Monday, 19 April 2010

Bekerja Atau Bekerjaya?



Mengonline kan diri kat opis. Tengah ketandusan idea nak design interface untuk website. Awat la aku blur hari ni? Sebab tido lambat semalam ke? Mungkin la kot eh. Haa..takpun mesti sebab pagi tadi aku tak sempat breakfast. Gamaknye la kot. Takpe. Kejap je ni. Lepas lunch sat lagi ok kot. Banyak beno kot aku kan? Suka sangat pakai kot masa belajar dulu kot. Kot lagi. Hihi.

 

Semalam baca buku motivasi Dr. Tuah. Rasa macam menarik je nak share kat sini la kan. Meh aku nak motivasi hangpa semua pulak. Konon nya aku ni dah cukup termotivasi la. Hampeh je. Motivasi hapenye time keje sempat lagi berblogging.
 


Tajuk motivasi kita hari ni. Anda tergolong dalam golongan yang bekerja atau bekerjaya ? Haaa..yang mana satu? Apa beza bekerja dengan bekerjaya eh? Bukan sama je ke maksudnya? Haaa..mesti ramai yang terpinga pinga. Aiseh! Ye ye je cik sha ni. Hihi. Menurut kata Dr. Tuah, ada beza bekerja dengan bekerjaya ni. Nak tahu apa bezanya? Meh kita terjah.




Bekerja maksudnya kerja kerja kerja. Yang tu je yang terlintas kat fikiran. Pergi kerja buat kerja. Hari-hari macam tu. Kadang-kadang sampai rasa menyampah pun ada. Bosan asyik kena kerja. Nak bangun pagi-pagi pun malas. Kalau boleh tak nak pergi kerja dah. Tapi terpaksa. Dah kalau tak kerja takda la sumber kewangan. Nak shopping moping macam mana? Nak ngorat awek macam mana? Dah ongkos nye takde. Ye tak?
 


Haa..bekerjaya ni lain tau maksudnya. Bekerjaya=bekerja+berjaya. Kita kerja kerja kerja tapi menuju kejayaan demi kejayaan. Maknanya kita bekerja untuk berjaya. Membina kegemilangan hidup melalui kerjaya yang dilakukan. Maknanya matlamat kita bekerjaya tu jelas. Bukan semata mata kerja je. Tapi ada target untuk masa depan.

 

Jadi, marilah sama sama kita membina kerjaya. InsyaAllah pasti hidup rasa syok sepanjang masa. Takde la rasa malas memanjang. Dan yang pasti kita akan rasa HEBAT sentiasa.. Gituuuu.


Bisik-bisik :: Cakap pandai. Pergi buat kerja tu sekarang cik sha. Memain je banyak ni. Karang kena potong gaji baru tau. Huhu..+_+



7 LOVE NOTES

  1. payah jugak kan..kalau design2 ni..kena ada idea..lau tak..cam mereng jadinya..hehehhehe..

    i rasa u jadi penulis jer lah..hehehhehe

    ReplyDelete
  2. embun::

    huik??jadi penulis??mana la sha berbakat..merepek meraban je boleh la..kui3..

    ReplyDelete
  3. meh aku citer kat hang apa bezanya....berkerjaya...memiliki sebuah kerja yang berjaya....sebab tu ada bekerJAYA kat belakang tu...bekerja pula...kerja la hang sampai tua....

    ReplyDelete
  4. l0lly masih lagi tak kearah kerjaya n bkerja :)

    insyaAllah :) Kerjaya akan ada :)

    ReplyDelete
  5. frause::

    kui3..sangat tepat itu..aku sokong ang..(^_^)

    ReplyDelete
  6. miss lolly::

    bagus2..target itu perlu ada..good luck oke..

    ReplyDelete
  7. apa yang aku kata cuma pendapat diri sendiri jer...takda kena mengena dengan orang lain

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com