Jatuh Cinta Dengan Produk Women Desiree

Assalamualaikum. Hai!


Kali ni CikSha nak kongsi dengan semua 2 produk terbaik keluaran Adleesya Beauty di bawah jenama Women Desiree yang dah berjaya ngorat CikSha ni. Memang in love sesangat tau. CikSha ni dah la cerewet. Lepas tu spesis kedek. Nak jadi gojes dan sihat luar dalam tapi kedek bebeno. Tak comei betoi perangai. Hihi.


Tapi, bila dah sekali terkena panahan cinta 2 produk ni, memang terus melekat di hati. Memang tak nampak hat lain dah. Aiseh. Kemain berbunga ayat. CikSha panggil depa Si Gojes WD dan Si Seksi VH. Produk terbaik untuk ompompuan masa kini jadikan bespren.




CikSha salah seorang pengguna tegar kedua-dua produk ni. Sebab best sangat guna, dapat banyak benefit, terus daftar jadi pengedar sebab nak kongsi kebaikan produk ni dengan lebih ramai kat luar sana. Best sangat ke Si Gojes WD dengan Si Seksi VH tu? Haaaa..ni la CikSha nak kongsinye. Nak ngorat hangpa bagi in love sekali dengan depa berdua. Meramaikan jemaah pengguna produk Women Desiree ni. Hihi.




Si Gojes WD ni sejenis krim tau. CikSha selalu mention dia sebagai Krim Terapi Kecantikan. Sebab apa tau? Sebab dia punya fungsi tu memang macam buat terapi untuk kecantikan keseluruhan head to toe luar dan dalam. Betoi tau. Si Gojes WD ni dia merawat dalaman kita sekaligus bagi efek kat luaran. Paling megik tu, hanya dengan calit-calit sikit je kat bahagian nadi. Hat tu memang unik habes. Macam tak percaya bila dengar. Tapi it's real!


Itu la power nye teknologi masa kini. Si Gojes WD ni dihasilkan menggunakan teknologi bio nano yang mana partikel krim ni halusssss sesangat. Mudah meresap 12x lebih cepat dari krim biasa. Tak melekit pulak tu. Lepas calit je terus resap ke dalam lapisan kulit, masuk ke saluran darah. Dan segala nutrien dalam Si Gojes WD pun lalu ke seluruh tubuh badan merawat satu persatu masalah dalaman kita. Tu sebab kena calit kat nadi. Bila dah setel segala mak nenek masalah yang ada dalam badan, baru la efeknya nampak kat luaran. Kulit dan aset jadi anjal, tegang, cerah dan awet muda secara natural. Haaa, tu yang CikSha kata dia terapi head to toe inside out tu. Best kan?


Kenapa CikSha in love sangat dengan Si Gojes WD? CikSha ni sejenis pompuan yang pemalas amat la nak guna segala mak nenek barang kecantikan ni. First, sebab remeh nak guna memacam krim siang, krim malam, serum, toner, pondesyen dan seangkatan dengannya. Banyaknye hoi! Malas ok. Tak cukup masa pun ye jugak nak membelek wajah lelama kat cermin. Anak kecik kederet katakan. Surirumah pulak. Kerja berlonggok tak habes-habes. Memang tak sempat nak melawa tau. Huhu.


Bila tahu je pasal Si Gojes WD ni, lamaaaaa la jugak nak terpikatnye. Sekali dah terpikat terus cinta ikat simpul mati. Hihi. Sebab gila senang nak pakai. Lepas mandi calit je kat nadi pastu setel. Tak ambik masa lama pun. Tak sampai 3 minit siap! Takde pantang larang pulak. Konsisten cecalit, pastu tunggu je la result dia nanti. Lambat takpa sebab tahu bahan dia tak berbahaya dan tak bagi kesan mudarat. Cuma kena sabar dengan tempoh penyesuaian dia nak serasi dengan badan ja.


Banyak jugak dah benefit yang CikSha dapat hasil dari calit-calit Si Gojes WD ni. Belum la gojes macam retis walapun ada la iras Vanida Imran. Kahkahkah. Perasan! Tapi kulit makin sihat, badan pun sihat jugak. Si Gojes WD ni memang rawat dalaman betul-betul dulu. Tu yang best. Yang kedek + pemalas macam CikSha, tapi nak gojes luar dalam, memang elok sangat la bercinta dengan Si Gojes WD ni. Recomended gituuuu. Bagi CikSha yang kedek + pemalas nak pakai banyak produk ni, pakai WD dah cukup. Hihi.




Si Seksi VH tu apa pulak? Yang ni pencuci cik munge. Dah banyak jenis pencuci intim CikSha try, hat ni paling terpikat di hati. Sebab bau dia lembut, pure bau sireh. Terasa macam air rebusan sireh duk buat sendiri ja. Tahan sampai 7 bulan CikSha guna satu tiub. Guna hari-hari untuk cuci muka pulak tu. Pencuci cik munge tapi pi cuci muka. Hahaha.


Guna jugak untuk cuci cik munge. Tapi bila perlu. Sebab CikSha takda masalah kat area situ. Hari-hari biasa just basuh dengan air paip biasa lepas tu keringkan dengan tisu. InsyaAllah dengan cara tu takkan ada masalah kat secret part tu. Cuci bila perlu tu maksudnya, bila tetibe ada keputihan, masa 'bendera jepun' dan lepas 'bercinta'. Sebab tu tahan lama kot baru nak habes.


Tapi kalau nak guna selalu pun, takda masalah. Atas kita la kan. Lagipun Si Seksi VH ni pH balance. Sesuai dengan pH cik munge kite. Nak guna pun tak perlu tuang bebanyak. Cukup sikit je. Pakai kat luar je ok. Kalau ada masalah kat si munge tu macam keputihan melampau, gatal-gatal dan lelain, memang elok la guna Si Seksi VH ni sebab dia merawat. Selain sireh, Si Seksi VH ni ada manjakani dan kacip fatimah. Khasiat sireh, manjakani dengan kacip fatimah memang terbaik untuk cik munge kite tau. Bila 3-3 bergabung memang WOW la jawabnya.


Memang terbaik tau kedua-dua produk ni. Sebab formulated by someone yang profesional dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Bukan calang-calang orang ok. Lagipun produk ni memang khusus merawat dulu, baru terserlah kecantikan luaran dan kita jadi sihat. Bertindak slowly and steady but amazingly menjadi sangat! 


CikSha bukan pompang sebab CikSha jual. Tapi sebab CikSha sendiri guna dah almost setahun lebih. Sebab tu kongsi dengan semua. Barang baik harus disebarkan dan dikongsi bersama kebaikannye. Betul tak? Kalau rasa nak join CikSha bercinta dengan 2 produk ni, riki-riki je CikSha ok? I bet you mesti jatuh cinta punye la. Hihi.


Bisik-bisik :: Spesis cerewet tapi sekali dah in love memang setia tau!

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. packing pun cantik..

    banyak guna ayat cinta ..

    pergh ..

    ok la ada tarikan untuk produk

    BalasPadam
  2. cantiknya packaging dia..sesuai la dengan keistimewaan yang dia ada tu..

    BalasPadam
  3. @mrhanafi dot com A ah.. Nak ngorat ompompuan packaging kena cantik.. Hihi..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan