Tuesday, 31 July 2012

~Bazar Ramadhan :: Peminta sedekah~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ni aku nak berkongsi pengalaman kali kedua aku pergi ke Bazar Ramadhan untuk tahun ni. Biasa la. Bila dah bertahun tak pergi Bazar ni, ada je la pengalaman baru yang dihadapi bila dah pergi tu kan. Memandangkan petang semalam aku balik kerja dengan maksu, jadi aku berpeluang la ikut pergi Bazar. Bazar Ramadhan terbesar setakat ni yang aku tahu kat area Seberang Jaya. Maksu memang akan singgah kat Bazar ni selalunya walaupun kat taman perumahan aku pun ade bazar kecik. Mungkin sebab banyak pilihan kot.


Hmm. Aku rasa korang pun pernah mengalami peristiwa yang sama dengan apa yang aku alami semalam. Diserbu peminta sedekah semasa sedang sibuk memerhati gerai yang best nak beli juadah berbuka. Eceh. Serbu tu. Bajet macam artis diserbu peminat. Haha. Bukan bukan. Dia macam datang kat kita dan approach paksa-paksa bagi sedekah kat dia. (-_-")


Semalam aku kena! Huhu. Dah la lelaki tua. Lepas tu selamba dek je pakcik tu pegang lengan aku dan sendeng mintak kasik sedekah kat dia. Takot! Aku apa lagi, takut punya pasal aku tarik kazen dan renggut tangan aku dari pakcik tu. Tapi dia tetap mai sendeng aku. Huhu. Aku malas layan, buat tak tahu dan tarik kazen pergi ke satu gerai. Punya la nak mengelakkan diri dari dia. Maaf la. Bukan aku ni kedekut takmo bagi sedekah. Memang aku kesian. Tapi dah style nye kuang ajo sangat. Main tarik dan sendeng. Siapa nak bagi? Huhu.


*Imej carian Google*

Rasanya kat mana-mana tempat pun kalau Bazar Ramadhan tu besar, mesti ada banyak peminta sedekah merata tempat kat bazar tu. Yang tua, yang muda katanya anak yatim, yang cacat kudung, sakit kulit, buta mata, yang bawak baby dan sebagainya. Ramai sangat. Bukan takat duduk di tengah-tengah laluan, ada yang lagi advance tu siap pergi approach orang pulak paksa bagi sedekah kat dia. Selagi tak bagi selagi tu la dia tak bergerak dari kita. Kekadang siap follow lagi. Huhu.


Ye. Memang akan wujud rasa simpati dan kesian dalam hati. Macam maksu aku cakap semalam, "Chu tak boleh la tengok depa yang susah macam ni. Kesian. Rasa nak bagi duit kat semua." Aku pun begitu jugak. Tapi bila difikirkan secara logiknya, kenapa bila tiba Bulan Ramadhan dan ada Bazar tetiba macam makin bertambah je populasinya. Selama ni tak pernah pulak nampak kat area situ dalam jumlah yang ramai begitu. Dari mana la dorang datang. Siapa yang tolong bawa? 


Kekadang timbul keraguan dalam hati. Dorang ni betul-betul ke atau ada sindiket yang bergerak di sebalik kegiatan mengemis dorang ni. Sebab kekadang tengok ada yang macam sihat je, cumanya nampak comot sikit. Bukan nak berburuk sangka. Tapi entah lah. Haish! Kadang-kadang rasa macam jahat sangat sebab taknak hulur duit pada yang datang approach dan paksa-paksa bagi sedekah. Tapi bila bagi rasa macam ragu-ragu dan tak ikhlas sebab fikir dorang menipu. Haiyooo. Tak tahu la nak cakap camna.


Kata bijak pandai hukum agama, bagi je kalau dorang minta. Tipu ke tak tipu ke, itu antara dia dengan Allah. Kita niat bagi sedekah dengan ikhlas kerana Allah. Boleh dapat 2 pahala. Pahala bersedekah dan pahala ditipu. Hmm. Tapi tu la. Kekadang terlintas nak fikir yang bukan-bukan jugak terhadap dorang tu. Haisshhh. Kena muhasabah diri banyak sikit aku ni.


Eh? Korang jangan la fikir aku ni teruk sangat sampai nak bersedekah pun berkira dan fikir bukan-bukan. Bukan camtu. Kedekut-kedekut aku pun, takde la sampai taknak bersedekah pada yang memerlukan. Aku lebih selesa letak duit dalam tabung kat masjid atau surau selalunya. Kalau orang yang datang paksa-paksa ni aku memang susah nak percaya kat dorang. Huhu. Mintak maap! (-_-")



Bisik-bisik :: Camne nak kurangkan populasi peminta sedekah ni eh? Kesian kadang-kadang tengok dorang begitu. Takde ke pihak yang bertanggungjawab boleh ambil tindakan dan bantu mereka?



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 28 July 2012

~Semangat Patriotisme Yang Kian Menghilang~



Assalamualaikum. Hai!


Hmm. Baru tempoh hari menulis tentang LOGO KEMERDEKAAN yang menyedihkan itu. Pagi ni menulis lagi berkisar Hari Kemerdekaan nanti. Ye. Aku tahu masih lambat lagi harinya nak tiba. Masih ada sebulan lagi tempohnya. Tapi entahlah. Mungkin rasa kesedihan yang melampau mendorong aku untuk menulis tentang hal ni lagi sekali. Rasa macam nak menanges air mata darah je. Hai. Entah lah.


Pagi ni masa sedang menjelajah kat laman fesbuk, nampak ada kawan share lagu tema sempena hari kemerdekaan nanti. Katanya lagu tu bakal mengundang makian orang ramai. Maka jari aku pun ringan klik pada pautan tersebut. Dengar-dengar je sambil menghayati liriknya terus rasa macam nak pengsan. *hiperbola sikit* Tapi serius. Memang rasa sedih teramat dengan lagu tersebut. Uhuhu.


Aku merasa hairan yang teramat sangat. Siapakah yang telah mencipta lirik lagu tersebut? Sudahlah pereka design logo pun macam hampeh. Ditambah pula dengan pencipta lagu yang sama hampeh. Bertambah hampeh la jadinya. Double hampeh. Hmm. Bukan bermaksud untuk menjatuhkan kredibilti mereka. Tapi aku rasa mereka memang tiada kualiti. Baiklah. Mungkin mereka cuma mengikut arahan. Tapi aku tetap tak boleh terima.


jalur+gemilang.jpg (640×480)


Haii..entah apa la yang difikirkan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab memberi arahan itu. Perhitungan yang langsung tak kena gaya dan tak kena masa. Sekalipun mungkin mereka nak berpolitik dan mempertahankan kedudukan disebabkan dah nak hampir musim pilihanraya, tapi beragak-agak la. Janganlah sampaikan Hari Merdeka yang penting untuk seluruh rakyat Malaysia pun hendak dipolitikkan. Aku tak nampak di mana rasional  nya. Sungguh aku sangat tak faham dengan situasi ni.


Hmm. Terfikir aku sejenak. Dimanakah hilangnya semangat patriotisme dalam diri mereka? Adakah generasi kini sudah ramai yang tiada rasa sayangkan negara sendiri? Adakah politik lebih diutamakan sehingga sanggup gadaikan maruah negara? Hai entah lah. Penat rasanya mengeluh begitu. Tapi aku rasa kecewa yang amat. Aku menulis ni bukanlah disebabkan faktor kepolitikkan. Korang pun sedia maklum aku tak minat dengan politik. Tapi sebagai rakyat Malaysia, aku merasa sangat sedih dengan situasi yang berlaku ni.    



Bisik-bisik :: Lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia lagi patriotik.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 26 July 2012

~Apa yang tak kena dengan LOGO HARI MERDEKA MALAYSIA KE-55?~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ni mari kite belajar kelas seni. Hehe. Tetibe feeling nak jadi cikgu ngajor seni pulak aku ni ha. Sebenarnya penulisan kali ni berkisar kekecohan 'LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55' yang sangat 'cantik' itu. Masa kali pertama aku menatap 'logo' tersebut terus rasa macam nak rabak mata. Rasa nak menages pun ada. Uhuk! Siapalah gamaknya designer yang telah merekabentuk 'logo secantik' itu? Kreatif bebenor orangnye. Alahai..


Bukanlah aku ni nak berlagak terer sangat bab designing ni. Takde la. Aku sedor diri yang aku ni tangan kayu dan tak berapa nak kreatif sangat. Takat design header belog je pun tahap aku ni. Ecewah. Merendah diri gitu. Hehe. Tapi betul. Aku memang tak hebat bab design macam designer lain. Cumanya kan, aku rasa nak bagi komen jugak la pasal design 'logo' merdeka tu. Memang tak puas hati ni. Geram sangat!


Heran jugak aku. Kenapa takde buat Pertandingan Mencipta Logo untuk hari-hari besar seperti ni eh? Untuk hari Sambutan Kemerdekaan Malaysia kot. Cincai beno logo nye tu. Nengok pun takde rasa kebanggaan nak menyambut merdeka. Tak semangat. Mungkin la yang design logo ni adalah designer/pereka yang berkhidmat dengan department gomen. Mungkin nak jimat kos bagi hadiah jika buat pertandingan kot. Agaknye la.


Tapi rasanya takde masalah kot kalau buat pertandingan terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia ni serlahkan bakat dan kreativiti mereka. Apa salahnya? Keluarkan sedikit modal je pun untuk hadiah. Bukan untuk semua yang hantar penyertaan. Cukup untuk 3 pemenang utama dan 5 hadiah saguhati. Tak payah la hadiah besar-besar. Wang tunai sikit dengan sijil penyertaan pun dah kira bagus tu. Oke what? Tapi entahlah. Bukan aku yang buat keputusan pun kan. Uhuk!


Eh? Melalut panjang pulak. Bukan ke aku nak ajar korang kelas seni? Hehe. Oke. Berbalik kepada tujuan asal. Buat pengetahun korang, logo ni ada 3 jenis sebenarnya. Logo Simbol, LogoTaip dan Logo Gabungan. Jadi aku nak jelaskan di sini bahawa 'logo' merdeka itu adalah dalam kategori logo gabungan.  Maksudnya logo yang menggabungkan simbol dan text. Tapi logo tersebut sangat carca marba. Semua benda nak sumbat. 


Sepatutnya logo kena nampak ringkas tapi jelas maksudnya. Bukan macam logo tersebut. Pening~~ Aku rasa designer tersebut kurang jelas dengan maksud logo dan jenis-jenis logo kot. Agaknya dalam kelas seni zaman die sekolah dulu, die tido dalam kelas. Takpun die monteng. Hehe.


Baiklah. Sekarang mari kite lihat dengan jelas perbezaan ketiga-tiga jenis logo yang aku terangkan di atas. Berikut adalah penerangan secara lebih mudah untuk difahami. Tentulah menggunakan gambar. Perhatikan betul-betul ye.

LOGO SIMBOL


LOGOTAIP



LOGO GABUNGAN

Nampak tak perbezaan? Logo Simbol sangat simple. Just lambangkan satu simbol yang boleh menyampaikan maksudnya. Sengaja aku tempek logo Mazda sebab berangan nak kereta Mazda Sport sebijik. Kih3. Logo Taip pula just gunakan text je. Lagi super simple kan? Tak payah nak memeningkan pale otak memikio. Logo Gabungan pulak macam Logo Euro 2012 yang aku tempek tu la. Combination text dan simbol. Tapi still nampak nice kan? Simple dan tak serabut. Ini baru betul kalau nak buat Logo Gabungan. Bukan macam logo merdeka kite tu. Huhu. Sedih! (-_-")


Disebabkan ramai yang tak berpuas hati dengan logo merdeka tu, terwujudlah satu page kat fesbuk membantah logo tersebut. Hehe. Kemudian ramai yang menyatakan protes dengan mencipta logo memasing. Ada yang sangat kreatif. Design lagi mabeles dari design asal. Ada pulak yang design logo sekadar nak 'menganjing'. Macam-macam betul perangai. Tapi aku respek mereka yang buat design logo baru kononnya sebagai ganti logo asal. Memang ada yang betul-betul cantik. Sangat kreatif. Berikut antara logo yang aku suka tengok. NICE!


Design by Afiq Nadzir.

  • Cute! Walaupun nampak macam 'remaja' tapi design ni fresh. Lain dari yang lain. Simbol satu tu mungkin nak mengekalkan logo 1 Malaysia tu ha.


Design by Shariff Jafri

  • Simple tapi mendalam mesej yang cuba disampaikan.  Kalau word Janji Ditepati tu takde lagi nice. Sayangnye dah memang tema Merdeka tahun ni. Kena la tempek jugak kan? Hehe.



Design by Muhammad Zulfaqar.

  • Yang ni lagi clear mesej yang ingin disampaikan. Malaysia dah merdeka 55 tahun. Ada simbolik bunga raya. Cantik!


Design by Rizuani Yahya.

  • Yang ni pun boleh tahan. Kalau takde word yang banyak dan simbol 1 Malaysia tu lagi cantik.


Design by Mohamad Atif.

  • Simple. Still nice nak tengok. Cuma colour agak dull.

Banyak pilihan kalau dibuat Pertandingan Mencipta Logo sempena Hari Kemerdekaan kita nanti tu kan? Kalau pihak atasan pening nak memilih pun tak jadi masalah kot. Buat je sistem voting macam pilihanraya tu. Tapi buat la versi web. Guna fesbuk pun boleh. Ramai lagi rakyat Malaysia yang rasanya berbesar hati nak vote logo mana yang cantik dan menarik bersesuaian sempena sambutan hari merdeka. Ye dak? 


Apa-apa pun, harapnya ada la pihak yang bertanggungjawab memandang serius hal ni dan tukar logo kemerdekaan asal tu ha dengan cadangan logo yang telah diberikan oleh beberapa orang freelance designer tersebut. Suara rakyat kena la dengar jugak. Merdeka ni untuk semua rakyat Malaysia yang menetap di bumi bertuah ni tak kira dari bangsa apa dan parti politik mana yang dorang sokong. Jangan la bias sangat. Uhuk!



Bisik-bisik :: Sekadar memberikan cadangan dan pandangan telus dari aku seorang rakyat marhaen ni ha. (-_-") 



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 24 July 2012

~Bazar Ramadhan :: Jangan Tamak dan Ikut Nafsu!~



Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah masuk hari ke-4 kita berpuasa kan? SELAMAT BERPUASA korang. Terlambat sikit wish. Al-maklum la perangai pemalas nak menaip aku ni bila dah menjengah memang cenggini. Camne puasa korang? Harapnye takde lagi la yang kantoi ye. Dah tua-tua bangka buat perangai macam bebudak lagi tu memang saje nak kena cepuk la tu gamaknye. Haishh. Apa la. Malu je dengan bebudak perangai ngalahkan dorang. (-_-")


Oh ye. Puasa kali ni aku masih belum berkesempatan lagi nak pergi berterawih dekat masjid. Terawih sendiri berseorangan je kat rumah. Belum ada suami nak terawih sesama macam korang yang baru berumahtangga tu. Gambar berdua dengan suami dan pakai telekung pun takde nak kongsi-kongsi. Ehem! Ada ke yang terkena batang hidung? Jangan terasa hati. Saja nak bergurau di bulan puasa. Ekeke. ;p


Memandangkan tak pergi terawih kat sejid, makanya masih belum ada la 'Perkongsian Tazkirah Ramadhan' seperti tahun lepas. Kalau rindu nak baca tazkirah, jengah je entri-entri tahun lepas ye. PTR 1, PTR 2, PTR 3 dan PTR 4. PTR tu Perkongsian Tazkirah Ramadhan la. Rasanya takde banyak yang berbeza kot. Selalunya tazkirah ni berulang-ulang perkara yang sama. Maklum la kita semua ni cepat lupa. Kena diingatkan selalu. Ye dak? InsyaAllah, kalau ada rezeki aku pergi terawih kat masjid nanti aku kongsikan tazkirah yang aku dapat oke.



*Pinjam gambo dari belog ini . Mekasih. * 

Aha. Bila dah menulis pasal puasa ni ada je la aku nak membebel. Ekeke. Membebel je kerjanya. Bulan posa pun still nak membebel. Tapi membebel dalam tulisan je la. Sekadar nak memberi peringatan kat korang yang suka membeli-belah juadah kat Bazaar Ramadhan. Untuk pengetahuan korang, aku ni dah berkurun tak pergi Bazaar Ramadhan. Tak berapa berminat sangat pergi tempat sesak macam tu. Lautan manusia yang menyesakkan dada. Tapi first puasa hari tu berkesempatan pergi. Ikut family maksu. Mak oi. Berpinar tengok betapa banyaknya makanan dan manusia. Pening!


Korang perasan atau tak, sebenarnya kan masa bulan puasa ni la lebih banyak pembaziran boleh berlaku. Betul tak? Maklum la bila pergi bazar tu mata berpinar-pinar. Tengok semua makanan pun nampak sedap dan menyelerakan. Jadi nafsu nak membeli tu kemaen lagi membuak-buak. Rasa macam semua makanan nak beli. Tu korang la tu. Aku memang tak la. Hehe.


Jadinya, aku nak berpesan la sikit dekat korang ni. Sebelum nak melangkah pergi bazar tu, apa kata buat dulu perancangan juadah apa yang korang teringin sangat nak makan. Beli la day by day. Puasa kan 30 hari. Bukan sehari tu je sampai nak hentam makan semua sekali serentak.  Jadi merancanglah. Nak senang, tulis je dalam diari. Hari ni aku nak makan nasik kerabu dengan air soya. Esok aku nak makan murtabak ayam dengan air tebu. Haa..barulah terancang gitu. Duit pun takde la membazir. Ye dak?


Jangan le tamak sangat. Setan dah kena kurung, kite pun jangan le ngikut perangai deme pulak. Membazir je kejenye. Kawal-kawal sikit nafsu membeli tu. Yang penting nafsu makan tu ha. Tahu le berlapor dari pepagi bute. Tapi jangan le jadi macam naga lapor. Macam tak pernah jumpe makanan. Cube pikio sikit nasib orang mesekin yang kurang mampu dari kite. Jangankan nak menjamah makanan, entah-entah seteguk air pun takde nak minum. Cube belajo bersyukur. Mudah-mudahan masa bulan ramadhan ni mengajar kite menjadi manusia yang lebih bersyukur. InsyaAllah.


Udah panjang le pulok teman berleter. Hahaha. Maap le. Gian nak menaip cenggini le jadinye. Sekali menaip kemain lagi panjang lebar. Berjejeh-jejeh membebel nye ha. Nasib kome la kena membaca bebelan teman. Ni baru baca. Kalau dengar suara teman membebel mahu kome pengsan terus. Ni apekeheinye teman cakap loghat perak pulak ni? Rindu ke arwah abah teman le tu. Ekeke.


Ok la. Sebelum lagi melalut, sampai kat sini dulu le penulisan aku. Salam ramadhan buat korang semua. Selamat berpuasa juga. Ntah berapa kali nak wish aku ni. Hehe. Ingat..jangan membazir tau masa shopping makanan kat bazar ramadhan. Sekian saje pesanan khidmat masyarakat dari aku. Macam iklan la pulak dah. *tetiba*




Bisik-bisik :: Rindu masakan arwah abah untuk juadah berbuka puasa. (T_T)



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 18 July 2012

~Siapa bakal menyusul?~



Assalamualaikum. Hai!


Dah setengah bulan Julai berlalu, aku baru terhegeh-hegeh nak update kisah hujung bulan Jun yang lalu. Memang terbaik sungguh penulis blog macam aku ni. Kalau kerja kat syarikat sotkabo kompom dah kena 'tendang' dah. Kejadian hari ni berlaku, bulan depan baru nak tulis berita. Memang mintak makan penampo bos. Kih3. Gamaknye sebab tu la bukan rezeki aku bekerja dalam bidang kewartawanan ni. Ceh..cakap tu macam layak je kan kerja bidang tu. Padahal bukan ade kelulusan bidang tu pun. Menyimpang sungguh!


Baiklah. Kali ni aku nak update kejadian "Wedding of the Year 2012" untuk ahli kumpulan LIC~Crew kali yang keempat. Err..LIC~Crew tu maksudnya Labuan International Campus~Crew bersempena nama kampus kitaorang belajar dulu UMSLIC. UMS tu Universiti Malaysia Sabah le. Ntah macam mana boleh terkeluar nama group ni tak tahu le. Rasanye taiko kitaorang yang bagi kot. Eh? Taiko tu natang ape ye? Maksud die ketua ke? Wakaka. Main sedap je nak tulis tapi tak tahu maksud. Sabo je la. (-_-")


Rasa macam samseng gile pulak ade group cenggini masa study dulu. Hehe. Ada 9 orang ahli group LIC~Crew ni. Bukan la ahli sangat pun. Tapi besfren gitu. Kitorang ni rapat time belajo dulu. Dah asyik berkepit je. Tetibe jadi group pulak. Sebenarnye dorang ade 8 orang je. Aku yang tetibe menyelit masuk sebab boleh ngam dengan dorang. Dorang ni senior aku sebenarnye. Senior serumah. Tapi bidang belajar lain. Dorang semua mata duitan jadi dorang belajar bidang kewangan dan perbankan. Aku je sesat budak komputer. Gamaknye sebab aku mata duitan macam dorang kot. Tu boleh ngam tu. *Tetiba*


Panjang berjela pulak aku introduce. Oh ye. Dulu pernah je cerita pasal reunion dengan dorang tahun 2010 dulu. Eh? Dah 2 tahun berlalu rupanya. Kiranya perjumpaan kali ni kat wedding salah sorang dari kami ni adalah reunion kali kedua la. Tapi tak semua jugak boleh berkumpul. 3 orang tak dapat hadir. Sorang tengah berpantang anak kedua. Sorang ada wedding kazen kat Pahang. Sorang lagi kena kerja. Jadinya 5 orang je la dapat hadir. 4 orang sebok tidur sampai 2 malam kat rumah pengantin. Termasuk aku la tu yang menyeboknye. Haha. 


Ok la. Malas nak berleter panjang. Moh layan gambar sepanjang hari wedding tersebut. Gambar semua aku cilok dari camera dorang yang bawak kamera dan OP wedding member aku ni la. Takdo kerja aku nak ngambik gambo. Tak bawak kamera pun. Aku mai dari Penang sampai ke Johor bawak diri, pakaian dan perot je semata-mata. Harus la aku interprem bergambo je masa tu oke. Hehe. Jom!


~Pasangan Pengantin yang Gojes dan Macho~



~4 anak dara bertenggek kat tangga. Tunggu turn nak bergambar. Elok sangat le tu. ;p ~


~Sebelum akad nikah. Pengantin sempat lagi peace. Sabo je la.~



~Bergambar selepas akad nikah. Pengantin dah tukar persalinan kedua.~



~Kesengalan dayang-dayang terserlah. Pengantin menten cun.~



~Bersama pengantin di hari persandingan. Semua dayang wajib pakai kaler pink. (-_-')~



~Tuan belog. WAJIB tempek gambo interprem sendiri kat belog. Biasalah tu. Ekeke. Menayang hasil karya henna ukiran cik Maja yang comey sangat!~


Cukup-cukup la tu gambonye. Takkan aku nak tempek semua pulak kan? Kang muntah pulak korang tengok muke aku yang perasan cun ade je nyelit kat dalam gambo. Wakaka. Dah 4 orang lepas. Tinggal lagi 5 orang yang bujang. Siapakah yang bakal menyusul selepas ini agaknye eh? Ehem! Nantikan. Ecewah. Macam filem pulak nak ade sequel bagai. Mana la nak tahu tetibe aku pulak kan lepas ni. Ewah-ewah. Hehe. (^_^)



Bisik-bisik :: Selamat Pengantin Baru Miza! Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke jannah. Dan semoga dirahmati Allah setiap masa. Barakallahulakuma. InsyaAllah.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 15 July 2012

~He's turning 2 oredi!~




Assalamualaikum. Hai!


Bila dah lama tak menulis secara kerap ni jadi kekok sikit bila tiap kali nak mula menaip. Macam kelu jari gitu. Ecewah. Haiii..entahlah kenapa tahun ni punya la pemalas nak menulis. Bukan takde idea dan cerita nak dikongsikan, tapi tu la macam gila pemalas tahap super. Ish. Kena muhasabah diri ni supaya buang sifat pemalas yang tak berfaedah langsung ni. Ke pemalas ni sebab faktor umur ye? Ceh! Alasan je sebenarnye tu. Hehe.


Dah lama jugak kan aku tak cerita pasal budak demok kesayangan aku si Iqbal tu. Jadi kali ni nak tulis pasal dia la. Sebenarnya, 12 Julai yang lalu besday dia ke 2 tahun. Dah besar dah budak kecit ni.  Diam tak diam dah 2 tahun umur budak demok ni. Sekejapnya masa berlalu. Mak sedara die ni cenggitu la jugak nye. Entah bila la nak kasik kawan untuk si Iqbal. Ehem. Eh? Tersilap tulis pulak. Abaikan. Entri ni kite cerita pasal Iqbal tau. ;p


*Budak demok yang encem. Ummi Dada lebiu so much!*





Seperti tahun lepas, tahun ni nak tulis entri special untuk Iqbal sempena besday die walaupun die cuma reti membebel tak reti lagi nak membaca. Takpe. Mak die ada boleh baca. Hehe. Nak tulis pasal anak sendiri belum boleh lagi. Jadi marilah kite tulis pasal anak orang. Anak orang pun anak kakak sendiri. Kira macam anak sendiri jugak la tu. Tetiba anak orang jadi anak sendiri. Keh3. Lantak le. Lagipun sejak die baby lagi aku dah tolong asuh bagi mandi basuh berak semua. Sebab masa die baby hanya aku sorang je berani mandikan die dalam baldi walaupun die buas yang amat. Hebat tak aku? *nak jugak tu puji diri sendiri.*


Happy besday my dear Iqbal Shareef! Ummi Dada love u so much. Be a good and smart boy. Jadi anak yang soleh untuk ibu dan abah. Don't noti-noti oke. Next year Iqbal dapat kawan. Nanti ibu bagi adik kat Iqbal. *tetibe* Hehe. Bulan 10 nanti baru buat besday party Iqbal serentak dengan majlis ehem-ehem ummi oke! ;p



Bisik-bisik :: Bulan depan besday aku pulak. Hoyeah! *saje nak mention..kih3..*



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 5 July 2012

~PORTFOLIO : Koleksi Header Customer Vol. 2~



Assalamualaikum. Hai!


Lama menyepi dan mendiamkan diri. Al-maklum le perasan busy. Mintak maaf sangat-sangat kat mereka-mereka yang email dan bertanya pasal design. Baru sekarang free sikit nak reply email korang. Buat customer yang telah lama menunggu hasil design pun sorry jugak. Bila busy dengan masalah kerja bertimbun, idea agak kurang menyerlah. Otak asyik memikirkan pasal kerja je. Itu lah agak kelewatan sedikit. Maaf la ye. Uhuk!


Entri pertama di bulan Julai ni sekadar nak update pasal portfolio je la. Entri pemanas jari jemari kononnye. Nanti nak update panjang berjela pasal reunion+kenduri besfren kat Johor awal bulan hari tu. Jadi ini kira intro yang takde kena mengena la. Hehe. Bukan ape. Macam agak dah lama terperam header belog customer yang berlambak tu. Jadinya, nak share la dengan korang hasil kerja aku tersebut. Jom ushar!














Simple je aku design kan? Aku tak berapa gemar yang jenis semak penuh macam-macam segala mak nenek nak sumbat. Nasib baek la customer pun request yang jenis simple. Tak pernah lagi dapat customer nak design crowded. Kalau ada, mahu kepala hotak aku pun ikut crowded jugak. Serabut serabut. Hehe.


Seperti biasa, kalau ada yang berminat nak try khidmat tangan kayu sakti aku, silalah contact aku melalui email ye. Nak tengok koleksi header untuk customer yang lain boleh la belek di SINI dan di SINI. Sekian saje untuk kali ini. Kalau ade rezeki lagi orang order, ada la lagi portfolio untuk header customer buat tatapan mata korang. Mekaseh buat yang telah sudi bersabar menanti dan menggunakan khidmat aku. Lebiu! ;p


Bisik-bisik :: Kerja design agak selow sebab serabut dengan kerja. So sorry buat yang terlibat terpaksa menunggu. T_T


*Latest upah : RM10..Mekaseh..(^_^)

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)





 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com