Voucher dari Printcious.com

Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya voucher dari Printcious.com ni CikSha dapat lama dah. Masa join vote web depa untuk pertandingan SITEC dalam bulan 8/2017. Satu voucher tu bernilai RM50. CikSha dapat 2 voucher. Satu atas vote dari CikSha. Satu lagi atas vote encik CH. So, dapat la nak shopping kat Printcious.com dengan nilai RM100. Hihi.


Tapi punya la peram voucher tu, dah last minit baru nak redeem. Last boleh redeem 31/12/2017. Masa tu baru terhegeh-hegeh nak pilih gift apa. Nak design camna. Mujur jugak la adik yang request CikSha vote tu bagi reminder. Kalau tak hangus gitu je la voucher nye. Dasar urat dah banyak putus memang camgini. Semua benda nak lupa. Tetiba nak salahkan urat putus. Ekeke.


Punya la cerewet gila, nak pilih gift apa pun jenuh. Memula ingat nak ambik canvas frame. Tapi sayang voucher tu mana leh gabung harga. Sebabkan banyak nak kena topup jugak kalau still ambik canvas frame pakai satu voucher, spesis kedek macam CikSha ni memang fikir banyak kali la. Lastly cancel pilih gift tu ambik gift puzzle. Boleh dapat dua dengan dua voucher.  Kena topup sikit je dalam 3 ringgit lebih untuk satu voucher.


Dapat puzzle dengan printed gambar.

Dalam seminggu camtu parcel sampai kat opis Gdex Kuala Berang. Dapat mesej kena pi ambik sendiri. Mungkin sebab orang depa call CikSha nak hantarkan, tapi CikSha tak pick up. Dasar paranoid nak jawab call dari unknown number. Hihi.


Alhamdulillah. CikSha agak puas hati dengan kualiti puzzle tu walaupun comel je saiz dia. Separuh kertas a4 camtu. Yang penting cantik. Nanti boleh framekan puzzle tu. Best pulak dapat voucher. Rasa nak lagi. Boleh shopping lagi kat Printcious.com takyah keluar pitis bebanyak. Hihi. Dasar tamak!


Oh ye, kalau rasa nak bagi gift spesel lain dari yang lain untuk yang tersayang, boleh try pi skodeng Printcious.com. Memacam ado. Pilih aje nak yang mana berkenan di hati sesuai dengan bajet. Boleh design sendiri apa yang kita nak print kat gift tu. Kompom puas hati sebab unik.


Bisik-bisik :: Baru tahu perasaan orang yang selalu dapat voucher. Hihi.

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan