Tuesday, 31 August 2010

Proud to be Malaysian!



Salam merdeka buat semua! Alhamdulillah. Dah genap 53 tahun negara kita merdeka dari penjajahan. Semoga terus bertahan insyaAllah. Kite ni je yang belum tentu lagi merdeka agaknye kan? Sebab ape aku cakap macam tu? Korang fikir je la sendiri. Hihi.


Aku bersyukur dilahirkan di sebuah negara yang aman damai macam Malaysia ni. Takde perang, takde bencana alam yang dahsyat. Nak jalan-jalan sane sini pun tak perlu takut kena tembak ke ape ke. Hidup sejahtera je sentiasa walaupun berbilang kaum. Boleh mix around dengan orang cina, orang india, orang benggali, orang asli, orang bumiputera sabah sarawak. Eh! Macam-macam la. Ramai sangat kaum kat Malaysia ni kan? Tak macam kat negara lain. Malaysia memang unik.


Dulu masa sekolah, aku tak suka belajar subjek sejarah. Bila kelas sejarah je konfom aku tidur. Hoho. Siap kena baling kapur dengan cikgu lagi. Eh? Time aku sekolah dulu pakai kapur dengan blackboard je masa sekolah kan. Nostalgia nye. Aku pun pelik nape panggil blackboard padahal kaler hijau. Nape tak panggil greenboard ek? Haha. Masih teringat lagi kes aku kena baling kapur tu sampai sekarang. Kenangan betul.


Haa. Nak tahu ke nape aku tak suke belajar subjek sejarah? Sebab bagi aku, buat ape nak belajar benda yang dah berkurun lepas berlaku. Bosan! Tapi itu dulu la. Bile aku dah matang sikit, pemikiran aku jadi lain. Aku rasa belajar sejarah itu perlu


Baru kita tahu susah payah hidup sebelum merdeka. Dijajah oleh pelbagai anasir luar. Terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan untuk teruskan hidup ketika dijajah. Ada yang mati ditembak tak semena mena. Makan minum pun tak tentu hala. Dikerah buat itu ini tanpa rela. Sedih kan? Pastu aku terfikir, dengan belajar sejarah jugalah aku dapat tahu bagaimana mereka berjuang untuk memerdekakan negara. 


Carian Google


Nah! Sekarang lihatlah apa yang kita semua rasa. Bebas dari belenggu penjajah. Hidup aman sentosa tak perlu nak takut lagi dah. Ini semua hasil perjuangan mereka dulu itu la. Tapi sayang ramai lagi yang 'buta mata'. Terlupa dengan jasa mereka yang bersusah payah ni. Sengaja cari punca nak cetuskan perbalahan antara kaum. Salah guna kuasa politik untuk jatuhkan satu sama lain. Padahal kerana semua kaum bersatu padu la kita dapat capai kemerdekaan. 


Hmm. Sebab tu aku tak suka politik. Bagi aku politik licik dan kotor. Masing-masing ada agenda tersendiri untuk kepentingan diri. Bukan untuk kepentingan rakyat. Walaupun ada la segelintir yang betul-betul berjuang untuk rakyat. Eh? Melalut masuk pasal politik pulak. Taknak cakap la. Tak suke!


Aku harap anak-anak muda sekarang ni dapat fikir yang terbaik sebab mereka penentu masa depan negara. Risau dengan masalah sosial yang makin teruk melanda negara kita sekarang ni. Kalau tak dibendung tak tahu la ape akan jadi kat Malaysia masa akan datang. Semoga Malaysia terselamat dari perkara yang bukan-bukan la hendaknya.


Kita sebagai rakyat yang berakal dan berilmu, sama-sama la kita mempertahankan kedaulatan negara kita. Tak dapat bagi banyak sikit pun jadi la. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang berusaha untuk menjatuhkan 'air muka' Malaysia. Bertindaklah dengan bijak. Tak perlu nak jadi macam rakyat di negara luar nak memberontak sana sini. Demo itu demo ini. Main ikut je 'perintah' orang yang tak bertanggung jawab. Berfikir sebelum bertindak. Itu tindakan orang yang bijak.


Salam kemerdekaan. Aku bangga aku ANAK MALAYSIA. Marilah kita sama-sama kibarkan jalur gemilang tanda kita sayangkan negara kita Malaysia.



MERDEKA!!!


Bisik-bisik :: Wahhh! Semangat gile aku cakap pasal merdeka eh? Ada sindiran di sebalik luahan sebenarnya. Pepandai la korang fikir.




2 LOVE NOTES

  1. bangga dengan anak malaysia yang punyai pemikiran sebegini.. :)

    selamat hari merdeka..

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com