Monday, 22 December 2014

Bintang Hati :: TMFS



Assalamualaikum. Hai!


Lamanya tak update blog bushuk kesayangan den ni. Rindu yang amat. Jenguk blog sendiri pun dah lama tak buat. Kalau tak bukan kemain syok sendiri buka blog sendiri, sendiri baca. Huehuehue. Psiko betul! Sejak takde line internet ni memang terabai dah blog ni. Berukben tak berbayar sejak beranak hari tu. Huhu. Nak update guna henpon, tak canggih pulak henpon nye. Cinonet je pulak. Takat bukak pesbuk je boleh la. Mujur henpon lama dah jahanam anak kerjakan, suami belikan henpon baru yang canggih sikit dari yang lama. Dapat le kite nak update blog dah. Hooraayyy. Mekaseh suami. Jom melepaskan rindu. Hehe.


Oh ye..cakap pasal beranak, tujuan update blog ni sebab nak bagitau korang yang aku sebenarnya dah pun selamat melahirkan seorang baby lelaki. Alhamdulillah. Semuanya selamat. Dah nak 6.5 bulan pun umurnye. Hehe. Dah 6 bulan lebih beranak baru terhegeh nak update. Anak pun dah besar uii. Hikhikhik.


Assalamualaikum kawan-kawan ummi. Salam perkenalan.
Nama kite Ton Muhammad Farish Shahdan
.


Si kenit ni lahir kat Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Lahir pada 9/6/2014 jam 9.15 malam secara caeserean. Takde rezeki nak lahir normal. Beso sangat. 3.6 kg berat dia masa lahir. Mak dia ni pun tak larat nak push dia dah masa tu. Penat sebab masuk labour room dari tengah hari. Lagipun sebenarnya dia dah berak dalam perut. Tapi doktor nak suruh normal jugak sebab macam air ketuban tak hijau just kuning sikit. Last last emergency bedah sebab fetal distress.


Nanti aku cerita pengalaman nak lahirkan si kenit ni eh. Bile ingat-ingat balik memang le seremmm je rasa. Tapi macam kelakar pun ade. Pengalaman pertama katakan. Hehe. Nak buat jugak coretan kenangan lahirkan si kenit ni. Rindu boleh baca balik. Harapnya berkesempatan la nak menulis. Hutang pasal pengalaman peknen pun berlonggok takdan nak tulis. Kuikuikui.


Banyak sangat yang nak kongsi cerita dengan korang sebenarnya. Dah dapat henpon canggih ni boleh la nak aktif balik menulis dan buat kerja part time design yang dah lama terbengkalai. Anak dah besar sikit ni boleh la curi-curi masa online jap time die tido. Dah kurang merap sikit. Kalau tak...nak tinggal pun tak boleh. Otomatik dia boleh terjaga dari tido kalau dia rasa takda orang dengan dia. Hadui laaa..bertuah sungguh si kenit ni. Gamaknye die bagi can ummi die rehat sama a.k.a tido berjemaah dengan dia sebab kena berjaga malam berkali kali bila dia bangun mintak susu kot. Hehe.



Bisik2 :: Alhamdulillah..ini lah anugerah yang paling berharga Allah nak bagi aku pinjam selagi masih bernyawa. Semoga aku mampu menjaga amanah Allah ni dengan sebaiknya. Amin..

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 23 May 2014

MyPregnancyStory : Persediaan Nak Bersalin



Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah 37 minggu aku jadi mak buyong. Alhamdulillah. Uishhh...sekejapnye masa berlalu tanpa disedari kan? Sekarang ni aku tengah berdebar-debar menantikan saat kelahiran si kecit ni. Tak lama dah oi. Nebes gila! Orang yang dah beranak ramai pun masih rasa nebes bila nak bersalin, lagi la aku yang pertama kali ni ha. Dah le ada je yang suke kasik aku nebes. Tambah pulak aku tak tahu camne la rasa nak beranak tu ha. Nebes mak uols. Aiyo. Gila banyak perkataan nebes. Memang nebes sungguh nih. :P


InsyaAllah aku akan bersalin kat Terengganu. Jadi anak Ganu le si kecit ni. Hehe. Takpe le. Mana-mana pun sama je kan? Lahir atas bumi Allah jugak. Semoga kelahiran si kecit ni nanti membawa kebaikan dan rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah berpantang nanti pun kat rumah mertua jugak. Mak mertua nak jaga. Berpantang cara kampung. Nanti boleh la aku share pengalaman kat blog ni. Mak kat Penang tak kisah aku nak pantang kat mana pun. Janji sihat. Nanti dah sihat boleh balik Penang jugak. Ye dak?


Cakap persediaan nak bersalin ni, ada dua benda aku nak kongsikan dengan korang. Pasal persediaan barang-barang yang nak bawak ke hospital dan juga petua-petua nak mudah bersalin. Saje nak kongsi dengan korang. Yang dah beranak tu mesti dah tahu punye. Yang tengah berdebar-debar tunggu masa nak bersalin anak pertama macam aku boleh le kite kongsi-kongsi cerita. Bagi yang belum ada rezeki, insyaAllah nanti-nanti dah dapat rezeki, celoteh aku ni boleh la jadi panduan.



Persediaan Bersalin 1 : Barang-barang nak bawa ke hospital

Masa aku dah masuk 7 bulan hari tu, meksi dah nasihatkan aku sediakan beg-beg untuk barang yang nak bawak masuk hospital. Katanya, mana la nak tahu si kecit ni nak keluar awal. Mengandung sulong ni macam-macam boleh jadi. Aku masa tu, satu hapa pun tak sediakan lagi. Barang nye memang dah ada dah. Cuma tak well prepared je. Pesanan meksi tu pun berlalu begitu saje. :P


Barang-barang untuk si kecit ni, alhamdulillah semua dah ada. Rezeki dia murah sangat. Ibu pija (kakak) dengan Onni (mak) beli macam-macam untuk dia dah. Aku dengan abah dia tinggal pi balik Penang angkut je semua. Hehe. Ada la beli selai dua je baju untuk die dan barang-barang yang aku gatai nak beli jugak. Eksaited nak jadi mak. Tengok semua barang baby pun rasa nak beli. Kui3.


Bila dah genap 9 bulan, baru la aku terhegeh-hegeh kemas beg-beg nak angkut pi sepital nanti. Kata eksaited kononnye nak jadi mak tapiiii..hik3. Siap dah pun kemasnye. Satu beg untuk baby, satu untuk mak baby, satu beg lagi letak beg kecik yang nak bawak masuk labour room dengan sweater aku. Tapi rasa nak tambah satu lagi beg makanan. MasyaAllah. Ber beran-beran (bak orang Penang kata). Huehuehue. Beg kecik-kecik je semua. Saje asingkan. Nak bagi penat abah die ngangkut beg. Hehe. Sekali nanti nak terberanak abah dia tak balik cuti lagi. Mangsa ngangkut beg berduyun tu Tokki die la. :P


Okay. Ni pulak senarai barang yang aku sumbat dalam beg-beg tersebut. Jenuh gugel nak tahu apa yang sepatutnya kena bawak. Tapi lain orang lain ragam. Ada yang bawak beg tu punya la banyak barang die. Jadi aku pun list down yang mana penting nak bawa je. Jadi ini lah isi beg-beg iols yang berduyun itu.

Beg baby : Kain lampin (3), Pampers New Born (10), Baju dan seluar (3), Topi (1), Blanket/Selimut (1), Sarung tangan-kaki (2), Bedung (1), Barut (2), Sapu tangan (1), Tuala mandi (1), Yassin, Tisu basah dan kelengkapan mandi (share dengan mak die nanti).

Beg mak baby : Baju nak balik dari sepital (kain batik+t-shirt), Telekung (in case belum turun darah lagi kalau admit sepital awal), disposable panties (8), stokin (2), nursing bra (2), nursing pad (4), selendang (1), tuala mandi (1), buku, cottonball, pad (10).
*Pad aku bawak yang jenama libresse maxi wing night paling banyak. Ada beli yang maternity punye tapiiiiiiiiiiiii macam tak selesa je bertali-tali. Tak reti nak pakai nanti. Huhu. Bawak je sebagai spare. Bagi aku baik pakai pad yang untuk period tu. Senang nak tukar kalau dah penuh. Yang bertali-tali ni macam leceh je. Dah le nanti tengah sakit. Tak kuasa nak leceh-leceh bagai ni. Huhu. 

Beg labour room : 
Plastik untuk baby - Pampers (1), Baju seluar (1), Barut (1), Blanket (1), Sarung tangan-kaki (1)
Plastik untuk mak baby - Spenda (1), Pad (2), Sapu tangan (1) *sapu tangan untuk gigit masa nak teran :P
*Yang beg labour room ni meksi yang pesan suruh asingkan masa aku checkup 9 bulan hari tu. Dia kata senang nanti nak capai bawak masuk labour room. Tak payah kelam kabut nak kelebet cari dalam beg. Betul jugak tu. Jadi aku pun prepare je la.


Inilah beg yang ber beran-beran itu. Hik3.


Persediaan Bersalin 2 : Petua nak mudah bersalin

Err..sebenarnye aku ni pemalu tahap super saiya orang nye nak bertanye benda-benda cenggini. Hehe. Mujur ada yang memahami dan sudi berkongsi dengan aku walaupun aku tak tanye. Orang tu tentulah mak tercinta dan mak mertua tersayang. Lepas tu ada la beberapa orang lain jugak. Bespren aku, kawan sekolah, kakak, sepupu. Meksi pun ada bagi petua dan pesanan. Jadi sekadar nak berkongsi je la dengan korang. Bukan nak suruh percaya bulat-bulat kalau rasa macam petua tu macam tak logik je. Korang pun pandai pikir kan. Jadi ini sekadar untuk pengetahuan je okay?


Ni la antara petua-petua nye yang aku ingat :
* Rajin-rajin baca surah Maryam
* Banyakkan berzikir (contoh : Doa Nabi Yunus)
* Banyakkan berjalan
* Kerap 'bersama' suami
* Makan bendi bebanyak
* Minum air kelapa
* Amalkan minum air-zam-zam/yassin dan makan kurma
* Minum air kat hujung rambut lepas mandi (macam selusuh fungsi nye)
* Masa dah rasa kontraksi, kerap mandi (untuk cepatkan pintu rahim terbuka)
* Jangan menjerit-jerit masa sakit nak beranak (kang hilang tenaga le)


Itu je yang aku ingat. Yang lain lupa dah. Hoho. Antara petua di atas memang dari awal ngandung lagi aku dah amalkan. Macam yang pemakanan tu aku dah amal jugak walaupun tak kerap. Yang baca surah/zikir tu pun memang aku tak pernah tinggal. Lepas maghrib memang aku ngaji. Alhamdulillah masa kandungan dah 8 bulan aku dengan baby dah khatam al-Quran. Lepas dah khatam tu sampai sekarang ni aku selalu baca surah-surah terpilih je. Mudah-mudahan dengan amalan aku tu nanti dipermudahkan masa melahirkan si kecit ni nanti. InsyaAllah.



Mmm...rasanye itu je kot yang aku nak kongsikan buat masa ni. Sekarang ni aku dah kurang tidur malam. Itu la ambik peluang nak menulis ni. Macam lama je dah tak update blog. Sementara budak ni duk bermain-main dengan riang gembira, aku pun ambik kesempatan la menulis entri ni. Budak kecit ni bile malam je kemain lagi aktifnye. Terbojol-bojol perut aku dia kerjakan. Ganas sungguh! Sampai ada satu malam tu aku mimpi dia keluarkan tangan die ikut pusat aku. Haha. Merepek betul mimpinye. Sabor je la.


Kalau ikutkan lagi 3 minggu je lagi aku akan bersalin. Tapi kata orang anak sulong ni selalunye 'keluar' tak ikut due date. Kena la bersedia dah dari sekarang. Korang doakan yang terbaik untuk kami berdua ye. Mohon maaf kalau sepanjang aku menulis blog ni ada penulisan aku yang mengguris perasaan pembaca blog aku ni tanpa aku sedari. Maaf sesangat.



Bisik-bisik :: Semoga Allah permudahkan urusan aku dan baby. InsyaAllah. Amin.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 21 April 2014

MyPregnancyStory : Scan Si Budak Kecit



Assalamualaikum. Hai!


Ini adalah entri kedua kisah memboyot aku. Hehe. Banyak sebenarnye nak cerita pengalaman memboyot ni. Maklum la anak pertama kan. Teruja tu macam over sikit. Tapi memandangkan hormon pemalas nak menaip tu tahap menggunung tinggi, semua cerita jadi pekasam je la. Basi cenggitu je. Jadi bila mood nak menaip tu datang, ni lah hasilnye. Entri basi. Harap korang seronok membaca celoteh aku walaupun dah basi. Kui3. :P


Budak kecit ni dah kena scan sebanyak 4 kali sepanjang tempoh die 'menetap' dalam perot aku ni. Jadi ini adalah kisah pasal scan si kecit ni la. Coretan kenangan ummi dia tentang dia. Nanti dah beso suruh dia baca. Kalau dia nak baca. Kalau taknak ummi cubit dia. Haha. Harapnya bila dah besar nanti dia jadi seorang pembaca yang sangat rajin macam ummi dia. :P


Scan Kali Pertama [26 November 2013]
Kali pertama pergi scan masa si kecit ni dah 11 minggu umur dia. Tunggu abah dia datang Penang nak ambik ummi dia bawak balik Terengganu. Sebelum berangkat pergi la bawak dia scan dulu. Scan kat kelinik swasta kat dalam taman perumahan aku je. Kononnya pergi scan ni sebab nak sah kan betoi ke aku mengandung untuk bukti kasik kat kelinik masa nak buat buku merah untuk dia. Kakak cakap kelinik akan mintak bukti betoi ke kite ni mengandung. Tapi masa pi buat buku tu takdo pun depa mintak. Senang je urusan buat buku nye. Mungkin prosedur kat Penang dengan Terengganu lain kot. Gamaknye la.


Masa scan ni abah dia tak masuk sekali. Apa la. Rugi betoi. Tapi nak masuk pun macam tak muat pulak. Bilik doktor kat kelinik tu kecik. Nak tengok baby pun kat monitor kecit yang ada kat sebelah katil. Celah mane abah dia nak duduk tengok pun taktau la. Jadi aku sorang je la yang dapat menyaksikan 'keajaiban' yang sedang berlaku dalam perot sendiri masa tu. Rasa nak menangis wei. Tapi control macho la depan doktor. Hehe. Malu pulak. Airmata je yang bergenang. (^_^)


Perasaan masa tu seronok tak terkira sangat-sangat. Lepas keluar dari kelinik mulut asyik pot pet cerita kat abah dia pasal keterujaan aku tengok dia. Hehe. Mana taknye, nampak ada makhluk kecit dok gelepur berenang-renang dalam perot sendiri. Doktor pun cakap dia aktif sangat. Alhamdulillah.



Scan Kali Kedua [28 Januari 2014]
Scan kali ni kat klinik kesihatan (KK) yang selalu aku duk pergi check up. Baseline scan untuk minggu ke-20. Tujuan scan nak pantau kedudukan baby dan kesihatan dia kat dalam perot ni. Lepas tu nak tengok jantina dia. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma tak nampak jantina dia la pulak. Dia taknak tunjuk masa ni. Dia boleh mengiring tala bontot je kat aku dengan doktor. Sabo je la budak kecit ni. 


Jadinya pasrah je la. Scan kat KK memang takde la doktor tu nak tunggu dan pujuk-pujuk baby lama-lama suruh tunjuk jantina. Sekali scan dah tak nampak, nasib la. Takde dah kali kedua nak scan lagi. Huhu. Kata doktor nanti masa minggu ke-32 scan semula untuk tengok. Kalau ada rezeki nampak la. Kalau takde rezeki jugak, pasrah je la ko ye Shahada. Huhu.


Encik CH scan dengan tangan jantina anak beliau. Haha. :P
Konon gambar maternity photoshoot. Padahal paksa rela kazen ambikkan masa majlis tunang kakak dia. Kui3.


Scan Kali Ketiga [13 April 2014]
Tiba lah hari untuk scan kali ketiga pulak. Masa ni tak cukup lagi 32 minggu. Baru 31 minggu 3 hari. Tapi sebab aku kena jumpa doktor untuk pantau kesihatan aku disebabkan ada beberapa hal yang tak teruk pun (nanti aku cerita ye), alang-alang tu scan la terus budak ni.


Alhamdulillah dia sihat-sihat je kat dalam ni. Keadaan aku pun alhamdulillah sehat jugak. Air ketuban, kedudukan plasenta, kedudukan baby, semuanya alhamdulillah ok. Tapi satu je la. Dia tetap takmo tunjuk jugak dia baby girl ke baby boy. Kali ni dia silang kaki dia macam duduk bersila. Haha. Bertuah sungguh la hai anak ummi ni. Kecewa sekali lagi.


Jadinya, lepas balik check up tu, terus mesej encik CH ajak pi buat scan kat kelinik swasta. Dah alang-alang nak buat scan 3D/4D terus le. Encik CH pun setuju setelah dipujuk. Beliau suruh aku gugel kat mana ada buat service tu kat Terengganu ni. Nanti beliau balik cuti boleh terus gegar kelinik tu. Hehe. Aku pun dengan gigih gugel la sampai jumpa kelinik tersebut. Ada rupanya kat Terengganu ni klinik yang buat service scan 3D/4D. Seronot tak terkira. Menghitung hari tunggu encik CH balik bercuti. Yeay!



Scan Kali Keempat [20 April 2014]
Punye la tak sabo nak pergi masa ni. Konon nak jadi orang pertama sampai klinik. Pukul 9 klinik bukak, aku dengan encik CH dah terpacak depan pintu klinik. Tapi lepas Subuh elok je aku dengan abah dia hentam tidoq balik. Haha. Perangai sungguh! Terjaga pukul 8, konon tunggu 5 minit jap baru bangun pergi mandi sekali boleh pulak terlelap balik. Hampeh. Last-last pukul 10 jugak baru gerak pergi. Hehe.


Alhamdulillah. Scan kali ni nampak jelas jantina si kecit ni. Pandai doktor ni pujuk dia. Tapi sebelum masuk bilik nak scan tu pun aku dah pujuk dia suruh bagi kerjasama. Doktor tu cakap baby ni mendengar kata sungguh. Hehe. Seronok sangat masa sesi scan ni. Dapat tengok baby buat macam-macam aksi. Menguap. Luas kemain nganga macam abah dia menguap. Haha. Tutup muka dengan tangan. Lepas tu boleh dia pi julur kaki kat hidung sendiri. Aduhai la anak. Abah dia terkekek-kekek gelak tengok aksi dia.


Yeay! Akhirnya dapat tahu jugak jantina budak kecit ni. Ingat sampai dah nak beranak dia nak buat surprise. Hehe. Betul la tekaan famili kat Ganu ni. Tekaan famili kat Penang semua salah. Hoho. Tapi naluri aku pun memang dah rasa dah beliau ni jantina apa. Betol jugak naluri keibuan ku ini rupanya. (^_^)


Oh ya. Kelinik ni best sangat. Suasana ok, staf best, doktor die lagi best. Encik CH pun setuju dengan pendapat aku. Beliau siap suruh aku tulis review lagi pasal klinik ni. Klinik tersebut adalah Klinik Ar-Rijal. Terletak di area Gong Kapas. Betul-betul dekat dengan Desa Murni. Sebelah Pejabat Pos kalau tak salah. Siapa-siapa yang stay area Ganu, kalau rasa nak buat scan 3D/4D boleh la pergi klinik ni nanti. Recommended. Baru lagi service ni kat klinik tersebut. Tapi boleh tahan bagus service dia. Kos scan tadi, 3D/4D scan dengan sekeping gambar dan CD kena RM90 je. Harga promosi. Nanti-nanti tak tau la berapa pulak kos dia. Hehe.


Korang nak tahu ke jantina baby aku ni apa? Nanti la eh. Tunggu aku dah beranak. Kasik surprise sikit kat korang. Hehe. Sabo tau. Tak lama dah nak keluaq si kecit ni. Dah 8 bulan dah die sekarang. Tak lama dah oi. Aku pun dah start nebes ni ha. Wuuu. Semoga Allah permudahkan kelahiran si kecit ni nanti bila tiba saatnya. Doakan aku dan baby selamat semuanye ye. Terima kasih.




Bisik-bisik :: Gambar scan aku tak letak la eh. Privacy sikit. Baby belum keluar. Nanti dah keluar aku tempek gambar dia banyak-banyak dalam blog ni ye. Hehe.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 5 April 2014

PORTFOLIO : Belog Cik Puan GKSB



Assalamualaikum. Hai!


Dah berkurun lama aku tak update pasal portfolio design blog kan? Yang portfolio ni pun dah lama dah sebenarnya. Hujung tahun lepas punya kalau tak salah. Dah berzaman baru nak update. Basi betoi. Haha. Tak nyempat nak update. Err..sebenarnya tak rajin je. Lagipun sekarang ni baru le bodben celcom ni macam laju sikit line nye bila dah dua bulan guna. Baru le rajin sikit aku online. Dah nak dekat beranak baru line nak laju. Hampagas betoi. Huhu.


Ok la. Takmau celoteh panjang sangat. Nak cerita pasai design blog ni. Dapat upah dari sahabat blogger yang dah lama aku kenal sejak berblog. Dia jugak blogger pertama yang aku pernah jumpa sebab dulu dia study kat USM dan aku pulak kerja kat sana. Jadi selalu jugak le kontek-kontek dengan beliau. Pernah berjumpa beberapa kali dan keluar makan sama-sama. Sampai sekarang masih lagi berhubung walaupun masing-masing dah jauh beribu batu. Aiseh. Hehe.


Ini lah rupa penuh blog Cik Puan GKSB.


Beliau request nak design yang simple tapi bersesuaian dengan tema belog dan warna fevret beliau. Design guane rupa semua terserah pada aku. Design la ikut suka hati aku yang konon kreatif ni, janji dia berpuas hati dan kena dengan tema. Kalau ada yang tak kena baru dia request untuk aku ubah sikit. Tapi tak banyak pun komplen nye. Kira yang aku design tu beliau puas hati dah. Alhamdulillah. Senang kerja dengan orang camni. Hehe. 


Terima kasih kat Cik Puan GKSB sebab sudi upah aku dan sabar menanti hasilnya walaupun ambik masa lama gila nak siap. Huhu. Bertuah rasa badan selalu dapat customer yang jenis sabar menanti macam ni. Ada lagi satu portfolio nak update nanti. Yang tu pun dah berkurun lama. Lepas tu ada satu lagi blog tengah struggle nak siapkan sekarang ni. Sejak kawen ni idea macam tumpui sikit. Sabor je la. (-_-")


Oh..lupa pulak. Kalau nak tengok hasil design aku yang konon kreatif nak mampus kat blog Cik Puan GKSB ni boleh la terjah blog beliau kat link berikut : BELOG CIK PUAN GKSB. Selamat menjamu mata. Hehe.



Bisik-bisik :: Banyak dah terlepas customer sebab takde internet tempoh hari. Takpe la. Bukan rezekiku. InsyaAllah akan ada yang lain. Yakin dengan rezeki Allah. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 20 March 2014

Seronok ke jadi SRT je?



Assalamualaikum. Hai!


Buat yang masih tak tau, sebenarnya aku dah lama jadi penganggur seminggu sebelum nak kahwin tahun lepas lagi. Start bulan 8/2013 sampai la dah bulan 3/2014 ni kiranya dah lebih kurang 7 bulan la kot aku dah tak bekerja. Dah tak boleh nak panggil wanita bekerjaya dah macam dulu. Boleh panggil penganggur berjaya pulak ye. Haha.


Kenapa aku ambik keputusan berhenti kerja? Sebelum nak kahwin aku dah bincang dah dengan encik CH tentang hal ni. Samada beliau nak izinkan aku terus bekerja dan stay di Penang dengan mak atau aku berhenti kerja dan ikut permintaan beliau tinggal dengan mak ayah beliau kat Ganu. Jadi korang rasa yang mana satu pilihan beliau? Tentulah pilihan yang kedua tu. Taknak PJJ dengan kite jauh-jauh sangat lettewww. Aiseh. Padahal aku pun sama jugak. Kui3. 


Tapi kalau ikutkan hati aku ni pun, memang aku pernah terfikir nak berhenti kerja bila dah kawen. Bukan niat nak bebankan suami sorang-sorang je cari nafkah. Tambah-tambah dengan kehidupan di zaman yang serba 'naik' segala macam benda ni. Cumanya aku terfikir, kalau aku dah beranak nanti sape nak jaga dan besarkan anak? Aku kalau boleh taknak orang lain yang besarkan anak kami. Nak tangan ni sendiri yang besarkan. Err..sebenarnya tahap kurang percaya kat orang tu yang tinggi menggunung sangat. Huhu.




Aku pernah tanya kat encik CH. Kalau aku kerja, anak tentulah kena hantar kat pengasuh. Bayaran untuk mengasuh pun boleh tahan mahal. Tanggungjawab nak bayar pengasuh tu mestilah terletak kat suami kan? Hew hew. Jadi dari beliau bayar kat orang lain untuk mengasuh anak beliau, baiklah beliau guna duit tu untuk keperluan anak dan aku mengasuh free of charge. Nak yang mana satu? Jadi beliau pun bersetuju aku jaga sendiri anak dan tak payah kerja. Menjadi jugak taktik iols nak mempengaruhi suami untuk memberi keizinan iols tak kerja. Haha.


Betul ke tak rasanya keputusan aku dan beliau ni? InsyaAllah betul la rasanya. Aku rasa memang dah tanggungjawab aku sebagai ibu yang didik sendiri anak kami. Bukanlah tak percaya langsung kat orang nak membela dan mengasuh anak sendiri. Tapi rasanya lebih membahagiakan kalau aku boleh tengok sendiri anak membesar depan mata dan aku sendiri yang asuh dan didik dia sedari kecik-kecik. Macam tu la lebih kurang niat dan impian aku sebenarnya.


Memang la gaji encik CH pun kalau ikutkan idok la beso mane. Kalau ikutkan penilaian yang gomen buat, boleh kire 'miskin bandar' lagi jugak pendapatan beliau tu. Dah le kerja pun bukan dalam sektor gomen. Kesian lak ai kat suami cheq. Dapat lak isteri yang berniat takmo kerja dah ni ha. Maaf suami. Semoga kamu ikhlas bekerja mencari nafkah untuk kite sekeluarga ye. Takpe. Kite kena yakin rezeki Allah tu maha luas. Ye suamiku sayang. Hehe.






Jadinye, seronok ke jadi SRT je? Err..SRT tu suri rumah tangga ye kengkawan. Hehe. Seronok la jugak. Tapi kekadang macam cemuih la jugak rasanya. Huehuehue. Apa korang ingat jadi SRT ni boleh duduk rileks je ke? Lagi banyak kerja nak kena buat tauuuuuuuuuuuuuuu. Nak memasak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, dan bermacam-macam le lagi. Cumanya tak bergaji je la. Hehe. Kena kerja ikhlas tau. Kalau jadi orang gaji kat rumah orang buat semua kerja tu boleh le dapat gaji. Kui3. 


Kekadang tu ade jugak keinginan nak bekerja balik. Rindu wei. Gila tak rindu. Pernah pegang duit sendiri. Nak beli apa-apa pun boleh, tak mintak orang. Boleh kasik kat mak sikit. Boleh belanje orang sekali sekala. Boleh buat simpanan. Boleh macam-macam la. Sekarang dah tak kerja ni, duit pun harap kat suami je la bagi. Hidup pun kena bersederhana. Hew hew.


Nurse kat kelinik pun setiap kali aku pergi buat check-up perot, setiap kali tu la asyik duk tanya kat aku, tak nak kerja dah ke? Rugi ada degree tapi tak kerja. Kekadang penat jugak nak menjawab. Haha. Aku cakap aku kerja sendiri je. Buat kerja secara online. Jadi freelance designer. Dorang paham ke idok ape kebenda kerja yang aku bagitau tu, entah le labu. Lantak deme. Kui3.


Tapi itulah. Yakin je la dengan rezeki Allah. Aku yakin yang berlaku ni pun dengan keizinan Allah jugak. InsyaAllah kalau ade rezeki, aku dan encik CH pun ada plan nak bukak bisnes. Tengah kumpul modal sikit-sikit ni. Harapnya satu hari nanti terlaksana. Semoga Allah permudahkan. Amin.



Bisik-bisik :: I'm proud to be a housewife. Tetibe. Hew hew hew.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 12 March 2014

Naiktaraf Status



Assalamualaikum. Hai!


Tahun 2012, setelah 7 tahun bertaaruf (taaruf la sangat..hik3) paling tepat adalah berkenalan dan bercintan cintun dengan encik CH, status naik 1 taraf jadi tunangan beliau. Tahun 2013 naik lagi satu taraf jadi seorang isteri yang disayangi (aiseh..hehe..) selepas 10 bulan bergelar tunang. Dan..... tahun 2014 ni pulak insyaAllah akan naik satu lagi taraf menjadi seorang emak kepada seorang anak. Emak. Hak3. Macam klasik je panggilan itu.


A'ah. Betul la tu. Itu la berita gembira yang nak dikongsikan dengan korang. Saja dirahsiakan dulu. Kalau ikut hati dah beranak kang baru nak kongsi. Hehe. Bajet macam orang ambik tau je pasal perkembangan diri. Perasan nau si Shahada ni. Ko ingat ko tu blogger selebriti ke? *ngata diri sendiri*


Alhamdulillah. Kandungan dah nak masuk 7 bulan lagi beberapa hari. Badan semakin sehat. Perot pun semakin membesar dan maju ke depan dengan jayanya. Haha. Dulu pun masa bujang perot ada la maju ke depan sikit. Tapi kecik je la takde isi. Lemak je lebih. Eh..bukan lemak. Tapi double pack. Kui3. Masa tu boleh lagi nak tipu pandangan mata orang dengan memakai korset konon perot kempis.


Tapi...sekarang tidak lagi. Nak tahan napas konon nak kasik perot kempis tak boleh dah oi. Buncit ni lain macam sikit. Hehe. Encik CH pernah usik sambil usap-usap perot iols yang comel ni dengan berkata, "Eh..sayang buncit la sekarang ni. Kuat makan eh?" Tskkkk. Sampai hati sungguh beliau memerli diri ini. Ini buncit bukan sebarang buncit ok. Ini buncit ade isi tauuuuuu.


Jadi entri kali ni nak kongsi la pengalaman naik taraf bakal jadi emak ni. Pengalaman terindah dalam hidup seorang yang bernama Shahada. Btw, nanti anak iols panggil iols Ummi ye, bukan emak. Saja je dalam entri  ni taip emak. Sebab rindu kat emak tercintaku yang jauh di mata. Hehe.

Ni gambar masa kandungan dah 5 bulan. Mak minta gambar nak tengok anak beliau yang dah memboyot yang jauh di mata beliau. Jadi kite paksa suami ambikkan. Hehe.


Bila dapat tahu diri dah berbadan dua?
Sebenarnya berita gembira ni dapat tahu pada hari Jumaat 11/10/2013, selepas 6 minggu bergelar seorang isteri. Masa tu kandungan pun dah lebih kurang 5 minggu dalam perot ni kalau ikut kiraan yang diajar dari 1st day last period iols. Itupun kakak kesayangan yang ajar camne nak kira. Hahaha. Ngek betoi tak reti formula nak kira. Apa punya pompuan daaa.

Mak yang excited suruh aku cepat-cepat test guna UPT. Beliau jugak yang excited belanje iols beli UPT tu tau. Awal gila dia kejut bangun Subuh pagi Jumaat tu. Tak nyabo suruh iols buat test urin. Hehe. Excited mak i ni tau. Aku masa tu takot-takot nak pi buat. Kang hampa kalau tak positif ujiannye walaupun naluri ni memang rasa diri ini dah termengandung. Kui3.

Sekali lepas dah buat test tu, rasa macam nak pitam jap tengok laju je 2 jalur terhasil kat alat tersebut. Haha. Alhamdulillah..positif. Syukur sangat. Rezeki awal Allah nak bagi. Terus wechat gambo hasil ujian kat encik CH yang jauh di mata nak bagi tahu berita gembira tu.

Bunting pelamin? Iye la kot gamaknye. Ramai cakap aku bunting pelamin. Btw, bunting pelamin tu apa? Haha. Takpa. Nanti cheq gugel sendiri. :P


Camna boleh rasa yang diri tu sebenarnya peknen?
Errr..aku memang takde morning sickness yang uwek uwek nak muntah bile bau itu ini tengok itu ini. Cumanya masa awal-awal tu selalu jugak sakit kepala. Lepas tu kerap betoi nak pi encing. Jap jap nak pi encing. Dalam sejam tu berkali-kali la muka ni jamban kat rumah tu kena hadap. Haha. Miss T pun sakit yang amat la sangat nye. Berdenyut-denyut dan berat rasa. Yang paling kompomnye sebab bulan 10 tu tak mai period pada tarikh yang sepatutnya la. Lepas tu dah buat test urin tu sahih-sahih la positif jawapannya. Jadi kompom la iols ni dah 'berisi'. (^_^)


Gejala-gejala sepanjang peknen.
Untuk trimester pertama awal-awal peknen tu, macam yang aku bagitau tadi aku takde pun morning sickness. Langsung takde. Tak uwek-uwek pun tanpa sebab musabab yang tak munasabah. Rileks je iols. Hehe. Tapi bile time berus gigi tu ade la rasa macam loya gitu. Tak muntah pun. Lagi satu memang tak boleh nak makan nasik. Kompom nak terkeluar balik. Pastu tak selera nak makan yang mak masak. Kalau sendiri masak ok je. Kurang asam punya anak. Dia taknak bagi emak die ni malas memasak oi. Haha.

Masuk trimester kedua, boleh dah makan nasik. Bertambah-tambah lagi sampai berat pun naik mendadak. Padan muka! Still lagi rasa loya masa berus gigi. Tak gosok gigi kang mulut berbau. Jadi tabah je la menggosok gigi seperti biasa. Hehe.

Ni dah nak masuk trimester ke-3 ni, kaki selalu le bengkak. Tambah-tambah kalau berjalan banyak dan berdiri lama. Lagi satu aku ni suka gantung kaki bila duduk atas kerusi. Almaklum, kaki pendek. Ayah mertua cakap sebab tersumbat tu yang jadi gitu. Beliau rajin le picit kaki aku kalau beliau nampak macam gemuk semacam je kaki ni. Ehehe. Pastu baru-baru ni sendi tangan kanan ni sakit dan kebas gitu. Kalau gerak ibu jari je mesti sakit. Memula ingatkan salah tido. Rupanya sebab terkena Carpal Tunnel Syndrome (CTS). Nangis oi bila sesekali sakit tu menyerang. Sakit sangat! Lepas beranak nanti baru hilang. Wuu.

Lain-lain gejala yang pelik-pelik takde kot. Ngidam-ngidam benda bukan-bukan pun takde setakat ni. Cumanya tekak ni macam berlagak sikit time peknen ni. Nak makan pizza la, berger abang yang jual kat depan taman perumahan kat Penang nun, spagethi, sandwich Subway, french fries dan seangkatan dengannya. Selera western oi. Haha. Eksyen! Suka jugak makan menda masam. Masa awal peknen tu tak putus bekalan pelam maksu dengan paksu kesayangan iols bagi. Dorang pun rajin belanja aku tomyam. Tomyam kan masam. Hehe. Menda manis memang tak boleh nak telan. Sekarang ni boleh dah la sikit-sikit. Itu je la kot rasanya gejala-gejala yang dialami.



Haa..panjang berjela dah entri ni. Eksaited nak cerita kat korang punya pasal. Taip sampai tak sedar dah panjang menjejeh-jejeh aku bercerita. Hoho. Nanti aku share lagi ye pengalaman yang lain. Banyak lagi ni tak cerita. Takkan nak sumbat satu entri ni je. Tak best la. Kang takde menda nak cerita dah pulak. Jumpa entri seterusnya ok!



Bisik-bisik :: Rezeki pertama lepas kahwin ni, rezeki anak. Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki yang lain pulak menyusul nanti. InsyaAllah. Amin. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 26 February 2014

Kembali aktif menulis..mampu ke tak? :P



Assalamualaikum. Hai!


Tak tahu nak mulakan dari mana. Macam makin kekok pulak nak menulis sebab sejak start bizi dengan persiapan nak kahwin dulu, dah kurang belek blog. Lepas dah kahwen lagiiiiiiiiiii la makin tak tersentuh belog busuk kesayangan ni ha. Tambah-tambah bile dah pindah Ganu stay kat rumah mertua. Memang lagi jarang le den nak mengonline kan diri. Sebab line internet pun semput-semput. Sian kat blog ni terabai oleh tuan die. Hehehe.


Memang rindu nak aktif balik menulis ni. Maklum le memang menulis ni pernah jadi hobi dulu. Tapi tu la. Keadaan line internet yang pemalu segan nak mati ni kekadang buat den macam nyampah nak on laptop.


Tak boleh dah nak tulis blog atau buat kerja design meniarap cenggini. Wuuu..*kasik hint sikit..:P * 


 Lagipun, sekarang ni nak tulis apa-apa pun pasal diri kena mintak izin encik CH dulu. Dapat green light baru boleh nak melalak kat blog. Dah jadi isteri orang le katakan. Kena jaga sikit adab. Bukan kat dunia realiti je. Kat dunia maya ni pun sama. Tak boleh nak huha huha sangat macam masa muda mudi bujang trang tang tang dulu kala. Huehuehue. Sedor pun diri ek Cik Puan Shahada. :P


Sekarang ni tengah mengumpul kekuatan dan mengerah otak untuk bekerja keras menjadi kembali kreatif untuk siapkan semua kerja design yang dah banyak dan lama sangat tertangguh. Huhu. Sian kat customer lama menunggu dengan penuh sabar. Maaf sesangat. Saya sedang gigih berusaha ni. Harapnya dapat siapkan dalam masa terdekat. InsyaAllah.


Sian pulak kat customer. Apa la aku ni eh. Nak berbisnes buat kerja secara online konon, tapi lembabs sangat buat kerjanye. Huhu. Maaf. Selow macam siput sikit buat kerja sebab keadaan diri ni tak berapa nak mengizinkan sangat. Tak boleh dah nak bersengkang mata sampai tak tidur siapkan kerja macam masa bujang dulu. Kena jaga kesihatan sikit sekarang ni.*kasik hint lagi..hehe..*


Err...nanti la cerita pasal tu eh. Ni sekadar nak memanaskan kembali blog je sebab suami dah bagi izin untuk aktif melalak kat blog ni semula. Yeay! Mekaseh suami. Hehe. (^_^)



Bisik-bisik :: Harap-harapnye tuan blog ni istiqamah le nak 'panas'kan blog die ni eh. Kui3.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 19 January 2014

Sunyi sepi..Ke mana menghilang?



Assalamualaikum. Hai!


Last update belog busuk aku ni tengah bulan November tahun lepas. Ni dah masuk setengah bulan untuk tahun 2014, baru aku muncul balik. Uiyooo. Lama jugak aku menghilang eh. Pesebuk aku pun dah lama tak terjenguk. Apatah lagi emel. Ahaiii. Maaf le buat customer yang tercari-cari aku, tapi aku tak bagi respon. Uhuhu. Mintak ampun.


Ke mana aku menghilang? Ada je masih bernyawa dengan izin Allah sehingga kini. Cumanya terputus dengan dunia maya buat seketika. Sebabnya, aku dah pindah ikut suami ke kampung halaman beliau kat Terengganu ni. Aku tinggal dengan mertua sekarang ni di sebuah kampung di daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu. Best duk kat kampung. Aman damai. Ehehe.


Tapi...talian internet tak berapa nak comey kat sini. Itu je la yang tak berapa nak seronok tu. Terpaksa la 'hilang' jap dari dunia siber ni. Berukben meksis iols tu langsung tak dapat signal uols. Uhuhu. Ayah mertua dengan mak mertua aku kesian kat aku sebab dorang tahu aku buat kerja secara online. Tanye-tanye jugak camne la aku nak buat kerja. Lepas tu, encik CH ambik inisiatif cuba daftar kat TM nak masukkan tepon dan talian internet kat rumah mertua ni. Tapi sedihnye la hai TM kata tak leh nak pasang. Pasai ape tak boleh, entah le. Tak pergi pulak opis dorang gi tanye. Maleh. Wat sakit hati je nanti. 


Ye la. Aku ni dah eksaited memula masa dorang anto mesej kat encik CH kata nak datang pasang sekian-sekian tarikh. Aku ni tercongok la tunggu, tak sampai-sampai. Sehari, dua hari, tiga hari, tak jugak muncul-muncul orangnye. Tetibe dah seminggu encik CH dapat mesej dari sistem dorang kata tak boleh nak pasang. Tah pape. Ingatkan hebat servis dorang ni, kat kampung pun boleh nak internet-internet. Tapi hampa hatiku. Merajuk dengan TM. Huh!






Lepas tu encik CH kata, nak try berukben celcom pulak. Dan alhamdulillah, akhirnya ada jugak signal walaupun kekadang tersemput-semput. Boleh la tu dari takde langsung kan. Kena sabar sikit la. Jadi aku nak mintak maaf sangat-sangat pada mereka yang cari aku tu. Saya tak sengaja. Bukan nak senyapkan diri pun. Tapi ada masalah sikit. Ni baru nak bernafas balik la ni. Uhuhu. Harapnya sudi memahami dan dapat memaafkan diri ini yang tak mampu mengelak dari masalah tersebut. Jangan marah noooo.


Alhamdulillah. Boleh dah aktif buat kerja secara online balik. Boleh dah nak deal dengan customer. Boleh dah nak membebel kat belog tercinta ku ini. Boleh dah nak gugel2. Boleh dah nak skodeng belog dengan pesebuk orang. Eh? Hehe. Yeay! Mekaseh encik suami tercinta. Ailebiu foleber la. Terima kasih jugak kat celcom. Hebat la servis. Kui3.


Kemain panjang lebor explanation den bagi sebab tak dapek dihubungi kek alam maya ni ha. Buat customer lama dan bakal customer den, jangan marah-marah lagi tau. Den mintak maap. Sekarang jugak den mula kan buat kojo. Nanti den respon eh. Huk3! *tetiba nak cakap nogori sembilan*



Bisik-bisik :: Entri ini banyak ulangan perkataan 'mintak maap'. Harap maaf. Uhuhu.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com