Jangan beralasan bila ditegur supaya bertudung

Assalamualaikum. Hai!




Tempoh hari aku pernah berbicara tentang "Kenapa isu bertudung selalu jadi topik HOT?". Sekadar memberikan pandangan dari sudut pengalaman dan pemahaman aku tentang fesyen bertudung yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Bukanlah nak tunjuk hebat atau kecam sesiapa. Cuma memberikan sedikit perspektif dari kaca mata aku yang melihat situasi blogger yang suka mengecam wanita muslimah yang bertudung tapi berfesyen melebih-lebih dan tidak mengikut syarak.




Memang sepatutnya mereka ini ditegur supaya sedar dengan kesilapan mereka itu. Cuma biarlah kena pada caranya. Bukan dengan cara terlalu kasar dan mencarut serta mencaci maki mereka. Salah tu. Bagi aku Islam adalah agama yang lembut. Nabi SAW sendiri menegur isteri-isterinya, para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya dengan cara berhemah dan lemah lembut jika mereka melakukan kesilapan. Tapi itulah, sikap kita sebagai manusia ni kan suka sangat mencari kesalahan orang lain kemudian menghukum sesuka hati. Itu kelemahan kita.



Oh! Kali ni aku cuma nak berkongsi cerita bagaimana aku mula bertudung. Semoga dapat membuka matahati mereka yang masih belum bertudung dan pakai tudung on-off sesuka hati. Bukanlah aku nak memperlekehkan mereka yang tidak bertudung ini. Sedikit pun tiada sikap prejudis terhadap mereka. Aku sendiri berkawan dengan ramai yang tidak bertudung. Cuma janganlah suka memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah bila ada orang menegur dengan cara baik suruh kamu bertudung.





"Belum sampai seru lagi. Nanti la.", Belum dapat hidayah la weh!", "Nanti dah tua aku pakai la, sekarang nak enjoy dulu.", "Kau sebok2 apsal? Mak kau dulu pakai tudung umur berapa?", "Kubur masing-masing la", "b*b*! p***m**! c*b**! Lantak aku la nak pakai tudung ka taknak!", "Nak pakai tudung mana boleh paksa-paksa la weh. Suka hati aku la nak pakai ke tak. Mak bapak aku pun tak paksa" dan macam-macam lagi. Banyak sangat alasan. Tak kurang jugak yang maki-maki balik orang yang menegur mereka secara baik. Hmm.




Ok. Kita stop persoalkan tentang itu. Lagipun dah ramai yang tulis dan menghuraikan tentang alasan tipikal mereka yang tidak mahu bertudung ni. Taknak la aku tulis lagi. Meh aku cerita kisah aku mula bertudung eh. Buat pengetahuan korang, sejak kecil aku belajar tentang agama Islam hanya dari guru agama di sekolah rendah (SR) dan kelas fardhu ain di sekolah agama rakyat (SAR). Sebab apa mak abah aku sendiri yang tak ajar? Mesti korang heran ek? Takpe. Kat bawah ni aku akan jelaskan apa sebabnya.




Sebab utama yang aku pasti ialah arwah abah SEORANG MUALAF yang sedang belajar juga tentang agama Islam. Mak aku pulak tidaklah mendalam ilmu agama nya macam seorang ustazah. Masa zaman muda mudi beliau bukan bertudung pun. Aku pun tak ingat mak pakai tudung sejak bila. Jadi beliau pun sedang mendalami ilmu agama juga masa tu. Walaupun begitu, aku bersyukur sebab mereka tidak lupa tanggungjawab memberikan ilmu agama untuk aku dengan menghantar aku ke kelas fardhu ain semenjak umur 7 tahun.




Kenapa aku bertudung? Sejak bila aku mula bertudung? Sejak darjah 3 lagi aku dah mula tertarik nak pakai tudung. Sebab aku suka dengan ustazah yang ajar pendidikan islam kat sekolah rendah. Terus rasa nak pakai tudung bila ke sekolah. Memang la masa darjah 1 dan 2 aku ada gak pakai tudung. Tapi itu hanya masa pergi kelas fardhu ain kat sekolah agama rakyat je. Kat sekolah rendah tak pakai pun lagi masa tu. Rambut mengerbang tak ketahuan hala je. Dah rupa macam budak lelaki pun ade gayanye sebab rambut pendek. Hoho.





Alhamdulillah aku mula bertudung masa aku menginjak umur 9 tahun. Masa tu aku bukannye tahu pun kewajipan menutup aurat. Tapi aku rasa selesa bila pakai tudung. Macam syok gitu. Terasa COMEL macam ustazah yang aku minat tu. Lepas tu rasa kemas dan ringan kepala sebab rambut tak mengerbang macam Hantu Kak Limah dah. Haha. Masa zaman aku sekolah dulu tudung tidak diwajibkan lagi. Ikut atas kehendak dan keselesaan sendiri. Makanya kerana ingin bertudung, mak cuma bagi aku kain skarf putih 4 segi yang kemudian dilipat menjadi 3 segi untuk dipakai pergi ke sekolah.




Bertudung lah aku sehingga kini. Dan aku berterima kasih kepada ustazah itu kerana kelembutan tunjuk ajar dia, membuka hati aku untuk bertudung seawal usia 9 tahun. Tapi masa sekolah rendah tu on off jugak la. Bila dah meningkat remaja dan dah akil baligh tak on-off lagi. Wajib pakai tudung pergi mana2 pun. Sebab dah tahu hukum menutup aurat. Rambut kan aurat wanita jugak. Alhamdulillah setakat hari ini tak pernah terlintas di hati aku nak free hair di luar. Walaupun di kawasan perumahan ni aku tetap jugak bertudung. Cuma kat rumah aku je la kepala aku dogol. ;p



Itulah kesahnye bagaimana aku mula bertudung. Kenapa aku masih kekal bertudung? Sebab aku tahu itu kewajipan aku. Lagipun aku bertudung bukan paksaan dari sesiapa malah bukan paksaan dari mak atau arwah abah aku. Tapi semuanya bermula dari kemahuan hati aku sendiri. Alhamdulillah sebab dari kecil hati aku dah terbuka untuk bertudung. Mungkin sebab tu, ia berkekalan sehingga kini dan tidak pernah terdetik untuk menanggalkannya. InsyaAllah. Semoga Allah melindungi dan perkukuhkan iman di hati aku.





Akhir kata, buat yang masih mencari sinar dan belum terbuka hati nak pakai tudung tu, berusahalah ke arah itu. Kita kena berusaha kalau nak buat sesuatu yang baik. Bukan kena menunggu dapat hidayah la seru la. Takde istilah macam tu. Lagipun dah akil baligh kan? Dah boleh fikir baik buruk. Dah tahu hukum hakam. Kita kena ingat yang diri kita sangat beruntung dilahirkan dalam Islam. Allah dah buka jalan seluas-luasnya untuk kita mendalami agama itu tanpa apa-apa halangan pun. Cuma kita yang malas dan selalu terlupa dengan keistimewaan yang dah Allah kurniakan tu.




Aku pun masih memperbaiki diri aku jugak. Bukanlah nak kata aku ni dah cukup sempurna. Masih ada lagi kekurangan yang perlu aku perbaiki dari semasa ke semasa. Bertudung memang wajib bagi seorang muslimah. Dengan bertudung insyaAllah kita terpelihara dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan dilarang Allah. Harap korang pun sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik ok! Jangan BERALASAN bila ditegur supaya bertudung. Kurangkan memberi alasan tapi cuba memuhasabah diri dan perbaiki. Minta maaf kalau ada yang terasa dengan entri aku ni. Tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa. Wassalam.




Bisik2:: Sebenarnya yang free hair tu bila dia bertudung nampak manis je, kan?


*Gambar adalah carian dari Google.

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. yg salah adalah cara menegur tak kira yg menegur mereka tak bertudung & menegur mereka yang bertudung tp tidak menutup aurat. Ramai yg berpendapat, tegur secara lembut takde orang dengar tp tegur secara kasar pun hanya akan mendatangkan keburukkan & kemudaratan. Kalau yg bertudung tegur yg tak bertudung dgn kata2 kesat, maka kesucian imej bertudung dah tercemar. Punca dr salah teguran membuatkan muncul penulisan yg menegur secara kesat.kalaupun bahasa sopan tp penuh sindiran pun rasanya niat yg baik tu takkan sampai.

    BalasPadam
  2. baguslah masih utuh bertudung sampai sekarang. tapi jangan kepala aje tutup, yg lain terbiar ye.. hehe :)

    BalasPadam
  3. cik puan lekit::

    itulah mentaliti kebanyakan dari kita..memang setiap dari kita sukar nak menerima teguran tak kesah la dari sesiapa pun..baik dari ustaz, ustazah atau orang yang biasa2 je..itu kelemahan semua orang..


    penulisan yang menegur secara kesat dan kasar memang semua orang takkan boleh terima..penulisan menegur secara baik pun ada yang masih tidak boleh menerima..malah penulisan secara sopan dan penuh sindiran pun orang tetap tak boleh terima..


    apa yang penting, kita ambil yang baik-baik je dari teguran yang diberikan dan cuba memuhabasabah diri..itu yang terbaik..kan?

    BalasPadam
  4. siti safiyyah::

    insyaAllah yang lain tetap bertutup dan takkan terbiar..terima kaseh kerana mengingatkan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan