Thursday, 14 March 2019

Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April



Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hadir pada sidang media Karnival Kewangan Terengganu 2019

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.


Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

PAHANG   
Gambang : Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang [18 Mac]
Jengka : Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11 [19 Mac]

TERENGGANU
Dungun : Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya [20 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak [24 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu [24 Mac]   
Setiu : Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom [25 Mac]
Besut : Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung [26 Mac]
Hulu Terenganu : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu [27 Mac]
Marang : Dewan Majlis Daerah Marang [28 Mac]

KELANTAN
Kota Bharu : Kompleks Balai Islam, Lundang [21 Mac]
Pengkalan Chepa : Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota [31 Mac]


"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 1 March 2019

SIGN ON | Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019



Assalamualaikum. Hai!


Dah masuk bulan Mac dah kita kan? Cepatnyaaaa masa berlalu. CikSha ni banyak lagi kerja yang asyik duk pospon. Dalam plan tu macam-macam nak buat. Tapi tak terbuat-buat. Huhu. Start bulan ni nak set rules baru la. Terlambat sikit sedar diri. Tapi sekurangnya CikSha nak ubah kan? Semoga Allah permudahkan dan diri ni sendiri pun kuat nak istiqamah.


By the way, pernah ingat tak tahun lepas CikSha pernah tulis pasal usaha sahabat CikSha sorang ni yang berjuang nak sebarkan penggunaan bahasa isyarat pada masyarakat secara percuma? Kat entri ni ha --> Belajar Bahasa Isyarat Percuma - SignOn




Alhamdulillah. Nampaknya usaha beliau dapat sambutan ramai walaupun ada kekangan dari kalangan yang macam beliau sendiri. Biarkan je depa yang hati tak berapa nak jernih tu. Yang penting usaha sahabat CikSha ni Allah nampak dan dipermudahkan semua yang beliau rancang. Dah masuk TV pun pasal usaha beliau ni. Beliau banyak dapat jemputan untuk rancangan talk pepagi macam Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi O dan macam-macam lagi. Tu maknanya usaha beliau ni orang nampak. Syukurrr.


Jadinya kelas bahasa isyarat percuma setiap hujung bulan pada hari Sabtu yang beliau jadualkan tu masih lagi diteruskan untuk tahun 2019 ni pulak. Entri ni CikSha nak kongsikan JADUAL KELAS untuk tahun 2019 ni la sebenarnya. Hangpa kalau tinggal berdekatan dan ada masa terluang jangan la lepaskan peluang ni tau. PERCUMA je weh nak belajar bahasa isyarat basic. Keluar belanja sikit nak pergi ke tempat belajar je. Rugi kalau tak manfaatkan peluang yang ada.




Kali ni kelas bahasa isyarat ni dah dapat tempat yang tetap. Di PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) BANGI. Alhamdulillah. Nampak kan usaha sahabat CikSha ni dipermudahkan Allah. Syukur sangat. Jadi kalau hangpa berkesempatan join la ok. Tu ada dah tarikh nya. Boleh simpan dalam planner takpun set dalam reminder kat henpon hangpa tu sesiap.


Oh ya, kalau rasa taknak terlepas apa-apa info, boleh la follow rapat semua laman sosial Sign On ni macam yang tertera di bawah.

FB Page : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE - BAHASA ISYARAT MALAYSIA
Laman Web : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE BAHASA ISYARAT MALAYSIA


Bisik-bisik :: Semoga kelas bahasa isyarat ni dapat memberi manfaat yang baik untuk semua golongan.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com