Kenapa Baby Suka Hisap Dagu Ibu

Assalamualaikum. Hai!


Lama tak membebel kat blog. Bizi kalah perdana menteri memang cam gini. Hihi. Topik santai je kali ni nak tulis. Mak mak kan. Bab anak la nak ditulisnya.


Sebenarnya kan, dah lama CikSha terfikir pasal ni. Dari anak sulung lagi CikSha dah alami benda ni. Tiga tiga anak CikSha memang fevret sangat hisap dagu CikSha ni bila umur depa dalam 5 bulan camtu. 


Tahu tak kenapa baby suka hisap dagu ibu dia? Ada tak yang pernah jugak alami situasi yang sama?


Pwinces Ummi duk hisap dagu ummi penuh kusyhuk. Hihi. 


CikSha ada cuba google. Saja nak baca pengalaman ibu-ibu lain kot ada. Google bahasa Melayu dulu. Tapi tak jumpa pun artikel yang berkaitan. Google dalam bahasa Inggeris ada la jumpa kat forum ibu-ibu tu duk diskas sesama sendiri sharing pengalaman indah ni.


Indah tau. Macam rasa disayangi sangat. Walaupun maknye kekadang bertukar jadi dinosor bila dia buat perangai. Tapi dia tetap jugak gomoi mak dia. Hihi. Baby kan. Memang gitu la depa. 


Nak tahu tak kenapa baby suka buat camtu? Kalau anak-anak CikSha, yang CikSha perasan depa buat camtu sebab nak bergurau. Masa tengah duk berguling main dengan depa selalunya kejadian tu berlaku. Mungkin jugak nak tunjukkan yang depa in love sangat dengan mak depa.


Kekadang kalau depa mengantuk pun suka jugak buat gitu. Bukan takat dagu sekali dengan pipi disedut sedut. Hihi. Geli tapi suka tau bila anak duk gomoi camtu. Kat forum omputih yang CikSha baca tu, depa kata tu salah satu nak soothing gusi sebab gatai nak tumbuh gigi. Mungkin jugak kot.


Tapi secara saintifik kenapa baby suka buat camtu tak tau la CikSha. Takda jumpa artikel yang huraikan pasal benda ni. Haa, lagi satu bab hygienic. Kalau jenis bermekap mohon jangan la bagi anak hisap dagu time tu eh. Kalau muka bersih dari sebarang mekap takpa. Bukan apa, risau chemical yang ada pada mekap tu anak duk telan. 


Ada tak pembaca yang duk hadap situasi camni?  Yang pernah alami tu, mai la kongsi pengalaman indah ni sama-sama kat komen.


Bisik-bisik :: Anak mana la yang tak in love dengan ibu yang kandung dan lahirkan depa kan?

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. cik ash xde pengalaman lagi sebab belum ada anak hihihi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan