Wednesday, 17 May 2017

TIPS CANTIK DENGAN DAUN PEGAGA

Assalamualaikum. Hai.


Siapa suka makan ulam? Meh nak gimme 5 sikit. Hihi. CikSha memang sukaaaaa sangat makan ulam. Bagi la ulam apa pun, yang tak pernah makan pun CikSha akan cuba. Janji nama dia ulam.


Sejak duk dengan mertua ni, ulam tak payah nak beli-beli dah. Balik je dari kebun mesti mak mertua bawak balik ulam. Macam-macam ada. CikSha hangpa ni tinggai melahap ja. Hihi. Heaven sungguh. Bertambah awet muda la diriku ini. Tambah dengan duk mencalit WD. Berganda-ganda awet muda.


Daun pegaga ni memang salah satu ulam peberet CikSha. Selalu makan mentah gitu ja dengan budu. Kadang mak mertua buat kerabu. Sedapppp. Jus ja CikSha tak pernah try. Nanti nak cuba la.


Sebenarnya kan, pegaga ni banyak khasiat untuk orang perempuan terutamanya. Ye la..orang perempuan kan in love sangat dengan kecantikan. Dapat tahu pulak petua nak cantik dan sihat dengan petua alami yang tak susah pun nak amalkan. Mesti la suka kan? 






Nak tahu tak apa khasiat daun pegaga ni? Meh CikSha share dengan hangpa.


HILANGKAN BINTIK HITAM
Bintik hitam ni selalunya suka bertempek kat hidung. Rimas kan? Macam mana pegaga boleh membantu? Kita buat macam masker.


Ambil dalam 10 helai daun pegaga dan cuci dengan sesudu air garam. Lepas itu tumbuk sampai halus. Bubuh  air garam sikit, bedak sejuk dan air suam secukupnya. Jadikan macam pes. Lepas tu apa tunggu lagi, kasi tempek kat hidung la. Nak sapu satu muka sampai berlemoih pun boleh je. Tempek waktu malam je tau. Tido le dengan muka kehijauan sat. Esok bangun Subuh basuh la muka tu. Hihi.


Buat tetiap malam kalau rajin. Yang penting konsisten. InsyaAllah nanti hilang bintik hitam tu. Kena sabar banyak. Sebab petua alami ni kesan lambat tau. Tapi selamat. Tak sabar kaluuu pi drugstore beli hat biore pore ape ke namanye tu.


NAIKKAN SERI WAJAH
Yang ni mesti ramai suka. Siapa tak suka wajah dia berseri-seri kan? Amalkan daun pegaga je boleh menyerikan wajah. Bestkan? Caranya dengan minum jus pegaga je.


Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan 2 gelas air sampai jadi segelas. Lepas tu tapis air rebusan tadi. Biar dia sejuk sat. Dah sejuk boleh la minum. Panas-panas minum sat lagi lecoq lidah pulak. Jenuh. Hihi.


Air rebusan ini boleh diminum sekali sehari je tau. Minum la lepas makan malam atau sebelum tido. Amalkan 3 kali dalam seminggu. InsyaAllah, berseri-seri muka tu nanti.



Kalau ikutkan banyak lagi khasiat pegaga ni. Cukup la 2 je CikSha kongsi. Cuba la try petua kat atas ni. Tapi kalau hari-hari dapat makan ulam pegaga lagi best. Cecalit pulak WD. Kompom menten awet muda walau umur dah kertu. Hihi.



Bisik-bisik :: Petua lama ni jangan dipandang sepi je tau. Banyak manfaat.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 20 February 2017

Kenapa saya pilih WD?

Assalamualaikum. Hai!

Takde perempuan yang tak suka jadi cantik kan? Semua idamkan kulit yang cantik dan sihat.

Kebanyakan nya memang suka merias wajah. Tapi tak semua juga yang suka pakai make up. Ada yang lebih senang kalau mukanya polos je tanpa solekan.

Itulah yang dinamakan citarasa. Kita tak boleh la nak kecam sesuka hati.


Macam saye ni, memang tak suka mekap. Memang satu alat solek pun saye takde. Lipstik, maskara, eye shadow, eye liner, blusher, foundation dan apa2 lagi la, memang tak pernah ada. Kalau ada pun bedak compact jenama silky girl. Tu pun dah bertahun bertahan. Maklum le sebab jarang sangat pakai.

Sadis nye jadi saye eh? Dah le tak lawo. Pastu tak reti nak melawo. Haha. Entah la. Kurang berminat solek-solek ni. Tapi nak je nampak macam cantik. Nak kulit lawo, bersih, sihat.

Sebab tu sekarang saye guna WD untuk rawat kulit. Kulit muke dan kulit badan. Maklum la dah kertu ni, dah beranak pinak, kulit dah kurang anjal macam anak dara dulu. Hihi.

Kenapa WD?
Sebab dia bukan sekadar krim kecantikan biasa. Hanya yang dah cuba pakai secara konsisten je tahu keistimewaan WD ni. Bukan kulit muka je dirawat. Luar dalam dirawat tau. Cantik dapat, sihat pun dapat. Best. Guna pun mudah, calit-calit je kat 3 point utama nadi. Jimat pun jimat sebab calit pun secoet je. Pastu jimat masa jugak, calit lepas mandi tak sampai seminit dah siap. Jadi suri rumah dan mak kepada 2 anak yang masih kecik ni buat kerja semua kena cepat. :-P

Ada perubahan ke saya guna WD ni?
Alhamdulillah. Mesti la ada. Kalau tak, mustahil saya nak setia guna sampai sekarang. Walaupun perubahan nye tak la sepantas kilat. Lagipun, saya dah 'sengsara' dengan masalah kulit ni dah bertahun, lepas salah pakai skincare dulu. Sampai dah serik nak pakai skincare. Sekarang saya cuma cuci muka je dan konsisten calit-calit WD kat nadi. Takde pakai dah krim itu ini kat muka. Dah fobia.

Nak bukti perubahan yang saya alami?
Gambar kat bawah ni sebagai buktinye. Saya buat compare dari zaman anak dara masa nak bertunang tahun 2012 sampai dah anak dua tahun 2016. Tahun 2013 tu nightmare bagi saya. Lagi dua bulan nak kawin muka jadi teruk sebab gatai pi cuba krim nak bagi hilang parut jerawat dan bintik jeragat. Start dari tu kulit jadi kusam dan kelam. Parut tak hilang jugak. Ambik ko! Padan muka.


Gambar last sekali tu lepas 3 bulan konsisten guna WD. Kulit dah tak kusam. Parut jerawat, jeragat, parut eksiden dah makin pudar. Sekarang dah botol ke 7 (Feb/2017).






Saja je nak kongsi cerita. Sebab ada je yang pm kat pesbuk tanya kenapa tak mekap..pakai skincare ape sekarang..ok ke pakai wd..dan macam-macam lagi. Mungkin sebab saya kekadang tempek muka tak lawo saya ni kat pesbuk kot. Saya faham ramai yang sayang saya. Nak saya cantik jugak macam dorang. Tu yang concern dengan saya tu. Hihi. Perasan.

Jangan risau eh. Cik abang saya tak lari. Dari tahun 2005 dah kami kenal. Kalau sebab saya tak cantik die nak lari, lama dah kot die lari. Mungkin rupa saya tak lawo, tapi hati lawo tau. Hahaha. Ini semua poyo!

Nak rawat kulit dengan WD? Nak tanye lebih detail pasal WD? Boleh PM tepi okay. Saya sedia membantu. Peace!
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Friday, 10 February 2017

Tinggal Dengan Mertua

Assalamualaikum. Hai.

Selalu bila kita dah nak berkahwin, mesti ada yang remind kita jangan tinggal dengan mertua. Duduk asing. Cari rumah sewa. Kalau takde rumah sewa, dapat bilik sewa pun takpe. Kan? Tinggal dengan mertua ni macam taboo la kiranya. Macam menempah tiket ke penjara/neraka. Ibarat macam mertua tu sejenis yang horror yang amat. Boleh buat hidup jadi miserable sepanjang perkahwinan. Huhu.

Bila orang tahu saya tinggal sekali dengan mertua tanpa suami di sisi 3 tahun lepas, semua macam kagum gila. Huhu. Macam-macam persoalan diajukan. Sampai tak terjawab dibuatnya. 

♡ Kenapa tak ikut suami?
♡ Macam mana biasakan diri sebab mertua orang Ganu saya orang Penang?
♡ Takde isu ke dengan ipar-ipar?
♡ Hubungan dengan mertua ok ke?

Banyak lagi la persoalan yang timbul. Siap ade yang puji tinggi melangit kata saya ni mesti baik dan penyabar orangnya. Macam mana la boleh duk sekali dengan mertua, suami jauh, famili sendiri pun jauh beribu batu.

Sebenarnya, saya pegang pesan mak dan maksu saya.
Anggap mertua macam parents sendiri. Jadi kawan. Jangan asingkan diri. Layan depa macam hang layan mak. - pesan mak saya.
Rajin-rajin tolong mertua. Jangan berkira buat kerja rumah. Nanti mertua lagi sayang kat Shada. - pesan maksu saya.

Hakikatnya, saya dah biasa pun tinggal dengan orang tua. Bila suami request saya duk dengan mak ayah dia, tolong jaga dan tengokkan depa, suami akan balik seminggu sekali jenguk kami, saya pun ok je. Lagipun cuma tinggal mertua saya berdua je kat rumah ni dan seorang kakak suami yang masih bujang.

Mertua pun layan saya macam anak sendiri. Masa saya peknen 2 budak bertuah tu, ayah mertua yang bawak saya pi check up setiap kali ada apoimen. Bila dalam pantang, mak mertua yang jaga saya selain suami. Kalau depa tegur pun, saya anggap macam mak selalu duk bebel kat saya la. Takde ambik hati sangat. Bagi saya itu tandanya depa sayang. Hihi. Saya pun menumpang kasih kat depa.

Ipar-ipar semua pulak takde isu pun. Boleh je ngam dengan semua 8 beradik suami yang lain. Dengan biras-biras pun boleh je jadi kawan. Alhamdulillah. Pada saya, buat je macam biasa. Takyah nak ambik raplah sangat bak kate orang Penang. Be yourself.

Kerja rumah? Takde hal pun. Buat je macam rumah sendiri. Nak rumah cantik, hias. Nak rumah teratur, kemas. Tapi mintak izin mertua dulu la. Mak mertua saya ok je. Dia tahu dah menantu dia ni OCD. Hahaha. Masak bergilir dengan mertua.

Sekarang suami dah ada di sisi. Masih lagi duk dengan mertua. Suami cakap tanggungjawab dia sebagai anak lelaki jaga mak ayah dia sebab adik beradik yang lain jauh. Sebeno nye die tu anak manja. Anak lelaki bongsu katekan. Bhahaha. By the way, saya takda hal pun.

Sebenarnya, inilah lagi satu NIKMAT Allah beri pada saya. Dapat keluarga baru yang baik. INI REZEKI SAYA. Takda apa yang perlu saya banggakan dan orang lain kagum pun. Istilah 'Jauh bau bunga, dekat bau tahi' tu takde dalam kamus hidup saya. Alhamdulillah.

Saya teringat ceramah ustazah nor hafizah musa.
'Mertua/menantu yang hebat, ialah mereka yang masih berbuat baik dan sabar walaupun terpaksa melayan karenah mertua/menantu yang serupa hantu. Yang penting jangan merungut.InsyaAllah ada ganjarannya  di pandangan Allah swt.' 
Jadi kalau awak dalam situasi yang ni, awak memang hebat. Saya salute awak!

Nanti kite dah tua, akan dapat menantu jugak. Nak Allah kurniakan kita menantu yang baik, kita dulu kena jadi menantu yang baik kat mertua kita. Itu je prinsipnye yang saya pegang sebab saya ada anak lelaki. Hihi.

Semoga yang diuji tu, tingkatkan kesabaran dan mengadu pada Dia mohon pertolongan dipermudahkan segalanya.

#NoteToMyself
#MuhasabahDiri
#SharingExperience


Bisik-bisik :: Tak boleh expect semua mertua tu jahat tau. Ubah mindset kita. 
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

HEALING CRISIS?

Assalamualaikum.Hai.

Kali ni nak sharing pasal healing crisis atau dalam bahasa Melayu nye krisis penyembuhan. Apa tu? Dalam bahasa mudahnya, tubuh badan kita beri reaksi pada sesuatu produk yang kita ambil. Selalunya produk jenis tiada bahan kimia yang berbahaya.

Sebenarnya, kalau sesuatu produk tu mendatangkan 'healing crisis' bila kita start consume, memang tak rugi diteruskan pengambilannya tau. Sebab itu tandanya produk tu duk jalankan kerja dia dan badan sedang menyingkirkan anasir-anasir jahat yang dah lama bersarang dalam tubuh badan.

Walaupun WD ni krim kecantikan dan bukan suppliment, pengguna akan alami jugak tempoh 'healing crisis' tau. Macam pelik je eh statement? Camne la si cinonet ni boleh bagi kesan krisis penyembuhan jugak.

Haaaa...itulah istimewanye WD ni. Sebab dia merawat kita tau. Ada bahan dalam si cinonet ni yang bertindak menyingkirkan toksik dalam badan kita. Sebab tu cara pemakaiannya calit-calit kat nadi. Magik kan?

Tapi jangan risau. 'Healing crisis' ni tak la menakutkan pun. Bergantung pada dalaman si pengguna. Ada yang kejap je, ada yang lama sikit. Yang penting ketahanan diri kita sendiri nak hadapnye. Saya sendiri pun alami 'healing crisis' ni dalam tempoh yang lama. Bertabah je tau. Hihi.

Yang penting, jangan give up dan terus stop guna WD. Rugi tau! Teruskan je konsisten calit-calit dan minum air kosong bergelen-gelen dengan gembira.  InsyaAllah, hasil lepas 'healing crisis' ni berlalu pergi pasti tak menghampakan. Trust me.

Boleh rujuk pada gambar untuk info yang lebih jelas tentang 'healing crisis' bila awak calit-calit WD.





Kalau nak tanya lebih lanjut, roger je eh. Tak semestinya kena beli. Nak bertanya soalan je pun boleh. Kite tak makan orang la. Hihi. 



Bisik-bisik :: Nak cantik haruslah sado nak hadap healing crisis. 
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 7 February 2017

SI COMEL YANG SANGAT EKSKLUSIF

Assalamualaikum. Hai.

Ada yang cakap WD ni mahal. Mahal ke?

Sebenarnya tak mahal pun tau. WD ni eksklusif sangat. Nak tau tak sebab apa eksklusif?

 WD bukan rebranding. Bukannya beli pukal pastu letak jenama sendiri. Bukan kosmetik timbang kilo beli kat sempadan. Uppss! 
 Owner Adleesya Beauty, puan Nad Adleesya founder produk Hot malatop kebabom yang mana ramuannya penuh rasa cinta & kasih sayang dah pastikan WD ni tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan LULUS KKM. Juga di pek di kilang yang bertaraf GMP.
 Krim kecantikan yang diformulasikan dengan teknologi nano 12x lebih cepat meresap setiap kali calitan di 3 point utama (nadi pergelangan tangan, nadi leher dan ari-ari).
 Kesan yang menakjubkan bukan sekadar luaran tapi dalaman juga.

Eksklusif kan?
Masih rasa WD mahal ke?




Dun wori bebeh. Promosi Kombo Kasih Sayang 3 unit jimat RM60 masih lagi berlangsung. Berbaloi-baloi tau. Boleh buat stok 3 bulan @ lebih. Nak share beli dengan kesayangan yang lain pun boleh. 

Meh grab cepat. Rasa sendiri percikan magika rerama hebat ni. Pasti jatuh cinta. 
Trust me!

Whatsapp :: 0125745051

#WomenDesireeEssentialCream
#CalitCalitCantik
#BukanSekadarLuaran

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com