi takkan sebab bisnes solat pun nak terbarai? 
Mana nak datang berkat?

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. isk2..pelik2..tmpt solat pun takde..dh confirm2 org melayu kt situ tak solat kan..

    BalasPadam
  2. erm nasib baik opis aku ada tempat solat..


    p/s apsal font rasa mcm nipis eh? halus ke nipis? nak baca kena fokus.

    BalasPadam
  3. @Kumbang Jingga :: memang pelik la..depa solat ke tak solat tu wallahualam..aku taknak la terus berburuk sangka..rasa berdosa pulak..huhu..

    BalasPadam
  4. @Zulfikar Hazri :: opis aku yg kecik ni pun ade bilik solat..tu aku pelik opis gedabak macam tu tak leh nak provide satu bilik kecik untuk solat..bilik org bukan islam yg keje situ boleh lak buat besar2..haishhhh..


    p/s: halus ke? mata ko makin rabun kot ni..;p

    BalasPadam
  5. Ehem....kalo nak taw arah kiblat gunalah HP Android..ada perisian dalam tu...hehehe...tapi tu la...Opis membe aku yang cepotet pon ada ruang solat yang besaq...nak wat macam mana...dunia memang macam tu dah la nih...Solat kira nombor berapa dah..yang penting duit...

    BalasPadam
  6. rasa sedih bila baca..
    sebab owner dia muslim dan sepatutnya ada la tmpt solat..

    BalasPadam
  7. same here, sha..akak jenuh cari tmpt solat kat sini..kat shopping complex sebelah ni pun xde..last2 qada' solat.. T.T


    -zurinah-

    BalasPadam
  8. even shopping mall pun banyak yg xde ruang solat. kalau ada pun sgt lah kecil dan very terperuk..pelik juga, saya blaja archi. lecturer kata sbb nk jimat ruang. habis butik2 tu punya besar, takpe plak.

    BalasPadam
  9. huhu..mmg sadis..kalau opis punya besar..xnak wat tempat solat..lebih2 lagi company melayu.. moon penah kerja kat 1 kedai aksesori kerongsang..kat masjid jamek.. dia mempunyai 5 kedai yg berdekatan.. tapi sangat sedih bila nak cari tempat solat.. hanya 1 je tempat solat disediakan.. itu pon kecik sgt.. muat2 punya laa.. kalau dah terdesak.. apa boleh buat kan..janji dapat tunaikan kewajipan..

    *dia mampu sediakan bilik meeting sebesar2 yg ada.. tapi dia xmampu sediakan bilik solat yg sempurna utk pekerjanya...

    BalasPadam
  10. Tempat saya kerja ni pun xsediakan bilik solat. Saya nak solat terpaksalah solat dicelah2 meja. Nasib skrg dh pindah opis baru, bos segan kot sbb pernah nampak saya solat di celah2 meja, so kat tempat baru ni baru provide bilik solat.

    Ofismate ni pun blh kira dgn jari je berapa org yg solat. Yang lain tu xtakut dosa kot.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan