Ambulans oh Ambulans!

Assalamualaikum. Hai!


Siapa pernah ada pengalaman naik ambulans? Tak semua orang berpeluang naik ambulans tau. Kalau tak eksiden atau sakit teruk, kompom la tak pernah merasa kan? Tapi kalau masa sakit naik ambulans, mane la nak sedar. Tengah gigih tahan sakit. Mesti tak dapat menikmati dan merasai 'keseronokan' naik ambulans. Seronok ke cik sha oi? Haha. Seronok sangat. Serius seronok. (-_-")


Sebenarnye, aku pernah merasa naik ambulans. Masa arwah tokwan dengan tok aku ada lagi la. Kalau tak sebabkan dorang memang aku takkan pernah merasa la naik ambulans. Dulu aku ni selalu jadi 'nurse' jaga arwah tokwan dengan tok kalau dorang admit hospital. Maklum la sakit tua. Memang selalu masuk sepital. Jadi tiap kali nak admit hospital, kompom maksu aku panggil ambulans. Jadinya yang nak meneman dalam ambulans tu tentulah aku ni ha. Sebab aku jugak yang kena stay kat sepital temankan dorang. Kata tadi 'nurse'. Hehe.


ambulans.jpg (323×275)



Pengalaman naik ambulans tu memang sampai bebila la aku takkan lupakan. Err..kalau boleh macam taknak dah je naik lagi. Cukup la pengalaman beberapa kali yang dah ada tu. Haha. Serius trauma. Sebab laju nak mampus drebar tu bawak. Cilok sana sini selamba je. Drift masa belok kat simpang pun takdenye nak perlahan. Sampai aku ni asyik jatuh je la dari tempat duduk sebelah katil tolak tu. Paling sadis tersembam depan pembantu tu. Pastu montot asyik terhentak dengan kuat je. Sakit hoi..


Tapi yang aku pelik tu, yang pembantu tu duduk rileks je. Arwah tokwan dengan tok pulak kompom la rileks je terbaring atas katil tak sedarkan diri. Yang sadisnye aku ni. Haha. Nasiblah. Harapnya lepas ni takda dah kena naik ambulans. Takmau!


Bila bercerita tentang ambulans ni, tetiba teringatkan sikap segelintir dari kita. Korang pun mesti pernah jumpa spesis yang 'penting diri' macam ni. Bila ada siren dari ambulans, ada segelintir yang buat tak tahu je taknak ke tepi beri laluan. Lepas tu, ada pulak segelintir manusia yang mengambil kesempatan dengan membontoti belakang ambulans tu selamba derk je. 


Situasi ni selalu aku nampak berlaku atas Penang Bridge. Tambah-tambah kalau time tu tengah jammed melampau. Aiyoo..terok betul perangai! Korang pun cenggitu jugak ke? Ish3. Jangan. Buruk sangat tau buat perangai gitu. Dari situ dah tahu sikap sebenar korang tu camne. Nak tahu sikap sebenar manusia tu senang je. Selalunya terserlah semasa mereka memandu la. Tak caya? Cube selidik balik diri sendiri. Masa memandu tu camne korang punye sikap. Pastu muhasabah diri. Orait!



Bisik-bisik :: Kalau nampak ambulans je mesti teringat kat arwah berdua tu. Rindunye. Hmm~~~ 
Al-fatihah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan dikasihi Allah.

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. tu yg pandu ambulance tp yg naik keta biasa ni tp drive mcm ambulance.. huhuhuhu.. lg trauma cik sha. dulu asben kita suka la cilok sana sini.. masa keta kecik la.. satria. mencik tau.. masa baru2 kawen nk blk kedah. smpai nak tido pn x berani sbb kalau kita tido time tu la dia mula nk drive mcm drive ambulance. masa kita celik sbb kita bebel.. so krg la skit. tp sejak ada anak ni.. alhamdulillah nampaknya si bapak lebih sygkan anak dia. kekekekeke

    BalasPadam
  2. @THE LEKAT LEKIT STORY :: mak oi..encik hubby mummy ade talent jd driver ambulance tu..kih3..

    saya cukup trauma naik kereta laju-laju..pening..

    nampak gaya lala telah berjaya mengurangkan keghairahan bapak die bawak kereta laju2..hehe..

    BalasPadam
  3. namee kagum sesape yang alih kereta ke tepi bila ada ambulans. ini rakyat malaysia yang berhemah ! hehe. saoe yang wat taktau tum esok kena kat batang hidung n orang buat balik..baru nak sedar kot.

    BalasPadam
  4. @Namee Roslan :: saya pun! respek org yang prihatin macam tu..kalau yg jenis buat tak tahu tu rasa mcam nak cepuk2 je pale die..hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan