RSCreative Enterprise Dah Setahun

Assalamualaikum. Hai!


Alhamdulillah. Jumaat yang lepas aku dah renew lesen bisnes aku. Diam tak diam, dah setahun rupanya usia kompeni kecik yang aku daftarkan tahun lepas tu. Ambil cuti hari Jumaat tempoh hari semata-mata nak setel kan hal renew ni ha kat SSM Seberang Jaya. Boleh pulak aku terlupa tarikh sepatutnya lesen bisnes aku tu mampuih. Bertuah sungguh!


Sebenarnya aku memang alert yang tempoh bisnes aku tu akan tamat tempoh dalam bulan Februari 2013 ni. Cumanya terlupa tarikh tu bila. Lepas tu dengan bz kerja kat opis yang super berlambak-lambak memang terus 'hilang ingatan' kejap pasal hal ni. Elok dah sampai tarikh tu tetiba teringat nak belek balik dokumen. Memang baguih la sangat. Dah overdue dah.


Masa daftar dulu aku buat secara online je. Ingatkan nak renew boleh la jugak buat online. Tapi sebab dah tamat tempoh memang harapan la nak boleh buat secara online. Kalau nak buat secara online kena dalam masa 3 bulan sebelum sampai tarikh tamat tempoh. Tak pasal-pasal kena pergi menapak kat pejabat SSM buat secara manual. Disebabkan dah terlebih dua hari lewat, kena kompaun doploh hengget la. Sadis! Huhu. Salah sendiri jugak. Padan muka!


Yeay! Dah renew lesen. I'm THE OWNER of RSCreative Enterprise. Heeee....(^_^)


Tapi apa-apa pun, aku bersyukur la dah selesai jugak hal renew lesen ni. Alhamdulillah. Walaupun buat secara kecil-kecilan je, tapi aku rasa berbaloi bila daftarkan. Biar la takde banyak sangat dapat job pun, asalkan bisnes yang aku buat ni berdaftar. At least rasa macam berkat sikit duit upah yang aku dapat dari customer.


Memang diakui sekarang ni dah ramai sangat yang kreatif dan ambil upah design-design ni. Even budak sekolah pun ada jugak ambil upah designing ni. Ada yang berdaftar, ada jugak yang tidak. Ada yang ambil mahal dan ada yang ambil murah sangat-sangat upah. Tapi aku percaya pada rezeki. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Yang penting kena percaya dengan Allah dan kena kuat berusaha. Kalau ada rezeki tak ke mana. InsyaAllah.


Terima kasih pada yang selalu support aku. Jasa kalian memang tak termampu aku nak balas. Hanya doa yang mampu aku hadiahkan semoga rezeki kalian juga dimurahkan dan diperluaskan oleh Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Harapnya kalian tak jemu nak terus support aku la ye. Hehe. Tenkiu~~~



Bisik-bisik :: InsyaAllah. Aku dalam perancangan nak berhenti kerja untuk fokus dengan bisnes aku ni. Doakan yang terbaik untuk aku ye. (^_^)

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. bestnya ada bisnes sendiri...gud luck yer

    BalasPadam
  2. @nini :: alhamdulillah..buat kecik2 je..insyaAllah..mekaseh..(^_^)

    BalasPadam
  3. best kan kalau ada bisnes sendiri ni :)

    BalasPadam
  4. In Sya Allah berkat doa pasti akan berjaya
    k.ena doakan utk kejayaan shah
    cha yok cha yok

    shah jom join contest di blog k.ena :)

    BalasPadam
  5. @Liza Razak :: alhamdulillah..bestt..tapi kena rajin..kalau malas takde la hasilnye..hehe..

    BalasPadam
  6. @shazrina :: terima kaseh..alhamdulillah..diam tak diam dah setahun..hehe..insyaAllah..semoga terus istiqomah la hendaknya dan dirahmati Allah..^_^

    BalasPadam
  7. @zarena heeney :: terima kaseh kak! akak supporter terkuat saya nih..hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan