Wedding Design

Tawaran tempahan wedding design ni adalah untuk membantu pengantin yang bajet rendah (macam saya dulu..hehe..). Design yang saya pernah buat untuk diri saya sendiri adalah kad kahwin, sticker dan guestbook. Bagi yang berminat nak cuba perkhidmatan saya ni, boleh lah hubungi saya dan kita boleh berbincang. InsyaAllah tak membebankan anda dengan kos yang tinggi. Kan kata bajet. Hehe.

Kalau nak saya design sahaja dan anda nak cari printing sendiri pun boleh. Saya hanya cas untuk design dengan kadar yang rendah. Jangan takut na.



TERMA & SYARAT TEMPAHAN

1) Nyatakan maklumat lengkap seperti berikut :
  • Produk : Kad / Sticker / Thank you tag / Guestbook / Banner@bunting / Button badges
  • Maklumat [ nama / telefon / tarikh / tempat / masa / lain-lain yang difikirkan perlu]
  • Konsep : Simple, modern dan lain-lain

2) Jenis design yang diingini :
  • Perkataan & Grafik [boleh lampirkan grafik seperti kartun atau apa sahaja yang anda mahu]
  • Perkataan & Doodle [single / couple / family]
  • Perkataan & Foto [sila lampirkan gambar yang bersaiz besar]

3) Proses design :
  • Design boleh serahkan 100% kepercayaan kepada saya [jika mahu]. Saya akan design sample dan akan hantar untuk semakan anda. Maklumkan sekiranya terdapat kesilapan atau mahu perubahan dan penambahbaikan akan dilakukan mengikut permintaan. 
  • Penambahbaikan boleh dibuat sehingga anda berpuas hati tanpa sebarang cas tambahan. Maximum permintaan untuk penambahbaikan adalah sebanyak 3 kali. 
  • Tetapi sekiranya design berubah 100%, cas design baru akan dikenakan. Jadi sila bagi arahan yang jelas design yang macam mana anda inginkan.
  • Seeloknya anda beri draft atau contoh design yang anda mahukan.

4) Hasil design :
  • Saya design menggunakan perisian Adobe Photoshop / Flash (untuk lukisan doodle).
  • Jenis fail yang terhasil adalah berbentuk jpg.

5) Penghantaran :
  • Design yang sudah siap akan dihantar melalui email.
  • Sekiranya customer minta untuk printing, penghantaran akan dibuat melalui pos laju dan cas yang dikenakan bergantung kepada berat dan kuantiti.

6) Proses printing:
  • Printing mungkin dibuat oleh saya sendiri @ akan dihantar di kedai.
  • Cas printing oleh saya mungkin lebih rendah dari yang di cas oleh kedai kerana saya hanya menggunakan printer scanner biasa berjenama HP dan dakwat hitam sahaja.
  • Cas printing di kedai bergantung kepada harga printing di kedai yang design dihantar. Saya akan cuba mencari kedai yang memberikan servis printing yang berkualiti dengan harga yang rendah dan terbaik.

7) Tempoh siap :
  • Untuk proses design, bergantung kepada design dan idea. Kebiasaannya mengambil masa 1-4 hari.
  • Untuk proses printing, tempoh bergantung kepada kedai dan proses penghantaran bergantung kepada pihak pos.

8) Pembayaran (payment) :
  • Sekiranya confirm tempahan, pembayaran untuk design perlu dibuat secara full payment.
  • Sample design akan dihantar terlebih dahulu untuk pengesahan. Setelah bersetuju dengan sample tersebut, design sebenar akan dihantar ke email @ proses printing akan dibuat (sekiranya ada permintaan). 
  • Sebelum produk yang siap dicetak dihantar, customer perlu membuat payment selebihnya untuk cas printing dan pos.
  • Nombor akaun untuk pembayaran akan diberikan melalui whatsapp/facebook messenger. Invois juga akan diberikan.

Sweet Reminder !
  • Saya tak ambil rush order.
  • Wajib bersabar sebab kena ikut giliran
  • Kerja saya sedikit slow sebab takda jadual tetap memandangkan kerja di rumah yang banyak dugaannya. Sabor je la ye. Ampunnn.

Terima kasih diucapkan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis dari saya. InsyaAllah saya akan cuba berikan yang terbaik. (^_^)

Borang Maklumat Hubungan