Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hadir pada sidang media Karnival Kewangan Terengganu 2019


Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.


Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

PAHANG   
Gambang : Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang [18 Mac]
Jengka : Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11 [19 Mac]

TERENGGANU
Dungun : Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya [20 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak [24 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu [24 Mac]   
Setiu : Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom [25 Mac]
Besut : Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung [26 Mac]
Hulu Terenganu : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu [27 Mac]
Marang : Dewan Majlis Daerah Marang [28 Mac]

KELANTAN
Kota Bharu : Kompleks Balai Islam, Lundang [21 Mac]
Pengkalan Chepa : Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota [31 Mac]


"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.

 

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Jom pergi sama2 nanti nak? :)

    BalasPadam
  2. Rasanya macam dah komen aritu tapi xde pulak kat sini. Btw, nanti jumpa kat sana ye..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan