Membela nasib anak kucing terbiar
Shahada Fauzi
Wednesday, November 30, 2011
12 Comments
Assalamualaikum. Hai!
Dah lama tak cerita pasal kucing kan? Hari ni aku nak cerita pasal makhluk Allah yang comel ni la. Lepas insiden anak-anak kucing kesayangan aku mati sekor demi sekor atas sebab yang aku sendiri kurang pasti samada terkena jangkitan virus, keracunan atau efek ubat rawatan di vet, aku dah kurang cerita pasal kucing kat belog ni. Kesedihan tu masih belum hilang sepenuhnya lagi kot. Uhuk.
Selepas kehilangan anak-anak bulus aku tu, cuma tinggal seekor saje kucing yang masih dalam peliharaan aku. Mak kepada anak-anak bulus yang dah meninggal tu le. Mak dorang je yang masih hidup dan sehat walafiat sehingga kini. Dan sudah tentulah perhatian aku sepenuhnya tertumpu kat die sekor je. Die pun sekarang bukan main mengade dan bertambah gemok sebab aku beri jagaan rapi dan perhatian kat die semata-mata.
Korang yang ikut belog aku ni mesti tahu aku ni memang seorang cat lover kan? Disebabkan aku kesian si Cik'ah ni tinggal sekor dan takde kawan, tempoh hari aku telah adopt seekor anak kucing yang aku kutip dari kedai jual ikan+sayuran kat depan taman perumahan aku ni. Ehehe. Sebenarnye aku nak ambil kitty lain yang aku ternampak 3 hari sebelum tu. Sayangnye die dah hilang pergi mana pun tak tahu. Pakcik kedai tu cakap lagipun kitty tu tak berapa lawa. Sian kitty tu. Jadi pakcik tu sua pada aku kitty yang lain.
Mulanye macam sedih jugak la sebab kitty yang aku nak takde situ dah. Tapi bile belek kitty yang pakcik tu bagi aku jadi kesian pulak sebab mata die buta. Rasanya lah sebab mata die tak macam mata kucing lain. Macam ade selaput yang tutup anak mata die. Kesian sangat! Jadi aku pun dengan rela hati adopt kitty tu. Masuk hari ni dah 2 hari la aku bela die. Manja gile!
~ Hai! Nama saya Boboi. (^_^) ~
Haa..yang kat atas ni la kitty yang aku adopt tu. Aku bagi nama Boboi. Pengaruh dari kartun Boboiboy la ni. Lagipun die jantan. Ngam la tu kan. Hehe. Buat masa ni aku asingkan die dalam sangkar lain dulu. Tempoh hari lepas ambil die aku mandikan then masa lap-lap bulu die tu terjumpa kutu. Takut berjangkit kat si Cik'ah tu pulak jadi kena la bagi duduk jejauh. Bile dah takde kutu kang baru leh bagi kawan.
Tips penjagaan kucing ni, kalau salah sekor ade kutu, kurap, penyakit atau demam, memang kena asingkan dari kucing yang lain dulu. Sebab nanti boleh berjangkit. Ini aku belajar dari pengalaman membela anak-anak bulus yang dah meninggal tu jugak la. Aku pun tersilap langkah jugak masa tu. Tahu ade salah sekor sakit tapi aku tak asingkan sebab kesian nak asingkan die sekor-sekor. End-up semua sekali saket dan mati lepas dapatkan rawatan di vet. Wuu. Takpe. Pengalaman mengajar kite untuk lebih berhati-hati di masa depan kan?
Lagi satu tips, kalau ade kucing yang saket, cepat-cepat bawak pergi vet tau. Jangan bertangguh kononnye.. "Takde ape-ape. Saket sikit je. Nanti baik la ni. Kucing kan pandai ubat diri die sendiri. Ada 9 nyawa." Banyak la korang kucing 9 nyawa. Mitos je kot tu. Kalau nak menyesal buat la camtu ye. Nanti korang rase la ape yang pernah aku rase dulu tu. Uhuhu. Tapi kalau tak mampu nak bawak pergi vet, jangan khuatir. Ade jugak petua-petua lama yang boleh merawat kucing-kucing yang saket ni sebenarnye. Kalau die tak saket terok la. Kalau saket terok sila bawak pergi vet.
Nak petua lama tu, kena rajin-rajin search kat internet ni la ye. Banyak sangat! Ramai orang yang ada bela kucing dan berpengalaman suka share petua tau. Aku selalu refer kat belog Kucing Terbiar ni kalau nak tahu pasal penjagaan dan rawatan kucing. Ada jugak la belog lain yang aku refer. Cuma aku suka lepak kat belog tu. Ehehe. Kadang-kadang aku call je doktor kat vet nak mintak advise kalau rase tak berduit nak bawak kucing pergi buat rawatan. ;p
Eh. Lagi satu nak pesan kat korang yang berminat nak bela kucing ni. Tak payah la perabih duit pergi beli kucing yang mahal-mahal tu. Membazir. Kutip je kucing-kucing yang kena buang kat pasar ke, tepi jalan ke kat mana-mana la. Dorang pun comel jugak ape. Kesian kat kucing-kucing tu terbiar. Dorang lagi perlukan penjagaan rapi dan perhatian kita tau. Lagipun dapat pahala kot sebab membela nasib dorang. Eceh! Hehe.
Bisik-bisik :: Tak paham kenapa ada orang suka buang-buang kucing ni. Takde rasa kesian ke eh dalam hati dorang. Haishh..(-_-")