Wednesday, 12 May 2010

Budak-budak pun dah pandai buat maksiat



Aku tengah google gambar budak-budak sekolah dengan keyword 'budak sekolah'. Hasilnya sungguh memeranjatkan aku. Tengok kat bawah ni. Sangat menakutkan! Macam mana la agaknya budak-budak pada masa akan datang. Sekarang pun dah macam-macam benda pelik-pelik yang budak-budak kita dah pandai buat. Advance terlebih lebih. Siap disebarkan di internet. Huhuhu. Aku tak dapat bayangkan nanti masa akan datang budak-budak macam mana. Serius menakutkan kalau difikirkan.


*klik untuk bagi besaq*


Dulu aku umur budak-budak tak reti apa-apa pun. Yang aku tahu belajar belajar belajar, main main main, tengok tv. Itu je la aku tahu. Lagipun dulu mana la aku reti internet henpon semua kan. Dengar pun tak pernah. Kalau aku dengar pun macam pelik je kot kat halwa telinga aku. Padahal masa aku kecik mana ada internet. Hihi.


Tapi itulah budak-budak sekarang semua dah advance. Takat henpon petik jari je mintak kat mak pak dah dapat. Lagipun ade henpon murah kan. Bab internet tak payah habaq la. Dalam tangan! Terer dah nak explore itu ini. Hebat betul kan?

 

Dulu masa aku masih budak-budak, tengok tv kalau ade scene bercium mesti tutup mata. Malu oii. Geli. Kira tak boleh la tengok. Budak-budak kan. Tak baik tengok. Tapi budak-budak sekarang scene macam tu depa pun macam dah tak heran je kot nak tengok. Takde malu, takde geli. Selambe kodok je tengok mata dok kelipop-kelipop.

 

Itu yang jadi kes budak-budak darjah lima buat 'projek' berkumpulan dengan sorang budak pompuan dalam kelas. Laporan ada dalam paper Metro ahad lepas kalau hangpa semua ada baca. Alasan budak laki 3 orang tu nak mencuba. Yang budak pompuan tu pulak bila di buat pemeriksaan kesihatan dah ade kesan lama kat kemaluan dia. Macam dah pernah kena 'projek'. Ishhh..ngilu hati aku baca kes macam ni. Menyedihkan.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

 

Bila dah jadi kes macam ni siapa yang kita nak salahkan? Ibu bapa? Guru? Diri budak-budak tu sendiri? Kawan-kawan? Media massa? Haaa..rasanya tak terjawab kot. Pasti akan berlaku orang ni salahkan orang tu, orang tu salahkan orang ni. Akhir nya tak tahu pun siapa yang bersalah. Hurmmm..

 

Apa-apa pun pada pendapat aku, ibu bapa adalah teraju utama yang perlu bertanggungjawab. Tak perlu nak salahkan pihak lain. Pihak lain tu mungkin penyumbang kecil yang menjadikan keadaan lagi parah. Tapi sesibuk macam mana pun dok cari harta dunia janganlah abaikan amanah Allah ni iaitu anak-anak. Peliharalah sebaik mungkin sebab nanti kat akhirat kita akan ditanya semula. Kalau kita berjaya menjaga amanah Allah ni sebaik mungkin alhamdulillah. Kalau gagal, terimalah akibatnya nanti.

 

Bagaimana nak pelihara amanah Allah ni? Ini adalah pandangan peribadi aku la. Mungkin pendapat hangpa lain kan. Tapi masing-masing ada hak nak bagi pandangan. Bagi aku, pantauan dari ibu bapa tersangat la penting. Apa aktiviti anak, dengan siapa anak berkawan, dari situ kita boleh kawal supaya tak terjebak dengan perkara yang bukan-bukan.

 

Lagi satu pendidikan agama. Silalah terapkan bermula dari rumah. Bukannya di sekolah harian dan sekolah agama sahaja. Mustahil diri tu tak tahu langsung pasal agama. Kalau tak tahu tu aku pun speechless la. Pergi la cari buku-buku agama yang berlambak ada kat kedai buku tu buat rujukan. Ajar anak-anak basic tentang agama. Yang lebih mendalam mungkin ustaz@ustazah di sekolah boleh ajar.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

 

Kalau dua perkara utama ni ibu bapa dapat buat, insyaAllah boleh kot kurangkan masalah sosial anak-anak kecil ni. Tak banyak pun sikit. Kalau kita tak berusaha tapi asyik nak salahkan orang tu orang ni, sampai bila-bila la kot tak kan selesai. Makin bertambah parah agaknya. Budak-budak sekarang ni kita kena pandai manipulate, pujuk, psiko. Baru jalan. Kalau main hentam sebarang terus terjah marah-marah, faham-faham sendiri la ye apa yang akan berlaku.

 

Kalau dari kecil betul didikan yang diberi, insyaAllah pasti takda masalah. Kalau tetap berlaku juga tu mesti ada silap tang mana-mana didikan yang telah diberikan. Kita kena ingat satu perkara. Budak-budak ni mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan kawan-kawan. Sebab tu kita kena tahu dengan siapa dia berkawan. Sampai la budak-budak ni meningkat remaja. Sebab pengaruh kawan-kawan ni sangat kuat. Kalau tak pantau akan jadilah perkara yang pelik-pelik tu.

 

Tapi ini hanyalah pandangan peribadi aku. Maaf kalau ada yang tak betul apa yang aku cuba sampaikan. The main point is kita muhasabah diri kita masing-masing. Kita punya akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan generasi yang akan datang. InsyaAllah..



Bisik-bisik :: Sangat sedih dengan situasi budak-budak sekarang. Dah nak akhir zaman. Macam-macam benda pelik jadi kan? Astaghfirullah. Lindungilah kami ya Allah..




5 LOVE NOTES

  1. Hurrmm.. Sangat sedih.. Kita sedih tengok mereka begitu.. Mereka tak sedih ke dengan diri mereka? Tak siapa boleh tolong kecuali dalam diri kena timbul kesedaran untuk kembali menjadi insan lebih baik..

    ReplyDelete
  2. itu la...
    budak2 sekolah skrg perlu lbh bimbingan...
    bahaya kalo dibiarkan..

    ReplyDelete
  3. kena bermula dari kecil di rumah

    ReplyDelete
  4. dulu masa aku kecik2, aku tau tgk katun je :DD

    ReplyDelete
  5. salam...huhu...tkejut gak tgk gmbar2 tu...macam2 kan skang ni...apa nk jd xtau..memg dak2 la ni ramai yg da advance..takut tgk kan..tp nk wat cemana..kurang didikan agama dan perhatian dari parents sndiri gak..nk tuding jari kat sapa pun dah xtau.sbb semua bersalah rasanya...lama2 pkiaq boleh jd gila kot.huhu...nauzubillah...doa2 la keturunan kita xjadi camni okey...:)

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com