Tuesday, 29 May 2012

~PORTFOLIO : Belog Umi Qaisara~



Assalamualaikum. Hai!


Fuhhh. Lama eh aku tak update belog. Hampir sebulan jugak. Err..orang perasan sebok memang camni la. Padahal sebenarnye bukan la sebok sangat pun tapi pemalas je. Hehe. Terima kasih la kepada mereka-mereka yang masih sudi singgah membaca belog ni walaupun sunyi takde entri terkini. Terima kasih juga pada yang sudi memfolo (bahasa apa tah ni?) belog busuk aku yang kiut miut ini. :p


Oh. Untuk update kali ni malas nak membebel pepanjang. Lagipun idea untuk menulis tengah kering kontang. Jadi untuk hujung bulan 5 ni aku sajikan korang dengan latest portfolio design belog yang aku dah buat je la ye. Job kali ni aku dapat dari puan Anum atau beliau lebih senang bahasakan diri sebagai Umi Qaisara. Mungkin sebab kedua-dua anak dara beliau bermula dengan nama Qaisara kot. Agaknye la. Aku main teka je. Takdenye aku nak tanye benda hal peribadi dengan customer aku. Hehe.


Design kali ni pun beliau serahkan sepenuh kepercayaan pada aku. Macam customer-customer lain sebelum ni. Beliau bagitau jugak la konsep yang beliau nak camne. Header katanya nak lebih kurang macam belog aku tapi nak gambar wanita berhijab. Makanya aku google le cari gambar pompuan hijab yang cun. Dapat la gambar kartun tu yang cun habes dan kena warna tema. Nak lukis sendiri? Maaf. Aku memang tak reti nak lukis manusia. Google je senang. Keh3. Warna kegemaran beliau ialah pink dan purple. Dan beliau nak simple tapi sweet. Yang lain-lain ikut la kepala hotak berjambul aku ni camne aku nak design. Makanya, terhasillah belog seperti di bawah.




Err..terlebih muatan panjang sikit gambar review ni. Sebab memang panjang pun. Sebenarnye masih tunggu kata putus dari tuan belog samada beliau berpuas hati ke tidak dengan design aku tu. Beliau belum respon lagi. Harapnya beliau suka la dengan hasil kerja tangan kayu sakti aku ni. Sebab beliau dah ngaku awal-awal kat aku yang beliau sangat cerewet orangnye. Huhu. Takut la jugak. 


Disebabkan aku ni pun cerewet jugak. Aku tahu taste orang cerewet ni camne. Jadi harapnye beliau suka la dengan hasil design belog tersebut. Aku dah sedaya upaya bagi sepenuh hati masa nak mendesign tu. Aku anggap macam tengah design belog sendiri. Macam tu la cara aku bekerja dan deal dengan customer. (^_^)


Hah! Amacam design kali ni? Ada sweet macam aku tak? Haha. Maaf la ye. Aku ni memang spesis kuat perasan sikit. Korang pasrah je la ye. Macam tak biase pulak kan? Haha. Kalau terasa  macam tak berapa nak clear gambar kat atas ni dan nak belek secara puas design yang aku dah buat tu, korang ringan-ringankan la jari kelik mouse dan jelajah belog Puan Umi Qaisara ni eh. 



Bisik-bisik :: Berminat nak merasai hasil kerja tangan sakti aku? Jangan malu-malu contact aku oke!  Saya bersedia untuk memberikan perkhidmatan. Eceh! ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 1 May 2012

~Perwira Di Hati Kami Selamanya...~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak berkongsi sikit dengan korang bertapa bangga dan bersyukur nya aku dilahirkan sebagai anak seorang anggota polis. Yes! Arwah abah aku merupakan seorang anggota PDRM yang berkhidmat di bawah unit Pasukan Gerakan Am yang mana menuntut beliau banyak bertugas di luar menjaga sempadan negara satu ketika dulu. Beliau lah perwira di hatiku, mak, adik dan kakak selamanya.


Kami adik beradik dah 'alah bisa tegal biasa' ditinggalkan oleh beliau berbulan-bulan demi menunaikan amanah dan tanggungjawab beliau untuk menjaga keamanan negara. Dan aku sangat kagum dengan mak tercinta yang lebih tabah mengharungi dugaan untuk membesarkan kami adik beradik tanpa suami di sisi bila arwah abah terpaksa bertugas di luar kawasan. Korang pernah rasa ditinggalkan oleh 'pemimpin keluarga' yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga demi berkhidmat untuk negara dan rakyatnya?


Aku akui yang kami kurang mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya setiap hari dari arwah abah seperti korang yang bapa sentiasa ada di sisi. Tapi kami bersyukur sebab setiap masa yang beliau ada untuk kami akan digunakan dengan sangat berkualiti. Bersyukur sebab walaupun jarang ada dengan anak-anaknya, beliau berjaya didik kami menjadi seorang manusia yang baik.


Korang nak tahu tak? Aku kehilangan arwah abah tersayang ketika aku masih lagi bersekolah. Ketika itu umur aku baru 15 tahun. Sedang bertarung belajar untuk menduduki peperiksaan PMR. Korang tahu tak? Arwah abah aku meninggal ketika beliau sedang bertugas di sempadan. Ketika aku sedang bertarung nak ambil exam PMR lagi 2 minggu. Korang tahu tak? Bertapa luluhnya hati aku ketika mendapat tahu arwah abah meninggal? Aku hilang semangat. 


Tapi aku tetap bersyukur sebab arwah abah 'pergi' tak sia-sia. Beliau 'pergi' setelah menabur bakti kepada negaranya dan mungkin juga untuk agamanya walaupun dia seorang mualaf. Beliau 'pergi' meninggalkan anak-anak nya dengan didikan yang baik serta tidak menyusahkan isterinya. Alhamdulillah. Kami adik beradik berjaya jadi seorang manusia yang baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan kami tidak menjadi seorang manusia yang mudah lupa diri. Amin.


Nak tahu kenapa aku tulis entri tentang ini? Baca dan hadam baik-baik status yang telah aku nyatakan di wall fesbuk aku 2-3 hari yang lalu.






Sekarang sudah tahu kan kenapa tetiba aku tulis entri tentang sejarah keluarga aku? Sebabnya aku sangat jelik dengan sikap sesetengah individu yang terlalu taksub dengan pemimpin parti mereka sehingga sesedap rasa memaki hamun institusi kepolisan. Arwah abah aku merupakan bekas seorang anggota polis. Sudah pastilah aku sebagai anaknya yang pernah menyanjung kerjaya beliau berasa terpukul dengan ketidaksopanan manusia lain yang menghina kerjaya seorang polis.


Oh ye! Kalau korang nak tahu, arwah atok iaitu bapak mak aku juga pernah berkhidmat dengan PDRM. Beliau pernah berbakti kepada negara ketika negara diambang ancaman pihak luar berpuluh tahun yang dulu. Kakak aku juga telah berkahwin dengan seorang anggota PDRM. Masa korang tengah 'buat perhimpunan' hari tu pun, abang ipar aku bertugas jugak tau nak menjaga ketenteraman. Yes! Kami berbangga menjadi sebahagian daripada mereka yang telah sanggup berkorban semata-mata demi 'berkhidmat untuk negara' ni.


Ini bukanlah bertujuan nak menunjuk riak. Tapi nak bagitahu pada mereka-mereka yang menganggap polis sebagai 'anjing', arwah abah aku yang telah berkhidmat sebagai seorang polis mampu melahirkan anak-anak yang hormat pada manusia dan agama. Aku sangat pelik kenapa sejak akhir-akhir ni kebanyakan dari rakyat Malaysia, ramai yang sudah tidak menghormati institusi pertahanan seperti polis. Sesuka hati memaki hamun dengan penuh emosi hanya disebabkan politik. Dan kebanyakan dari mereka adalah seorang yang beragama Islam. Sangat menyedihkan.


Aku sendiri kurang jelas kenapa mereka ni nak kaitkan polis dan politik. Dikatakan polis itu 'anjing kerajaan' la, 'anjing BN' la. Alahai. Kenapa la begitu pemikiran mereka ye? Agaknya mereka ni terlupa satu benda kot. Walau apa pun terjadi kepada negara, diperintah oleh parti politik mana sekalipun, polis-polis ni la yang akan berdiri di barisan paling hadapan jadi benteng dan perisai mempertahankan negara dan rakyatnya jika berlaku sebarang ancaman musuh dari negara luar. Ada ke di antara korang yang memaki-maki tu nak berdiri di barisan paling hadapan bertemu dengan musuh negara?


Mungkin ada segelintir polis yang telah mencemarkan imej kepolisan. Tapi jangan dilabel kesemuanya begitu. Sila hormati polis-polis lain yang mana memang jujur dan ikhlas berkhidmat untuk negaranya. Dari kamu memaki-maki dan membuat tuduhan rambang sebegitu, apakata kamu isi borang dan pohon jawatan sebagai polis kemudian berkhidmatlah dengan jujur untuk negara kamu. Perbetulkanlah apa sahaja yang sebelum ini kamu kata korup dan sebagainya itu. Jangan hanya pandai berkata-kata sahaja. Boleh?


Hai. Entahlah. Malas nak komen panjang isu ini. Masing-masing ada akal dan bijak pandai. Berfikirlah dengan waras dan bukan dengan emosi yang membuak-buak kerana terlalu taksub dengan politik. Ingin dimaklumkan di sini supaya tiada yang salah faham. Walaupun aku merupakan ahli keluarga yang pernah dan sedang berkhidmat dengan PDRM, bukan bermakna aku ni memihak kepada kerajaan. Maklum la korang sendiri yang cakap polis dan sekutu-sekutunya tu 'anjing' kerajaan, kan?


Maaflah. Aku seorang rakyat yang neutral, yang cintakan keamanan negara dan sayangkan agama aku. Aku tak sanggup nak tengok negara kucar-kacir hanya disebabkan oleh saudara seagama aku yang bertelagah dan berpecah belah kerana politik di dunia dan berebut kuasa nak mentadbir negara. Aku tak rela mereka yang beragama lain memandang serong terhadap agama aku yang suci. Bukanlah nak kata aku sudah cukup selesa dan tidak mahu memperjuangkan agama. Jangan sebarangan membuat tuduhan pula. Sama ada kamu boleh terima atau tidak penulisan aku ni, aku tiada hak untuk menyalahkan sesiapa. Sekian.



Bisik-bisik :: Aku bersyukur sebab darah seorang perwira negara mengalir dalam tubuh aku walaupun aku tak mampu nak jadi polis seperti beliau. Terima kasih abah!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com