Fenomena Lelaki 'Datang Bulan'

Assalamualaikum. Hai!




Ini semalam punye cerita. Tapi aku nak story mory jugak. Biasa la. Aku ni kan suke cerita benda basi-basi kat korang. Tapi disebabkan asyik dok teringat-ingat selagi tak cerita, sebab tu aku nak cerita jugak. Harap sudi la membaca ye.




Memandangkan semalam rehat panjang sebab hari Jumaat, aku, Kak Mas dan Enny decide nak berhuya-huya kat Queensbay Mall. Berhuya-huya sambil perabih duit. Huwaaa. Banyak jugak aku habes semalam. Dasar kedekut tapi hantu shopping sekali berbelanja memang duit macam air paip je keluar. Sadis betul! Tapi kan, baru aku sedar yang aku ni sebenarnye cerewet jugak orang nye. Selagi tak berkenan di hati selagi tu aku belek dan cari di setiap penjuru kedai. Hek3. Merana la orang-orang yang teman aku shopping. ;p




Oh oh. Ini bukan nak cerita pasal kegilaan aku bershopping. Intro tadi cuma pemanas saje. Kita masuk bab yang sepatutnya ok. Tengah aku syok-syok membelek pakaian tetiba aku rasa macam ramai pulak makhluk yang bernama lelaki kat area pakaian wanita. Jadi aku pun mendongak la tengok sekeliling. Uii, ramainya couple melayu Islam. Pakwe dok teman awek shopping baju beb. Sporting betul! Aku pun terkebil-kebil buat sementara waktu.




Tetiba dalam hati aku terdetik. "Eh? Dah habes waktu solat Jumaat ke? Cepatnye! Kalau dah habes waktu Solat Jumaat, maksudnye waktu nak berhuya-huya pun dah hampir tamat la camni. Huhu." Cepat-cepat aku belek jam kat tangan. Laa..baru pukul 1.30 rupanya. Ada sejam 15 minit lagi waktu rehat. Eh? 1.30 bukan waktu solat Jumaat ke? Orang dok berkumpul kat mesjid dengar khutbah pastu solat 2 rakaat. Habes tu mamat ni dok buat apa kat sini? Tak reti nak pergi solat Jumaat ke?





Ececeh. Konon2 buat tanya dalam hati padahal aku dah tahu konpom2 la mamat-mamat tu pesyen tak pergi solat Jumaat punya orang. Bukan sekali ni je pernah jumpa spesis ni. Dah banyak kali dah jumpa. Ramai kot spesis ni. Haisshhh. Apa la nak jadi. Solat Jumaat yang 2 rakaat tu pun payah ke nak tunaikan? Kalau yang itu pun payah solat 5 waktu yang lain lagi la payah kot gamaknye eh? Macam mana nak jadi imam dalam keluarga ni? Nak didik anak bini lagi nanti. Hmmm.




Satu tips aku nak bagi kat korang. Kalau nak tahu lelaki tu jenis solat atau tak, tengok dia kalau jenis tak pergi solat Jumaat tu, memang kemungkinan besar solat yang 5 waktu tu pun dia tak tunaikan la maksudnya. Kalau yang perempuan pulak, kalau time solat Jumaat tu die pun selamba badak je heret tangan boifren ke suami ke p jalan-jalan ke, p shopping ke, memang jenis tak kesah jugak la pasal solat maknanya tu.




Kalau betul dia jaga solat, takkan la die nak ajak laki tu buat dosa kering kan? Mesti la dia suruh pergi solat Jumaat. Wajib kot tu. Takkan la dia nak lelaki yang tak jaga solat jadi suami dia melainkan dia sendiri jenis tak solat. Betul tak? Jangan ingat semua perempuan bertudung jenis solat. Ramai je yang tak solat. Kadang-kadang yang tak pakai tudung pulak yang jaga solat walaupun tak bertudung. Sebab tu jangan nilai orang dari luaran dan pemakaian.




Ini bukan mengata tau. Tapi itulah hakikat yang sebenarnya. Ada berlambak-lambak kat keliling korang spesis jenis ni. Tak percaya p la buat survey kat shopping complex @ kedai makan time waktu solat Jumaat. Ramai ooo. Dah la semua jenis buat muka tak bersalah je. Pesyen aku ni, kalau aku jumpa orang jenis ni, aku renung tajam-tajam pastu aku tengok jam. Kadang-kadang terlepas jugak cakap, "Oh! Orang lelaki pun ramai jugak yang 'datang bulan' eh?" Terlazer sket mulut. Uhuhu.




Semalam aku dengan Enny siap kira lagi berapa ramai couple kat situ. Hek3. Takde kerja sungguh! Bukan la jeles kat pompuan-pompuan tu sebab kami takde boipren nak teman shopping pun. Saje nak buat survey je. Huahuahua. Maaf la ye kalau ade yang terasa dengan entri ni. Sekadar nak berkongsi dan semoga dapat bagi kesedaran pada kamu-kamu yang baca. Sekian, terima kasih.




Bisik2:: Berdoa semoga bakal suami aku jenis jaga solat sebab die yang nak bimbing aku nanti ke arah akhirat. Amin.

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. mintak kita dijauhkan la dari sifat2 camni....

    BalasPadam
  2. kami tak p gak semalam. hehehehe :DD

    BalasPadam
  3. err..tu la pasalnya..yg pompuan tu pon bangga je seret pakwa dia ke sana sini tanpa pakwe dia tu pergi solat jumaat..pelik btol..takde rasa bersalah ke..

    mksdnya dua kali lima je pasangan tu..mmg secocok sgt. haha..

    BalasPadam
  4. saya sokong hokay! kalau smyg jumaat pon xpergi xpayah cerita la lime waktu nye tu!huhu

    BalasPadam
  5. Ekeke dulu aku ada gak ponteng sekali dua, skang x wat dahhhhh...

    BalasPadam
  6. Waalaikumusalam...

    Sememangnya perkara ni dah lama berlaku.. Da zaman sya stdy lagi.. Yg sngt² myedihkn.. Bila mana c mamat lembut yg slalu kena maki caci n mbangunkan c lelaki gagah ni utk bersolat jumaat dia plak yg kena marah balik.. Nmpk disini.. walaupun dia lmbut mcm nyah tp dia tp ingat Allah dan solat 5 waktu yg wajib..

    lg 1 cerita benar da imam muda Asyraf.. Semasa dia d Indon dia dia ditegur oleh seorg cewek genteng.. Cewek ini bertnyakan dimana letaknya surau.. tp pakaiannya Masyallah. dia berskirt dan memakai baju 2 tali je.. tapi dia peka thadap solat..

    Lain plak di tmpt kta d Malaysia ni.. Surau ada dtngkt 7 dan 8 Bjaya Times Square tp rmi remaja lelaki dan pempuan x solat dgn alasan x mbawa telekung dan memakai jeans yg ketat.

    Smbhyg Jumaat skrg ni dah ramai yg sambil lewa.. sedih...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan