DoorGift dan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum. Hai!




Kalau pergi mana-mana kenduri kahwin wajib tuan rumah dan pengantin bagi doorgift pada tetamu kan?Paling cikai pun dalam beg tu ade la sumijelly, telur, gegula, cupcakes dan sedikit kuih muih. Kalau tuan rumah 'murah hati' sangat boleh la dapat sekali sapu tangan/mug/sabun/potpouri/bear/kipas dan macam2 lagi le. Betul tak? Pernah tak korang pergi kenduri kahwin tapi balik tangan kosong? Tak pernah gamaknye kan?




Petang Ahad lalu, aku ikut kakak aku pergi gudang AtuZ yang membekalkan macam2 keperluan barang perkahwinan. Tujuan pergi sebab akak aku nak cari bunga untuk hiasan opis dia. Kat situ ada macam2 la weh. Dari barang keperluan kenduri kahwin sampai la perhiasan rumah termasuk la bunga-bungaan. Dah alang-alang ikut akak aku ke sana, sementara nak tunggu bunga hiasan yang dia tempah disiapkan, aku pun keliling la gudang tu usha2 harga doorgift untuk kenduri kahwin. Saje-saje survey nak buat budget walaupun lambat lagi aku nak kahwin. Ehehe.








Perghhhhhh. Dah macam2 menda ada dorang buat untuk doorgift ni ha. Harga boleh tahan la. Kalau borong banyak boleh dapat murah kot sebab ade kad ahli. Tapi aku macam tak berminat je nak sediakan doorgift2 ni masa kenduri aku nanti. Bhahaha. Bapak kedekut tahik hidong masen. Ye, aku memang kedekut pun. Jangan tak tahu. Kui3. Tapi serius la. Aku rasa macam membazir je menda-menda alah ni semua. Kalau tak sediakan tak boleh ke ha? Tetamu nak marah ke? Lantak la dorang nak marah pun. Bukan dorang yang bagi aku duit nak beli menda-menda tu semua. Membazir oi!




Lepas usha2 harga tu terus la aku mesej-mesej encik CH. Kengkonon nak mintak pendapat die samada die bersetuju tak dengan idea aku yang kedekut tahik hidong masen ni ha. Kui3.


Aku :: Awak! Pening la tengok harge doorgift kahwin kat kedai kahwin ni. Membazir kot. Boleh tak nanti kite kahwin takyah bagi doorgift kat tetamu?

Encik CH :: Habes tu takkan tak bagi ape2 kot? Nak bagi telur je ke?

Aku :: Ha'ah. Bagi telur dengan gegula je dah la. Telur untuk orang dewasa, gegula untuk kanak2. Ok tak camtu?

Encik CH :: Beg takde?

Aku :: Tak payah kot. Nanti orang buang jugak sebab dah koyak2.

Encik CH :: Buat je la sendiri beg kertas tu.

Aku :: Errr..malas! Hehehe.


Kedekut tak aku? Bhahaha. Memang pun! Bukan berkira. Cuma aku memikirkan yang semua tu macam membazir je. Uhuhu. Masa baru nak kahwin dah membazir duit dengan benda2 sampingan camtu. Mahu beribu gak tu weh nak beli beg+doorgift segala bagai. Nak beli bunga telur lagi la, hiasan hantaran, barangan hantaran, duit katering, bla bla bla banyak lagi la. Semua tu pakai duit oi! Siapa yang nak keluarkan duit belanja tu semua nanti? Tetamu ke? Uhuhu.




Baru hari pertama bergelar suami isteri dah pokai takde duit membazir dengan menda tu semua. Nanti masa-masa mendatang mana nak cekau duit belanja harian? Sebab tu la aku macam berat hati je nak sediakan doorgift-doorgift masa kenduri aku nanti. Tapi nanti mulut orang pulak ngata famili aku kedekut. Padahal yang kedekut tu aku. Macam tak best la pulak kan orang ngata kat mak aku. Makcik-makcik kat taman perumahan aku ni mulut boleh tahan lancang jugak boleh buat sakit hati. Jahat tau mulut! Mencikkk!



~Credit : Photo grabbed from this site.~

Entah la weh! Masih difikirkan lagi. Mungkin la aku sediakan sedikit doorgift yang special untuk kawan2 dan sedara mara je. Tetamu-tetamu lain aku bagi bunga telur je dah kot. Budak-budak amik gegula dah. Tak payah banyak songeh nak komplen2. Wahaha. Kira ok la tu makan kenduri aku dah belanja. Ingat murah ke nak bayar katering pun? Tetamu datang meraikan hari bahagia aku, aku belanja makan. Ok what? Hue hue hue.





Pada pendapat korang la kan, cuba bagi tahu kat aku, alasan yang paling munasabah dan bernas yang korang boleh fikirkan tentang adat bagi doorgift ni. Perlu atau tidak? Apa relevannya dan kenapa perlu ada? Kot2 boleh ubah persepsi aku. Mana tahu tetiba aku jadi murah hati nak sediakan doorgift untuk semua tetamu. ;p *Bajet macam kahwen dengan anak Dato'.



Bisik2:: Gile banyak nak guna duit weh untuk buat kenduri kahwen je. Bile tahun la aku nak kahwen camni? Duit duit duit. $$$$. Zzzzzzzz. (-_-")

27 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. alaaaaaaa, masa ni je pon nak habiskan duit utk orang lain memperingati kita, betul tak?hehe....jangan berlebihan sudah la... :)

    BalasPadam
  2. hehehe...awak, normal la tu. saya pun serabut pikir time nk beli doorgift utk kawin nih..igt nak bg tu la ni la..last2 beli sapu tangan yg dah siap balut .. average dlm rm0.60 je satu. senang ! tak payah beg2 kertas bagai..cuma untuk tetamu VVIP je ada beg kertas dll ..hik3

    BalasPadam
  3. OMG! kak sha da nak kawin?? ape pon ade door gift or x..jgn lupe jemput kite tawwww....hehehe :P

    BalasPadam
  4. bile xbg org mengata...kekdg serba salah bile memikirkan kata2 org...tp malas nk pk sbb perbelanjaan lepas kawin lg penting...

    BalasPadam
  5. huwaaa makkkkk
    nak kawennnn!

    BalasPadam
  6. Cik Sha.. Biskut kering cecah air teh pon okay jugak.. Haha.. Tapi kawan saya kate kat saya bila saya bagi idea ni, nanti takde orang nak mai kenduri hang.. Hoho.

    BalasPadam
  7. aduhhh..

    susah gak nak nikah ni..

    mcm2 kne consider..

    huhu,,nway..smoga dpermudhkan.. :)

    BalasPadam
  8. aku wase kalo nak bagi, bagi yg uncang kain tu. bleh guna bnyk2 kali. kalu beg kertas kompom buang terus la..

    aku pun yg mana bleh wat sendiri aku wat sndiri, kad kawin mmg aku wat sndiri. lepas tu barang atas par suma simple2 je. nnt grande2 lepas kawin makan pasir wat ape.

    mulut kucing bleh la tutup. mulut orang.... huhu.

    BalasPadam
  9. tetamu yang datang kalau tak bawak hadiah dorang mesti akan hulur sekurang kurangnya rm10 kat tuan rumah . ha kira ok la tuh . sapu tangan pon ok jugak . orang lagi suke doorgift yang mcm tuh . nampak comel . heheh

    BalasPadam
  10. bagi gula2 dengan shumi-shumi sudah...

    BalasPadam
  11. aku rasa TAK PERLU sangat.. mcm kau ckp nk bg pn kt sahabat handai and saudara mara terdekat je.. sbbnye aku tgk org buang jek beg kertas segala tu.. membazir satu hal.. mencemarkan alam sekitar pulak.. tak ke gitu??

    aku setuju ngn ParkAir.. yg mna leh wt sdri wt sdri..

    biarlah bersederhana dlm segala hal.. itu kan lebih baik?.. hihi :)

    BalasPadam
  12. hang superkedekut punya.....tapi kita wat mesti la ikut kemampuan kita.....

    BalasPadam
  13. meaw::

    err..tapi rasa2nye benda yg kite bg tu pun mustahil kot bertahan lama..lama-lama nnt org pun dah tak ingat kite yg bg benda tu..mesti org buang jugak..T_T

    p/s::dasar orang kedekut menjawab nih..ehehe..sori..;p

    BalasPadam
  14. @Ellysu Bahari ::

    ntah le elly..banyak benau memikir kot..tu yg jadik serabut tuh..tapi saye ni memang le amat kedekut orangnye..sebab tu la terfikir macam ni..ehehe..

    BalasPadam
  15. ezmaliza::

    eh?belum lagi la ezma..ehehe..sampai masa nnt kompom akak jemput ezma..jgn risau..^_^

    BalasPadam
  16. zura::

    tu la kan kak? mulut orang ni payah beno nak tutup..tapi kalau nak dgr cakap orang smpai menyusahkan diri sendiri tak guna jugak..baik fikir diri sendiri je kan? kite yg nak menempuh hidup nanti..bukan org2 yg ngata tu yg nak tolong..

    BalasPadam
  17. intanurulfateha::

    amboi dak intan ni..kemain lagi eh..babap kang!

    BalasPadam
  18. farhanaDr::

    erk? tu bukan tahap kedekut dah doc hana..tu dah tahap tangkai jering..ekekeke..

    BalasPadam
  19. mutiara bernilai::

    nak nikah tu senang je..yg susahnye nak kena ikut adat semua tuh..macam membazir je..uhuhu..

    amin..terima kasih..insyaAllah..semoga Allah mempermudahkan semua urusan..^_^

    BalasPadam
  20. park air::

    tapi beg kain tu bukan ke mahal pa'an? kalau untuk tetamu vip macam kawan2+sedara mara tu ok kot bg yg tu..kalau tetamu biase macam merugi lak..

    kad kahwin memang aku rasa nak design sendiri je..pastu p print..dah..setel..

    tapi memang aku perasan aku ni kedekut sangat la weh..ahahaha..nasib la..

    BalasPadam
  21. yaya kechiq::

    baiknye la hai tetamu bg smpai seploh hengget..bestnye..tapi rasanya paling kurang orang nak bg pun 2 hengget kot..seploh hengget tu paling maksima..ehehe..


    tapi sapu tgn tu macam tak best je..sebab yg saye dok survey sapu tgn semua stok nipis2 je..nak lap peluh pun tak best..T_T

    tgk la..dok fikirkan ape doorgift yg plg best n bermakna untuk tetamu..kalau jadi bg la..ehehe..;p

    BalasPadam
  22. khuzrin kamarudin::

    yg tu memang dalam list..sebab macam jimat..ekeke..

    BalasPadam
  23. cik ten10::

    aku setuju yg amat dgn pendapat ko weh..bersederhana tu memang yg TERBAIK!

    BalasPadam
  24. siti safiyyah::

    memang semua tu adat je SS..org kita ni kan jenis suka nak menunjuk sape lagi hebat..tak sedar sebenarnye semua tu membazir je..(-_-")

    eh?pelik kot kakak ss punye idea tu..bg pisang?ehehehe..

    BalasPadam
  25. frause::

    kui3..u know me better..;p

    tu la pasainye..sebab mikir ikut kemampuan tu la yg buat aku jadik kedekut nak mampuih..hek3..

    BalasPadam
  26. kalau x mampu x perlu la bagi,,tapi pada pendapat saye tetamu yang hadir mesti diraikan,,xde istilah belanja makan tetamu yg hadir di majlis perkahwinan,,klu tetamu dengar mesti x syok ma,,yg penting niat kita ikhlas nak menghargai kehadiran tetamu,,kalau ati x ikhlas nak bagi doorgift kat tetamu, lebih baik jangan bagi,,just my 2 cents,,

    BalasPadam
  27. @Anonymous :: ade ke orang buat kenduri tak ikhlas jemput tetamu? kalau tak ikhlas mesti tak jemput punye..alahai..

    itu sekadar perumpamaan je yg cakap 'belanja makan' tu..dah nama pun kenduri kan? memang untuk bagi tetamu makan la..ish3..jangan la salah faham pulak ye..

    saye ni memang la kedekut orangnye..tapi bukan la smpai takde adab dan tak tahu adat buat kenduri pun nak berkira..kalau saye tak ikhlas, saye takde fikir nak buat kenduri nak jemput org2 susah dan anak yatim untuk dtg kenduri saya nnt..cuma tak bising je..niat dalam hati sudah..

    jangan risau..pasti ada ole2 untuk tetamu yg hadir meraikan hari bahagia saya nanti..peace..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan