Tuesday, 25 December 2012

~Cincin Emas ke Cincin Perak?~



Assalamualaikum. Hai!


Lama menyepi sebab sibuk dengan kehidupan di dunia realiti. Dengan kerja opis yang tak kan pernah habes. Kerja part time design yang makin mencurah-curah. Ecewah. Takde la mencurah mane pun. Tapi ada la sikit. Sampai banyak yang tertangguh. Huk3. Sorry my customer. Agak selow sikit. Sebab bile stay kat rumah orang ni aku tak berapa boleh nak fokus sangat. 


Maklum la, tempat tido aku adalah terkedang kat tengah ruang tamu. Kesian. Haha. Nak tido lewat tak sedap pulak. Polisi mak sedara aku, kat rumah ni kena tido awal. Kalau aku tido lewat kang anak die yang bongsu tu pun ikut sama tido lewat. Adoiyai. Bile la gamaknye nak siap rumah sendiri ni? Dah 6 bulan menjadi gelandangan tumpang rumah mak sedara. Huhu. Tapi demi mencari rezeki lebih nak tak nak kena jugak la wat kerja design tu sikit-sikit walaupun selow. Kena la kerja kuat kan? Kata nak kawen tahun depan. Haha.


Sebut pasal kawen ni,  entri kali ni ada kaitan dengan yang itu la. Tapi pasal cincin. Tetibe aku teringat masa pergi spa buat rambut tempoh hari, adik yang layan aku tu ada tanya pasal cincin-cincin ni masa dia dok cuci rambut aku. Dia tanya masa bertunang atau bernikah sesuai ke tak kalau pihak lelaki nak bagi cincin perak je. Wajib ke bagi cincin emas? Katanye ramai orang cakap elok bagi cincin emas. Kalau bagi cincin perak bukan ada harga. Tak boleh jual macam cincin emas. Persoalan yang dia ajukan kat aku, ada ke orang jual cincin tunang/nikah sendiri?


Persoalan tu jugak pernah aku fikirkan bila orang bagi cadangan kat aku tentang cincin yang patut aku mintak dari encik CH. Pelik benor rasa bila ada yang cakap cenggitu. Hello. Dah nama pun cincin tunang/nikah. Takkan la tergamak nak jual pulak. Pada aku la, kalau satu hari nanti aku hidup susah sekali pun, aku tak rela nak jual cincin tunang/nikah yang aku dapat. Gila. Sayang kot. Ada sentimental value. Eceh! Korang sanggup ke nak jual? Ish3. Nasihat aku, andai jodoh tak panjang pun, dari korang jual cincin emas tu, baiklah buat investment. Untung berganda-ganda. Haha. *Apa aku merepek ni? (-_-")*





Berbalik kepada perbincangan asal. Jadinya, cincin emas ke cincin perak yang sesuai nak bagi masa tunang/nikah? Bagi aku dua-dua pun okey je. Sesuai. Ikut atas pilihan hati sendiri berkenan yang mana. Ikut bajet jugak. Kalau harga cincin emas sama je dengan harga cincin perak, ikut suka la nak beli jenis yang mana satu. Tepuk poket dompet si lelaki, tengok duit berkepuk-kepuk ke tidak kat dalam. Haha. Mana tahu berkenan lagi yang design cincin perak dari design cincin emas. Kadang-kadang cincin perak pun cantik jugak siap ada batu-batu berkilau tu ha. Ada yang lagi mahal dari cincin emas. Terpulanglah.



Kalau ikut aku, tak kisah la pihak lelaki nak bagi cincin jenis apa sekali pun. Perak atau emas, murah atau mahal, aku terima je. Asalkan dia mampu. Sebab aku memang bukan seorang yang high demand dan materialistik. Aku terima je seadanya ikut kemampuan si dia. Yang penting 'berharga' pada aku. Tapi jangan la bagi cincin mainan yang tikam-tikam tu pulak. Jahat beno la kalau bakal suami aku bagi cincin gitu. Terus mogok tunda kawen kalau dia buat camtu. Itu takde hati perot namanya. Huhu.


Tapi itu diri aku sendiri. Kalau pompuan lain aku tak tahu la. Macam ada kawan aku cakap, pada dia kalau lelaki tu bersungguh nak kan seorang pompuan, laki tu kena sanggup keluarkan duit penuhi semua tuntutan pompuan tu. Tak kesah dari segi wang hantaran kahwin, mas kahwin dan cincin. Mahal camna pun kalau laki tu betul-betul nak, kena la berkorban. Hue hue hue. Nasib la eh kalau yang lelaki dapat gadis idaman yang high demand. Sebab dunia sekarang ni memang kejam banyak. Memang la duit bukan segala-galanya. Tapi kekadang duit tu peranan die 'amat besar' jugak. Itulah realiti hidup zaman sekarang. Harap bertabah buat kaum lelaki. Haha.


Oh ye! Dah terlanjur tulis pasal cincin ni, nak ingatkan la sikit. Ramai jugak pihak yang konpius nak bagi cincin jenis apa untuk si lelaki masa majlis nikah/tunang. Sebagai seorang Islam, kita semua sedia maklum yang lelaki haram pakai barang-barang yang emas sepenuhnya atau ada sedikit unsur emas. Jadi, jangan sesekali beli cincin emas untuk si lelaki. Cincin emas putih atau suasa pun tak boleh tau. Haroommmm. Jadi belikan je cincin perak. Takpe la 'murah' pun. Yang penting 'value' dia tu. Dan itu juga adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi lepas ni tak payah la pening-pening nak beli cincin apa bagi kat bakal suami tu. Pergi je cari cincin perak ye.



Bisik-bisik :: Misi mencari cincin perak untuk encik CH. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 11 December 2012

~Nakal Bila Jauh~



Assalamualaikum. Hai!


Orang cakap, lelaki ni kan, bila jauh dari pasangan (bini/tunang/awek), dorang akan menjadi 'nakal'. Jauh ni kiranya macam Long Distance Relationship la. Yang jarang-jarang berjumpa disebabkan jarak tempat tinggal memasing yang jauh beribu-ribu batu. Nak jumpa pun mungkin berbulan-bulan baru jumpa sekali. Kalau bajet banyak mungkin sebulan sekali. Tapi tetap jarang berjumpa.


Jadinya, bila dalam situasi ni, selalunya lelaki akan menjadi 'cerdik terlebih' dan bijak mengambil kesempatan. Itu lah yang dikatakan Nakal Bila Jauh. Nakal di sini maksudnya macam saje-saje nak test market dengan 'jeling-jeling' pompuan lain. Jeling-jeling biase je takpe la kot. Ni tersilap langkah terus 'terperangkap' dengan jerat sendiri. Jeling-jeling pastu siap 'declare' jadi 'couple' lagi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bini/tunang/awek dorang. 


Hoiiii. Ini sungguh tidak bermoral! Jahat dan buruk perangai sangat! Mentang-mentang la jauh kan. Me'ghela' pulak dia. *Me'ghela' = Gatai merenyam* Debik kang baru tau! Selalunya yang suka wat perangai cenggini lelaki yang nampak noty-noty sikit kot. Eh? Tapi tak boleh cakap jugak. Kekadang yang nampak jurus dan 'pijak semut tak mati' pun lagi dasyhat perangai. *jurus = baik* Bersembunyi die sebalik 'topeng' wajah baik dia tu. Grrr...


Eh! Ini bukan teori yang aku saja-saja nak reka sendiri tau. Dah dua orang sahabat baik aku cakap benda yang sama. Sorang lelaki sorang lagi pompuan. Rasanya kakak aku sendiri pun pernah cakap benda yang sama kot. Ingat-ingat lupa pulak. Tapi memang dah dua tiga kali jugak aku dengar tentang hal ni sebenarnya.


Gambo takde kaitan dengan entry tapi comel sebab tu tempek. Mekaseh Google! Hehe..:P


Kalau perempuan yang cakap, maybe la boleh dianggap kot-kot cemburu ke apa ke kan. Maklum la, perempuan kan. Perempuan ni, bila berjauhan dengan orang yang disayangi dan dicintai, tahap insecurity dalam diri tu agak tinggi menggunung jugak. Macam-macam la yang akan dipikiokannye. Kadang-kadang macam tak masuk akal pun ade. Sesetengah nye je la. Bukan semua. Ye ke eh? Rasanya la kot sebab ada pompuan, dia percaya sepenuh hati kat lelaki yang disayangi. Jadi die takkan terfikir laki tu nak buat 'jahat' kat belakang die bila mereka berjauhan pun. 'Baik'nye la hai pompuan cenggini kan? (-_-")


Tapi kalau lelaki sendiri yang cakap dan mengakui hal ni, aku rasa memang boleh dipercayai statement tu.  Hehehe. Sampai sekarang aku ingat lagi besfren lelaki aku cakap tentang ni. Masa tu kami berdua on the way ke Terengganu. Aku nak pergi kenduri kawan baik aku masa kat kampus. Die pun sama jugak. Tapi kenduri yang berlainan la. Dia cuma tumpangkan aku je. Sebab aku kena tinggal bas jadi die offer aku pergi sekali dengan die dan die drop aku kat rumah encik CH.


Sebabkan kami bergerak malam, jadi sepanjang perjalanan tu kami bersembang la taknak bagi ngantok. Haaa..time tu la die cakap benda ni. Konon nak warning aku la. Kan aku dengan encik CH jauh-jauh. Takot aku kena dumb la tu. Dia cakap cenggini kat aku.."Hang jangan mudah sangat percaya dengan lelaki ni. Lelaki kalau jauh dia boleh jadi nakal. Kang hang jadi macam lagu Ramlah Ram ni." Masa tu lagu Sesaat Kau Datang tengah berkumandang. Haha. Kelako pun ade. Sayang jugak die kat aku ye. Macam gitu la baru betol besfren. Eceh!


Mekaseh mengingatkan aku ye wahai sahabat. Aku tahu hang sayang aku sebab aku kawan hang yang paling baik dan best. Kan kan? Hehe. Don't worry la. I'm getting married soon. Dengan lelaki yang sama lagi time hang warning aku tu. Tak lama lagi aku ikut jejak hang pulak ye. Lambat sikit je. Hehe.


Haaa..Korang pembaca lelaki yang baca blog aku ni ada tak hujah yang nak disampaikan bagi mempertahankan diri dan menidakkan statement ni? Ada ke tidak? Kalau takde, maknanye betul dah la tu. :P



Bisik-bisik :: Sebenarnya, tak kira lelaki ke perempuan, sama je boleh jadi nakal begini kalau jenis yang tak setia dan suka buat perangai. Ye dak?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 10 December 2012

~Menjadi Seorang Penulis~



Assalamualaikum. Hai!


Dulu masa aku kecik-kecik, errr..takde la kecik sangat, umur masa tu dalam lingkungan 13-15 tahun, aku ada impian nak jadi seorang penulis. Kengkonon je la. Masa tu kan, aku ada satu group yang suka berangan dan menulis satu buku cerita cinta yang kitorang sambung-sambung ceritanya mengikut idea yang muncul dalam kepala otak masing-masing ikut giliran. Kemaen kau! Kecik-kecik dah pandai tulis cerita cinta imaginasi. Kui3.


Cerita cinta yang kitorang tulis tu pulak berdasarkan watak yang masing-masing pegang mengikut group Spice Girls. Aku pegang watak Emma Button kot kalau tak salah. Kononnye comel plus lemah lembut gitu perangai aku ni ha. Wakaka. Masa zaman tu kan group Spice Girls memang tengah hot sangat. Watak boifren imaginasi pulak group apa ntah aku dah tak ingat. Tapi bila aku kenang-kenang balik kemerepekan perangai kitorang dulu tu rasa macam lawak pun ada. Haha. Bila aku dah pindah sekolah dan berpisah dengan dorang terus senyap cenggitu je la cerita cinta imaginasi kitorang tu.


Bila dah besar dalam tingkatan 4 ke atas, disebabkan impian nak jadi seorang penulis tu masih menebal dalam diri, aku berangan pulak nak jadi penulis novel. Sebabnya masa tu gila dok baca novel cintan-cintun. Konon nak tulis jugak novel cinta berdasarkan imaginasi aku dan yang jadi watak utamanya tentulah aku dengan nama yang sedikit glemer. Terpengaruh dengan novel yang dibaca punya pasal. Haha. Tapi memang takde la terhasillnya. Bila umur dah meningkat, imaginasi aku makin memudar. Tak reti dah berimaginasi. 


Tambah pulak lepas kenal dengan encik CH, kegilaan aku terhadap novel terus mati. Sebabnya bila aku excited nak beli novel setiap kali masa keluar berdua, mesti kena larang dan dibangkang secara keras oleh beliau. Lama-kelamaan aku terus jadi tak minat dengan novel. Maka terkubur la hasrat nak jadi penulis novel cinta. Memang tak layak langsung pun. Kan aku cakap tadi aku dah tak pandai nak berimaginasi. Hehe.




Masa zaman belajar kat universiti pulak, aku ade berangan nak jadi penulis artikel dalam majalah. Eh? Kuat berangan jugak aku ni rupanya. Kui3. Tapi memang takde la jadinye. Aku pun tak tahu macam mana nak mintak jadi penulis artikel. Pastu apa kriteria yang perlu ada. Nak hantar artikel kat mana. Nak tulis artikel kategori apa. Jadinya terkubur je la angan-angan aku tu begitu saje. Lagipun kan, aku sedar diri. Mana la nak ada syarikat penerbitan majalah yang teringin nak hire aku ni ha. Takde talent kot. Tulis merepek-repek macam ni boleh la. (-_-")


Masuk zaman kerja, aku mula minat dengan buku motivasi. Buku motivasi yang paling aku suka baca ialah tulisan Dr. HM Tuah Iskandar. Semua buku beliau aku ada beli dan buat koleksi. Sampai sekarang. Rak buku aku penuh dengan buku-buku beliau. Mak aku pun sampai pening dengan perangai aku. Kalau aku pergi kedai buku, balik mesti usung buku tulisan Dr. Tuah. Hehe. Sebenarnya aku berminat dengan cara penulisan beliau yang sangat santai dan terkesan di hati. 


Disebabkan itu, aku pun mula berangan nak jadi penulis buku-buku motivasi pulak. Haha. Berangan tak habes-habes Cik Sha korang ni. Serius, sampai sekarang impian tu masih lagi membara-bara di jiwa. Tapi rasanya masih belum boleh dilunaskan kot. Sebabnya pengalaman hidup aku masih lagi seciput. Lagipun, aku masih belum menjadi seorang yang betul-betul berjaya. Penulis buku-buku motivasi ni kan selalunya mereka-mereka yang dah berjaya dalam hidup. Pada pandangan aku la. InsyaAllah kalau ada izin Allah mana tahu mungkin satu hari nanti hasrat aku yang satu ni tercapai, kan?




Jadinya sekarang ni, aku hanyalah seorang penulis blog saje la. Dah sesuai la tu. Tulis merepek-merepek je semedang. Berjela-jela pulak tu. Naik juling biijik mata korang yang membaca. Nasib la eh. Hehe. Dah memang minat aku menulis. Sebab tu la panjang-panjang je penulisan aku gamaknye. Ok la tu jadi penulis blog pun kan. Tak jadi penulis blog yang popular pun takpe. Aku pun takde kot impikan yang tu. Cukuplah sekadar penulis blog picisan. *Picisan tu natang ape eh? Hehe.* Asalkan apa yang aku tulis ada sikit input yang baik yang boleh dikongsikan dengan pembaca belog busuk aku ni walaupun yang banyaknye merepek meraban je.


Eh? Jap jap. Maknanya, impian aku nak "Menjadi Seorang Penulis" tetap tercapai jugak la kan walaupun hanya sebagai seorang penulis blog? Hoyeahhhhhh.. Jadi la tu. Tercapai jugak hasrat aku rupanya. Haha.



Bisik-bisik :: Suka tak baca belog aku ni? Mekaseh la ye sebab sudi jadi pembaca hasil nukilan aku mengarut kat belog ni. Hehe. Lebiu ol much! :P


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 5 December 2012

~Last Friend's Wedding For This Year~



Assalamualaikum. Hai!


Hujung minggu yang lalu, aku turun Kolumpo sebenarnya. Yang aku membebel dalam entri semalam pasal train delay sampai 3 jam masa aku nak balik Penang tu. Aku turun sana semata-mata nak attend wedding kawan baik masa study dulu yang sama-sama mengharungi kesusahan dan bersengkang mata nak menyiapkan projek tahun akhir memasing. Hehe. Memang wajib kena pergi. Sebab aku dah janji dengan die kalau die kahwin aku mesti datang walau apa pun rintangan. Ecewah!


Aku pergi kenduri tu dengan sorang lagi kawan baik, Cik Yan. Mujur die stay kat sana jugak. Ada la jugak member nak ajak pergi. Kalau tak, sensorang la aku bawak diri sebab encik CH tak boleh cuti masa hari kejadian tu. Maklum la tengah training. Mana beliau boleh nak cuti sesuka hati. Terpaksa la cik tunang die ni bawak diri sendiri. Kesian. Tapi takpe. Naseb baek pandai berdikari. Kui3. *nak jugak tu up diri sendiri..hehe..*


Masa on the way nak pergi tempat kenduri tu, punye la banyak cabaran. Sesat merata-rata. Sebab tak familiar dengan jalan. Cik Yan pulak tak biasa drive area Kolumpo sebab die stay kat area Kota Damansara. Kitorang main redah je la. Bertuah sungguh budak berdua ni. Haha. Naseb baek sampai jugak. 


Sampai je kat tempat kenduri tu, pengantin tengah snap-snap gambar dengan tetamu dan famili kat pelamin. Kitorang naik atas makan dulu la. Ingatkan kami berdua je kat situ yang kenal sesama sendiri. Tetiba muncul satu group lelaki coursemate kitorang. Fuhhh. Ada jugak yang dikenali. Hehe.


Ok la. Malas nak membebel panjang. Nak kongsi gambar yang ada beberapa keping je ni ha. Takde banyak gambar sebab aku tak bawak kamera. Ni pun snap pakai kamera henpon cap ayam aku tu dengan cilok satu gambar dari member yang bawak kamera gedabak die. Tenkiu encik Protoz. Meh la share lagi gambar-gambar yang ko dah snap tu. :P


Cik Sha yang kemetot dengan pengantin yang gojes. Comeynye Kema! Geram kat die.  Hehe. Masa jumpa tu terus pegang-pegang pipi die yang gebu sangat tu sebab comel. Tak sedar pipi sendiri pun gebu jugak. Hehe.

Cik Yan dengan Puan Akma. Dedua cun! Member saya semua memang cun-cun. Saya cuma menumpang cun je. Hehe.

Kami dengan pengantin pompuan. Pengantin laki pi solat. Ye. Saya tahu. KeKEMETOTan saya sangat terserlah di sini. Haha. Nak buat camno. Dah semua kawan spesis tinggi-tinggi.


Congrats my dear Akma. Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga yang baru dibina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Semoga segala kepercayaan, kasih sayang dan persefahaman yang telah terbina semasa perkenalan selama 10 tahun yang telah terjalin sebelum ini akan terus dibaja dan diperbaiki dalam menempuh kehidupan suami isteri ni. Dan semoga berbahagia sehingga ke akhir nyawa serta berpanjangan hingga ke syurga. I'm happy for you! (^_^)


Rasanya ini last wedding kengkawan baik yang aku attend untuk tahun ni kot. Buat kawan-kawan lain yang ada jemput, hanya doa yang mampu saya iringkan dari jauh. Maaf sebab tak dapat pergi. Jangan terasa hati. Bukan memilih nak attend wedding sesiapa. Cumanya saya terpaksa atur masa dan kewangan dulu kalau nak pergi mana-mana wedding kengkawan. Maklum la semua jauh-jauh. Hehe. Apa-apa pun, saya doakan semoga majlis korang berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Semoga dirahmati dan diberkati Allah juga.



Bisik-bisik :: Wedding sendiri harapnya semua kengkawan yang saya pernah pergi wedding dorang tu sudi la datang nanti. Eceh! Macam mengugut pulak. Hehe.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 4 December 2012

~Cantik Dalam Hati~



Assalamualaikum. Hai!


Ini semalam punya cerita tapi baru hari ni nak cerita. Lantakkan je. Lambat sehari. Belum basi lagi. Kan kan? Hehe. Semalam aku offday. Sebabnya train ngok ngek wat perangai pulak hari ahad tempoh hari masa aku on the way nak balik Penang. Patutnya pukul 11 malam perjalanan aku. So sampai rumah dalam pukul 6 pagi tu boleh la bersiap-siap terus pergi opis. Tapi stuck kat KL Sentral sampai jam 2 pagi pulak. Train pun ada delay jugak hokay. Dah la encik CH tak boleh teman. Pukul 10.30 malam die dah cabut kejar last LRT nak balik. Stressssssss.


Disebabkan itu, *skema pulak rasa* lepas dah puas membuta maka petang semalam aku pun decide la nak pergi meringankan kepala dengan buat treatment rambut kat saloon. Padahal sebenarnya aku dah rimas gila dengan keadaan rambut yang serabot sangat. Mengerbang-ngerbang. Hantu Kak Limah punye rambut pun kalah dengan rambut aku. Rambut nak panjang je tapi malas nak jaga mana tak serabot. (-_-")


Sekarang rambut aku dah tak macam Hantu Kak Limah lagi. Hoyeahh! Ringan je kepala rasa. Seronok pulak ada orang main-main rambut aku semalam. Tapi sedih jugak tengok rambut yang dah kena potong tu. Huhu. Siap mintak adik tu bungkuskan nak bawak balik rumah. Adik tu memula blur ingat aku main-main. Hehe. Pastu die cakap, "Nah kak. Nanti rindu-rindu boleh la main sambung-sambung rambut." Amboi dik! Ko perli akak ye. Haha.


Harap maaf! Gambar aku tayang rambut memang takkan ade la ye. Ingat aku buang tebiat ke nak share gambar tak pakai tudung. Dah nak mampos kot kalau aku buat perangai macam tu. Haisshh. Tengok gambar model ni dah le.






Oh ye! Lupa pulak nak kasi tahu. Saloon yang aku pergi tu hanya untuk kaum muslimah je ye. Memang best! Environment dalam tu serius selesa sangat. Interior design die lawa gila. Sebenarnya kat saloon tu bukan je setakat boleh buat treatment rambut. Treatment untuk badan dengan muka pun ada jugak. Nanti nak pergi lagi. Ambil pakej untuk bakal pengantin punye. Mahu buat facial dan lulur-lulur badan ni sikit. Ecewah. :P


Haa..masa adik yang tengah buat rambut aku tu dok kelebet-kelebet rambut aku, owner kedai tu datang nak kutip sewa. Owner nye Cina la. Lawak gila sembang dengan auntie tu. Adik-adik yang kerja kat situ pun suke benor ngusik auntie tu. Auntie tu pun melayan je. Hehe. Aku pun tumpang gelak sama. Dalam dok bersembang tu, tetiba auntie tu cakap pasal orang pakai tudung buat rambut.


Auntie : Orang Melayu pakai tudung, buat rambut cantik-cantik pun bukan orang nampak. Nanti tutup jugak. Rugi saje buat. Bayar mahal-mahal.

Adik Buat Rambut Aku : Takpe la auntie. Tak tunjuk kat orang pun, dekat rumah mau cantik-cantik jugak untuk orang kat rumah ma. Yang penting "Cantik Dalam Hati".


Perghhh..terkedu aku dengar adik tu jawab. Hehe. Aku suka part die sebut "cantik dalam hati" tu. Walaupun adik tu tak pakai tudung, tapi jawapan die kat auntie tu memang terbaek. Aku doakan semoga satu hari nanti hati adik tu terbuka juga untuk bertudung. Serius die memang cantik sangat orangnya. Kalau dia pakai tudung mesti lagi berganda-ganda cantik. Mudah-mudahan satu hari nanti hati die tergerak nak bertudung. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Impian konon nak bakal suami yang guntingkan rambut bila dah kawen nanti sebenarnya. Takpe. Sempat lagi nak bela rambut bagi panjang balik. Kui3.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 28 November 2012

~'Kata-kata Hikmat' Yang Diterima~



Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah sebulan rupanya aku bergelar tunangan orang. Huahuahua. Macam tak percaya pun ade. Dah sebulan wei! Apa perasaan? Errr...entah la. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasanya eksaited tu dok ada lagi ni. Ceaaaaa..gedik nak mampos pompuan ni. Huhu. (-_-")


Entri untuk rebiu majlis pertunangan aku hari tu pun masih tertangguh lagi kan? Baru rebiu pasal mini pelamin. Punya pemalas nak update. Nanti la aku sambung ye. Ada lagi beberapa part nak review. Hantaran, doorgift, mekap, photographer dan beberapa part lagi. Haishh..banyak jugak tu. Nak kongsikan jugak dengan korang. Tak kire! Lantak la basi pun. Haha. 


Bukannye nak menunjuk ke apa. Cumanya nak berkongsi pengalaman manis dalam diari hidup aku je. Lagipun sebab majlis pertunangan aku hari tu adalah majlis kecik-kecik je. Semua adalah sendirian berhad. Handle sendiri dan famili je terlibat atur semua tanpa melibatkan orang luar kecuali mekap dan masak-masak. Mana tahu boleh jadi panduan kat orang lain pulak. Tu yang nak kongsi tu. Hehe.


Ni apa ni setiap perenggan dok huhu, haha, hehe je aku ni. :P


The flowers and the ring. (^_^)


Sebenarnya nak kongsi dengan korang something ni. Lepas-lepas dah tunang ni kan, macam-macam je la 'kata-kata hikmat' yang aku dapat. Betoi wei. Setiap tindak tanduk aku kan, mesti ada disertai dengan 'kata-kata hikmat' dari orang di sekeliling aku terutamanya famili tercinta. Contohnya macam situasi-situasi seperti di bawah  ni.


Bila aku merancang nak pergi holiday kat mana-mana.

Mak :: Ni nak pergi berjalan ni dah bagitau kat Tun ke belum? Awak tu dah jadi tunang orang. Nak pergi mana-mana tu bagitau la kat die.

** Errr..kena bagitau eh? Ekeke. Risau je mak aku ni. Aku pergi mana-mana memang akan repot kat encik CH punye la. Kang die membebel lagi hebat dari mak aku kalau tak bagitau. Naya!


Masa aku bercuti panjang pergi Johor tempoh hari.

Kakak :: Amboi tunangan orang ni, bergalak sakan die eh.

** Errr..jadi tunang orang dah tak boleh eh nak bergalak dengan kengkawan? Boleh la. Saje je tau kakak aku ni. Jeles le tu kite boleh berjimba dengan kengkawan kite lagi untuk menikmati zaman bujang yang tinggal sipi-sipi je ni. Hehe.


Bila ada kawan lelaki ajak keluar.

Mak :: Jangan mengada nak keluar. Awak tu tunang orang. Kang jadi fitnah. Nak keluar bawak mak takpe!

** Hehe..kemaen risau mak aku masa aku mention kat die bila ada kawan lelaki ajak aku keluar. Jangan risau mak. Anak mu ni memang takkan keluar punye la berdua-duaan dengan lelaki lain. Lagi-lagi tak dapat izin mak dan encik CH. Memang takkan keluar. Sebelum ni pun takdenye aku keluar berdua dengan kawan-kawan lelaki even encik CH kenal dorang. Kalau ada keluar pun, mesti aku bawak teman. Selalunya kazen aku la yang aku usung. Kalau dorang tak bagi aku bawak teman, memang harap maaf la. Aku takkan keluar. 


Time nak pergi kerja.

Mak :: Hati-hati bawak moto tu. Jangan laju-laju. Awak tu darah manis.

** Err..bila dah kena warning cenggitu otomatik terus jadi gadis ayu bawak moto pelan kemaen. Dulu dari rumah nak pegi tempat kerja dalam masa 30 minit pecut boleh sampai. Sekarang 50 minit hoi..Seloooooo sangat! Huhu.


Itu antaranye la. Banyak lagi kalau nak ikutkan. Haha. Tadi pun masa pergi lawat rumah yang tak siap-siap lagi di'renovate' tu, tangan aku terhiris kat besi postbox dan berdarah masa aku jolok tangan nak gagau cari surat. Tetiba mak cakap, 'Haaaa..tu la maknanye orang darah manissss..' Aku pun terus blur. Haha!



Bisik-bisik :: Tetibe rasa macam nak try rasa darah sendiri manis ke idak. Kui3. :P


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 27 November 2012

~PORTFOLIO :: Belog Puan Izmierah @ Chugie~



Assalamualaikum. Hai!


Sebelum mata melabuhkan tirai, aku nak update belog kejap la dengan portfolio design untuk belog customer yang terkini. Lama sangat dah tak update hasil kerja aku kan? Sebenarnya job tu dapat berlonggok. Cumanya selow sikit nak siapkan sebab ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Biasa la. Aku manusia biasa jugak. Masa yang ada perlu jugak diperuntukkan untuk beberapa benda macam kerja, hal keluarga dan sebagainya. Kekadang idea pun pandai nak nyorokkan diri dia sampai aku jadi blur nak design camno. Hehe.


Lagipun aku cuma dapat buat kerja design ni waktu malam dan hari cuti je. Uhuhu. Kekadang kan, ada jugak terfikir nak berhenti kerja opis yang sekarang ni dan fokus kat bisnes design ni. Tapi sayang la pulak nak tinggalkan sebab memang aku suka kerja aku tu. Lagipun aku buat job design ni part-time je. Berapa je la yang aku dapat sebulan. Sekarang ni aku memang memerlukan duit. Maklum la dah dalam fasa merancang hari bahagia. Ongkos banyak nak pakai. Jadinya pasrah je la dengan keadaan sekarang. Kena pandai-pandai bahagikan masa je la. Amboi...panjang berjela pulak aku berleter. Ekeke.


Ok la. Meh belek hasil kerja aku yang terbaru. Ini adalah first time aku design belog dengan doodle character. Customer ni yang request. Jadi aku pun cabar la diri aku untuk accept job ni dan hasilkan doodle sendiri. Tak sangka menjadi jugak doodle aku. Boleh la pasni aku offer design belog dengan doodle character. Alhamdulillah. Berseni lagi tangan aku yang kayu ni nak melukis. Huehuehue. Berikut adalah screenshot belog tersebut.




Screenshot ni tak menyeluruh sebab aku cut bagi pendek sikit. Kalau korang nak tengok full design, sila ringan-ringan jari kelik link berikut [Belog Puan Iezmierah]. Pakej design adalah macam kebiasaan iaitu full template yang dilengkapi dengan design header, footer, widget icon, signature dan pembelekan coding. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga aku siapkan belog ni. Harapnya tuan belog puas hati dengan hasil kerja aku ni.


Bersyukur sangat sebab selama buat bisnes design ni aku dapat semua customer yang memahami dan baik-baik belaka. Takde la push aku sangat. Aku diberikan kelonggaran dan kepercayaan oleh dorang untuk hasilkan design yang terbaik untuk dorang. Ambil la masa sikit pun takpe janji hasil memuaskan hati. Terima kasih buat semua customer. Ini yang buat sayang lebih ni. Hehe. Setakat ni tak pernah lagi deal dengan customer yang kekwat. Alhamdulillah.


Ada lagi 2 belog sedang menunggu giliran. Harapnya dorang sedia menanti dengan penuh kesabaran. Tunggu ye. Lepas ni belog anda pula akan digodek-godek oleh tangan sakti ku ini. Buat yang tempah header belog dan multimedia presentation tu pun harap bersabar ye. Mekaseh! (^_^)



Bisik-bisik :: Rezeki lepas tunang gamaknye ni. Grab je yang mana termampu. Semoga dipermudahkan dan diberkati Allah. InsyaAllah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 16 November 2012

~First Time Pekena Nasi Ambeng..~



Assalamualaikum. Hai!


Aku sekarang ni tengah bercuti panjang. Maklumla, minggu ni kan cuti selang-selang sebab raye deepavali dengan awal muharram. Jadinye aku ambil la cuti hari senin, rabu dengan jumaat. Cuti aku berlambak lagi wei. Yang tahun lepas pun tak habes lagi ambik. Jadi marilah memanfaatkan cuti yang masih lagi berbaki. Rugi je tak ambik. Nak jadi pekerja contoh pun beragak la sikit kan. Kalau cuti tu boleh tukar claim duit takpe jugak. Huehuehue.


Sekarang ni aku ada kat Johor rumah besfren. Sebabkan cuti panjang, maka kaki aku pun panjang je la nak merayap jejauh. Lagipun sebenarnye memang dah merancang nak ke sini. Sepatutnya Khamis hari tu lagi dah gerak. Tapi sebab tuntutan kerja dan ada hal famili, aku korbankan je la perancangan awal aku tu. Tak dapat la aku join konvoi nak pergi majlis tunang besfren aku ni sabtu lepas. Ye la kan. Aku hanya mampu merancang. Yang menentukan jadik ke idak perancangan aku tu tentulah Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Walaupun tak dapat join majlis pertunangan besfren aku nih, tapi aku dapat la jugak mengekor die pergi rumah tunang die untuk majlis cukur jambul anak sedara tunangnye tu hari Selasa yang lalu. Dan disinilah sejarah terlakar. First time aku makan dalam dulang besor wei. First time jugak le aku makan nasi ambeng yang gelemer di kalangan orang Jawa. Walaupun aku ade la sikit darah keturunan jawa dari arwah datok aku. Tapi takde pengalaman merasa benda ni semua sebab tak dibesarkan dalam suasana itu. First time ni wei! Haha. Jakun nau cik sha korang nih. (-_-")



Kemaen lagi cik sha korang posing. Siap lentok-lentok kepale kat orang sebelah. Padahal bila makan tak angkat kepala [merujuk kepada tangan yang masih di dalam dulang]. Berlakon betol! Pantang nampak kamera. Haha.



Cenggini rupanya nasi ambeng. Dalam satu dulang tu ada macam-macam makanan. Yang aku ingat ada nasi, bihun, kerabu pucuk ubi [sedap!], serunding [sedap jugak!], sayur campur, ikan kering, ulam timun dan ayam masak kicap. Cara makan nye aku tak tahu. Hentam je melantak masa tu. Asal masuk perot. Haha. Katanye kena gaul-gaulkan semua macam makan nasik kerabu. Aku tak reti sebab dalam dulang besar. Jadinye aku cubit-cubit sikit macam makan biasa tu je. Kui3.



Kalau tengok portion makanan dalam dulang tu kompom la tak boleh habes time tu jugak. Gile hape nak habeskan. Kot ye pun kebulur, tak berhagak-hagak. Buat malu je kat orang lain. Rupanya, kalau tak habes, kena tapau dalam palestik kendian bawak balik. Besfren aku cakap die lebih kurang macam 'berkat' la. 'Berkat' tu maksudnya bekalan makanan dari tuan rumah untuk tetamu. Cenggitu la lebih kurang maksudnye kot. Ohhh..baru la aku tau. Patut la ada disediakan palestik masa dorang hantar dulang makanan tu. Hehe.



Itulah pengalaman aku kali pertama makan nasi ambeng. Walaupun nampak sedikit jakun di situ sebab itu pun nak tulis dalam belog, lantakkan je. Haha. First time kot aku merasa pergi kenduri pastu makan dalam dulang. Mesti la nak share pengalaman. Kui3.




Bisik-bisik :: Selamat tahun baru dan salam Maal Hijrah 1434H buat semua pembaca Belog Riesha Ariesha. Semoga tahun baru ini diberikan kita peluang untuk terus menambahkan amal dan beribadat. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah hendaknya. InsyaAllah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 11 November 2012

~Oi..mata ketumbit! Suka mengintai eh?~



Assalamualaikum. Hai!


Dulu kan masa aku kecik-kecik, mata aku selalu naik ketumbit. Kalau pergi sekolah dengan mata ketumbit mesti kengkawan ejek-ejek kata aku skodeng orang berak. Cit! Kurang ajaran betol. Haha. Ingat aku ni spesis pengskodeng ke hape. Sabo je la. (-_-")


Tapi memang aku kerap sangat kena ketumbit. Bile nak jadi ketumbit tu je, mesti mata aku jadi gatal-gatal kemerahan pada malamnye. Pastu mak aku bile tengok mata aku merah-merah gitu, die boleh pulak cakap, "hang sakit mata, aku sakit pungkoq!" kononnya takmau berjangkit sakit mata. Ntah petua mana la mak aku dapat tuh. Pelik-pelik nau. Haha.


Padahal mata aku merah tu bukan sebab aku nak jadi sakit mata pun. Bangun pagi esoknya, mata aku takleh nak bukak wei! Melekat-lekat dengan tahik mata berkeping-keping. Rupanya mata aku nak jadi ketumbit. Bengkak sebelah mata naik macam bisul kat bahagian akar bulu mata. Selalunya mata belah kanan aku suka naik ketumbit tu.


Kesian kat aku. Akibat dari kekerapan ketumbit naik mata masa aku kekecit dulu, sekarang ni aku mengalami sedikit 'kecacatan' kat mata belah kanan. Bulu mata kat belah mata kanan aku tak cukup wei! Ada bahagian macam satu kawasan tu takde bulu mata. Maknanya bulu mata aku ni berjarang la. Sedih! 


Mana boleh tumbuh balik oi. Kalau bulu mata gugur macam kebiasaan tu yang korang suka cakap 'gugur tanda orang rindu' tu lain la. Memang la boleh tumbuh balik. Ni sebab kesan ketumbit. Takde naik balik pun bulu mata aku kat bekas kawasan ketumbit tu. Huhu. Tapi nasib baik la bulu mata aku lentik. Boleh la kaver sikit 'kecacatan' itu. Eceh! 


Dari pembacaan aku, ada beberapa faktor yang boleh mengakibatkan mata naik ketumbit ni. Yang pastinya aku masa kecik-kecit selalu kena ketumbit mungkin sebab kurang vitamin. Memang kot. Sebab dulu aku keding gila macam tak cukup zat je. Haha. Komfom la!




Bila naik ketumbit tu, bermacam-macam la petua yang aku dapat dari mak. Memang ada setengahnye pelik-pelik je. Tapi takde la aku ikut yang pelik-pelik tu. Tak kuasa mak nyah! Gelis kot. Aku ikut petua yang aku rasa relevan je. Ni antara petua-petua yang mak aku share dulu. Tak tahu la mana dia dapat.

Ikat benang hitam kat jari manis
Ini yang selalu aku buat bile kena ketumbit. Ambil benang hitam ikat kat jari manis. Masa nak ikat tu baca selawat tiga kali. Selalu mak aku la yang ikatkan.

Sapu dengan bawang putih
Ini kekadang je aku buat. Pedih oi tenyeh bawang putih kat ketumbit tu walaupun tak masuk mata. Dah la pedih, pastu rasa macam panas-panas je. Tak tahan. Memang jarang buat.

Sapu dengan 'air mawar'. Euwwww..
Errr..'air mawar' tu maksudnye air cingcing sendiri. Eyark! Katanya masa kite cincing, sua jari sket kat pancutan air cingcing tu, pastu bila hujung jari dah terkena air cingcing terus sapu kat bahagian ketumbit tu. Ntah celah mana la datang petua ni. Aku tak pernah buat yang ni. Gelis sangat. Uweekkk. Bukan ke lagi kuman nanti. Dah la mata ketumbit tu akibat keradangan kuman. Lagi nak tambah kuman. Pelik nau!


Itulah antara petuanya. Yang aku tahu la dari mak aku. Ke ada petua lain yang korang tahu? Share la sikit. Hehe. Sejak aku naik sekolah menengah aku dah tak kena dah mata ketumbit sampai la sekarang. Masa sekolah rendah je selalu jadi tu. Alhamdulillah. Siapa antara korang pernah jadi ketumbit?


Kenapa aku tiba-tiba nak tulis pasal ketumbit ni? Sebab tempoh hari masa kawan aku datang rumah, die tegur kenapa anak sedara aku ikat benang hitam kat kaki. Kena gangguan ke? Katanye mesti kitorang jumpa bomoh pastu bomoh suruh ikat benang hitam. Haha. Nak tergelak je aku. Kitorang memang tak percaya bomoh-bomoh ni. Maaf la. Kalau sakit pun sebab gangguan cari ustaz je.


Jadi aku pun explain la kat die kenapa kaki anak sedara aku tu ade benang hitam. Sebenarnya anak sedara aku tu mata jadi ketumbit. Tapi nak ikat benang hitam kat jari manis die memang tak boleh la. Die tu buas gila. Jadi solution nye ikat je kat pergelangan kaki. Mujarab jugak. Cepat je ketumbit die surut. Itu lah sebabnye. Baru die tahu itu sebenarnye petua orang lama kalau mata naik ketumbit.


Memang la kita tak boleh percaya yang benang hitam tu berkuasa. Gila ke hape. Ingat sikit yang kita ni ada agama. Kita kena yakin yang sebenarnye Allah yang sembuhkan. Allah adalah Maha Penyembuh segala penyakit dengan kehendakNya. Itu hanyalah sekadar ikhtiar. Macam kita sakit, kita jumpa doktor dan makan ubat la. Ok?



Bisik-bisik :: Janganlah dimomokkan mitos mata naik ketumbit sebab skodeng orang berak/mandi. Itu adalah tak betol ye. Nonsense! :P


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 9 November 2012

~Review My E-Day #1 :: Mini Pelamin~



Assalamualaikum. Hai!


Seperti yang dijanjikan, entri review sempena majlis pertunangan aku hari tu bermula dengan entri ini. Harap bertabah. Bakal ada beberapa part. Huhu. Kita mulakan dengan mini pelamin.


Buat pengetahuan korang, aku tak ambil mana-mana vendor dari butik pengantin untuk buat mini pelamin masa majlis tunang aku hari tu. Ye la, kalau butik pengantin yang datang pasang pelamin kompom-kompom la jiran-jiran tahu nanti. Dah kata tak nak kecoh-kecoh pun kan? Jadinye, buat sendiri je lah. 


Mini pelamin adalah konsep dan hasil rekaan dari kakak aku. Dia imagine dan lakarkan atas kertas. Kendian mula mencari bahan-bahan dan realisasikan idea tersebut menjadi nyata. Yang bekerja keras menyiapkan pelamin tersebut adalah aku sendiri. Huahuahua. Orang yang bertunang ni yang kena pasang pelamin sendiri. Kesian.


Tapi bukan la aku sorang. Dengan bantuan paksu dan paklang aku jugak. Sian dorang. Dah tua-tua kena jugak manjat-manjat demi anak sedara dorang yang sorang ni. Ekeke. Tapi aku la yang paling banyak memanjatnye. Ish3. Anak dara ni. Sebelum aku describe lagi dengan panjang lebar, jom belek dulu gambar mini pelamin tersebut. Kat bawah ni lah mini pelaminnye. 






Cantik tak? Rasa gojes kejap duduk kat pelamin cun tersebut masa hari tu. Hehe. Kerusi tempat duduk aku dan meja kayu tempat pasu bunga gedabak kiri kanan tu adalah props yang dah memang dah ade kat rumah. Digunapakai je. Yang tu free tak keluar duit. Yang lain-lain keluar duit la. Kebanyakan bahan-bahan kat pelamin ni adalah disponsor oleh kakak.  Bunga-bungaan, kain backdrop, bantal dan lain-lain hiasan tu semua kakak yang sponsor. 


Flower arrangement pun beliau sendiri yang gubah. Termasuk la hand bouquet yang kat tengah atas kerusi tu dan bebola bunga yang tergantung kat backdrop/dalam sangkar. Yes. Kakak aku memang terer hias bunga. Ekceli memang die ada bisnes pun ambil upah gubah bunga. Sesiapa berminat nak upah die gubah bunga nak cantikkan rumah dipersilakan. Hehe.


Alas tempat duduk kat kerusi tu mak aku yang sponsor. Beliau gigih mengait pattern tu menggunakan benang bulu kambing selama sebulan. Cantik kan? Mekaseh mak tersayang. Mak aku memang terer mengait. Dulu masa muda-muda dia rajin la ambil upah. Dah tua-tua ni dia ngait untuk hiasan lapik kat rumah je la. Yang suka rembat hasil kaitan mak adalah adik aku dengan maksu aku. Haha. 


Habes, apa yang aku sumbangkan untuk pelamin ni? Aku cuma keluarkan duit beli carpet warna kelabu bling-bling tu je sebab memang dah lama gila aku berkenan nak beli. Kui3. Hei! Bukan tu je la. Nampak tak love yang dalam frame tu. Ingat ade jual ke cenggitu? Mana ada. Itu aku gigih gubah bunga rose menggunakan reben buat kecik-kecik dalam kuantiti yang banyak. Kendian kakak aku just tampal-tampal je kat polistren berbentuk love. Maka terhasil LOVE yang cantik itu. Yes. I got the 'creative hand' also u know. Hehe.


229848_10151116328091818_1763435771_n.jpg (960×640)


Terima kasih sangat-sangat kat kakak tersayang sebab memahami taste adik dia yang sangat cerewet nak mampus ni. Haha. Sebenarnye mini pelamin tunang aku ini adalah untuk portfolio bisnes kakak aku. Sebab tu die banyak sponsor. Hehe. Sebelum-sebelum ni ada je kitorang pernah buat pelamin. Tapi tah mana hala simpan gambarnye tah. Tak jumpa. Kakak aku la. Pemalas sangat nak simpan elok-elok. Cepuk die! Haha. 


Takpe la. Kita mulakan dengan mini pelamin tunang aku ni sebagai portfolio. Glemer sket aku. Mesti la nak menumpang jugak. Sebab aku jugak yang tolong buatnye nanti kalau kakak aku dapat upah buat pelamin. Ingat die nak buat ke sorang-sorang. Aku ni pembantu die yang kreatif jugak hokay. *Nak up diri sendiri jugak tu. Haha.* 


Kalau ada yang berminat nak upah kitorang jangan malu-malu contact ok. Nak contact aku boleh [klik sini], nak terus deal dengan kakak aku pun boleh [klik sini]. Kami buat pelamin ikut camne konsep yang customer nak dan boleh kautim berapa budget korang. Setakat ni perkhidmatan hanya ditawarkan area Penang dan Seberang Perai. Orait!



Bisik-bisik :: Masa kenduri kawen aku nanti pun aku dengan kakak nak buat sendiri je pelamin. Untung ada bakat kreatif semulajadi kan? (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 6 November 2012

~Jom Main Warna!~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ahad yang lalu, aku jadi sukarelawan/urusetia untuk satu program besar julung-julung kali diadakan dekat USM. Program tu namanye 'USM Mountain Bike Challenge 2012'. Sepatutnya hanya staf USM saje yang kena jadi urusetia. Mungkin student pun boleh kot. Hanya aku je orang luar yang sesat join sekali jadi urusetia masa tu. Sebabnya paksu aku mintak tolong. Katanye dah orang lain takmo buat kerja, baik die usung anak beranak die tolong bahagian die kena urus. Haha. Aku pun dengan rela hati join je la. Saja nak cari pengalaman baru.


Paksu aku jadi ketua untuk acara Peraduan Mewarna Kanak-kanak yang diadakan sempena program tu. Jadi aku bertugas under paksu aku la. Secara bidan terjun aku jugak telah dilantik sesedap hati oleh paksu untuk jadi pengacara majlis pada pagi tu. Pengsan! Nasib baik la acara untuk kanak-kanak je. Haha. Tapi untuk kanak-kanak pun, ketaq habaq hang! Dah la ade VIP pulak tu. Kena mention nama sorang-sorang. Haiyoo. Rasa nak gugur jantung kena cakap kat depan orang ramai guna mikropon. Ntah camne la kedengaran sore aku ye masa tu. Kui3.


Satu pengalaman yang baru la bagi aku. Siyesli, itu adalah first time aku jadi pengacara majlis wei. Hentam je la labu! Kalau korang nak tahu, malam sebelum program berlangsung, aku gigih taip skrip ucapan untuk pengacara majlis nak bercakap tau. Untuk aku la. Haha. Gile nebes. Memang aku baca sebijik-sebijik apa yang aku karang dengan intonasi suara ala-ala pengacara majlis berkaliber kononnya. Wakaka. Konfiden habes. Bile dah nak tengah-tengah acara tu baru aku cakap tanpa guna skrip. Main cakap je. Spontan gitu.



~Bersemangat tengok keterujaan bebudak Cina ni mewarna. Good effort!~


Seronok tengok semangat bebudak yang join peraduan tu. Macam-macam perangai ade. Pening jugak nak layan. Dengan berlari sana sini nye masa acara belum start lagi. Bising gila. Pastu masa time cabutan bertuah, semua pakat kerumun aku masa aku tengah panggil nombor-nombor bertuah. Sabo je la. Haha. Adoi la adik-adik. 


Peraduan tu free dan terbahagi kepada 3 kategori umur sebenarnye. Kategori pertama untuk kanak-kanak umur 6-7 tahun, kategori kedua untuk kanak-kanak umur 8-10 tahun dan kategori ketiga untuk kanak-kanak umur 11-12 tahun. Ramai jugak yang join. Dalam seratus lebih bebudak. Melayu, Cina, India semua ada. 


Tapi paling buat aku kagum bila tengok semangat anak-anak Cina yang masuk peraduan ni. Siap bawak meja kerusi sendiri tau. Pehtu kaler punya la bapak besar punya bekas dorang bawak walaupun kami dah sediakan kaler. Dan ofkoz la dorang yang paling ramai menang pun. Memang patut menang dengan usaha dorang yang macam tu. Orang cakap kalau nak berjaya kena la ada usaha lebih. Betol tak?


~Keputusan Peraduan Mewarna Kanak-kanak mengikut kategori umur.~


Apa-apa pun, pengalaman jadi sukarelawan untuk program besar macam tu memang best. Walaupun aku tak tengok pun acara lumba basikal yang seramai 400++ peserta tu, tak kesah la. Tengok bebudak lagi best. Padahal sebenarnye aku segan nak tengok dorang. Seksa seksi sangat pada aku dengan outfit dorang tu. Tak sanggup nak bagi mata yang sedia ada rabun ni bertambah rabun jadi kronik. Haha.


Tahniah kepada pengajur utama peraduan lumba basikal ni iaitu Persatuan Staf Makmal USM kerana berjaya menganjurkan program besar macam ni walaupun baru pertama kali. Mungkin ada kekurangan kat mana-mana. Tapi insyaAllah boleh diperbaiki untuk masa akan datang pulak. Err..agaknya kalau aku kerja lagi sebagai Pembantu Makmal kat school bio tu mesti aku pun join persatuan ni jadi salah sorang ahli jawatankuasa. Tetiba jadi gila kuasa. Kih3.




Bisik-bisik :: Rasa nak cari lagi event yang memerlukan urusetia/sukarelawan. Macam best je pulak. Hehe.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 4 November 2012

~Pengalaman Temuduga Kerja di Kilang Jepun~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ni kita lari sikit dari topik tunang-tunang eh? Next entri aku sambung balik tulis pasal majlis tunang aku yang dah berlalu seminggu yang lalu itu. Bukan sebab nak expose melebih-lebih atau macam meroyan sangat perihal majlis tunang sendiri. Tapi sebab masih ada hutang nak review sesuatu. Harap dimaafkan la ye. Sekadar nak berkongsi pengalaman menguruskan sendiri beberapa perkara semasa majlis berlangsung.


Oh ye! Kalau korang nak tahu, sehari selepas majlis pertunangan aku pada hari Ahad tu, esoknya hari Isnin aku kena pergi interview. Dapat panggilan interview 4 hari sebelum majlis tunang. Uhuhu. Dah la minggu tu aku sebok dengan persiapan tunang. Tetiba dapat panggilan interview pulak. Terus kecut perot berganda-ganda. Rasa blur semacam pun ade jugak. Haha.


Kalau diikutkan, ini adalah pengalaman ketiga aku menghadiri temuduga sepanjang hidup aku ni. Ha'ah. Baru tiga kali aku merasa pergi temuduga. Kali pertama masa lepas STPM di USM untuk jawatan Pembantu Makmal. Lulus dan dapat. Ada la kerja dalam setahun. Walaupun jawatan tetap, tapi disebabkan semangat dan keinginan nak belajar di IPTA membuak-buak, aku korbankan kerja tersebut lepas dapat tawaran sambung belajar. Rugi? Tak la. Mungkin bukan rezeki aku dan itu jalan terbaik yang telah ditetapkan Allah untuk aku.


Kali kedua interview pulak adalah lepas setahun bergraduasi dan jadi penggangur terhormat yang bekerja sambilan bermacam-macam. Lulus dan dapat jugak. Kerja aku yang sekarang ni la. Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah NGO. Sudah 2 tahun lebih berkhidmat di situ. Walaupun gaji tak segah jawatan dan komitmen kerja, tapi aku redha dan bersyukur. At least, ada rezeki aku setiap bulan nak menampung kos hidup di dunia fana ni sebelum mata terpejam. Huhu.


Bila dah 2 tahun berkhidmat di situ, ada terdetik dalam hati nak cuba peluang mencari kerja di tempat lain. Tapi takde la buat apa-apa tindakan pun lagi. Lembabs betoi. Agak macam tak bersungguh di situ. Huehuehue. Sebabnya memang dah merancang, nanti lepas dah kahwen nak cari kerja kat area Terengganu. Kena ikut suami lor. Kan dah bertunang ni, jadi tempoh sebelum majlis kahwen tu ada dalam setahun dan mungkin kurang lagi. Maka bercadang untuk bertahan kerja kat tempat sekarang ni.




Tapi tanpa diduga, mungkin rezeki nak bertunang, suatu hari aku dapat email dari Jobstreet yang mengatakan ada satu kompeni jepun request aku untuk apply job yang dorang tawarkan pada aku iaitu QS Engineer. Setelah berfikir beberapa hari dan meminta pandangan kengkawan, maka aku dengan konfidennye pun respon la request tersebut. Tup-tup keesokkannye terus dapat call dari HR Exec dorang. Tapi job position aku apply tu dorang tukar kepada IT Helpdesk Exec sebab dorang tengok aku punye resume ada tulis aku pernah ambil JLPT dan boleh kecek Jopun sikit-sikit. Rupanya dorang nak seorang IT Helpdesk Exec yang berkebolehan speaking Jepun. Erk?


Masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Aku mintak tolong opismate yang hantarkan pergi kat kilang tu. Berdebar gila kau masa tu. Macam nak tercabut tulang sendi semua. Maklum la. Aku dah hampir lupa dah camne nak speaking Jepun. 5 tahun dah tak prektis sebab environment sekeliling tak memberikan peluang itu pada aku. Tapi buat-buat konfiden je. Haha. Lepas dah isi borang, penemuduga pun datang iaitu HR Exec yang kol aku tu. Then ada lagi 2 orang penemuduga yang datang, IT HOD dengan Assistant die (orang Jepun). Warghhhhhhhhh..terus blank bile nampak Jepun tu. (-_-")


Masa intebiu tu memang totally speaking omputih la. Berterabur habes. Aku main hentam je cakap. Sebab aku pun memang tak prektis speaking omputih setiap hari. Kekadang je. Environment kerja aku sekarang adalah lebih banyak cakap bahasa ibunda. Memang kompom la speaking omputih agak ke laut. Huhu. Dan ini adalah intebiu pertama aku menggunakan sepenuhnya bahasa omputih. Yang dulu-dulu tu intebiu dalam bahasa melayu. Pengalaman pertama yang agak mendebarkan.


Result intebiu dapat pada hari yang sama jugak. Lepas beberapa jam aku di'intebiu' dan sedang melepak-lepak kat opis, aku terima call dari dorang. Keputusannya adalah REJECTED. Huahuahua. Aku dah agak dah resultnye. Takpe. Aku seorang yang positif. Aku boleh terima rejection dengan baik. HR Exec die ada explain beberapa sebab kenapa aku tidak diterima. Antara sebabnya :
  • IT HOD sangkakan aku ni lelaki. Dia pi baca resume aku dari Jobstreet tu, nama bapak aku dulu baru nama aku. Jadinya dia fikir aku ni Mohd Fauzi. Huahuahua. Lawak! Patut masa dia masuk bilik intebiu tu nampak dia agak terkejut tengok aku.
  • Polisi kilang tu, pekerja tak dibernarkan naik motorbike pergi kerja. Masa intebiu tu dorang ada tanya aku, in case dapat job tu aku nak datang kerja naik apa. Aku dengan jujurnya jawab aku hanya ada motorbike. Terus dorang cakap, kalau nak kerja situ tak boleh naik motorbike. Hanya boleh naik kereta atau bas rapid Penang yang disediakan secara percuma. (-_-")




Itulah sebab-sebab utamanya. Mungkin ada hikmah di sebalik nya juga aku tak dapat. Lagipun tugas-tugas agak berat, memang sesuai untuk lelaki. Kebolehan aku speaking Jepun pun dah merosot teruk. Masa intebiu tu kena speaking Jepun, terkulat-kulat aku. Hehe. Kendian aku lebih selesa pergi kerja naik motor, jadi takut tak dapat nak ikut polisi dorang tu. Dan peraturan kat situ memang strict. Masa kerja tak boleh langsung jawab fon walaupun kecemasan. Hmm. 


Tapi HR Exec die offer satu lagi jawatan under die. Memang nampak die berminat dengan aku. Cumanya aku kena face lagi satu intebiu la maknanya. Tak tahu lagi bila. Sedang tunggu panggilan susulan. Kalau ada rezeki lagi, ada la aku akan dipanggil. InsyaAllah. Kalau takde pun takpe. At least, aku dah ada pengalaman temuduga di kompeni antarabangsa. Memang aku teringin sangat nak merasa. Dapat dah. Alhamdulillah.



Berdasarkan pengalaman aku ni, ada beberapa tips aku nak kongsikan la dengan korang. Bila nak intebiu kat international company ni, yang penting sekali English kena power dan fluent. Kalau company Jepun, at least kena pandai cakap Jepun sikit-sikit. Memang bagi high mark kat situ. Sensei aku pun pernah pesan dulu masa dalam kelas bahasa Jepun. Datang jangan lewat. Kena awal. Dorang mementingkan punctuality. Then, kena bersedia dengan jawapan yang berkaitan bidang kerja. Soalan memang advance tau dorang bagi sebab nak uji kita faham dan tahu tak ape skop kerja yang ditawarkan.


Intebiu dengan company macam ni selalunya rileks. Tak stress pun. Die lebih mementingkan komunikasi dua hala. Macam bersembang gitu. Takde la skema sangat. Tapi jangan la bercakap tu sampai propa habes. Biasa-biasa sudah. Then, pergi intebiu dress up jangan cincai-cincai je. Perlu kemas ok. First impression tu penting. Mana-mana intebiu pun cenggitu tau. Yang paling penting sekali ialah CONFIDENT. Itu je la yang aku nak kongsikan. Semoga ada manfaat buat korang jugak.



Bisik-bisik :: Sedang mengintai peluang kerja kat Terengganu pulak. Walaupun ada kawan dari sana cakap kat Terengganu susah nak cari kerja, rezeki kita tak tahu kan? Yang penting USAHA! Kalau takde pun, nanti aku buka je bisnes sambil jaga suami dan anak-anak. Verangan ! Hehe. :P


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 2 November 2012

~Mana tunangnya?~



Assalamualaikum. Hai!


Masih dalam mood bertunang lagi. Jadi korang semua bakal disajikan dengan entri-entri sempena majlis tunang tempoh hari lagi la maknanye. Harap bertabah. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, majlis tunang aku tempoh hari tu sebenarnye takde sape-sape pun yang tahu pada peringkat awalnya melainkan kawan-kawan yang close dengan aku je. Sebab, memang aku taknak kecoh pun selagi majlis tak berlangsung. 


Makanya, jiran-jiran kat rumah memang takde yang tahu pun la. Memang kami jemput datang kenduri. Tapi kertas jemputan panggil datang kenduri tu hanya tertera "Majlis Kesyukuran Sempena Hari Raya Aidiladha". Aku la yang buat tu. Hahaha. Bila tiba hari nya, baru la jiran-jiran yang datang tu tahu. Rupanya kenduri kesyukuran tu bukan je sebab hari raya haji, tapi sebab aku bertunang. Keh3.


Bila baru dapat tahu tu, makcik-makcik yang datang mula la kepoh-kepoh bertanya "Mana tunangnya?" kat aku bila dorang masuk rumah nak menjenguk. Maklum la, aku ni jenis berkurung dalam rumah. Hujung minggu pun terperap je kat rumah. Kalau keluar pun dengan mak dan kakak je. Mana ade keluar dating-dating ni dengan kekaseh hati. Takde ye. Sebab kitorang kan jauh. Pastu tup-tup bertunang pulak. Mesti la dorang pelik kan? Dengan sape la pulak aku ni ha bertunang. Hehe.


Dengan mak ayah beliau dan mak saya yang kecit. :P


Tapi maaf la. Masa hari kejadian pun tunang aku takde. Die just hantar wakil iaitu famili die saja. Makanya, tak dapat la makcik-makcik tu tengok siapa tunang aku. Hehe. Rahsia la makcik. Nanti time kenduri saya boleh la makcik belek muke bakal suami saya tu ye. Hensem. Macam hero bollywood. Wakaka. Sian kat makcik-makcik tu. Korang yang rajin baca belog aku ni mesti la dah pernah tengok kan rupe tunang aku tu. Membohong sangat la kalau kata tak pernah tengok.


Sedih tak bila beliau tak datang sama dan tak boleh ambil gambar berdua? Err..aku nak tanya balik, perlu ke ambil gambar bersama dengan tunang masa majlis tunang? Tak perlu kan? So, aku takde rasa ralat pun beliau tak hadir masa majlis tu. Macam aku cakap dalam entri lepas, kehadiran seluruh ahli keluarga beliau pun dah cukup bagi aku. Aku tak kesah pun. Yang penting majlis berjalan lancar dan aku selamat bergelar tunangan beliau. Dan yang paling penting, seluruh ahli keluarga dia terima aku seadanya aku. 


Bersama adik beradik perempuan beliau yang 6 orang itu. Budak yang kecit baju hijau tu aku tak pasti pulak siapa. Sedara dorang kot. Heeee..


Lagipun kan, sepanjang 7 tahun kami kenal, boleh kire la berapa keping je gambar yang kami ambil berdua. Pastu dah la gambar skema habes. Maklum la dua-dua kayu tak reti nak posing. Haha. Kesian kat aku ye takde gambar kenangan berkepuk-kepuk dengan beliau masa bercinta? Takpe la. Tak penting pun gambar-gambar ni. Esok masa kenduri kahwen, aku dengan die snap la gambar berkoyan-koyan. Posing la camne ikut suke pun. Hoho.


Jadinya, 2 keping gambar yang tertera di atas je la yang aku ada dengan famili beliau masa majlis tunang hari tu. Gambar aku dengan adik beradik perempuan beliau dan gambar aku dengan mak ayah beliau. Gambar dengan abang-abang beliau takde la pulak. Terlupa. Hehe. Dengan beliau kompom la takde kan, dah kata tak datang. Takpe la takde kenangan bergambar dengan tunang macam orang lain pun. Cukup la 2 keping tu je. At least ade kenangan dengan famili beliau. Kan?



Bisik-bisik :: Sila bertabah wahai pembaca ku sekalian. Entri seterusnya yang bakal menyusul nanti masih ada kaitan dengan majlis tunang saya ini. Huehuehue. :P



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 30 October 2012

~Officially Become His Fiance~



Assalamualaikum. Hai!


Seminggu menghilang sebab agak kebizian sepanjang minggu tersebut. Hari ni berkesempatan curi masa sikit kat opis nak update belog. Err..curik tulang kejap. Mood nak design web agak ke laut sebab takde idea. Rest otak kejap la. Boleh camtu? Hehe.


Sebenarnya ada berita gembira nak dikongsikan dengan korang semua. Alhamdulillah. Setelah 7 tahun berkawan dan menjalin kasih, akhirnya tanggal 28 Oktober 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1433H yang lalu aku telah selamat menjadi tunangan kepada encik CH secara rasmi. Saat yang dah lama aku nantikan. (^_^)


Masa tu aku kena kurung dalam bilik dan tak dengar pun macam mana perbincangan di antara famili encik CH dan famili aku. Kesian. Haha. Nasib baik ada kakak sepupu dan kucing kesayangan temankan aku dalam bilik tu. Kalau tak mesti kebosanan seorang diri. Dah selesai perbincangan baru aku kena panggil keluar untuk sesi sarung cincin. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar sepanjang majlis. Bersyukur tak terhingga.


~Salah satu hantaran untuk encik CH. Cantik kan?~


Terima kasih kepada encik CH sebab sudi hantar rombongan famili wakilkan beliau untuk meminang aku jadi suri hidup beliau. Walaupun beliau tak dapat hadir sama masa majlis sebab perlu berkursus demi kerja dan masa depan beliau, aku tak kesah pun. Kehadiran seluruh ahli keluarga beliau dah cukup bagi aku. Mak, ayah dan 8 adik beradik beliau semua ada raikan aku. Terima kasih tak terhingga sebab semua sudi datang walaupun jauh. Terima kasih kerana sudi terima aku hadir dalam famili. Gembira plus terharu!


Aku rasa terhutang budi dengan semua yang bersusah payah jayakan majlis pada hari tersebut. Terutamanya pada famili tersayang yang banyak berkorban masa dan duit untuk majlis ni. Pada sedara mara yang hadir pun aku berterima kasih. Seronok tengok semua adik beradik mak berkumpul masa majlis pertunangan aku tempoh hari. Begitu jugak dengan sepupu-sepupu aku walaupun tak semua ada. Terima kasih semua. 


Penghargaan paling tinggi tentulah untuk mak, kakak, maksu dan paksu aku yang merancang untuk buat kenduri ni walaupun pada mulanya aku request nak buat makan-makan biasa je untuk famili aku dan famili encik CH. Lastly the ideas comes out untuk buat kenduri tunang aku plus kenduri korban sekali. Jadinya, banyaklah persiapan yang perlu dibuat. Tu yang sebok tu. Hehe. Terima kasih famili tercinta!



~Terasa gojes sangat masa hari ni. Maklum le tak pernah mekap. Hahaha.~


Sebenarnye kalau nak diceritakan, macam-macam dugaan dan kisah sukaduka yang dah aku dan encik CH tempuh sepanjang kisah cinta kami berdua ni. Maklum la, 7 tahun satu tempoh yang cukup lama. Tapi yang tu biarlah jadi rahsia aku dan encik CH. Tak perlu la aku ceritakan semuanya. Cukuplah korang tahu yang akhirnya kesabaran kami berdua terbalas bila perancangan kami untuk proceed ke peringkat seterusnya diizinkan Allah. 


Alhamdulillah. Terima kasih dan syukur kepada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana mengizinkannya. Terima kasih kerana mendengar doa hambaMU ini Ya Allah. Semoga perancangan kami berdua untuk mengikat ikatan suci dan sah sebagai suami isteri dipermudahkan oleh Nya. InsyaAllah. Bila dah sampai masa nanti aku jemput korang jugak eh. Doakan yang terbaik untuk aku dan encik CH ye.


Oh ye. Aku share 2 keping dulu gambo la ye. Nanti rajin aku share gambar-gambar yang lain kat entri seterusnya sebab nak promote orang-orang yang buat aku jadik cantik, yang buat pelamin mini, yang ambil gambo aku tu semua. Dan nak kongsikan suasana sepanjang majlis jugak dengan korang. Heee.



Bisik-bisik :: 7 tahun saya setia tunggu awak tau encik CH! Hehe.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 22 October 2012

~ PORTFOLIO :: Sticker + Button #1 ~



Assalamualaikum. Hai!


Err..Tak sempat nak update belog sendiri. Kebizian yang teramat. Bizi dengan job design yang makin mencurah-curah. Bizi dengan kerja kat opis. Bizi dengan hal peribadi lagi. Rasa macam tak cukup tangan. Kesian tangan yang ada dua ni kena kerah tenaga buat kerja. Tangan kanan paling banyak memainkan peranan buat kerjanya sampai lenguh-lenguh die. Kesian. Tangan kiri ni nak kerah sangat pun tak boleh. Die memang pemalas sikit. *Tetibe* Hehe.


Alhamdulillah. Rezeki job design aku agak memberansangkan kebelakangan ni. Terpaksa membahagikan masa untuk siapkan satu-satu design. Harapnye customer aku semuanya sabar menanti. Kerja design ni die kena rileks-rileks sikit. Tak boleh rush sangat. Kalau tak, idea memang taknak muncul. Lagi pulak, aku dalam minggu yang sangat-sangat la hectic sekarang ni. Lepas raya aji nanti baru la boleh rileks sikit untuk fokus sepenuhnya kepada job design tersebut. Huhu.


Oh ye. Kali ni takde nak update ape sangat pun. Nak cerita pasal diri sendiri, nanti-nanti la aku tulis. Belum masa yang sesuai lagi nak ceritakan. Dah tiba masa nanti baru aku bongkarkan rahsia. Aiseh. Rahsia konon. Macam la ade orang peduli nak tahu pasal diri ko cik sha oi. Kuat perasan sungguh. Huahuahua. 


Ok la. Sebenarnya, aku nak kongsi dua lagi hasil kerja design aku. Jangan la bosan ye membaca belog bushuk saya ni. Rajin sangat update pasal bisnes je. Huhu. Tapi kali ni bukan kategori belog. Yang belog belum settle lagi. On progress. Ini design untuk sticker dan button. Dapat job dari 2 orang kakak yang sangat la mesra. Baik betul dorang. Senang nak berurusan. Aku suka sangat dapat customer baik-baik nih. Setakat ni pun, memang semua customer aku baik-baik belaka orangnye. Alhamdulillah. Allah datangkan orang yang baik-baik jadi customer aku. Hehe. Inilah hasil kerja tangan kayu bersakti aku.


BUTTON :: Sempena Kempen Membaca kat SMSTSSS.
* Burung antu baca buku tu hasil tekapan aku melukis menggunakan Adobe Flash masa buat projek multimedia Final Year waktu study dulu. Teringat kat die. Nasib baik la ada kena mengena. Boleh recycle. Kih3.



STICKER :: Sempena besday anak akak yang tempah ni.
*Die nak ade gambar anak die, Si Dora dan Boots tu, kendian perkataan yang tertera di atas. Design ikut  kepala otak aku. Hepi besday in advance adik. Err..adik ke? Aku panggil mak die akak. Kena panggil die 'nak' la eh? *Terasa tua..Huhu..*



Lepas ni aku mungkin hilang lagi dari dunia belog. Nak fokus siapkan design dan ade projek besar-besaran yang perlu diberi perhatian dalam minggu ni. Nanti aku update pasal projek besar-besaran tu kemudian ye. Biar macam misteri sikit bagi korang berdebar-debar. Haha. Poyo nak mampos betol la ko ni mek'ah. Nasib  korang la kena melayan perangai tak semenggah aku ni. Kui3.


Akhir kata, buat yang berminat nak bekerjasama dengan aku dan merasai khidmat tangan bersakti aku, sila contact di email atau fesbuk ye. Jangan malu-malu tau. Saya yang sentiasa bersedia memberikan khidmat terbaek untuk semua customer. Ecewah. Macam tagline pulak. :P



Bisik-bisik :: Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 9 October 2012

~PORTFOLIO : Belog Pesan Bondaku~



Assalamualaikum. Hai!


Setelah sekian lama menyepi dari update portfolio, hari ni dapat update portfolio terkini. Yeay! Alhamdulillah. Rupanya masih ada lagi rezeki aku dalam bisnes design mendesign belog ni. Ingatkan dah  membisu begitu saje. Maklum la. Aku kurang market kan diri sendiri. Segan sikit. Walaupun ada perniagaan design sendiri yang berdaftar, tapi malu la. Sebab aku bukan seorang profesional designer. Design pun takde la power tara mana pun. Biasa-biasa je. *merendah diri yang dah sedia ada rendah*


Apa-apa pun bersyukur sangat dengan kurniaan rezeki dari Allah ni. Terima kasih juga pada customer yang sudi nak menggunakan perkhidmatan aku. Tak sangka ada juga orang yang masih berminat nak merasai hikmat tangan kayu sakti aku ni. Hehe. Alhamdulillah. Rezeki nak *ehem* gamaknye kot ni. Semoga makin mencurah-curah la rezeki buat aku. Aminnnn~~~


Job kali ni aku dapat dari Encik Rizal. Seperti kebiasaan macam customer-customer sebelum ni, encik Rizal pun memberikan sepenuh kepercayaan pada aku untuk design belog beliau ikut kepala otak berkarat aku. Belog ni adalah fresh. Maksudnya baru lahir. Aku yang daftarkan url belog, design dan taip entri-entri di dalamnya. Encik Rizal cuma bekalkan aku dengan item-item yang beliau nak dalam belog tersebut. Terima kasih kepada beliau kerana percayakan aku. Berikut adalah full screenshot belog beliau setelah siap sepenuhnya.





Pakej design belog ini adalah full template, header, footer, signature, widget icon dan mentaip isi-isi di dalamnya. Kendian of coz la kalau design belog kena belek coding kan? Itu aspek utama bila buat kerja design belog. Hehe. Seperti biasa, design aku memang simple and not heavy. Dah kira macam trademark aku kalau design belog. Sebab aku memang tak suka menda yang menyemakkan. Biar nampak clean, fresh dan mungkin juga profesional. Mungkin. Korang je la nilai kerja aku. Hehe.


Kalau rasa tak puas nak belek setakat satu screenshot ni je, boleh la ringan-ringankan jari pergi ke Belog Pesan Bondaku milik Encik Rizal ni. Nanti bolehlah belek-belek pages yang lain-lain tu. Mungkin ada manfaatnya buat korang. Hehe. Harapnya encik Rizal akan berpuas hati dengan hasil kerja aku ni. InsyaAllah.


Lepas ni, satu lagi portfolio design belog bakal menyusul. Tengah tunggu turn untuk disiapkan tu. Harapnya tuan belog sabar menanti. Maklum la kena ikut turn. Dan mungkin lambat sikit sebab first time buat lain dari yang lain. Yang ni aku cabar diri untuk terima job design belog dengan character doodle. Sedang dalam progress untuk melukis doodle yang insyaAllah bakal menjadi trademark hasil tangan sakti aku kalau ada belog yang nak doodle juga in future. Hehe. Chaiyok Shahada!



Bisik-bisik :: Buat yang berminat nak dapatkan khidmat aku, jangan malu-malu nak hubungi aku ok! Saya yang sedia berkhidmat! Hehe. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com