Wedding DIY Project : Bunga Telur
Shahada Fauzi
Sunday, July 21, 2013
29 Comments
Assalamualaikum. Hai!
Memandangkan aku ni adalah pengantin bajet ciput, hehe.. maka semua menda alah yang remeh temeh aku akan DIY. Gigih tak? Ye la..kalau nak beli yang siap pun ingat tak guna banyak duit ke? Mahai kot. Baik buat sendiri je. Bajet dah tentu-tentu la tak banyak nak kena keluar. Lagi satu, lebih puas hati sebab hasil tangan sendiri yang nak kata kreatif sangat tu idok le jugak nye pun. Hehe.
Kalau hari tu aku DIY Guestbook, kali ni aku DIY bunga teloq pulak. Puas hati habaq hang bila buat sendiri walaupun ambik masa la jugak nak siap nye. Uhuk! Sekarang ni aku baru buat 70 kuntum. Itu pun belum siap sepenuhnya lagi. Baru buat kuntum nya. Badannya belum buat lagi. Kendian baru nak buat. Ada lagi 130 kuntum menanti. Sob sob.
Memang aku bajet nak buat 200 kuntum bunga telur. 100 kaler macam contoh kat bawah. 100 lagi kaler 'rahsia'. Siapa yang cepat dia la yang dapat nanti. Kalau tak dapat jangan marah ye. Ni bunga telur yang nak letak kat pelamin punya. Kalau nak, kena pi ambik sendiri kat pelamin masa hari kejadian. Haha.

Okey. Ini aku nak kongsikan camna aku buat bunga telur ni. Versi Cik Shahada punya. Hehe. Memang sebelum aku buat yang versi aku ni, aku gugel merata dah nak tengok bunga tisu orang lain buat camna. Comei-comei je. Bulat-bulat kembang mekar semuanya. Jadi aku taknak la buat sama pattern macam orang punya. Aku pun buat la eksperimen sendiri nak jadikan bunga tisu aku tu lain macam sikit. Menjadik weh! Nasib baik cantik. Seronok gila rasa. Hehe.
Jadi kat bawah ni langkah-langkah nak buat bunga telur tisu versi cik Shahada. Aiseh! Jom tengok! Nanti aku share bajet nak buat bunga ni dan bahan-bahan yang aku guna.
![]() |
Duduk saje-saje depan tv tu boleh la lipat-lipat tisu jadi bentuk kipas banyak-banyak. Hehe. |
Itulah bunga tisu versi cik Shahada. Hehe. Sekarang mari kita kira bajet pulak.
Tisu IKEA (2 bungkus : 100 keping) = RM11.90 x 2 = RM23.80
Lidi (2 bungkus : 200 cucuk) = RM2.70 x 2 = RM5.40
Manik bunga (18 bungkus : 216 kuntum) = RM2.25 x 18 = RM40.50
Soletep bunga (5 gelung) = RM0.90 x 5 = RM4.50
Riben = FREE (ready stock)
Kain net = FREE (ready stock)
TOTAL = RM74.20...Murahnya! Dengan harga tu dapat 200 kuntum bunga telur. Wohoo. Andai kata kena beli riben dan kain net tu pun rasanya ada dalam RM120 je la kot. Kalau beli yang siap punya mahu ratus-ratus habes. Sangat super jimat. Yeay! Hehe.
Semua ni aku buat sensorang tanpa bantuan sesiapa pun. Kalau ade yang offer nak tolong pun macam mak, memang aku tak kasik. Biar aku buat sorang takpe. I is cerewet ye. Kang orang buat tak kena macam yang aku nak kang aku pulak yang bertukar jadi hulk mengamuk tak tentu hala. Haha. Lebih baik aku buat sendirian berhad. Takde la dapat dosa marah orang je nanti. Sobs.
Selain DIY bunga telur ni, aku ada jugak DIY untuk centerpiece atas meja makan tetamu dan korsej untuk famili. Pakai la kome semua korsej hasil tangan aku yang mabeles itu. Hahaha. Sekarang tengah gigih nak siapkan. Malam-malam lepas buka puasa dah kena start buat. Terpaksa la ponteng terawih kat masjid. Buat sendiri je kat rumah sebelum kroih kroihh membuta. Tu pun kalau tak mengantuk tahap gaban. Uhuk! Teruk betoi aih perangai cik Shahada korang ni. (-_-")
Ni aku tengah gigih print kad pulak. Tu yang stop sekejap buat bunga. Sempat la nak menaip satu entry ni ha untuk korang sebelum sahur. Aku belum tidur lagi ni. Arghhhh. Ngantukss. Huhu. Kalau ada yang nak try buat bunga tisu macam aku ni, ikut je step yang aku kongsi kat atas tu ye. Selamat mencuba! Sonang je tu. Tapi kalau malas nak buat, nak upah aku pun boleh saje. Aiseh. Kemain tu offer nak buat yang orang. Sendiri punya pun jenuh nak siapkan. Hehe.

Bisik-bisik :: Nanti aku share pasal kad pulak ye! Pengantin bajet memang camgini. Semua pun nak buat sendiri. Haha!