Tuesday, 28 August 2012

~Pertemuan Dua Keluarga Akhirnya Terlaksana.~



Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah 10 hari kite dalam bulan Syawal kan? Ada yang baru mula bekerja setelah puas cuti raya minggu lepas. Ada lagi yang masih bercuti. Amboi bestnye la hai. Lama benau cuti raya nye. Ambil cuti 2 minggu ke? Kat mana la korang kerja tu eh. Nak try apply la kerja tempat korang. Hehe. Ada jugak yang baru je nak bercuti sebab raya tempoh hari kena bekerja, kan? Apa-apa pun semoga cuti tu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Jangan lupa pergi menziarah sedara mara dan ahli keluarga yang dah lama tak jumpa tu. Maklum la sebelum ni memasing sibuk dengan kehidupan sendiri.  (^_^)


Bila musim raya ni seronok nak membelek fesbuk sebab ramai sangat kongsi gambar raya masing-masing. Hanya mampu skodeng je la album gambar raya kawan-kawan. Tumpang gembira tengok masing-masing dengan wajah ceria sambut raya. Ada yang first time sambut raya sebagai suami isteri. Ada yang first time sambut raya kat kampung mentua. Ada yang first time sambut raya dengan baby yang baru lahir. Macam-macam. Seronok tengok. Aku takde album khas. Maklum kurang bergambar. Ada la 2-3 keping. Simpan untuk tatapan sendiri je. Huhu.


Oh ye! Musim cuti perayaan ni jugak ramai yang ambil peluang nak meraikan hari bahagia kan? Ada yang melangsungkan pernikahan. Ada yang mengikat tali pertunangan. Wahhh. Tahniah buat mereka-mereka yang terbabit dengan hari istimewa ni. Alhamdulillah. Dipermudahkan segalanya oleh Allah. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Aku ada jugak dapat jemputan dari kawan-kawan. Tapi tu la. Tak berpeluang nak menghadirkan diri. Maaf dihulurkan. Hanya doa yang mampu dikirimkan mengiringi korang. Semoga berbahagia. Aku tumpang gembira. (^_^)


My Lovely Family. I Love Them So Much!
*Famili kakak takde dalam gambar sebab beraya kat Sabah*


Mmm. Masih dalam mood raya ni rasa seronok pulak nak menaip pengalaman raya sendiri tahun ni. Takde la apa yang istimewa sangat pun sambutan raya aku. Takde ikatan pernikahan mahupun pertunangan. Belum masanya lagi. InsyaAllah coming soon. Hehe. Cumanya raya tahun ni agak istimewa sebab aku berpeluang menemukan famili aku dengan famili encik CH untuk perkenalan kali pertama. Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Gembira rasa hati tak terkira. Rasa nak senyum sepanjang masa. Amboi. Kemaen lagi cik sha korang ni kan. Kih3. ;p            


Sebenarnya, paksu aku yang offer nak pergi Terengganu beraya dengan famili encik CH. Aku pun apa lagi, dengan rasa teruja yang membuak-buak ofkoz la nak kan. Peluang terhampar di depan mata. Maklum la last jumpa encik CH bulan 3 yang lalu masa kenduri besfren aku kat sana. Ini kira perjumpaan kali kedua la dengan beliau untuk tahun ni. Mesti la teruja wei. Hehe. Raya ketiga kami bertolak ke Kelantan dulu beraya dengan famili paksu aku kat sana. Esoknya raya ke-4 kami bergerak ke Terengganu.


Aku memang dah kenal rapat sangat dengan famili encik CH. Maklum la muke tak malu kan? Rajin benau pergi kampung beliau tu. Tak ngekor kakak beliau balik kampung, aku pergi sendiri. Encik CH pun dah beberapa kali bertemu dengan famili aku. Cuma famili aku dengan famili die je belum berjumpa. Setelah hampir 7 tahun aku dan encik CH berkawan, akhirnya impian aku nak menemukan kedua-dua buah keluarga tercapai sebelum proceed ke langkah seterusnya. Ehem! Alhamdulillah.


Itulah pengalaman raya paling berharga untuk aku rasanya. Suka sangat sebab nampak gaya kedua-dua belah famili menerima baik antara satu sama lain. Bersyukur tak terkata. Semoga Allah mengekalkan ikatan persaudaraan yang telah terjalin tersebut. Bagi aku, takde apa yang lebih mengembirakan bila keluarga yang aku sayangi boleh ngam dengan bakal keluarga baru aku nanti. Sebab, aku nanti kahwen bukan dengan encik CH semata tau. Sekali dengan famili die aku dianggap 'berkahwen'. Begitu juga pada diri encik CH. Jadi haruslah ada connection yang kukuh dan baik dengan famili masing-masing. Betul tak?


Sekadar berkongsi pengalaman. Tiada niat untuk menunjuk hubungan aku dengan encik CH yang belum ada ikatan sah lagi ni. Maafkan aku kalau ada terlebih sana sini ceritanya. Korang ambil yang baik-baik saja oke. Semoga entri ni ada manfaat dan pengisian yang berfaedah buat korang bukan bacaan kosong semata. Nak tahu camne aku tambat hati keluarga encik CH, boleh lah baca entri aku yang ini : Rahsia Hubungan Rapat Dengan Keluarga Bakal Mentua.



Bisik-bisik :: Raya tahun ni 'solo' lagi. Mungkinkah raya tahun depan 'duo' pula? Tungguuuu~~ Hehe.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 17 August 2012

~Raya di rantauan~



Assalamualaikum. Hai!


Memandangkan raya bakal menjengah lagi beberapa hari, jadi nak menulis pasal raya la hari ni. Bukannya apa. Seminggu nak habes puasa ni, bila tengok kat new feeds pesbuk sendiri semua kawan-kawan update pasal raya. Pergi shopping baju raya la, buat kueh raya la, dapat cuti raya la, nak balik kampung sambut raya la. Semua pasal raya raya dan raya. Eh? Macam la diri sendiri takde tulis status pasal raya. Ehehe. Memang pun ada. Tapi pasal duit raya je. Aku kan mata duitan. Boleh camtu? Hoho.


Hmm..bila sebut pasal balik kampung ni rasa syahdu pulak diri ini. Maklum la takde kampung. Sob sob. Kerja kat Penang, tinggal pun serumah dengan mak. Arwah tokwan dengan tok pun dulu stay sekali. Tanah kat kampung nun dah dijual dek arwah tokwan sebab nak stay kat rumah arwah abah beli ni ha. Jadi celah mana la nak datang nye kampung. Sian kat aku.


Pernah merasa balik kampung pun masa kecik-kecik dulu la. Sebelum arwah tokwan dengan tok pindah kat rumah ni. Lepas dorang dah pindah, balik kampung pun rumah taman ni je la. No more rumah kampung berdinding papan beratap zink jamban kat luar. Bila arwah abah meninggal terus pindah stay sekali dengan arwah  tokwan dan tok kat sini. Lagi la memang terus takde kampung. My home is my kampung. (-_-")


Oh ye! Tetiba pulak teringat nostalgia beraya kat kampus masa belajar dulu. Masa study dulu pun, aku tak pernah balik beraya di rumah/kampung. Sebab apa? Sebab cuti yang singkat dan takde ongkos nak beli tiket flight yang mahal nak mampus bila tiba musim raya. Sedih betol. Memang la aku study bukan kat obersi, cuma kat Sabah je. Tapi kesyahduan tetap terasa sebab beraya jauh dari keluarga tercinta. Mak aih..kemaen syahdu lagi ayat aku. Hehe.


~Spot me where! ;p~


Gambar kat atas ni masa aku 2nd dan 3rd year. First year takde amik gambo sebab belum ade kamera. Hehe. Masa kat kampus dulu, aku beraya dengan kengkawan yang senasib tak balik kampung macam aku. Pergi mesjid solat sunat aidilfitri. Nanges-nanges masa takbir. Peluk-peluk, shium-shium pipi, salam-salam mintak ampun dengan kengkawan. Lepas tu balik bilik tunggu mak tepon. *Anak bertuah. Haha.* Nanges-nanges lagi dengar suara mak. Kuat nanges betol. (-_-")


Dah puas nanges turun pulak pergi jumpa encik CH nak beraya mintak ampun sebab jadik gelpren yang degil takmo dengar cakap die. Mintak maap masa raya, nanti lepas raya buat balik perangai degil. Biasa la tu. Kuikuikui. Kendian pergi beramai-ramai dengan kengkawan melantak kat Jamuan Hari Raya yang pihak kolej sediakan. Tak ingat pulak makan free ke kena bayor jamuan tu. Rasanya bayo kot. Entah. Tapi cenggitu la raya aku masa kat kampus setiap tahun. Raya di rantauan. Hehe. Tetiba rindu pulak!


Jadi buat mereka yang tak dapat pulang beraya di kampung halaman dan terpaksa beraya di rantauan, mungkin sebab berada jauh di luar negara samada bekerja atau belajar, atau tak dapat cuti kerana tuntutan kerja, semoga tabahkan hati time pagi raya nanti. Jangan meraung ye. Hehe. Tapi jangan lupa calling famili yang kat kampung tu mintak ampun maaf dengan semua. Through phone pun boleh je.


Buat yang dah lupa diri tak ingat nak balik kampung jumpa mak bapak, mungkin sebab merajuk dengan mak bapak atau memang jenis tak kenang budi tu, insaf-insaf lah ye. Sampai bile nak jadi pelarian dari keluarga sendiri? Raya-raya cenggini la masa yang sesuai untuk berbaik-baik dengan ahli keluarga jika pernah berlaku perselisihan faham sebelum ni. Jangan nak ego tinggi melangit sangat. Haishh. Cepuk kang! Tetiba membebel. Hehe.


Btw, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca Belog Riesha Ariesha. Semoga raya ni memberikan kenangan yang lebih bermakna buat semua. Semoga kita masih diberikan peluang dan kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang. Sedih pulak Ramadhan dah nak berakhir. Huhu. Maafkan aku sekiranya sepanjang penulisan dan celetoh aku di belog ni pernah menyentuh hati dan menyinggung perasaan korang. Maaf jugak seandainya penulisan aku ada terkurang di sana sini yang korang tak berkenan. Minta maaf sangat-sangat.



Bisik-bisik :: Bergembira dan bersyukur pada masa yang sama. Jangan lupa pada yang tak mampu.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 10 August 2012

~Bazar Ramadhan :: Manusia Kebal~



Assalamualaikum. Hai!


Pada yang dah biasa dengan penulisan aku, mesti dah faham fesyen aku menulis kan? Aku ni agak kurang cerita perihal diri sendiri yang terlalu peribadi di belog sendiri. Kalau ade pun mesti terselit pasal orang lain jugak. Taknak la dilabel penulis belog syok sendiri walaupun hakikatnye ni adalah belog peribadi aku. Jadinya biarlah segala perkongsian yang aku coretkan di sini dapat memberi input positif kepada pembaca. Yang penting tentulah kadang-kadang nye terselit aku sebagai objektif utama dalam sesetengah entri. Itu memang wajib. Nama pun tuan empunya belog kan? Hehe.


Ramadhan kali ni aku banyak menulis pasal bazar je kan? Kira macam segmen penulisan bulan puasa tahun duaribuduabelas ni adalah berkaitan Bazar Ramadhan. Boleh gitu? Hehe. Sebenarnya bukan apa. Kadang-kadang macam seronok kongsikan apa kejadian yang berlaku di sekeliling kita dengan rakan-rakan pembaca. Mana tahu terselit pengajaran ke apa ke kan melalui pengalaman yang aku alami. 


Baiklah. Bercakap pasal Manusia Kebal di Bazar Ramadhan ni, sebenarnya aku nak kongsikan tentang sikap sesetengah manusia yang seperti mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Buat pengetahuan korang, kat jalan masuk ke taman perumahan aku ni telah dijadikan kawasan bazar di sepanjang tepi jalan utama. Aku sedikit pelik jugak la kenapa bila tiba Ramadhan je nak buat bazar kat tepi jalan ni. Kenapa la tak buat di kawasan yang lebih bersesuaian macam kat tapak Pasar Tani setiap hari Rabu time bukan bulan puasa tu. Musykil sikit.



IMG_1282.JPG (800×535)
*Lebih kurang cenggini la bazar kat taman perumahan aku ni. Tapi jalan tak sebesar jalan ni tau.*
~Pic credit from this blog. Tenkiu!~


Pada pandangan aku, tepi jalan utama tu macam tak sesuai sangat. Pertama, dari kebersihan makanan yang dijual. Terdedah begitu sahaja dan kemungkinan terkena debu dan asap kenderaan yang lalu lalang adalah sangat tinggi. Belum kira lagi lalat-lalat yang datang 'menjamah'. Oke. Aku sedikit geli kalau bab makanan yang dijual terdedah ni. Huhu. Memang kompom tak beli. Sebab tu aku tak pernah singgah pun kat bazar tu.


Kedua, dari segi keselamatan. Ini point utama yang aku nak tekankan yang ada kaitan dengan Manusia Kebal seperti tajuk entri. Hmm. Bila dah jalan utama masuk ke taman perumahan, tentulah banyak kenderaan yang keluar masuk. Jadinya agak ralat bila kita yang sedang memandu terpaksa pulak mengelak manusia-manusia yang berpusu-pusu sampai ke tengah jalan berebut nak membeli juadah. Punya la tak pedulikan kenderaan yang lalu. Ada setengah orang tu punya pentingkan diri sendiri, dengan moto dan kereta die redah lalu di tepi setiap gerai. Punya pemalas nak pergi parking dan jalan. Sangat selfish! Dan sangat membahayakan nyawa. Haishh..(-_-")


Dah lama dah aku perhatikan situasi ni. Cumanya selama ni diamkan je la. Kali ni terpanggil untuk menulis sebab teringat kata-kata sahabat baik aku, Encik Joe tempoh hari masa kami keluar berbuka puasa. Beliau jemput aku dan sepupu tercinta di rumah. Sepanjang jalan dari rumah, terjumpa la manusia-manusia yang selfish ini. Kat jalan area lorong rumah, berlambak adik-adik muda merempit sesedap rasa di tengah jalan. Melepak depan rumah kengkawan pun sampai ke tengah jalan. Tak sayang nyawa betol.


Sampai di area bazar, lagi ramai manusia selfish yang dijumpai macam yang aku ceritakan kat perenggan atas tadi tu. Tetiba sahabat aku membebel, "Wei Shada! Orang kat taman hang ni semua kebal-kebal belaka ka?" Erk? Terkedu aku seketika. Tetiba rasa lucu bila teringatkan perkataan KEBAL tu. Hehe. Memang betol dah la tu. Depa yang pergi bazar tu semua kebal. Tu la tak heran kat kenderaan yang lalu lalang. Kalau kena langgar pun tak jadi apa-apa kat depa. Sesiapa yang tinggal di area taman perumahan aku ni mesti tahu Bazar Ramadhan Taman Guar Perahu tu camne situasinya. Dah la sesak. Jangan tak tahu orang TGP ni kebal-kebal belaka tau! Haha. Alahai~~ Sabo je la.



Bisik-bisik :: Kat tempat korang ade jugak ke manusia-manusia begini? Haiyoo~~ Silalah jangan pentingkan diri sehingga membahayakan nyawa sendiri. (-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 8 August 2012

~Meningkat Setahun Lagi~



Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah masuk bulan Ogos. Dah 19 hari berpuasa. Mesti ramai yang dah excited buat persiapan raya kan? Aku je yang biasa-biasa. Bukan tak excited. Cumanya mungkin sebab umur dah meningkat, jadi tak berapa nak heran sangat kot. Lebih fokus menyambut puasa. Gamaknye bila dah bersuami nanti baru excited kembali sebab dapat famili baru. Dapat balik kampung. Yeay! Ecewah. Kemaen lagi tu. Hehe.


Bila cakap pasal umur dah meningkat, tetiba rasa happy. Ada ke pulak? Orang lain umur meningkat sedih. Aku happy. Mestilah gembira sebab sebenarnya semalam (7 Ogos) adalah hari ulangtahun kelahiran aku yang ke tet! Hehe. Alhamdulillah.


Terima kasih kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sebab melindungi aku sehingga kini. Semoga aku sentiasa diberikan kekuatan, petunjuk dan kesempatan untuk terus memperbaiki iman dan diri menjadi hambaNya yang bertaqwa. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumiMu ini dan mencari redhaMu dalam setiap perbuatan yang aku lakukan. Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan ini.


Wish untuk diri sendiri. Hehe.


Oh ye. Terima kasih tak terhingga juga buat rakan-rakan, sepupu-sepapat, cikgu, dan lecturer yang sudi wish kat fesbuk. Rasa sangat-sangat dihargai. Terharu dengan ingatan dan ucapan yang diberikan. Sampai lenguh jari nak reply satu-satu ucap terima kaseh. Hehe. Terima kasih kerana sudi mendoakan yang baik-baik untuk diri aku ni ha. Semoga doa kalian semua tu dimakbulkan oleh Allah. Amin. 


Ramai betol yang wish supaya aku cepat kawen. Ye ye. Saya sedar saya dah semakin mentua tapi masih belum kawen. Hehe. Jangan risau. Harap bersabar. Sampai masa nanti, 'kad wangi' saya hulurkan buat semua. Bila? InsyaAllah tak lama lagi sekiranya diizinkan Allah. Doakan yang terbaek untuk aku dan encik CH ye. Semoga 7 tahun perkenalan kami ni disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri. Amin.


Seperti tahun-tahun lalu, nak mendoakan untuk diri sendiri jugak la. Copypaste je tahun lepas punya doa. Semoga dimakbulkan Allah. Semoga umurku dipanjangkan lagi supaya aku dapat beribadat kepadaMu. Luaskanlah pintu rezekiku supaya aku dapat berbakti kepada ibuku dan mereka yang memerlukan pertolonganku. Permudahkanlah urusan jodohku supaya aku dapat berbakti kepada suamiku dengan menjadi isteri yang solehah demi mencari redhaMu. Dan semoga Engkau mempermudahkan segala urusanku di dunia ini sebagai hambaMu. Amin. Terima kasih ya Allah.



Bisik-bisik :: Tahun kedua sambut besday masa puasa. Hehe. (^_^)



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com