Friday, 5 March 2010

Anak-anak itu amanah Allah. Bukan untuk didera tapi dikasihi.



Assalamualaikum. Hai!



Sejak akhir-akhir ni, macam makin menjadi-jadi pulak kes penderaan kanak-kanak sampai menyebabkan kematian. Hmm..cik sha bukan la tak mengikuti perkembangan semasa. Cuma hari ni baru terpanggil nak tulis isu pasal ni. Nak berkongsi pendapat dengan kawan-kawan semua. Cik sha perhatikan, macam-macam jenis penderaan terhadap kanak-kanak ni terjadi. Penderaan dari segi fizikal, penderaan dari segi seksual, penderaan dari segi mental. Kesian kat depa. Depa pun tak mengerti apa-apa lagi. Tapi tetap jadi mangsa.




Baru-baru ni kes adik safiah didera oleh teman lelaki ibunya di taman permainan. Ditendang, dihenyak macam bola tanpa belas kasihan. Puncanya sebab adik safiah ni ingkar arahan 'ayah tiri' yang menyuruh adik safiah balik. Perbuatan kejam tersebut diperhatikan oleh ramai penduduk taman yang ada di padang tersebut. Tapi sorang pun tak mampu bagi bantuan sebab diugut oleh lelaki tersebut supaya jangan masuk campur.


Itulah mentaliti masyarakat kita. "Jangan jaga tepi kain orang". Sampai dah jadi macam tu baru semua tunjuk muka kata menjadi saksi. Entah la. Cik sha pun pelik betul dengan masyarakat kita ni. Padahal boleh je pi tolong sebab angpa ramai. Lelaki tu sorang-sorang je. Apa dia boleh buat sorang-sorang dia??




Belum pun reda kes adik safiah, tadi keluar dalam buletin utama TV3 seorang kanak-kanak lelaki india didera oleh pengasuh sampai maut. Sebabnya kanak-kanak tu menangis tak henti-henti. Disebabkan kurang rasa sabar, budak tu diseksa dan didera sampai maut oleh pengasuhnya. Hati hancur, badan lebam sana sini, alat kelamin rosak sebab dipicit dan dicubit. Hmm..tengok la. Bukan kaum melayu je. Kaum india, kaum cina, semua mengalami masalah yang sama.



Macam mana penderaan kanak-kanak ni boleh berlaku? Sah-sah sebab takde kesabaran dalam diri mereka yang dewasa ni. Panas baran memanjang. Nak lepaskan marah, budak-budak kecik yang tak tahu apa-apa tu jadi mangsa. Manalah pergi nye kewarasan mereka saat tu ye? Hilang habis segala rasa perikemanusiaan yang ada dalam diri mereka ni sebab terlalu ikutkan sangat perasaan marah yang menguasai diri. Betul la kata pepatah orang dulu-dulu, 'marahkan seekor nyamuk, habis kelambu dibakar'. Maknanya, sebab marah sikit je habis melarat-larat sampai memudaratkan orang lain.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




 
Sanggup ke hangpa nak dera budak-budak yang comel macam depa ni? Depa ni kecik lagi. Baru nak kenal dunia. Baru nak tahu erti hidup tu apa. Depa pun tak tahu apa-apa lagi hal yang berlaku kat sekeliling depa dalam dunia ni. Sepatutnya kita yang dah dewasa ni yang kena didik depa. Corak depa menjadi seorang manusia yang berguna bila dah dewasa. Bukan mendera depa sampai cacat, sampai mati, sampai hidup depa jadi tak bermakna lagi.




 

Hidup sebagai kanak-kanak sepatutnya penuh dengan warna warni. Sentiasa ceria dan dipenuhi dengan pelbagai pengalaman yang menarik. Bukannya untuk menjadi mangsa kemarahan orang dewasa. Didera mental, fizikal dan seksual. Sampai hidup dirasakan bagai neraka. Hidup penuh dengan pengalaman yang menakutkan. Setiap hari mengalami 'nightmare'.


Kita ni yang dah dewasa sepatutnya dah punya akal yang cukup matang untuk berfikir. Apa faedah yang kita dapat dengan mendera kanak-kanak yang kecil? Tak ingat ke masa kita kecik-kecik dulu mak bapak jaga kita dengan penuh kasih sayang. Nak jentik pun tak sanggup. Sekor nyamuk hinggap pun dah bebel berjela-jela. Punya jaga kita.




 

Entah la. Cik sha pun pening bila fikir pasal ni. Rasa simpati sangat dengan nasib kanak-kanak yang didera ni. Sebab 'pengalaman ngeri' ni akan terbawa-bawa sampai mereka dewasa. Itu kalau yang didera tapi tidak sampai membawa maut. Kalau yang didera sampai maut tu kiranya penderitaan mereka terhenti setakat di situ walaupun boleh dikatakan kejam.


Bagi yang didera dari kecik sampai dah besar, tidak mustahil 'pengalaman ngeri' didera akan membentuk mereka menjadi seorang yang kejam juga. Tidak mustahil mereka akan mengulangi perbuatan kejam tu terhadap kanak-kanak lain bila mereka dewasa. Agaknya mungkin sebab tu kes penderaan ni tak pernah berkurang kan? Sebab 'hidup kita ni ibarat roda'.




 

Hentikanlah penderaan kanak-kanak ni. Kita perlu bersatu hati, celik mata dan celik akal untuk membanteras masalah ni dari terus berleluasa. Pada pendapat cik sha, mereka yang nak berkahwin ni perlu didedahkan dengan cara terbaik mendidik dan mengawal anak-anak bila dah mempunyai anak nanti. Bagi yang dah berkahwin perlu sentiasa mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak atau pergi kaunseling kalau tak boleh mengawal rasa marah terhadap anak-anak yang degil. Takde la sampai mendera anak pulak nanti.


Nak mendidik anak-anak kecil ni perlu kesabaran yang tinggi sebab depa memang banyak karenah. Kita dulu pun macam tu jugak masa masih kecil. Tapi macam mana ibu bapa kita boleh jaga dan didik kita sampai kita dah dewasa dan menjadi ibu bapa pula. Mesti ada kaedahnya kan?




 

Anak-anak ni amanah Allah. Kita yang beragama Islam ni sepatutnya lebih arif. Betapa besarnya ganjaran pahala kalau kita dapat menjaga dan mendidik amanah Allah ni dengan sebaik-baiknya. Ibu bapalah yang mencorak diri anak-anak mereka. Jadi kita kena beringat selalu yang tanggungjawab kita sangat berat dan besar amanah yang perlu dipikul.


Kalau kita selalu muhasabah diri dan sentiasa ingat Allah, tak mustahil masalah penderaan kanak-kanak ni dapat dibanteras. Tapi mesti orang akan bercakap, "Alah..nak cakap senang la. Nak buat tu susah tau!!" Hmm..cik sha tahu. Tapi "kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih" kan? "Tepuk dada, tanyalah iman". Kita orang Islam, jangan jadi macam kafir laknatullah. Depa memang tak tahu hukum hakam.


Cik sha bukan nak cakap pandai. Cik sha cuma nak berkongsi pendapat je. Kalau ada yang tak suka dan rasa cik sha ni cakap merepek, cik sha mintak maaf la eh. Harap takde yang tersinggung. Harapnya apa yang cik sha kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan cik sha yang lain.


Bukanlah niat cik sha nak mengajar. Cik sha pun tak pandai nak cakap lebih-lebih pasal hal rumah tangga, pasal nak didik anak-anak kecik. Tapi cik sha suka membaca, memerhati dan belajar dari kehidupan orang di sekeliling cik sha. Maklumlah, ilmu hidup pun belum cukup ni ha. Masih mengenal diri dan belajar lagi erti hidup yang sebenar. Semoga kita mendapat manfaat bersama eh.




Bisik-bisik :: Cik sha tak boleh tengok budak kecik kena dera sebenarnya. Sebab cik sha suka budak-budak.




3 LOVE NOTES

  1. dah macam trend plak skrg nie..dak2 kocik kena dera..xtaular ap diorang nmpk dekat dak kocik nie..diorang nie lgsg xrasa bsalah pun..
    bulat pun suka dak2 kocik nie..suci dan kiyut miut cam bulat...;)

    ReplyDelete
  2. nanti yang pendera ni bila dah tua memang patut kena tiggal kat umah kebajikan je.

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com