Gaduh budak-budak VS gaduh orang dewasa

"Budak2 kalau ari ni gaduh, esok mesti dah baik balik. Takda dendam-dendam. Takde sakit-sakit hati. Gaduh sekejap je. Nanti jadi kawan balik" Betul tak? Semalam masa tengok movie ICE KACANG PUPPY LOVE tu, ada satu part yang dialognya buat aku terfikir. "A'ah la. Betul apa yang dia cakap." Macam tu la bisik hati aku. Lepas dengar dialog dalam movie tu yang lebih kurang ayat yang aku hi-lite kat atas ni.

 

Bila terfikir balik. Memang lumrah hidup macam gitu kan? Masa kita budak-budak, tengah dok main sama-sama tetiba rasa tak puas hati. Mula nak bergaduh. Hang ejek aku, aku ejek hang. Pastu pukul-pukul sikit, tarik muka,lari balik rumah. Bila jumpa esok dah kawan balik. Gurau-gurau, borak-borak. Hal gaduh semalam terus lupa dari ingatan. Macam takde apa-apa yang berlaku dah.




*comel pulak tengok anak tucen ni gado2..hehe..*


Tapi bila kita dah dewasa, ada rasa pincang sikit persahabatan/perhubungan mula jadi goyah. Dah bertahun kenal pun dah takde makna apa-apa dah. Yang ada cuma rasa benci dan meluat. Mula bertikam lidah maki-maki. Pastu tarik muka masam langsung tak bertegur sapa. Bukan sehari dua, malah boleh makan masa bertahun lama simpan dendam dan rasa tak puas hati. Kadang-kadang ada yang terlalu ikut rasa hati sanggup pergi jumpa bomoh tuju sana tuju sini. Malah boleh terjadi fitnah sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah pihak yang satu lagi.

 

Pelik kan? Tapi tu la manusia. Tak kisah la pompuan gaduh dengan pompuan ke, lelaki gaduh dengan lelaki ke, pompuan gaduh dengan laki ke. Rasanya sama je kot. Mungkin tak semua. Tapi segelintir memang macam tu kan? Kalau lah yang dewasa semua boleh jadi macam budak-budak punya pemikiran bab gaduh-gaduh ni, mesti takde dah wujud orang yang hati suka berhasad dengki. Takde la perang-perang mulut sampai bermusuh. Ye tak? Tapi itulah realiti kehidupan.



Bisik-bisik :: Hangpa pulak yang jenis macam mana? Harapnya semua kawan aku hatinye baik-baik belaka. Macam aku. Kui3. (orang baik mana mengaku die baik la..apa da!!haha..)


2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. i org yg cepat mintak maaf..malas nk gaduh lelamer

    BalasPadam
  2. embun::

    good2..orang macam apiz la yang sesuai jadi sahabat yang baik..hehe..(^_^)

    watpe gaduh2 kan??

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan