Dia Lebih Sayangkan Kamu

Assalamualaikum. Hai!


Tiga tahun yang lalu [4 April 2010] aku jadi photographer untuk majlis nikah dia. Sebulan lepas tu [1&2 Mei 2010] aku masih lagi jadi photographer untuk majlis kenduri dan bertandang dia. Hampir setahun lepas tu [8 Mac 2011], aku pergi melawat dia kat hospital sebab dia lahirkan anak yang pertama. Semalam aku pergi lagi hospital melawat dia sebab dia lahirkan anak yang kedua Ahad yang lalu. Tapi kali ni melawat hanya dapat tengok dia saja. Sebab.....baby dah selamat dikebumikan. Sedih. T_T


Dia tu adalah kazen aku yang sebaya dengan umur aku. Dan ya, semalam kazen aku kehilangan anak kedua yang baru dilahirkan. Semasa saat melahirkan berlaku sedikit masalah menyebabkan kazen aku terpaksa tanggung kesakitan dalam tempoh yang lama dan baby lemas dalam kandungan sebelum doktor decide nak bedah pada saat akhir. Lepas pembedahan berjaya baby terus masuk ICU. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam nak salahkan pihak hospital. Tapi mungkin ini semua sudah ditentukan oleh Allah.


Tak dapat aku bayangkan perasaan dia sekarang macam mana. Kena berpantang tanpa anak di sisi. Allahuakbar. Sesungguhnya semua ini dugaan yang sangat hebat buat kazen aku. Aku hanya mampu berdoa semoga dia dikurniakan kekuatan untuk menerima dengan redha pemergian anak kedua dia ni.


9 bulan lebih baby dikandung. Ke mana-mana dengan ibu dia. Makan, tidur, mandi, solat, dan apa je yang dilakukan semua dibuat bersama-sama. Sampai saat dilahirkan, dia pergi tinggalkan ibu dia. Allah. Semoga kazen aku tabah. Semalam aku hanya dapat tengok gambar baby je. Tak berkesempatan nak menatap secara berdepan. Sayu tengok gambar baby yang nampak sempurna segalanya. Lagi sayu tengok badan dia penuh berselirat dengan wayar-wayar. Allah. Sedihnya. Tak mampu nak gambarkan rasa hati ni.


Walaupun aku masih belum bergelar ibu, tapi aku dapat rasakan kesedihan yang ditanggung oleh kazen aku. Masa melawat dia semalam memang aku tak dapat nak bendung rasa sedih yang bersarang dalam hati ni dengan berita pemergian baby dia. Sayu sangat. Tengok pulak air muka dan wajah sayu dia, lagi sebak rasa hati. Allah. Masa sedang taip entry ni pun air mata aku bergenang.


Hati masih terasa sayu tapi orang cakap berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga kazen aku tabah dan kuat semangat untuk menerima segala ketentuan Allah ni. Sesungguhnya Dia lebih sayangkan kamu baby. Dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali. Dia, Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. InsyaAllah anak tu akan tunggu ibu dia kat sana nanti. Wuuuu...sedihnya rasa.


*Maaf entri ni kosong takda gambar. Gambar baby biarlah kami je simpan untuk tatapan kami sekeluarga sahaja.*



Bisik-bisik :: Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk baby tu ye.

9 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Ya Allah...moga kazen Sha tabah...

    BalasPadam
  2. kes baby lemas ni ada kawan sy pun pernah jd kat dia. Doktor paksa juga di bersalin normal even dia dah tak mampu.. akibat dari baby dia lemas tu sekarang baby dia tergolong dalam kanak2 istimewa. Memang semua tu ketentuan Allah juga.. tp bila fikir kecuaian manusia memang kadang2 timbul jugak rasa tak puas hati & nak tuntut keadilan, kan?? Apapun anak tu di syurga.. Takziah kepada kazen cik sha & semoga dia tabah hadapi Ujian Allah ni

    BalasPadam
  3. @THE LEKAT LEKIT STORY :: kazen saya kes yg sama jugak mummy..depa paksa kazen saya beranak normal..padahal pintu dah mmg tak leh nak terbuka lagi..lepas tu baby pulak besar..lastly jd bleeding..luka yg lama masa 1st baby lahir terbuka balik..masa tu kazen saya dh lemah dh..smpai doc suh decide nk selamat ibu ke anak..tapi ini mmg kes kecuaian manusia..saya rasa nak marah sangat dgn pihak hospital..huhuhu..harapnya kazen saya kuat..tak terdaya saya nak tengok die sedih..hanya mampu bg kata semangat je dan doakan yg terbaik untuk dia..

    BalasPadam
  4. @Naurah :: tu la sedeh sangat..ibu dia mesti lagi berganda sedeh..huhu..harapnya si ibu tabah..

    BalasPadam
  5. takziah untuk keluarga kezen ko shah..risau lak pasal bini aku nak besalin tak lama lagi ni..semoga semuanya selamat la..

    BalasPadam
  6. @Ym.Bundle :: terima kaseh..insyaAllah aku sampaikan nnt salam takziah ko..

    ko banyak2 la berdoa untuk isteri ko..kalau die pernah terkecikkan hati ko ke ape ke ko maafkan dan redha eh..aku doakan semoga isteri ko selamat melahirkan dan baby serta maknye sehat2 je nnt..insyaAllah..

    BalasPadam
  7. baby tue tunggu mak dia..

    BalasPadam
  8. @Zura Zue :: insyaAllah kak..mudah-mudahan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan